Tuesday, March 22, 2011

14th Anniversary dan Eramin 5


Selasa yang jarang berlaku MEETING dan buat pertama kalinya perlu dihadiri dengan MINDA yang KOSONG dek bukan sesuatu dalam senarai TUGASAN harian. SPORTS DAY!! aneh rasanya bila seorang pegawai psychology dipanggil untuk meeting acara Sukan Universiti. Mungkin Bos ada alasan tersendiri dari apa yang aku nampak sebagai agenda silaturrahim sesama rakan sekerja yang beberapa kerat ini. Aku suka je untuk membuatkan hari hari penuh meriah dengan TARGET dan MATLAMAT berpasukan.Dalam bilik meeting kepala sendat dengan TO DO LIST kerja kerja, dan mata sesekali mengantuk kerana TERGANGGU tidur semalaman bukan kerana isi yang terkandung dalam sms yang dihantar BERTUBI TUBI penuh CACI CERCA tapi kerana cuba memikirkan untuk terus bertahan dan kawal STATE diri agar semua SMS SMS itu tidak langsung memberi luka dan kudis pada hati dan menghilangkan KESEIMBANGAN diri dan fikiran.

TIDAK MENGAPA!! bisik hatiku bertalu talu, kerana aku tersangat faham perangai budak budak HINGUSAN yang tidak cukup ILMU dan DIDIKAN. Aku lebih fokus pada perangai ORANG TUA yang Uban sudah nyata semakin banyak dikepala dan sudah melalaui PELBAGAI dugaan namun TIDAK BERUBAH apa apa. Penulisan BLOG adalah hak peribadi. Tiada siapa yang boleh menghalang kalau tidak berduun duyunlah orang masuk penjara disaman oleh orang orang tertentu. Ruang ini adalah ruang yang BEBAS untuk menulis dan judgement apa sekali pun bukanlah priority utama. Ini hak INDIVIDU!!!.Untuk aku secara peribadi menulis di Blog yang pertama ini adalah untuk menghilangkan sesuatu yang sedang bermain difikiran seklai gus menghilangkannya dari terus menari nari dlm kotak fikiran yang masih banyak yang PERLU DAN PENTING untuk difikirkan. Pengalaman hidup suka atau duka, baik atau nakal semuanya adalah sisipan kenangan yang terdapat padanya intisari pembelajaran untuk diri sendiri atau orang yang terbaca atau sengaja membacanya.

Masih terlalu awal untuk aku pulang. Terlihat barisan tajuk yang belum siap ditulis semenjak sebulan yang lepas ditetapkan. Hari ini baru rasa terpanggil untuk menulis tentang kenangan 14th Anniversary dan Eramin 5. Ada dua unsur berlawanan sifatnya dalam waktu yang sama, anniversary ke 14 siapa yang tidak gembira untuk melaluinya dan Eramin 5, salah satu DADAH HIBURAN yang digunakan oleh mereka mereka yang terlibat dengan dunia hiburan dan penagih dadah.

21 February kurancang dengan baik sekali. 2 tiket penerbangan ke PADANG SUMATERA dengan penerbangan Air Asia untuk aku dan hubby. Sehari sebelum pergi bertanya berapa duit yang perlu ditukarkan untuk bekalan wang CASH disana. Melihatkan acara Anniversary sudah tentu aku kepala lebih mengutamakan HOTEL yang indah dari shopping sakan. Lagi pun aku perlu hati hati, aku tidak boleh memperlihatkan pada hubby aku gila shopping dengan duitnya nanti dia menjadi sangat kedekut dengan aku.hehe. Dengan pantas aku menjawab Tukarkan 1000 bersamaan 3 juta rupiah Indonesia. Malamnya kami bersiap siap pergi, aku merasa agak JENGKEL untuk kesekian kalinya BERDUA DUAAN disuatu tempat yang asing setelah cuaca rumahtangga kembali pulih dari Tsunami kasih. Semakin OK ke atau akan TERSERLAH perasaan sebenar KEBORINGAN dan KEBOSANAN. Aku seakan TAKUT pada kenyataan perasaan yang bakal aku lalui.

20 minit selepas hubby mula tidur kerja kerja mengutip baju baju kotor untuk dimasukan kedalam washing mechine bermula. Ketika aku mengeledah poket seluar kerja hubby aku terpandang bungkusan kecil dan bila aku buka kaplet warna merah tertulis no 5 dan segera otak aku memberitahu..it is Eramin 5. Aku mengetapkan gigi menahan rasa geram sepantas kilat terbayang muka hubby mengaku dengan penuh innosence ..abang tidak ambik lagi!! Arghhh dasar lelaki penipu getis hati ku penuh geram dan nekad semuanya perlu disetelkan SEGERA. Aku pantas menarik kaki suami yang sedang tidur, dia membuka mata kemalasan dan tolong bangun! please explain!! 4 perkataan itu yang keluar dari mulutku. Apa ni? tanyanya semula bila aku menunjukan kaplet itu dekat dengan matanya dan aku berkata Jgna berpura pura dan please STOP jadi PENIPU dalam hidup saya!!.

Mana dapat, kat mana, bagaimana ..soaln solan yang keluar dari mulut hubbyky semula sambil dia memegang kepalanya seakan bingung atau KETAKUTAN sebab KANTOI!! aku dengan penuh jelas menerangkan semuanya termasuk harapan yang telah musanh, hati yang semakin sakit dan terluka dan BUNTU bila ruang DOUBT is always there!!. Aku tidak mahu menangis malam itu tapi aku tidak berdaya aku menangis dan terpacul dari mulutku SEMUA AGENDA ESOK BATAL!!. Huby segera memegang bahu aku dan meminta maaf dan denga penuh tegas menerangkan pada ku dia tidak sentuh semua benda itu lagi, benda itu diberi oleh kawan katanya ubat sakit kepala dan dia pun tidak sempat membukanya. Aku tidak tahulah ORANG BODOH mana yang boeh terima jawapan hubbyku ini tapi aku tidak boleh terima. Aku terus mengucapkan dengan penemuan Eramin 5 ini terbukti pada saya ..you tidak pernah benar benar BEBAS dari DADAH!!.

Aku tidak sedar dalam perasaan binggung dan tidak tahu untuk percaya atau tidak, aku tertidur dan jam yang dikunci pukul 4 pagi nyaring berbunyi dan mengejutkan aku beserta telefon dari adik fatin bertanya ...sudah bangun ke??? kerana dia yang bakal menghantar kami ke airport. Andai ini satu tugas penting dan aku perlu berdepan dengan PROFESIONAL mungkin agak MUDAH kerjanya. tapi ini sudah menjadi medan senyum dalam tangis dan sangsi pada aku. Tiba tiba ada satu KEKUATAN berkata, mengapa kita perlu RUGI masa rugi duit rugi pelaung pada KISAH ORANG LAIN. Lantas secepat kilat aku bersiap dan denagns elamba aku mengejutkannya Bangun!! apapun kita pergi at least boleh berfikir dengan lebih baik. Pergilah kami meneruskan perjalanan, di airport aku seperti biasa selepas check in tiket pasti mencapai buku yang bakal dibaca. ketika itu aku tearsa ruang komunikasi aku dan hubby seperti kawan biasa yang menuju arah yang sama.

Penerbangan hanya mengambil masa 45 minit dan satu dugaan buat hubby untuk kali pertama penerbangan ke Indonesia bila bingit telinga dengan gurauan dan ketawa besar para penumpang yang rata rata warga Indonesai yang KEKAMPUNGAN dan tidak mengendahkan orang lain punya PRIVACY. Hinggakan untuk declaration kastamnya pun aku yang terpaksa isikan keraan hubby menjadi sakit kepala dan stress. Pijaks aja bumi padang, aku dan hubby terus bersarapan pagi yang bagiku sangat MEMUALKAN dan kami mengambil teksi terus ke hotel yang bernama BASKO hotel. Basko Hotel sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang, harga semalam dalam lingkungan Rm150 sahaja semalaman kiranya kami mebayar 1 juta rupiah hanya untuk hotel. Hotel best tapi harga murah. siapan biliknya kemas dan sangat cantik. Lobbynya yang besar dan mewah.

Kerna semlaman tidur hanya 2 jam, kami BUNGKAM dan terus tidur seawal pukul 11 pagi waktu Indonesia setiba kami dibilik. Bila aku terjaga, aku terasa tidurku kali ini sangat panjang meliaht jam sudah waktu Asar sekitar pukul 4 petang lalu aku terus siapkan diri untuk solat jamak taakhir. kami keluar makan dan jalan jalan dikawasan sekitar. Aku tidak melepaskan peluang menikmati Jus Avacado kegemaranku. Anehnya kami boleh berbual seperti biasa dan mesra seakan LUPA TERUS pada cerita semalam. Keesoakan harinya, kami membayar seorang dribver taxi untuk acara meronda. Sudah semestinya aku mencari peluang untuk melihat contoh contoh telekung, kain batik, baju sulam buatan orang padang. Memang CANTIK dan ALgi HALUS dari Surabaya. Mungkin kerana Tumpuan Utama pelancung dari Malaysia untuk Baju Sulam, hampir semua kedai memberikan harga yang sangat tinggi dan tidak berbaloi untuk dijual semula namun ianya setanding qualitynya. Aku membeli serba satu untuk ditunjuk pada kawan kawan dan aku bertanya membandingkan harga dengan Bukit Tinggi kerana itulah PUSAT PEMBELIAN sebenarnya.

Selepas kami pergi ke kawasan tepi pantai dan makan tengah hari nasi padang yang sekali lagi terasa MUAL ditekakku..aku hanya minum dan merasa beberapa lauk selebihnya aku merenung LAUTAN HNDI yang luas dan menimati pemandanagn terbang sang camar kesana sini beserta perahu perahu nelayan usang sedang jerih meraih REZEKI. Bila kekenyangan kami kembali pulang ke hotel dan berihat. sebelah malamnya aku mengajak hubby untuk menikmati muzik dan donut yang lembut di JR.CO. Itulah tempat yang membuatkan aku makan lebih sedikit dan pelbagai pizza dari kedai roti sebelah aku balun....sedapppp Bread Talk!!

Keesokannya kami bergegas pulang setelah puas menjamu selra dengan breakfast PERCUMA dan rehat yang cukup. Hubby menyerahkan sepenuhnya wang 3 juta dan tambahan 1 juta setengah untuk aku mengendalikannya. Inilah sifat yang paling MAHAL pada diri hubbyku dan inilah juga yang sedikit sebanyak mengubat luka yang sering berdarah dari masa kesemasa ...ya semestinya DOUBT is around me tapi usaahlah aku perbesarkan doubt itu. Pintaku pada Allah semoga apa yang dikatakannya BENAR dan aku yang perlu TERUS mengatur LANGKAH yang lebih kemas, Impian yang semakin MANTAP agar ruang lingkup kekuatan aku mampu melindungi insan insan yang lebih aku sayang dan utamakan...ANAK ANAKKU dan KEDUA IBUBAPAKU...

Ternyata Dugaan Eramin 5 tidak menjejaskan MISI yang sudah aku lakarkan dengan bantaun MINDA yang bekerja keras untuk memberi ruang sudut yang lebih positif dan mengecilkan part yang negetif...aku pulang dengan penuh senyum sambil bergurau apa kata biar saya je menjadi agent ERAMIN 5...Cepat Kaya!! seloroh ku dikala aku dan hubby menunggu beg beg kami keluar dari perut kapal terbang.

Tahun Depan genaplah 15 tahun anniversary kaalu aku amsih ada jodoh dengan hubbyku...aku ingin meraikannya dengan pengisian yang lebih BERERTI!! hanya Allah yang bijak mengatur dan aku sebenarnya BERSERAH apa pun keputusan yang Allah atur..aku dengan KERKERDILAN diri hanya mampu MENGIKUTI DAN MENGUTIP bunga bunga syukur pada Ilahi...Aminnnnnn