Wednesday, August 3, 2011

Rahmat dan Barakah RAMADHAN


Sudah terlalu lama tidak berpeluang menjenguk BLOG ini, penuh tulisan tulisan hanya mampu dileraikan dinota iphone. 2 minggu terakhir July situasi menjadi TERLALU SIBUK. Tanpa terduga antara Aku, maria dan Li kamis epakat membawa masuk IOPE untuk dimarketkan di Malaysia dan Alhamdulilah teori teori Bisness yang aku apply dari SAM sangat BERJAYA. inilah punca yang menyebabkan aku sangat kesuntukan MASA tapi sangat TERASA KESERONOKANNYA. At last aku bertemu dgn satu GROUND Business yang berpotensi. Alhamdulilah ternyata PINTU REZEKI semakin TERBUKA buat aku.

Hari ini hari ke 4 Umat Islam di Malaysia BERPUASA. Budaya bersahur dan berbuka menjadi sebahagian Ibadat tambah kemeriahan dengan Solat Terawikh dan Tahlil menjelang waktu berbuka. ya Allah nikmatnya Ramadhan karim ini dan Nikmatnya kali ini menusuk keseluruh jantung dan tangkai hati. Semenjak dua hari ini jugalah, jejak terawikh ku terus mengatur langkahnya. Malam pertama di masjid At Taqwa taman Tun Dr ismail dan malam Ke 2 di Masjid Asyakirin Bandar Utama, aku merancang malam ini ke masjid Mujahiddin Damansara Utama. 2 malam bersama anakku Nana, kami bebuka, bertaddarus dan berterawikh dimasjid, cuma malam pertama hubby turut serta, Meriahnya cahaya kasih Ramadhan yang kami rasakan, menambah erat kasih sayang dengan keeratan kasih Allah yang sedang dinikmati Alhamdulilah. Hari ini aku keseorangan, hubby bertugas diwaktu ptg dan malam dan anak ku Nana sudah kembali ke Asrama. Sedari pagi tadi, aku sudah memulakan misi bersahur dengan Roti telur, nescafe dan Mineral water dan terus segera ke Masjid Kolej Islam bersebelahan campus PJ. Disambut wajah wajah ceria jemaah TETAP masjid sambil bertanya itu dan ini padaku...bahgianyaaaa. Bermula solat tahayatul masjid, hinggalah solat tahajjud dan solat hajat diselangi dengan surah hari khamis surah Luqman dan sambungan surah yusuf hinggalah masuk waktu untuk sunat rawatib dan solat subuh berjemaah dan tazkirah. Alhamdulilah terasa JIWAku kenyang dan kental dengan santapan santapan rohani seawal pagi indah ini.

Hujung minggu aku pasti kembali untuk bersama mak, bak, fayyadh dan harraz,kali ini aku cuba menyusun programme terawikh di chukai kemaman untuk mendengar alunan bacaan pak syeikh Arab yang menusuk Kalbu. semoga hajat ini kesampaian dan UMPANku buat fayyadh dan harraz ialah berbuka dgn fast food kegemaran mereka.semoga Allah memakabulkan hasrat hati untuk anak anak menghayati barakah ramadhan dan bukan hanya tertumpu pada BAZAAR RAMADHAN. sayang sekali, sang ayah terlalu jarang boleh bersama anak anak untuk turut membina keutuhan kasih sayang yang berpaksikan ketuhanan. dalam diam diam hubby memnag bangga dgn cara aku, cara aku mendidik, cara aku komunikasi dan cara aku mengolah kehidupan Alhamdulilah walau dia banyak bersetuju dan jarang membantah itu sudah cukup memberi kebahgiaan pada anak anakku. Alhamdulilah.

Aku akur, dalam banyak keadaan masih TERLALU BANYAK diluar DUGAAN kita, yang datang sebagai UJIAN dan akus ering berkata kata dalam hati mengaku KALAH pada TAKDIR, terasa diri begitu KERDIL, terasa waktu begitu cepat berputar, terasa terlalu banyak INPUT yang perlu diolah sebaiknya demi kehidupan yang masih bersisa. Satu kenytaan KEPASRAHANku..aku hanya MAMPU SUJUD, aku tidak mampu lagi untuk berdiri tegak memberitahu STAND dan PRINSIPKU kerana terlalu sikit insan insan yang mengerti cukuplah aku alunkan bisikan demi bisikan, aduan demia duan kehadrat Allah yang maha mendengar, maha melihat maha bijaksana.

Masih terasa PANAS air mata seminggu yang lepas dihadapan hubbyku. Airmata KEKESALAN, airmata KEBUNTUAN, airmata KEPASRAHAN, airmata KERINDUAN, airmata KASIH SAYANG ..namun apalah daya diri, nun disudut hati aku AKUR, apalah DAYAKU LAGI, semakin banyak aku berjuang dengan manusia, semakin KUAT JERAT terasa. manusia disekeliling kita bukan semuanya SEJENIS dgn kita walau Adik beradik sendiri, itulah hakikatnya. Ada manusia kaya raya tapi hatinya baik dan sangat luhur, ada juga yang kaya raya tapi sebaliknya, malah ada manusia MISKIN malah bertambah miskin akal dan hatinya ada jugak manusia miskin dan berkadar diri. tak paayh melihat jauh jauh cukup sketsa watak watak dalam keluarga sendiri. Dunia kecil didepan mataku.

Hakikatnya juga manusia senang membuat ANDAIAN dan terus MENGHUKUM dengan kadar segera, sedang untuk mengenali seseorang itu dengan lebih dekat memerlukan waktu yang panajng, memrlukan pelbagai aktiviti dan bentuk pertemuan justeru itulah ramai yang tidak mengenali walau SUAMI sendir. Itu belum lagi mengambil kira soal betapa hebat seseorang dalam skill manipulasi mereka. Senang mengucap kata MAAf dan ya terlalu senang untuk memberi MAAf tapi kesan dihati tidak pernah PADAM apalagi kesan itu dibuat BERULANG ULANG. Bagaimana HATI kecikku menilai Sengsara yang ditanggung ibuku, walau tersergam sebuah kemewahan sekali pun HATI IBUKKU tetap meratap PILU didalam. Itulah hati ibu yang sekali lagi telah memberikan aku sumber INspirasi untuk mula MENULIS sebuah tulisan yang berbentuk NOVEL merakam kisah kisah kehidupan kami dan Novel adalah jalan terbaik untuk menyampai pengajaran paad semua lapisan masyarakat. 3 hari ramdhan, kesucian hati ini sudah mampu koordinasikan tangan dan minda untuk mula menulis. SELUMBAR di HATI BONDA. Aku akan terus mengenangi HATI ibuku yang sekaan KERING air matanya itu, hidup berulam derita dan tekanan yang tidak putus putus. Memahaminya menjadikan aku bertambah sayang padanya, seperti mana aku, aku juga perlu kata pada IBUKU...KITA HANYA MAMPU SUJUD MAK!

Semoga aku masih ada 26 hari RAMADHAN untuk BERSUJUD penuh rasa kekerdilan diri sebagai MAKHLUK nya ya RAbbi.