Tuesday, August 14, 2012

Air Mata Akhir Ramadhan



26 Ramadhan antara hari hari terakhir berlalunya bulan mulia bagi umat Islam. Bulan yang Allah jadikan penuh peluang buat hambanya, bulan keampunan dan kemaafan, bulan maghrifah. Bulan yang ditunggu tunggu mereka yang mengasihi Allah samada untuk beribadat, atau mungkin untuk mendapatkan pendapatan lebih melalui niaga makanan atau pakaian. Semua itu anatara rezeki dari Allah buat hambanya. Alhamdulilah sudah 26 kali juga solat Terawikh berlangsung dan hanya tinggal 3 malam lagi kerana 1 Syawal dijangkakan jatuh pada Ahad.
26 Ramadhan dikala pemanduan ke pejabat, aku tidak menyangka akan TERTUMPAH AIR MATA. Selama aku menangis dikala berdiri untuk menunaikan solat, dikala menadah tangan penuh ikhlas kepada Allah, aku berjanji pada hati ini, biarlah aku hanya menangis kerana Allah. Hari ini ternyata aku KALAH dengan janji sendiri. Aku masih bisa tersentuh dengan situasi. Sesuatu yang kita pendam terkadang akan menjadi bom yang boleh meledak bila bila masa Cuma bezanya kali ini sekadar LEDAKAN AIR MATA. Tiada sapa melihat, tiada siapa perasan, diseblik cermin mata hitamku, berjujuran air mata menahan sakitnya hati, menahan rapuhnya emosi, cuba melunjurkan rasa tahan yang semakin menyakitkan. Kalau difikirkan dalam perbandingan dengan tujuan hidup yang digariskan Allah, jauh sangat lagi untuk aku menangis begini. Nama pun manusia, ada waktunya TEWAS, ada waktunya kemanusiaanku mempersoalkan situasiku. Alhamdulilah, tiada siapa yang memegang bahu, tiada siapa yang menyapu titik titik jernih ini, sendiri menjadi lega bila bacaan Quran pagi ini sejurus solat Dhuha ditunaikan penuh ikhlas. Ya Allah mungkin inilah perjalanan yang sudah engkau tentukan ya Allah. Hambamu ini hanya mampu berserah.
Kata bapak, “manusia ini dalam hatinya sendiri sering berbantah bantah, apalagi sesama sendiri, apalagi bila persoalan kebendaan, pangkat dan kuasa dipertaruhkan. Dalam hati sendiri masih banyak mukmin yang tidak aman dan suci hatinya hingga bila bersujud pada Allah sekalipun hati penuh urusan keduniaan yang tidak berkesudahan”, “justeru bagaimana ingin mencapai solat yang sempurna dan bagaimana solat itu akan kembali menjaga diri kita”. Kata kata ini melegakan aku, kata kata ini sungguh menenangkan aku dan kata kata ini juga mengajak aku untuk merenung diri sendiri dari membiarkan MINDA BERSERABUT dengan isu hidup orang yang tidak menjaga diri dan hatinya sendiri. Memang benar, dalam hidup ini kalau kita tidak belajar bertenang, hidup dengan tenang, kita mungkin akan menggangu hidup orang lain. Apa lagi dalam konteks HIDUP BERSAMA. Hingga tiba waktu bila sudah diputuskan Allah sesuatu pada diriku, aku hanya berserah dan patuh. Aku tidak boleh selamanya dengan sentiment perasaan samada menjaga perasaan orang lain atau menjaga hati sendiri. Sesuatu yang kita lakukan biarlah kerana Allah. Kalau dulu kita kahwin kerana TERPIKAT atau mungkin kerana desakan rasa sunyi yang tidak bertepi, sekarang kita baru sedar siapa pasangan yang kita tidak sempat langsung menilai budi pekertinya itu. Huru hara yang berlaku, kerosakan yang terjadi terlalu banyak dan sedikit sebanyak cukup mematangkan lagi diri ini dan kesan kesan MUDARAT juga tidak dinafikan seakan sudah sebati.
Kata tegas perlu dicari. Tegas demi kebaikan diri, tujuan demi Allah untuk seterusnya hidup mengabadikan diri pada Allah bukan menjadi mangsa keadaan dan bukan juga menjadi hamba manusia. Seakan sudah TERCIPTA KEPUTUSAN diminda, hanya memohon jalan penyudah dari ketentuan Allah. Aku hanya membenarkan ini terjadi bila Allah mengizinkannya terjadi. Apakah takdir buatku untuk terus berada disituasi BERSERAH. Merasai sepenuhnya rasa berserah itu, dikala semuanya dikeliling kita seakan ditarik. Kekuatan saat dan ketika ini hanya dari Allah dan aku yakin kekuatan ini jugalah yang bakal mengindahkan hidupku suatu masa nanti. Betapa aku tidak sempurna, terus tenggalam dalam situasi yang tidak sempurna yang sedikit sebanyak terus mengoncangkan nafas didada. Siapa yang mampu melegakan kalau bukan kerana Allah. Siapa yang mampu membuatkan aku lupa seketika dan mungkin selamanya kalau bukan kerana Allah. Namun takdir Jodoh dan rezeki itu sesungguhnya hanya ketentuan Allah sepenuhnya. Aku akan terus  meminta tanpa henti tanpa jemu, semoga Allah menunjukan aku jalan yang diredhainya, dipeliharanya aku penuh barakah.
Alhamdulilah, dengan rasa berserah diri, aku bermohon semoga mala mini Allah memberikan aku TENAGA LUAR BIASA untuk aku laksanakan ibadat dan Qiyamulail dan berharap agar aku mendapat tempias Lailatu qadar. Hanya pada Allah aku berserah, dan hanya pada Allah aku bina keyakinan bahawa aku tidak pernah sendirian, aku sentiasa ada RABB didalam hati yang menahan aku dari melakukan sesuatu yang sia sia dan yang menjaga aku dalam tidur dan jaga.

Ya Allah kirimkan aku KEKUATAN demi untuk bangun MEMBESARKAN KEAGUNGANMU. Amin