Wednesday, December 28, 2011

Sebelum Tirai TERTUTUP


Lagi 3 hari menutup tirai 2011, Aku begitu banyak idea untuk etrus dicurahkan ke sini tapi keadaans angat tidak mengizinkan. Bila malam idea membuak buak keadaan pC yang agak tinggi menajdikan agak mustahil utk aku sakitkan kepala mendongak menulis bait demi bait disini, dan aku juga yakin bukan juga satu kerja mudah buat wahida untuk aku lantik dia sebagai penaip blogku.

Semalam lepas bincang dan bincang, aku dan hubby mengambil keputusan untuk membeli monitor baru, arghhh tidak sabar aku untuk terus berkarya, melayan pelanggan dan menambah kenalan demi bisness. Serasa berbeza bila ada wifi dan desk top dirumah apalagi sangat laju servernya, aku terasa seolah aku sudah memilki office yang lengkap dirumah. Anak dan suami boleh tolong tengukan system tempahan dimonitor, boleh tolong siapakan order dan bungkusan, boleh tolong proceed untuk dihantar kepejanbat pos, pagi ini pun fayyadh sibuk bertanya, Mama ada order tu..sapa nak poskan ayahkan sudah pergi kerja, saya boleh tolong ma, saya suka buatkan untuk mama...sejuknya perut aku terasa dengan kata kata fayyadh...sambil senyum..oh very thank you yad..tapi mama akan buat sendiri on my way to office. Kami sudah sebati dengan BISNESS. Alhamdulilah.

Aku dapat rasakan peluang semakin banyak mengahmpiri, office tidak lagi menjadi medan bisnessku sebaliknya rumah sendiri, apa lagi bila anak anak sudah kemabli kesekolah, semuanya boleh lebih teratur, idea pun boleh diteruskan dengan lebih sempurna. nampak gayanya tahun 2012, aku punyai banyak peluang untuk lebih mneyendiri lebih serious berfikir dan mungkin boleh lebih berbakti..Insya Allah. saban hari pertemua demia pertemuan dengan potential clients, potential business partner membuka ruang ruang yang lebih besar dan ada kaitan. Aku terasa seakan keberkatan dan rezeki itu semkain menghampiri kami. Alhamdulilah. Aku ingin menggunakan sepenuh mata hati dan minda untuk mengariskan idea idea yang sedang bermain dibenak kepalaku ini.

sudah 3 hari mak dan anak anak ada dirumahku, bermakna sudah 3 hari juga rumah emnajdi perkampungan buat anak anaks edara, aku bahagia walau agak kelam kabut, semalma aku sempat membawa mak jalan, jalan dan makan makan, aku tenguk muka mak penuh bahagia dapat berjalan dengan aku, sesambil berbual, aku tertitis air mata bila mak menyatakan sangat risau dengan kesihatan aku, katanya selepas Azman, akulah harpannya untuk menumpang hidup. Aku emngucap pada mak...saya sering meminta mak, untuk dipanjangkan umur demi anak anak, keluarga dan kebaktian yang saya cita citakan...tapi apalah daya kita kalau takdir ajal sudah sampai...saya sangat bahagia melihat perubahan adik lelaki saya kerana satu hari nanti saya ingin meletakkan harapan yang tinggi padanya demi mak. Aku bahgaia tgok mak makan cheese cake, mak suka rupanya, mak sedut fresh oren, aku bahgaia merasai semua itu dengan mak, dan aku ingin ada banyak kenangan manis dengan mak. sesambil itu aku pujuk mak untuk menunjuk muka demi silaturahim dan kekeluargaan dirumah ustaz rashidi sempena pertunangan Nurul beberapa hari lagi. Aku sanggup tolong bawa pergi dan balik. rasanya idea aku berjaya, aku katakan pada mak, kita tidak mampu tutup mulut org mak, tapi sekurang kurangnya kita buktikan pada mereka , kita tidak seperti mana yang mereka fikirkan pada kita,saya tahu mak terluka, saya turut rasa kepedihannya, tapi untuk kita mak, org expect kita beradap sopan, pandai ambik hati, utamakan mereka, sedang kiat tidak pernah dapat apa yang mereka dambakan pada kita, kdg kdg memang hidup ini tidak ADIL..sangat tidak adil tapi kerana kita ada Allah yang maha mengerti, kita buatkan semua ini demi Allah, kita tidak harap kan mereka PLEASE kita, atau balas apap yang kita buat, selesai saja pertemuan, tugas kita selesai demi Allah yang meminta utk TIDAK PUTUSKAN SILATURRAHIM. sebenarnya bukan senang aku nak convince mak..bukan senang juga aku nak paksa mak...mak melalui JOURNEY tersendiri yang membentuk dirinya begitu...apa pun DIA mak aku..kalau perkara baik aku akan pastikan dia berada dalam KEBAIKAN itu...hanya untuk mu mak!!

3 hari ini, hari hari terakhir aku di Nilai office, hari ahri terakhir aku mengenangi bagaimana aku lalui 5 tahun disini, dengan LUKA hati yang tidak bertepi dengan kepenatan yang tidak TERUCAP dengan kensunyian, keboringan dan segala hambatan persaaan yang hampir mengoyangkan charcter aku sebagai Niza. Alhamdulilah, lesson from God menjadikan segalanya KEMAS tersimpan dalam memory, pahit dan manis, aku harag mereka yang datang untuk apa tujuan seklai pun dalam tempoh ini, kerana desakan desakan itulah aku bertemu dengan peluang peluang yang lebih hebat sekarang.sedikit pun aku tidak menyangka, pagi ini aku menerima TEXT mengejut dari Jimmy, mengapa tiba tiba Aku ada dalam fikirannya..aku pantas membalas mesej itu, mesej yang berharapa agak aku baik baik saja, selama Alalh memerhati gerak geriku, insya Allah semua nya jauh sangat baik baik saja. Aku tetap rindukan dia sebagai teman ..teman yang pernah menghuni disudut hati ini yang pernah membuatkan aku ketawa dan tersenyum walau hati ini hancur berkecai dikala gelapanya pandangan tanpa sedikitpun bayangan harapan jelas langsung tidak lagi kelihatan. Dia lah disitu melakar sepotong kenangan yang menambah manisnya corak kehidupan ini. Dia akan terus disitu, setiap kiriman beritanya tetap aku hargai dan dari kejauhan ini aku doakan cinta dan cita citanya berjaya.

Masih banyak yang aku coretkan sebelum tirai 2011 tertutup, aku menunggu mood yang sesuai untuk aku lebih mengerti apa yang aku rasa dan fikir, dan apa yang sedang terbentuk dalam luku liku hidup ini. Nilai membawa seribu kenangan dan mencipta seribu ruang buat aku INSAN KERDIL yang ingin terus menikmati ruang ruang INDAH ciptaan tuhan ini.Dikesempatan sebelum tirai 2011 tertutup, biarlah aku meluahkan semua yang terbuku diminda dan hati, untuk aku simpan semua kepahitan dan terus mencari seribu kemanisan baru yang sedang menanti langkah perjalanan yang bakal aku terajui... bantulah aku ya Allah!!