Tuesday, March 30, 2010

Saling Bantu Membantu..manisnya hidup!!!



Hari ini hari terakhir untuk bulan March 2010. Semalam aku tidur dipejabat ekoran menjayakan program Inspirational talk yang ke6. 5 daripadanya telah berlalu pada tahun 2009. Ini antara siri talk yang sentiasa diadakan buat pelajar pelajar CFS melihat rempah ratus dalam mengharungi hidup untuk memburu kejayaan. Semalam merupakan sessi pertama bagi tahun 2010 yang telah diberikan oleh Dr Firdaus Ujang..seorang Praktis Dr yang juga merupakan anak didik aku dalam kempulan pembimbing rakan sebaya 2004.

Dr Firdaus Ujang pada asalnya adalah client aku. Seorang yang sangat ambitious dan brilliant. sentiasa menghubungi aku sepanjang pembelajarannya untuk bertukar tukar pendapat dan idea. Seorang anak bongsu dari keluarga yang besar yang baru sahaj kehilangan ayanhanda tercinta. Sempat si ayah mengecapi hasil kejayan anaknnya sebgai seorang Doktor muda. Belaiu kini bertugas di hospital serdang..penamppilan gaya dan pertuturannya masih tidak berubah. tiada langsung kesombongan malah penuh sopan. berjaya betul ibubapa dan adik beradiknya membentu dia sebagai seorang yang bernama Dr Firdaus.

Dari perluahan pengalaman penuh ikhlas beliau menyampaikan tajuk yang aku tugakan kepdannya. dare to take Challenge. itulah tajuknya. Sesuai dengan attitude, pekerjaan dan dirinya, presentationnya cukup kemas, menarik dan factual. dari belakang aku bangga melihat perkembangannya..kalaulah anak anak aku begini satu hari nanti...inyaAllah. moga Allah menganugerahkan sebegitu. Diakhir presentationnya ditunjukan gambarnya bersma ibunya merawat kesedihan hati ibu selepas kehilanagn ayahnya dengan berholiday di LONDON. Bukan semua anak anak zaman sekarang seperti Dr Firdaus...aku meujinya dalam hati. dan dikesempatan itu belaiu berkongsi..ibu bapa kita hanya satu didunia dan akhirat. usahalah terlalu gopoh gapah mencari pasangan hidup hingga tiada haluan dan tujuan bila ditimpa kekecewaan. Ambillah masa mengecapi usaha gigih kita bersama insan yang sedari kita kecil berbakti pada kita malah tidak terbayar dengan apa pun yang kita berikan. Itulah ucapan keramatnya yang mengakhiri presentationnya semlam. ya tepat dengan INSPIRATIONAL purpose yang aku gariskan dalam kertas kerja project. Dia membantuku..selepas satu ketika dulu aku membantunya.

Selepas sessi talk, kami berbincang di meja refreshment sebelum pulang. banyak yang aku highlightkan antara pendedahan yang sangat fresh buat para pelajar yang baru masuk university. Inilah pendedahan yang perlu diberikan agar mereka faham apa itu perjuangan yang berbaloi dicari ketika dimenara gading yang akhirnnya menjadi kenagan paling manis seumur hidup. lantas aku berjanji untuk slot adjustment to campus life dalam programme Counseling awareness..dia bakal dipanggil sekali lagi. Pendiriannya terlalu kemas. Bilau berkongsi bagaimana mendahulukan matlamat hidup itu yang perlu diberikan kepada pelajar pelajar baru..dan HIDUP INI UNTUK BERBAKTI...motto ini perlu dibudayakan..diwar warkan.


Aku akan terus memberi laluan kepada Dr muda ini untuk berkembang. malah aku plan dalam diam diam dia akan menjadi mentor anak anakku. dia seorang yang sangat suka kan kanak kanak. tidak sia sia satu ketika dulu aku mendengar tangisnya dan rintihnnya..hari ini belaiu berdiri sebagai seorang yang berjaya dan sangat berwibawa...sanggup turun padang dan mendalami lembah dan lurah. terimaksaih Firdau..semoga umurmu dipanjangkan..usaha usaha mu sampai ke akhirat. kami berucap selmaat malam dan jaga diri sebelum sama sama bersurai lewat malm semalam.


Pssttt..sebenarnya banyak bekas bekas pelajarku..hebat hebat tapi tidak ramai yang mahu tampil membantu tempat yang telah ditinggalkannya. terimakasih Allah dengan rezeki pertemuan ini...sesungguhnya usaha usaha yang dipermudahkan olehmu terlalu indah untuk dikenang. Alhamdulilah.