Wednesday, April 24, 2013

Rezeki tidak pernah SUDAH





Alhamdulilah Syukur pada Allah atas nikmat rezeki luasnya yang melimpah ruah. Betapa bertuahnya aku sebagai seorang insan yang bernama makhluk berdiri  sebegitu istimewa dengan limpahan nikmat dan kasih sayangnya. Alangkah rugi mereka mereka yang mengenepikan nikmatnya dalam hidup ini. Diam tak diam hari ini sudah 24 April 2013, bermakna sudah 42 tahun 3 hari usiaku dimuka bumi ini. Semakin hari semakin pendek waktu, semakin kurang tenaga. Semakin banyak kerja. Mana mungkin kalau tidak dapatkan satu system hidup yang betul, kita akan tenang dan bertenaga seperti masa masa muda. Alhamdulilah rezeki luas sering menjengah diri ini.
Hari jadi hanya setahun sekali, syukur pada Allah tahun ini aku masih berkesempatan menikmati hari lahir yang ke 42 dalam suasana yang tidak disangka sangka sekali lagi. Kalau tahun lepas aku dalam training water confident, 40 kawan yang mengaminkan doa ustaz buat aku, bukankah itu rezeki namanya, dan tahun ini, menemui insan hebat seperti Dominique adalah hadiah besar dari Allah, aku menyambut hari lahir dikelilingi suasana penuh cinta dan kasih sayang sesama manusia. Siapalah boleh menduga, pertemuan biasa aku, Saba, Sawiah dan Nor akhirnya terikat dengan programme Money and You sebuah programme exclusive membina minda kekayaan diri dan harta. Ya Allah sesungguhnya doa doaku sering engkau penuhi. Terima kasih Allah.
Alhamdulilah, pagi 21 April, pagi yang membuatkan dua pipiku kemerahan dek ombakan bahagia. Pada malamnya aku sudah berpesan pada hubby untuk bawakan anak anak kecuali kakak yang berada di asrama. Kami minum pagi bersama di Holiday Villa Subang Jaya. Walau aku sangat mengantuk kerana tidur jam 6 pagi, namun aku cukup gembira pagi hari pertambahan umur, aku dikelilingi insan insan yang mengambarkan simbolik TANGGUNGJAWAB dalam kehidupan. Asas money and you ialah tanggung jawab, kita rancang hidup kita kerana kita bertanggung jawab pada hidup kita. Sebelum kita bertanggung jawab pada orang lain, kita terlebih dulu bertanggungjawab pada diri sendiri. Terlalu banyak element element baru yang aku pelajari untuk menyokong rasa tanggung jawab, tak kurang juga sessi  melengkapkan diri dengan forgive and forget dan Letting Go.
Tidak mampu aku ceritakan betapa bangga, bahagia, bersemangat, seronok, dan oenuh syukur rasa dihati bila aku berada ditengah tengah mereka yang bertanggung jawab pada planet bumi ini. Aku dipilih Allah, aku melihat air mata Saba dan Sawiah bila aku memeluk mereka mengucapkan terima aksih kerana melihat potensi aku. Aku juga melihat dalam imbasan separuh sedar, kanak kanak 5 tahun yang berbaju donny and marie warna peach,  berseluar putih dan berambut pendek itu berlari keseorangan ditengah tengah lalang dan pokok kecil, hatiku terasa sunyik melihat gadis kecil itu, dan itulah aku, aku gelarkan diriku lonely Niza. Sebagai menerima nasib diri kerana memahami up set itulah ruang terbukanya peluang, aku yang kini hamper begitu gembira berlari mendapatkan Lonely Niza, aku mendukungnya, memusingkan badannya, begitu riang Lonely Niza ketawa. Kami seakan mengalami waktu indah bersama. Kini baru aku sedar, apa kekurangan didasar hati yang tidak settle dan aku bawa dalam hidup hingga hari ini. Alhamdulilah, aku terpilih untuk melihat semua itu, alhamdulilah sokongan dasarku semakin mantap, alhamdulilah banyak keajaiban berlaku dan alhamdulilah ini semua sempena Hari jadi yang ke 42 tahun aku.
Kilat diluar sabung menyabung, aku terpaksa berhenti untuk memberi laluan masa pada tugasan seterusnya. Sesungguhnya insan bahagia dalah mereka yang bahagia hatinya, hati yang bahagia tidak cukup dengan redha, sebaliknya kemaafan pada diri sendiri adalah permulaan langkah untuk cipta bahagia dalam diri.
Terima kasih Allah atas rezeki mu yang tidak pernah sudah.
Amin

Thursday, April 11, 2013

Bahagia Sebenar



Alhamdulilah hari yang sangat INDAH bila dalam kesakitan masih BERTENAGA dan PENUH KECINTAAN untuk terus membantu dan meneruskan sesuatu yang sangat suka dan disukai Allah. Aku tidak pernah merasa begini, sarat dengan idea, tenaga, tenang dan bahagia. Alhamdulilah, semua ini tanda tanda kasih sayang Allah yang tidak berbelah bagi.
Mencuri masa meneruskan coretan diblog ini, kini penulisan sudah menjadi satu target penting kepada cabang perkhidmatan. Alhamdulilah pertemuan dengan insan yang bakal menyokong dan mendidik walaupun perbezaan usia yang ketara, dia sangat muda tapi bakat penulisan dan keberaniannya menambat hatiku, malah yang lebih penting anatara kami seakan sudah ditakdirkan rezeki pertemuan DEMI SEBUAH PENULISAN. Setiap 3 jam, aku pasti teringat untuk meneruskan apa yang sudah kami draf, berbagi masa, menyenaraikan keutamaan, terasa peroduktiviti bergerak bersama masa dan terasa SATU FLOW yang sangat tenang. Alhamdulilah terima kasih Allah.
Sepagi yang indah ini sudah sarat diisikan dengan list yang utama, masa sudah menjadi LEBIH DARI EMAS nilainya sekarang. Sepanjang meeting pagi tadi, Alhamdulilah Allah memberikan idea yang begitu terkini tanpa disangka sangka. Semua sudah siap tertulis secara rangka kasar dan sebelum maghrib akan dikemas kini sepintas lalu. Takdir Allah telah merencanakan peluang untuk aku kembali ke atas stage bersama pelajar dan permintaan luar. Rezeki dari Allah tiba tiba datang mengelilingi aku yang sering membuatkan aku mengalir air mata kegembiraan. Secara diam diam aku target sekurang kurangnya satu talk satu minggu dan one to one session dengan orang luar. KEUTAMAAN PERLU JELAS agak tidak menimbulkan tekanan dan selepas kemas kini modul sebaiknya baru akan aku mulakan marketing secara bayaran dan percuma. Semoga Allah permudahkan..amin.
Tajuk malam ini ialah Definasi Cinta, namun aku lebih selesa menamakannya ALL ABOUT LOVE. Alhamdulilah perasaan cinta dan kasih sayang yang ada menjadi petunjuk idea untuk mencanaikan isu mala mini. Merasai cinta, menyedari hakikat cinta, isu cinta remaja, siapa kita dan cinta, keperluan cinta. Kita hidup dalam cinta Cuma mungkin kita tidak merasainya, cinta kasih Allah melalui RAHMAN DAN RAHIM. Kerana kita hidup dalam cintalah, kita kadang kadang lupa, sebaliknya jika kita syukur, cinta dan kasih sayang Allah semakin berganda ganda. Kita dilahirkan hasil sebuah cinta, Cinta yang diizinkan Allah, kalau tidak masakan kita terjadi dengan izinnya, namun kita cepat lupa untuk mensyukuri, kita dibesarkan dalam luahan dan suasana cinta, Cuma kita menafikannya secara tidak sengaja. Seterusnya pada diri sendiri, stage ini sangat penting kerana mereka yang tidak menyintai diri sendiri tidak akan mampu untuk menyintai orang lain. Seterusnya kemampuan berbagi cinta, kita berada dipihak mana BANYAK CINTA atau KURANG CINTA. Mereka yang banyak cinta akan lebih bahagia, dan seagung agung cinta adalah CINTA ALLAH. Inilah hakikat sebuah cinta yang tercetus ideanya semasa meeting pagi tadi. Alhamdulilah rezeki idea yang baik dari Allah, aku hanya dipilih untuk menyampaikannya.
Alhamdulilah, syukur pada Allah bila dingat ingatkan banyaknya doa doa yang sudah dimakbul Allah, bahagia dan tenangnya rasa hati, walau ujian dan dugaan datang tanpa henti. Hakikatnya siapalah kita kalau hanya mengahrapkan hidup bahagia semata, bahagia sepenuhnya hanya janji Allah pada kehdupan di Syurga, dunia ini hanya persinggahan sementara. Paling aku syukuri, Allah sudah mengatur yang lebih baik buat aku melalui seminggu ini, disebalik dugaan Harraz demam, Allah datangkan mak dan bak yang selama ini aku minta setiap kali sujud. Aku perlukan makd an bak datang untuk buat rawatan kaki mereka dan untuk buat rawatan spiritual mereka. Ada ketikanya terasa hidup penuh pertarungan antara yang jahat dan yang baik, janagan ikut sepenuhnya kata hati, tapi tanyalah iman dihati, kalau tiada iman, ikutlah meerka yang lebih arif dan adil dalam membuat keputusan. Aku pernah mengaku GIVE UP dengan hubby tentang apa yang terjadi dalam keluarga, namun hubby berkali pesan, jangan ambil hati, kita sedang diuji. Namun setiap kali sujud bila aku menyebut mak dan bak, air mata aku bagai hujan, badan menggigil, aku pinta Allah izinkan aku membantu mak dan bak lepas dari siksaan yang mereka sendiri tidak tahu puncanya.
Untuk sekali ini, aku berjanji pada diri demi kasih sayang adik beradik biarlah apa yang aku tahu menjadi rahsia besar aku, hubby, Linda dan fatin, biarlah Mak dan Bak tidak tahu, agar mereka tidak merasa KETERLALUAN dan TERLAHIR KEBENCIAN. Aku faham mereka manusia biasa, kalau kebencian demi kebencian dan kemarahan demi kemarahan, semakin jauh seseorang yang ada pertalian darah dengan aku ini dengan syurga. Biarlah aku simpan dalam hati, biarlah Allah menunjukan perancangan yang terbaik, kami redha dan kami ikut ya tuhanku. Aku cukup rasa bahagia, diberi peluang oleh Allah berbakti, dan terus berbakti, bahagia rasanya bila dikesempatan inilah juga aku membuat TEMPAHAN UMRAH untuk kami bertiga yang dijangka pada FEB atau March 2014. Dalam tepuh seminggu dua ini aku perlu jelaskan bayaran penuh pada agent. Aku perlu listkan persiapan, termasuk membekalkan buku, passport, pakaian, wang belanja dan mencari peluang belajar secara praktikal jika perlu.
Alhamdulilah, aku rasakan duit bukan segalanya, MEREKA TERLALU ISTIMEWA dan merekalah segalanya buat aku, apa lagi bila tujuan untuk membawa mereka lebih dekat pada Allah. Semoga Allah permudahkan, semoga pintu pintu rezeki terus terbuka luas, semoga datangnya rezeki buat kami melimpah ruah. Aku pernah berjanji pada diri, bertanggungjawab pada diri dan keluarga bukan mudah, pengorbanannya bukan sedikit, Cuma satu yang aku harapkan, REDHA ALLAH. Aku tidak teragak agak, apa yang aku dapat selepas ini semata mata untuk mendekatkan seluruh ahli keluarga dengan CAHAYA KEIMANAN kerana inilah BAHAGIA SEBENAR yang aku cari.
Ya Allah kau bukakan Jalan dank au permudahkan usaha usaha hamba mu yang kerdil ini..Amin

Wednesday, April 3, 2013

Layar IMPIAN




Alhamdulilah atas kesinambungan nafas dari Allah yang membolehkan diri ini meneruskan kehidupan dunia dalam mencari redhanya. Masih panjang umur ini bermakna masih banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan. In sha Allah janji janji Allah itu pasti, atas setiap usaha besar atau kecil atau atas sebab kerananya pasti diberi balasan setimpal. Hidup ini penuh anugerah Cuma terpulang pada kita memiliki minda yang bagaimana, MINDA SYUKUR atau MINDA KUFUR.
April 2013, hari ini sudah 4 hari dibulan April, barulah aku berpeluang meneruskan penulisan disini. Sedari semalam, isu ibu berlegar legar dimindaku. Satu desakan yang kuat untuk telefon mak, tapi sana sini sana sini last last tertidur kepenatan dan kekenyangan dengan rezeki Allah yang tidak disangka sangka. Alhamdulilah, dalam sibuk sibuk menunaikan tanggungjawab dipejabat, Mak menelefon bertanyakan khabar Harraz. Bercakap dengan Mak, aku menyeka air mata sendiri sebab dari semalam aku menyedari besarnya peranan mak dalam hidup aku anaknya. Aku tahu mak sangat terharu mendengarnya.
Semalam Harraz demam, sampai saja dirumah, aku panaskan air untuk mandikan dia dan selimutkan dia dengan selesa. Aku masakan nasi bubur dengan ayam goreng khas untuk Harraz. Aku menyuapkannya makan. Semasa aku menyuapkan Harraz, aku teringatkan Mak, aku rasa aku macam Mak, dulu Mak menyuapkan aku demam, dalam serba kekurangan Mak mengembirakan aku, penuh disisiku air gas, buah dalam tin, asam masin, biskut. Mak buat aku gembira dan aku rasa Mak sangat sayangkan aku. Aku tahan rasa rindu yang tiba tiba datang itu. Alhamdulilah bagaimana Mak sabar dengan aku ketika sakit, begitulah sabarnya aku bila anak aku sakit. Alhamdulilah bangganya jadi ibu, besarnya barakah jadi ibu kalau kena gayanya.
Aku cerita dengan mak perasaan aku semalam. Mak mengadu segalanya. Alhamdulilah inilah peluang yang aku tunggu. Mak kita manusia biasa, kita juga berdepan dengan manusia biasa. Usah semak semak kepala fikir pasal orang lain, kita fikir diri kita dulu, kita bahagiakan diri kita dulu baru kita bahagiakan orang lain. Kita ada Allah Mak, mengadulah dengan Allah. Mengaji dan solat fardhu dan sunat, berbaik sangka, maafkan orang walau jahat macam mana sekalipun mereka pernah kata dan buat pada kita. Alhamdulilah hari ini Allah berikan apa yang aku mahu. Aku terlalu ingin berpeluang cakap dengan Mak begitu dan membina contract kecil yang aku akan pimpin Mak. Mak juga berkali kali bersunggut, Mak nak ikut angah, tolonglah Mak sayang. Hari ini baru terbuka, terbuka sebuah hijab, hijab yang memisahkan kami, kini kami satu haluan. Baru sedikit ilmu dan iman dipraktikan, Allah sudah banyak member jawapan pada setiap doa doaku.
Aku beritahu Mak pasal solat, tidak boleh berdiri kita duduk. Bila ada peluang kita ke Masjid. Aku kongsikan dengan mak bagaimana kagumnya aku melihat orang orang tua yang terketar ketar dan tidak berdaya masih ke masjid dan berdiri disaf pertama, tak kan kita nak tunggu sebegitu lemah baru ingin menrokai NIKMATNYA BERJEMAAH DIMASJID. Aku luahkan pada Mak, surah surah tertentu yang boelh menjaga kita, Waqiah, Sajadah, Dukhan, Arrahman, Yasin dan Almulk. Zikir zikir tertentu yang melembutkan hati kita. Aku juga mengakui pada Mak, aku sudah maafkan semua orang, aku faham kekurangan mereka tapi untuk along yang aku perlu BERSEMUKA untuk membolehkan hubungan adik beradik ini terbina lebih baik. Kalau bukan aku membetulkannya siapa lagi? Mak seakan faham. Untuk kaum keluarga lain, apa yang berlaku lebih banyak hikmah kebaiknnya, aku ada banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga sendiri. Kalau ebrsama mereka terus menerus mengundang  rasa tidak puas hati, redhalah dengan perpisahan sementara ini. In Sha Allah ini lebih baik buat anak anak saya.
Selesai berbual dengan Mak, aku didatangi client bernama Yana. Ini masuk kali ke 3 Yana mengunjungi aku dan tengah tegang dengan sebuah isu kehidupan. Aku luangkan masa untuk Yana satu jam, ternyata, kecil saja ceritanya tapi dipandang yana sangat besar. Ini adalah kesan kelukaan besar dalam hatinya kerana hubungan tidak baik dengan ibunya. Yana kelihatan kasar dan keras hati tapi aku yakin potensi dalam dirinya. Yang pasti Yana tidak hipokrit dan tidak manipulator. Yana bersedia untuk dicoachkan, kami memulakan term coach contract kami dengan sebuah persoalan yang Yana perlu jawab. What is your definition of CHANGE personally?. Dia sebut dia perlu hentikan semua yang menghantuinya, dia perlukan perhatian kerana terlalu kosong hidupnya selama ini, dia perlukan kasih sayang kerana yang ada dalam hatinya dendam dan kekecewaan yang dalam. Yana mengingatkan aku pada Long Cuma bezanya long seorang manipulator hebat yang boleh memperdayakan orang dengan mudah. Itulah yang menyesatkannya dan menjauhnnya dari pembaikan dan kepercayaan kami. Aku nyatakan pada yana, kesanggupan Yana perlu 80 percent dan mdm hanya 50 percent, see how?..bila yana bagi 10 percent baru mdm bagi 100 percent.
Aku bersalam dengan Yana sambil memegang kepalanya dan berdoa, ya Allah permudahkan urusan Yana untuk meniti step step perubahan kearah kebaikan buatnya. Sebagai counselor, bakal life coach, aku terus berdiri dibelakang yana. Yana dan Izzah adalah 2 pelajar yang aku berikan khidmat yang lebih sekaligus menjadi titik permulaan baru dalam profesion baruku. In Sha Allah dari pengalaman setahun bersama mereka, aku akan tenguk bagaimana dan aku akan listkan setiap kebaikan dan perubahan yang perlu dibuat. Istilah SALAH tidak pernah wujud, yang ada hanya PEMBAIK PULIHAN.
Kita semua MANUSIA BIASA, kita buat silap, kita menyedari , bangun membaiki dan terus membina trak kehidupan yang lebih baik. Terima Kasih Allah, sebaik baik peluang dan pemudahan aku hanya sandarkan padamu. Permudahkan usaha usaha IMPIAN dan CITA CITAKU..Amin.