Wednesday, July 25, 2012

Masak TEMPOYAK Udang




AlGhafuru AlSyakur, bermakna maha pengampun dan maha bersukur itulah lafaz zikir hari ini sesuai dengan situasi yang terjadi. Alhamdulilah selalunya kalau apa yang dirancang tidak menjadi, aku pasti diburu kebimbangan, kesedihan dan rasa tertekan, hari ini TETAP TENANG. Aku sudah boleh menerima, selama mana kita ini manusia, selama itulah tidak terlepas dari kemungkinan diluar perancangan. Tiada yang PASTI dan HAKIKI dengan kita dan kisah kita. Hanya Allah yang sepenuhnya BERKUASA. Zikir ini bertambah lagi rasa TENANG dan yang pasti disebalik cerita semalam ada PENGAJARAN.
Kesesakan lalu lintas dijalan menghala ke Kota Damansara memberikan aku ikhtiyar untuk mencari alternative lain, laluan kena menuju ke Taman Tun untuk senang mengunjungi MINI MARKET bagi mendapatkan bahan untuk sajian berbuka puasa. Semalam kali pertama, dalam kepanasan, dalam kepenatan aku meletakkan kereta dilaluan terus dan perlu sedikit berjalan kaki. Ikan Kerisi besar, udang besar, minyak masak, cili api, santan, daun kunyit, daging dan jus Cranberry. Sempat juga aku membeli putu piring berbungkus RM4.00. Terlintas dihati sedari melihat Udang untuk MASAK TEMPOYAK UDANG apalagi mengingatkan hubby buatkan tempoyak dari durian dibawa bak yang tak sempat disentuh. Aku pasti hubby akan TERANGKAT seronok dengan menu begini dan aku sendiri sudah lama tidak memasakannya. Seperti biasa, aku hanya memulakan tugas didapur selepas solat Asar, mengaji dan berihat seketika. Tepat jam 7 pm sudah siap Masak tempoyak Udang dan Ikan Kerisi goreng berlada kegemaran hubby. Senang dan ringkas yang pasti sedap dan membahagiakan buat kami berdua.
Tepat 7.28 petang, kami berbuka, mulanya aku hanya sedikit dan rasa tidak cukup dengan nasi pertama, lalu aku tambah sedap kerana rindu atau lapar sebab berpuasa. Hubby usah cakaplah sampai 3 kali tambah. Puas hati seorang siteri bila suami makan begitu berselera, hilang penat membeli dan memasak. Segera aku tunai solat Maghrib dan membaca alquran, menjelang hujung hujung bacaan mata terasa berpinar pinar dan sangat berat, lalu aku baring dan terus tertidur. Bila hubby kejutkan untuk kemasjid, aku terus rasa sakit kepala dan badan terasa berat. Ini semua kerana makan banyak dan makan bersantan dan aku memang alah dengan SEA FOOD kerana Sinus. Maka teruslah aku duduk dan berehat dihadapan television, sesekali menjeling jam, bila pukul 10 pasti 8 rakaat sudah berlalu dan pukul 11 habislah 20 rakaat. Lama aku dan hubby tidak menonton TV bersama, apalagi kerana bulan puasa, sesekali rehat, menonton dan dijengah rasa bersalah. Entah mengapa sebelum tidur, sekali lagi aku makan nasi kerana tidak puas lagi makan MASAK TEMPOYAK UDANG. Alhamdulilah  walau tidur kekenyangan, aku terjaga 4.45am utk masakan nasi buat hubby dan pukul 5.15 am kami bersahur. Aku sudah tidak lalu untuk makan benda yang sama, mungkin sebab sudah 2 kali makan, aku hanya bersahur dengan BLUEBERRY YOGURT.
Semasa bersiap kepejabat, hati melihat meja dengan rasa sayu, ruginya putu piring tidak bersentuh, lain kali tak payah belilah apa pun kuih muih, tak sempat nak makan pun, agaknya puasa kali ni Allah lebih mendorong SPIRITUAL kami.
Sebagai pengajaran hari ini, aku hanya perlu singgah dikedai untuk belikan satu lauk, dan balik hanya buat DAGING GORENG KAMPUNG, cukuplah untuk kami. Aku tidak mahu kalahkan PERLU kerana MAHU. PERLU TETAP PERLU dan PERLU yang sepatutnya menjadi MAHU. Hari ini 5 hari puasa, aku perlu serious dan lebih berhati hati. Jangan sampai keadaan sebegini menjadi BEBAN dan menghancurkan rancangan baik yang ada. Ya Allah ampunkan dosa kami, kealpaan kami, khilaf diri kami, betapa bila kami terlalu memburu nikmat dunia dan kesedapan sementara, kami terbabas dari landasan sebenar sebagai hambamu yang TAAT dan berjuang untuk terus meletakkan IMAN dihati.  Kami akan terus membaiki diri kami demi keranamu ya Allah, restuilah kami, jayakan usaha usaha kami. MASAK TEMPOYAK UDANG sedap dimakan tapi kesannya tidak sedikit menghampakan.
Insya Allah, Boleh dimasak lagi tapi bukan bulan Ramadhan, kalau makan tak boleh sedikit, kalau terus makan TERSADAILAH jawabnya. Rugi masa, rugi peluang tidak sesuai untuk RAMADHAN MUBARAK yang mulia ini. Kami memilih bukan puasa sekadar lapar dan dahaga. Puasa kami PUASA JIWA RAGA.

Monday, July 23, 2012

PERLU bertukar MAHU




Alhamdulilah 5 Ramadhan bermakna sudah 4 hari berpuasa, budaya Malaysia selalu lewat sehari dari Indonesia dan Arab Saudi. Alhamdulilah juga sudah 2 malam membiasakan diri dengan rakaat 20 solat terawikh bertemankan sebotol mineral water dan diakhiri sepiring kuih dan secawan kopi pekat. Alhmdulilah senaman dari Allah tubuh terasa semakin sihat. Semalam sempat menjamah 3 ketul kek RED VELVET. Sedap sungguh rezeki Allah itu.
Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Ternyata sesuatu yang kita mahu SENANG untuk kita lakukan. Kita sudah dibesarkan dalam pepatah sebegini bermakna sedari dulu budaya kita mementingkan KEMAHUAN. Namun selamanya kita tidak hanya boleh bergantung pada MAHU kerana MAHU banyak juga datang dari HATI yang TIDAK CELIK. Hati yang celik ialah hati yang Tahu apa itu PERLU. Untuk memiliki PERLU, ilmu dan usaha usaha mencari ilmu perlu didahulukan. Bila hati ada ILMU barulah kita boleh menukarkan PERLU itu yang MAHU.
Seingat aku masa kecil, bila datangnya bulan Ramadhan dan Syawal, yang menjadi seronok ialah kuih muih terutama Lompat Tikam hasil air tangan ummi, dan cendol yang dimakan dengan sirap, mercun dan bunga api, baju baru, duit raya, siaran TV yang seronok luar biasa, malam 7 likur bermain main diluar rumah sampai larut malam bersama lilin, mersun dan kawan kawan. Alhamdulilah budaya budaya ini sebahagiannya tidak ingin aku warisi pada anak anakku. Apa yang ada sekarang dalam hidup kami LEBIH PERLU disisi agama malah SUNGGUH MEMBAHAGIAKAN.
Anak anakku tidak mendesak tentang BAJU RAYA, apa yang ada itulah yang mereka pakai, walau murah walau lewat disediakan tidak mengapa. Cuma mak yang sibuk untuk tempah awal awal. Begitu juga dengan kelengkapan yang lain, kami dahulukan SERONOK PUASA, SAHUR, TERAWIKH baru persediaan raya yang ala kadar. Alhamdulilah walau dikelilingi saudara mara yang GILA UNTUK SEMPURNA, kami tetap bersahaja. Tiada seorang pun dari anak anakku menangis TIDAK PUAS HATI. Alhamdulilah dikurniakan anak anak sebegini oleh Allah. Tahun ini paling ketara, tempias amalan REJAB dan SYABAAN terkena pada anak anak. Apakan daya mak tidak mengizinkan apa yang mereka inginkan, insya Allah tahun depan bila sudah kembali dengan mama, kita bebas berbudaya sunnah bersama sama. Diwajah anak anakku kelihatan GIRANG bila tiba waktu untuk kemasjid malah sekembali dari masjid mereka pasti kelihatan seronok jauh sekali kelihatan bosan. Kerana itulah, bila bertolak ke Kampung kembali bersama mak, mereka menitiskan air mata, anak anak merasai nikmat kelainan hidup bersama mama dan ayahnya. Semakin kulihat air mata itu, semakin kuat rasa bersalah dihati, apakan daya inilah apa yang ALLAH PERLIHATKAN, pahit pasti manis jua akhirnya.
Alhamdulilah juga, aku dapat menangkap bagaimana Minda dan kefahaman yang sudah mula bertunas dalam diri anak anakku. Syukur pada Allah atas kurniaan ini, tiada kata yang ingin aku sembahkan pada Allah penuh rasa TERHARU dan PENGHARGAAN. Satu kejayaan awal buat kami mengenegahkan PERLU itu yang dijadikan MAHU.
Sedari dulu, takala datangnya Ramadhan seronok melihat masjid masjid Allah menjadi meriah, deretan kereta dan lampu sudah cukup mengambarkan betapa ramai manusia berbondong bondong merebut pahala. Seronok melihat MERIAH tidak sama seronok turut sama memeriahkan. Semenjak anak anak kecil, aku rasa bersalah kalau hanya membiarkan orang saja mengaut untung dari Allah. Aku akan rasa bersalah kalau tidak membawa anak anak turut serta kemasjid walau seronok mereka ketika itu lebih kepada hidangan catering selepas solat yang dipanggil MOREH. Mereka suka the tarik dan akan beratur beberapa kali untuk tambah teh malah terjerit jerit memanggil mamanya ‘Cepat ma nanti the tarik habis’. Tahun ini sangat berbeza, anak anak sudah polite, tak makan tak apa yang penting solat, dari baju melayu sudah bertukar pada jubah. Sejuk hatiku melihatnya malah terdengar dengar fayyadh mengulang ulang bacaan surah yang dibaca iman yang pernah dihafalnya.
Hidup perlu ada PENINGKATAN, kadang kadang kita tidak sedar kita sudah bersama dalam peningkatan itu, kalau sudah janji Allah tiba, begitulah sedia atau tidak ianya menjadi sebati dengan senang. Aku tidak pernah TERMIMPI untuk seawal ini menjadi saf depan untuk rakaat 20 solat terawikh. Aku tidak termimpi untuk seawall ini menjadi sepasang suami isteri yang suka memeriahkan masjid Allah dan mencari pengisian agama disegala ceruk. Alhamdulilah, inilah janji Allah dikala kita dipisahkan dengan orang lain, dikala kita sedih dan tertekan yang ditangani dengan tabah, akhirnya bertemu sebuah anugerah. Kami tiba tiba jadi AKRAB hanya kerana DESTINASI ALLAH, sama sama mencari kebenaran, sama sama mencari ilmu, sama sama gemarkan buku buku dan majlis majlis agama. Allah hu Akbar besarnya rahsia sebuah TAKDIR. Bila aku kuat kesitu, hubby pasti mengikut, apalagi aku sering BERKONGSI, saya tidak BERANI menolak bila hati berkata MENGAPA TIDAK. Mengapa tidak solat terawikh 20 rakaat?, nak tunggu bila? Pastikah tahun depan masih berpeluang meraih pahala Ramadhan? Sihatkah tahun depan? Mengapa dalam hal lain tidak banyak beralasan? Ya Allah persoalan ini yang menukarkan PERLU menjadi MAHU dihatiku. 20 Rakaat ada 40 sujud bermakna 40 peluang untuk berbisik dengan Allah dan Allah pasti dengar dan hargai ketika bersujud dan itu hanya solat terawikh saja, belum termasuk solat solat lain. Besarnya peluang dan mungkin tidak ramai yang menyedarinya kerana ianya TIDAK TERLIHAT DENGAN MATA KASAR.
Alhamdulilah, malam pertama terasa janggal dalam debaran, berjayakah aku melaluinya, sebaliknya malam kedua terasa mudah malah sudah rasa seronok dan berbaloi apalagi bila hati berkata, tuhanku andai ini terawikh terakhirku, amounkan aku ya Allah, terimakasih atas peluang baik yang kau sediakan buat kami. Kami yang sering melupai hala tuju, kami yang sering menzalimi diri sendiri dek tertipu dengan KEMILAU DUNIA yang sementara. Insya Allah mulai malam ke3, solat terawikh 20 rakaat, sola tahajud, taubat dan hajat serta solat witir menjadi satu budaya yang akan dibudayakan pada anak anak. Kami akan lebih erat terikat kerana BERKONGSI NIKMAT YANG SAMA. Amin.

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan TERAKHIR



Alhamdulilah, hari ini Ramadhan ke3. Baru hari inilah berpeluang menulis kembali walau terlalu banyak yang terlahir dan tercetus diminda ini sebelum ini hanya ditulis dikertas lantaran masa terlalu sedikit untuk dicuri. Alhamdulilah juga dengan izin Allah segala nya TERANCANG DENGAN BAIK SEKALI. Sungguh indah perancangan Allah dan sungguh nikmat bila hati terus mengapai REDHA. Ramadhan yang mulia datang penuh rasa RINDU dihati, apakah ini ramadhan TERAKHIR buat kita. Itulah persoalan yang sering bermain dihati. Bulan yang suci diberi Allah untuk membaiki dan menyucikan segalanya, diri dan hati. Allah memberikan peluang sama rata kepada hambanya untuk berusaha mengangkat diri dan menyucikan peribadi, begitu kasih Allah pada kita, namun kita yang sering alpakan semuanya. Ya Allah jadikan Ramadhan kali ini buatku sebuah PERMULAAN YANG BARU.
Entah bagaimana terlintas dihati untuk menjemput mak, bak dan anak anak menyambut 1 Ramadhan disini, Alhamdulilah Allah perkenankan, rasa bahagia yang tidak mampu terucap dengan kata kata, bila kami berkumpul bersahur bersama, meriah berbuka bersama. Macam biasa, menyiapkan juadah berbuka tugas mak dan acik, aku hanya menyumbang keewangan dan kerja kerja mengemas. Inilah manisnya hubungan keluarga, semoga Allah masih memberikan kita peluang dengan hubungan indah ini Insya Allah. Malam pertama Terawikh, aku memimpin tangan mak menuju kebalai solat Surau Asyakirin Taman Tun Dr Ismail, perasaan ku seakan mempimpin tangan mak dimasjidil haram, belah kiri Mak belah kanan wahida. Ya Allah kau capaikanlah cita citaku dengan rezeki rezekimu yang tidak terduga. Aku menitiskan air mata dikala mendengar panggilan Iqamah untuk bersiap solat dan meluruskan saf. Kami duduk berdekatan bertiga. Sahur kali kedua, hati ibu yang aku miliki tersenyum puas bila menyediakan juadah sahur yang diminta anak anak, Chicken Bolognese Spagetti. Sungguh besar anugerah Allah menjadi seorang IBU melalui rasa apalagi diwaktu waktu mulia sebegini. Aku tidak ke Station bas, menghantar mak dan bak balik kerana aku tidak mahu MELIHAT AIRMATA anaka anakku yang merembat RASA BERSALAH yang dalam pada diri ini. Sempatlah, aku berterawikh 2 kali dengan mak disini, ada rezeki kita bersama beribadat lagi ya mak. Aku seronok mengimamkan mak solat maghrib dan solat subuh.
Kerana Ramadhan, hilang rasa LELAH untuk mengejar keperluan anak anak dan keluarga. Bila hati disucikan, bila jiwa sudah sebati dengan pengorbanan ibadat dan kasih sayang, Alhamdulilah, saat keluar shopping barang dapur dengan fayyadh berdua sementara Harraz menyiapkan homeworknya, seronok berbincang tentang ZIKIR dan seronok mendengar bagaimana anak lelakiku yang seudah semakin matang ini berfikir. Ya Allah jadikan dia anak yang bakal mewarnai redupnya IMAN dalam wadah DAKWAHMU.  Kerana Ramadhan juga, perjalanan ke Sungai Besar Selangor terasa tidak MEMBEBANKAN, malah sempat bersinggah solat Asar dimasjid simpang Lima dan bersolat Maghrib di Masjid Paya Jaras. Untuk sekian lama, akhirnya kami berbekal dengan juadah mee goreng, kurma, buah buah dan extra sambal ikan bilis buat Wahida. Aku tidak pernah merasa sebegini syahdu meghantar anak yang kuat beribadat itu untuk meneruskan perjuangannya sambil berbisik ketelinganya, belajar betul betul, focus jangan berhenti minta dengan Allah dan ingat Allah selalu dengan zikirnya. Semuanya terasa PENUH NIKMAT.
Mak meminta untuk buat solat terawikh 20 rakaat, hanya malam ketiga bila mak sudah pulang barulah kesempatan ada, aku juga TERLALU TERINGIN, bila tiada halangan anak anak dan kepentingan untuk menyiapkan itu dan ini, barulah boleh didahulukan INGIN yang terasa. Alhamdulilah, malam ke3 berjaya melakukan 20 rakaat solat terawikh diMasjid Asyakirin. Sepanjang solat bacaan Juz 3 Alquran dialunkan dengan penerangan intisari makna ayat ayatnya. Sebelum kaki sakit, sebelum uzur menjengah diri, sebelum banyak lagi kemungkinan halangan tiba, tidak ada sebab untuk menangguhkan TERINGIN pada jalan Allah. Kalau kita pernah bersungguh sungguh kejalan yang SIA SIA, mengapa kita tidak bersungguh sungguh kejalan Allah sedangkan kita SEDAR HAKIKATNYA. Alhamdulilah juga, hari ke 3 Ramadhan, aku sudah memulakan Qiyamulail dengan begitu dipermudahkan Allah.
Kerana Allah, semuanya kita TAKUT, takut itu saja peluang terakhir yang kita ada. Apakah solat ini solat terakhir, apakah bicara ini bicara terakhir, apakah ini yang terakhir, mengingatkan kemungkinan itu, kita terasa untuk lebih bersedia, terasa untuk melakukannya dengan SEPENUH HATI.  Bila TAKUT pada Allah bersarang dihati, bila berhati hati untuk member yang terbaik pada Allah dan bila menghargai PELUANG TERAKHIR, syaitan sudah sukar untuk berperanan mengganggu perjalanan kita. Insya Allah.
Waktu untuk kemasjid sudah tiba, setiap kali sujud dalam solat tahyatul Masjid, aku bermohon  ya Allah jadikanlah aku insan yang sering BERPELUANG mengimarahkan masjid masjidmu. Dengan Allah, sering seringlah MINTA, allah suka hambanya yang meminta minta dengannya kerana semakin banyak kita MEMINTA, semakin banyak kita menyerah diri dan semakin banyak RASA KEHAMBAAN hadir dan semakin kita MEMBESARKAN ALLAH.

Ya Allah ajdikan RAMADHAN ini TERINDAH buatku amin ya Rabbal Alamin.

Tuesday, July 17, 2012

Cepat SEJUK, Cepat BEINGAT



Saban hari dan saban waktu kita diduga, apakan daya kalau tujuan hidup ini antaranya untuk menghadapi dugaan. Malah dugaan yang besar ialah dalam diri kita sendiri kerana inilah punca manusia berbalah balah dan berbantah bantah sebagaimana yang banyak disebut dalam Al Quran yang diturunkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. Kalau dikirakan dugaan yang paling dekat dengan kita datang setiap ketika dan waktu, malah pantang leka dan pantang lepa, terkadang kita keliru dan bertindak diluar batas fikir dan tenang. Hanya bila kita tenang, kita mampu memutuskan buah fikiran yang matang, dan hanya bila meletakkan Iman dihati barulah tenang itu berpanjangan, namun masih ada kedengaran, sebahagian dari ujian itu untuk menilai sejauh mana kita bertindak bila diuji, adakah kita masih beriman dan kembali pada ajaran sejati Islam.
Kita tahu MARAH itu dalam kategori nafsu. Kita tahu bila kita marah, bermakna kita memberi peluang pada syaitan, kita tahu bila kita berterusan marah bakal memburukan lagi keadaan. Bagaimana pun kita tahu, banyak mana pun ilmu kita, diakui atau tidak, kita sering terjebak dengan KEMARAHAN. Secara peribadi saya tidak suka pada MARAH dan KEMARAHAN. Namun semakin dielak, semakin banyak dan terperinci pulak ianya mencelah. Namun ada beza kemarahan dulu dengan kemarahan sekarang, terutama bila CEPAT SEJUK dan CEPAT BERINGAT.
Mengapa kita senang marah?, mengapa kita boleh berterusan marah? Mengapa marah boleh berlaku? Bagaimana cara untuk mengatasi marah. Seperti kebanyakan sifat mazmumah lain, marah juga boleh berpengaruh dan dipengaruhi, ibu bapa yang suka marah marah akan melahirkan anak anak yang pemarah. Justeru itu, marah harus dielakkan dan dibenteras habis habisan. Rasa marah itu datang sebagai reaksi dari satu rasa lain seperti KECEWA, TERTEKAN, TERSENTUH HATI, SEDIH dan GERAM. Menahan marah dengan cara yang salah akan menimbulkan sikap BERDENDAM, sebaliknya melepaskan marah terjadi akan memburukan lagi keadaan sekaligus menambah gemukan lagi para para Syaitan. Usah dipilah perkara yang rugi dan merugikan.
Setiap kita dilahirkan unik. Kisah kita, perjalanan kita dan hidup kita adlah takdir rezeki Allah pada kita. Ada orang berpeluang mencari ilmu, ramai juga tidak walau beriya iya inginkan ilmu, malah ramai jugak mereka yang MENOLAK untuk berilmu atau sekurang kurangnya mencontohi orang orang berilmu. Ada orang seorang pemarah, tapi cepat sejuk, ada juga susah untuk marah, tapi sekali marah, selamanya marah. Ada juga yang marah pada hal hal yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, malah tidak lengkap usul periksa kalau ingin ambil tahu sekali pun. Marah tidak bertempat hanya mengundang jurang sengketa dan seteru. Dalam keadaan tertentu, kita juga mengukur untuk MUSTAHIL untuk tidak marah, namun kalau mampu bertahan dengan SABAR itu lebih baik, malah mungkin boleh setaraf MALAIKAT.
MARAH HARUS DIFAHAMI dan DIHINDARI. Seseorang menjadi mudah marah bila ruang peribadinya dicerobohi, manusia tak kira siapa ada ruang peribadi dan standard tersendiri yang cukup terjaga. Dalam kehidupan saban hari, sebagaimana senangnya kita bertelagah dengan diri sendiri begitu juga mudah pergeseran dengan orang lain, apalagi bila ianya dekat dengan ruang peribadi.  Bila ruang peribadi dan standard kita diganggu, ini yang mendatangkan pelbagai rasa yang membawa pada MARAH. Bila kita faham punca marah, kita sebenarnya lebih mudah untuk kendali dan hindari marah. Hindarilah berurusan dengan manusia yang cepat marah atau PEMARAH dan PERENGUS, ini satu kewajiban kita. Siapa lagi yang berhak menjaga diri kita kalau bukan kita sendiri.
Turunlah dari CIRCLE PERIBADI atau STANDARD yang kita buat kalau kita memilih untuk hidup dengan orang lain. Cubalah untuk MODERATE. Atau kalau beransur ansur dalam proses menurunkan diri, fahamkan orang yang paling hampir dengan kita , APA PANTANG KITA yang semestinya sudah paling bawah pada kita. Selain meletakkan satu harapan, lebih baik bina banyak alternatif, wujudkan situasi yang sentiasa win win, sesekali jangan SANGAT BERGANTUNG pada manusia kerana MANUSIA TIDAK PERFECT. Isilah diri dengan ilmu tentang hati, penyucian hati, keimanan dan ketuhanan. Mendekatkan diri pada agama menjadikan hati tunduk dan meleraikan standard peribadi yang kita bina selama ini. Mencari hikmah baik (THE BRIGHT SIDE) atas setiap kejadian menjadikan kita lebih redha dan semakin percaya bahawa ALLAH PALING BIJAK MENGATUR. Bila kita bersalah, cepat cepatlah minta maaf, sebaliknya kalau kita faham nilai hidup tidak serupa antara kita, pilihlah untuk beralah, beralah dan memohon maaf bukan bermakna KITA BERSALAH dan bukan juga bermakna KITA KALAH, sebaliknya kita MENANG DIMATA ALLAH. Amalkan zikir zikir pelindung diri dari gangguan syaitan, supaya hati lebih tenang dan sering beringat, mohon pada Allah tanpa putus putus, hanya Allah yang maha melihat dan mendengar. Ingat tipu daya syaitan itu datang tanpa diduga, usah kita sering tertipu.
Akhir sekali bina hidup kita FOKUS KITA DENGAN ALLAH.  Renungi dugaan yang sudah dilalui, mohonlah ampun dari Allah dan hayatilah PENGAJARAN dari pengalaman itu. Jalan untuk bahagia terbentang luas bila kita INGAT ALLAH, kenapa harus disempitkan dengan minda manusia yang  berselimut nasihat dan bisikan syaitan yang membawa kita JAUH DARI RASA BAHAGIA.
ALLAH sebaik baik PELINDUNG. Aku nohon berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam. Amin.


Monday, July 16, 2012

Titis Hujan dan Bahang kemarau




Alhamdulilah syukur pada Allah nafas masih bersisa, masih berdaya menghidup segarnya rahmat disebalik oxygen yang menghidupkan nyawa manusia sepertimana yang sudah diputuskan Allah keatas alam ini. Alhamdulilah aku masih terpilih untuk nikmat nikmat begitu dari Allah, bermakna juga aku masih terpilih untuk bangun dan sedarkan diri dari mimpi yang panjang, bangun untuk membawa diri jauh dari kekacauan syitan dan iblis, bangun untuk mengenal pasti tipu daya syaitan yang saban waktu cuba mengambil tempat yang sepatutnya diletakkan keimanan. Alhamdulilah juga maknanya aku masih berpeluang memohon pada Allah untuk diberikan IMAN dihati.
Hujan lebat dan kilat sabung menyabung diluar sana, hadirnya hujan memberi rahmat, hadirnya kilat dan guruh tanda amaran Allah, serasa kita tidak jauh dari Allah, lantas tidak perlu menyombong diri dan tidak perlu juga merasa takut. Bahang kepanasan hari ini, lantas terpadam dengan sejuknya titisan hujan, begitu mudah Allah menghapus sengsara dalam kehidupan kita. Alangkah ruginya orang yang tidak melihat, malah buta dalam celiknya mata mereka. Alhamdulilah hati ini semakin tenang dan senyum diwajah ini semakin lebar mengiringi aura ceria yang sentiasa terbit bila hati penuh dengan ZIKRU ALLAH.
Hari indah ini ada hari Isnin, hari yang disunatkan berpuasa apalagi Syabaan masih berada dihujung waktu. Ada lagi 4 hari, seklai lagi pada hari khamis akan datang walau sudah banyak kwn mengundang makan tengah hari, bukan hati ini tidak sayang, dan bukan jiwa ini tidak cinta, namun hati yang lebih menyintai Allah akan lebih tulus dalam persahabatan, insya Allah. Terlalu rugi rasanya mendahulukan makanan dan minuman dari Syabaan yang semakin berlalu, dengan 2 sebab sunat dapatlah dua ganjaran pahala, puasa sunat isnin khamis dan sunat Syabaan. Manalah tahu, entah entah inilah Syabaan yang terakhir kalinya. Aku bersyukur, Allah terus membimbing diriku, disaat aku tiada sesiapa lagi untuk diharapkan dan dipercayai, barulah aku melihat Allah tetap disitu menanti kehadiranku sepenuh hati. Kini walau aku dikelilingi insan kiri dan kanan, hatiku tetap akan terus terisi dengan hadirnya Allah, tuhan yang mencipta alam dan kehidupan ini. Yang begitu pengasih dan penyantun sifatnya.
Hujan semakin reda, basahnya menyelaputi bumi menjadikan bahang sejuk menyelimuti diri, hilang rasa tegang cuaca panas, hilang rasa gusar balik kerja mengadap cahaya matahari petang yang memedihkan mata, sesekali datang hujan sudah cukup membawa rahmat buat seisi alam, namun bayangkanlah kalau langsung kita tidak ada matahari. Allah sudah menyusun atur dengan baik sekali bumi ini seperti yang diwarta dalam al Quran, Allah menjadikannya dengan mudah sekali. Namun kita manusia yang tidak sempurna begitu berkeluh kesah walau tinggal dalam penciptaan yang penuh sempurna. Begitu juga dengan peraturan Allah, hukum Allah dan ketentuan Allah begitu sempurna sifatnya, kita tidak boleh melaluinya kerana kita terlalu tidak sempurna KEIMANAN dihati. Sistem yang sempurna, untuk jiwa yang sempurna, jiwa yang sempurna ialah jiwa yang terdidik dengan IMAN.
Aku terlalu JAUH dengan sempurna, namu aku akui menjadi sempurna dimata Allah lebih mudah dari membina nama dimata manusia. Allah tidak melihat kulit kita, tapi Allah melihat hati kita. Walau terlalu jauh dengan sempurna, sebagai menyedari apa yang aku miliki hari ini sangat sempurna sebagai pemberian dari Allah, aku ingin terus berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Dengan Allah tidak pernah ada nilai TERLEWAT atau TERLAMBAT, pintu taubat dan keampunan sentiasa TERBUKA LUAS. Lagi 2 jam setengah, insya Allah sempurnalah puasa sunatku hari ini, walau tidak bersahur, langsung getir lapar dan dahaga tidak terasa. Alhamdulilah, sesekali mengisi waktu makan yang lumayan dengan hidangan jiwa dengan inti pati AlQuran sangat bererti bagiku bagai hujan lebat yang datang pada waktu kemarau yang panjang. Alhamdulilah, waktu yang selalunya diisi dengan makan dan sembang dengan kawan, hari ini menamatkan surah Ar Raad, dan insya Allah menjelang petang sebelum berbuka, akan memulakan surah Ibrahim dan boleh dihabiskan menjelang maghrib. Cerita ceriat didalam Al Quran begitu menyentuh jiwa, hampir saban waktu Allah berpesan Agama Allah itu adalah sebenar benarnya agama, tanpa ragu, terlalu sempurna ianya diturunkan, terlalu agung sifat nabi dan rasul. Melihat kejadian dan keindahan alam disitulah wujudnya keagungan sang penciptanya untuk mereka yang berakal. Aku tidak mampu untuk berpisah dari ayat ayat Allah terlalu lama, ayat ayat ini bagai cahaya didalam hati menyinari kalbu dan meneguhkan iman.
Juadah berbuka puasa hanya BUAH KURMA dan Segelas susu. Sejurus lepas solat maghrib, barulah hidangan mee goreng bersama sambal cili bonda akan dinikmati kami berdua, aku dan hubby. Dia sudah mengambil alih tugas meneydiakan keperluan, semestinya akulah yang bakal berusaha mengasilkan hidangan. Sama sama susah, sama sama senang, nikmat makan dan rasa kenyang dinikmati bersama sambil beryukur atas rezeki sederhana yang tidak pernah putus dari Allah tuhan yang maha pengasih. Inilah dia nikmat hidup yang tiada taranya, bersederhana dan beringat, tika gembira hanya senyum. Ketika berduka biarlah sejadah lencun dengan air mata. Yang pasti dihati sentiasa ingat ALLAH MASIH ADA buat kita SELAMANYA.

Selamat berbuka puasa buat semua yang menikmati PUASA SYAABAN.







Monday, July 9, 2012

Nafsu dan IMAN, Keinginan dan KEPERLUAN




Alhamdulilah bergema rasa syukur didalam hati mengakui kehebatan Allah tuhan yang memelihara seluruh alam dan terus menyediakan aku ruang dan peluang. Hari Selasa yang segar dan menyihatkan, sekian lama baru hari ini dimulai dengan breakfast bersama Na, seorang kawan yang dekat dihatiku bagai adik. Yang sering berkongsi tanpa batas, kerana percayakan aku sepenuh hati, ya Allah jadikan aku insan yang memilihara amanah orang yang diamanahkan mu. Alhamdulilah disebalik rezeki pertemuan itu, terselit rezeki perut dari Na, semoga Allah memurahkan rezekinya atas ketulusannya dalam persahabatan dan keikhlasannya member aku makan dipagi hari.
Hari ini sudah 5 hari Nisfu Syaaban berlalu, Alhamdulilah impian indah mampu kugapai dengan izin Allah. Indahnya berharap pada Allah, malah bertambah indah bila semua harapan itu dipenuhi Allah sebaiknya. Baik dari sakit, mengetahui punca sakit dan sihat macam biasa adalah imbuhan terbaik dari Allah buatku menjelang Nisfu Syaaban. Alhamdulilah, penawar itu datang dari Allah, Allah yang mengizinkan semuanya berlaku justeru itu usah berhenti untuk terus meminta dan berharap. Alhamdulilah, Nisfu Syabaan kulalui penuh KEINDAHAN. Aku bersegera pulang, bersolat jemaah dengan hubby, bacaan yasin 3 kali. Dikala aku mencium tangannya bermohon ampun dan maaf kerana Allah, aku begitu sayu dan sendu, air mataku tumpah berlinangan dan esak senduku sudah tidak tertangguh lagi. Hanya Allah yang tahu ertinya rasa SENDU itu. Anugerah Nisfu Syaaban buat aku terlalu besar, bila disepertiga malam aku dikejutkan dengan gigitan nyamuk yang sangat banyak. Bila aku terjaga jam menunjukan pukul 3.30 pagi. Waktu yang plaing INDAH untuk mengadap Allah sempena Nisfu Syaaban.
Bagai mendapat tenaga luar biasa, aku redah kesejukan tengah malam menyucikan diri untuk mengadap Allah penuh makna, dikala aku tahu pintu langit sedang terbuka buatku. Alhamdulilah setiap sujudku pada solat tahhajud, solat taubat dan solat hajat penuh meminta dan merayu dengan Allah untuk KEREDHAANNYA. Terasa aku begitu dekat, bisikanku penuh sendu dan tangis itu didengari Allah, rayuanku bagai difahami Allah dan disambut penuh rasa tenang, sujudku kemas bagai mendakap kasih zat Allah. Tiada lain tempat bagiku mengadu ya Allah, hanyalah kepadamu siang dan malam. Sungguh tidak mampu digambarkan dengan kata kata rasa nikmat yang terbit pada hati dan minda. Sejurus selepas mengalunkan ayat ayat Indah Allah, aku menjamah kurma dan biskut oat serta teh o panas untuk bersahur. Kembali mengadap bait bait indah kata kata Allah pada Al quran dan melelapkan mata seketika menunggu waktu fajar untuk solat subuh. Alhamdulilah syukur pada Allah dengan keizinannya dengan peluang darinya. Alhamdulilah atas kemanisan ibadat yang diterbitkan ini, sesungguhnya Allah berhak member kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa hisab.
Bagai sudah diatur Ilahi, sehari selepas Nisfu Syabaan, aku begitu segar bugar menunggu kehadiran Jumaat. Jumaat itu menemukan aku dengan seorang guru agama dan berpeluang belajar secara berdepan. Alhamdulilah padaku ini satu lagi anugerah hebat padaku dari Allah sempena Nisfu Syaaban. Berdepan dengan seorang guru agam yang lembut penuh pengalaman penuh ikhlas dan ihsan, ya Allah bagai hujan air mata ini mengalir bila mendengar dan memahami setiap tutur kata yang tersusun indah berdalilkan ayat Quran penuh makna atas setiap persoalan hidup dan kehidupan. Mengapa kita dihidupkan, mengapa kita perlu bertuhan, tiang yang diberi Allah untuk hubungan kita dengannya melalui SOLAT. Aku sudah tidak segan silu lagi menitiskan air mata pada setiap GEGARAN HATI yang terasa. Begitu kerdilnya aku, begitu besar dan banyaknya ilmu tuhan dan bgeitu kasihnya Allah padaku menemukan aku dengan makhluknya yang berjiwa malaikat yang tidak pernah meletakkan harga pada ilmunya kerana terlalu tinggi dan tidak mampu dinilaikan dengan nilaian wang dan harta didunia. Alhamdulilah, kelas perseorangan pertama itu sudah cukup menguatkan aku untuk terus melangkah mencari ilmu Allah yang masih banyak dan berkorban apa saja masa, harta benda dan wang ringgit. Ya Allah aku bersyukur atas rahmat anugerah darimu ini. Semenak dari itu. Alhamdulilah aku mengerti apa itu ZIKRI. Dan aku terus meletakkan hati pada situasi ZIKRI kerana hanya Allah yang ada dihati ini. Sekembali, aku menulis semua nota nota ajaran dan meyalin semua inti pati al Quran  dan meletak dekat dengan tempat tidurku. Selain dari buku La tahzan yang sedang dibaca, nota ini akan aku belek sebelum tidur untuk mengingatkan aku pesanan dalam ayat ayat Quran dan pengajaran yang aku dapat dari Bapak Guru itu. Allah tidak melihat kulit atau luaran kita, tapi Allah melihat HATI kita. Bagai kedengaran pesanan Pak Guru ditelingaku, unsur menjaga hati kerana hatilah asset kiriman tuhan pada manusia kerana dalam hatilah terbit rasa TAQWA.
Alhamdulilah, aku semakin yakin melangkah hari hari yang semakin menyihatkan LUAR DAN DALAM. Alhamdulilah juga, aku semakin kedepan untuk menyumbang. Kalau bukan petanda aku semakin sihat, pasti semalam aku tidak mampu mengendalikan 5 session berat kes pelajar, alhamdulilah aku hadapinya sepenuh hati walau dalam lemahnya urat saraf lantaran ledakan hormone sempena keuzuran syraie. Alhamdulilah dengan izin dan rezeki Allah. Lantaran sibuk yang tidak berketepian dan penggunaan minda sepenuhnya itu, menjadikan aku sukar mengambil makanan waktu lunch. Bila selesai sessi terakhir, aku cepat cepat log off dan barulah menuju ke restaurant. Bila kita TERLALU LAPAR, tiba tiba berdepan dengan HIDANGAN BANYAK, disitu agar sukar mengenal pasti antara NAFSU DAN IMAN, antara KEPERLUAN DAN KEINGINAN. Satu satunya pengalaman yang sangat membawa KESAL dihati, bila hanya jemput dan laksa yang mampu dimakan, sebaliknya Gulai daging, sambal bilis dan kentang dan bubur kacang durian tidak bersentuh. Syaitan pasti bersorak riang kerana Berjaya menewaskan aku, hubby juga tertidur tanpa makan malam selepas menghabiskan jemput pisang dan udang terlebih dahulu. Kami sudah melakukan PEMBAZIRAN, dalam belian RM20, kami hanya makan Rm9. Selebihnya pasti TONG SAMPAH menjadi tempatnya. Masya Allah, kita kata kita beriman dan kita ingin beriman, namun begitu mudah kita terpedaya dengan BISIKAN SYAITAN yang tidak pernah berhenti MENGGODA kita. Ya Allah ampuni dosa kami kerana tersalah langkah, nilai pembaziran itu, kalau diberikan pada insan yang malang, sangat besar dan penting nilainya bagi mereka, sudah cukup mejadikan mereka kenyang seisi rumah. Ya Allah maafkan kami atas kealpaan dan kelemahan kami. Dugaan mu pasti datang tanpa henti, kuatkan hati kami, luruskan hadaf kami untuk menjadi hambamu yang bertaqwa. Amin ya Rabbal Alamin.

Aku memilih untuk menghiasi hati dan diri dengan CAHAYA IMAN bukan kemilau mata dengan Pujian, pangkat, harta benda dan kasih manusia yang sementara dan hipokrit.



Tuesday, July 3, 2012

KORBAN KASIH SEJATI




Alhamdulilah, hari ini 14 Syaaban, dan Maghrib nanti masuklah 15 Syabaan, detik waktu yang dinanti untuk meraikannya penuh khusyuk seorang diri bertemankan senaskah AlQuran, Sejadah dan berselimut telekung indah warna putih. Penyerahan diri didunia, sebelum melalui penyerahan diri sebenar bila ajal sudah menjemput diri. Pagi Rabu yang INDAH dan SEGAR, jadual bacaan surah pagi sudah 2 hari bertukar, dan sudah 2 hari juga mengalunkan Bacaan Ar Rahman dan Assajadah, sementara bacaan Waqiah dan Al Mulk dibaca sebelum tidur. Alhamdulilah begitu nikmat bila hidup diatur bersama Al Quran. Keseorangan menikmati segelas tea Panas terpantul idea KORBAN diminda pagi ini.
Alhamdulilah, korban begitu sinonim dengan hati. Mungkin kerana nilai nilainya sudah sebati dalam hidup sejak kecil lagi. Aku melihat bagaimana susah payahnya Korban kedua orang tuaku membesarkan kami, walau begitu susah Bak tidak akan melepaskan aku ke tangan orang lain kerana hati Bak begitu penyayang dan jiwa Bak besar yang terus menemani proses tumbesaran aku. Selain mereka berdua, aku melihat pengorbanan Ummi dan cik, ibu saudara dan arwah nenek. Mereka berdua tetap abadi dalam hati ini. Mereka berdua layak diletakkan sebaris dengan ibu dihati ini. Nama mereka antara 5 orang yang sering disebut setiap kali bacaan Alfatihahku dan setiap kali doa selepas solatku, itulah sebesar besar tanda kasih yang mampu aku balas sebagai mengahrgai pengorbanan mereka.
Hati ini menjadi begitu pengasih. Rasa kasih yang menjadikan aku suka berkorban malah Korban menajdi sebahagian dari hidup. Aku berkorban untuk hidup orang lain, aku berkorban untuk mengadakan bila mana mereka tidak mampu, aku mendepakan tangan dan hati setiap kali mendepani isu isu kehidupan mereka baik adik beradik  mahu pun kawan. Hidup memerlukan PENGORBANAN, itulah bisikan yang sering terlintas dihati. Namun dalam jerih perih itu, aku tersedar, bukan semua pengorbanan yang jerih itu dibalas dengan manis, aatau ada baiknya tidak berbalas. Sebaliknya, apa yang dikorbankan menjadi  MAKIAN DAN HAMUNAN insan insan yang aku sayang sendiri. Bohonglah kalau aku ingin tersenyum dengan kenyataan ini, namun aku tersedar bahawa Allah memperlihatkan pada aku sifat manusia itu JAUH DARI SEMPURNA, kalau mereka sendiri tidak berusaha untuk baikkan diri, kita usah meletakkan sebagai PEMANGKIN yang bakal MAKAN DIRI. Berpadalah meletakkan kasih manusia pada hati, berpadalah dalam member budi. Kekecewaan ini menjadikan aku merenung dalam dalam pada diri. Allah tidak pernah salah dalam menganugerahkan kita SEKEPING HATI, namun kita manusia ada ketikanya lupa dan mabuk dengan perasaan sendiri. Kita gagal mencari matlamat hakiki. Meredah rasa kesal, menyerah diri pada ilahi bermohon sepenuh hati akhirnya aku melihat erti KORBAN SEJATI demi ILAHI.
Segelas teh O panas kuhirup seorang diri, selepas rasa cukup dengan sesenduk mee goreng buat mengalas perut pagi Rabu yang indah ini. Membuka mata pagi ini aku terus menyorot erti KORBAN, korban keselesaan biasa demi Allah, berpagi untuk awal bersujud memohon agar disempurnakan hari penuh indah, ceria, berpeluang dan penghayatan ibadat kepada Allah. Berkorban untuk terus bersenang dengan café masjid, dekat masjid senang untuk bersolat Dhuha walau terpisah dengan kawan kawan. Berkorban meletakkkan diri sebagai less important people, dan melihat reaksi orang sekeliling dan belajar menerima bahawa itulah mereka seadanya. Aku lebih bahagia begini, aku hanya melayani sesiapa yang mencari aku dan aku sesekali tidak akan mencari orang lain kecuali atas sebab URUSAN KERJA DAN BUSINESS. Korban kasih sejati menjadikan aku lebih terperinci dan berhati hati, dahulukan ilahi baru hati. Bina hubungan yang kuat antara hati dan ilahi, insya Allah korban tidak sia sia kerana ALLAH MAHA KAYA dan BIJAK SANA.
Ya Allah aku ingin terus BERKORBAN demi rasa kasih, cinta dan nikmat rasa bertuhan yang didatangkan kemas didalam hati ini. Terimalah taubatku terimalah amalanku….Amin

Hati tidak GOYAH ....




Pejam celik lagi 2 hari NISFU SYABAAN, antara tarikh besar dalam hidup umat Islam, dimana pada tarikh ini buku amalan akan ditutup dan dibuka buku baru. Alhamdulilah, tahun ini berbanding tahun tahun yang lepas, Allah telah takdirkan buat aku untuk lebih PEKA pada masa dan peluang, lebih lebih lagi peluang mendekatkan diri dengan Allah. Aku seakan TERPANGGIL untuk dekat dengan aku melalui pelbagai liku dan cabaran. Inilah cara Allah mengasihi kita dan ingin mendekati kita.
Semalam bermula puasa untuk pertengahan Nisfu Syabaan, esok dan lusa akan bersambung, untuk julung kalinya aku merasakan aku begitu TERTUNGGU TUNGGU kedatangan Rejab, Syaaban dan Ramadhan untuk merancang peluang menimati manisnya rasa BERIMAN pada Allah. Untuk waktu terdekat ini, Nisfu Syabaan paling ditunggu. Alhamdulilah kita masih berpeluang melaluinya, buat yang terbaik dimata Allah, manalah tahu inilah Syabaan dan Ramadhan yang terakhir buat kita. Terasa begitu GERUN didasar hati.
Zikir hari ini waktu pejabat ialah Maliku Mulki, salah satu nama tuhan yang penuh kekayaan. Allah berpesan sebutlah namanya yang kaya dan pelbagai tu untuk menikmati rahmat dan anugerah darinya. Inilah juga salah satu cara menjinakkan hati. Alhamdulilah juga, semakin semarak Syabaan, semkain rancaklah amalan yang dirancang, rasa tenang bila SOLAT DHUHA sudah dibudayakan dalam aktiviti seharian. Bila kita merancang untuk Allah, Allah akan merancang lebih banyak dan terbaik untuk kita, Alhamdulilah usaha usaha ini sudah dibalas Allah bila terlerai rahsia kesakitan pada diri dengan pertemuan dengan Dr Rashidi.
Dalam apa jua yang aku lakukan, aku sentiasa jauh dengan sifat PENTINGKAN DIRI. Semenjak merasai perbezaan minda, perasaan dan diri melalui aktiviti spiritual, timbul rasa untuk berkongsi dengan hubby, bak dan mak, anak anak dan adik adik. Kini perlahan lahan aku rancangkan, bermula dengan makan dalam solat. Setiap kali berpeluang berbincang dengan mak dan bak, aku suarakan apa cerita yang aku dapat dari Quran dan bagaimana mendekatkan lagi diri pada Allah. Penyakit diri dan hati yang ada perlu diubati, perlu dibajai dengan Iman, barulah terasa INDAH dan TENANG seluruh maya kurniaan tuhan, itu belum lagi SYURGA ALLAH. Allah memberi kita MULUT, darinya dapat dirasakan nikmat bercakap cakap dan berkongsi, setiap ilmu yang keluar dari mulut kita, yang masuk ke hati orang lain dan menjadi amalan akan dibalas berganda ganda oleh Allah. Aku bukanlah seorang yang HEBAT, jauh sekali guru agama yang TERSOHOR, tapi cukup buatku untuk mentadbir sedikit hidup keluarga kami. Keluarga yang yang plaing dekat dan harus didahului kerana inilah rumpun kita, dan merekalah wajah kita. Selama mana mereka tidak membawa kemusnahan pada kita, selama itu kita wajar berdepan dengan kita, walau dalam 10 yang kita cakap, mungkin 1 atau 2 yang didengari dan diikuti. Usah gusar, lagikan nabi dan rasul ditentang hebat keluarga sendiri.
Insya Allah rezeki Nisfu Syaban dari Allah amat besar kali ini. Jumaat bakal bermula kelas agama pertama dengan Bapak Aswin, guru agama hebat dari Jakarta. Alhamdulilah, aku ingin mengadap seorang guru yang boleh membimbing aku penuh kelembutan dalam memperlihatkan kandungan isi Al Quran dan ujian dalam kehidupan. Aku begitu TERUJA untuk berdepan dengan guru yang minta dimesrakan dengan panggilan bapak, Insya Allah kalau diizinkan tuhan, dengan bimbingan dia jugalah aku akan melangkah menapak dibumi suci Allah, Mekah Mukarramah. Alhamdulilah kalau begitulah takdir dan rezeki yang telah digariskan Allah. Aku redha dan menerima dengan lapang dada, terasa begitu agung KECINTAAN Allah pada hambanya.
BAHAGIA itu milik sekeping hati yang TENANG. Tenang itu hanya datang bila kita mendahulukan tuntutan Allah dalam segala perkara. Hati yang bahagia, mampu membina banyak kebahgiaan yang lain dikelilingnya, hati yang tenang penuh rasa CINTA pada penciptanya. Setelah aku GAGAL melihat KEIKHLASAN manusia disekeliling aku, Allah memperlihatkan aku arah sebenar untuk member RASA IKHLAS pada KASIH dari hati. Tiada manusia yang sempurna dimuka bumi ini, mereka hanya hamba Allah yang banyak kekurangan justeru itu usah berharap dan usah meletakkan mereka didepan haluan hidup kita. Raih kasih Allah, raih rahmat Allah yang menjadi hak pada semua manusia untuk bina kekuatan diri dan kemantapan jiwa, datanglah dugaan manusia bagaimana rupa sekalipun, hati kita sudah tidak GOYAH lagi.
Bila hati sudah tidak Goyah, apa saja kemungkinan yang bakal terjadi, akan dihadapi dengan penuh rasa REDHA. Berharap hanya pada Allah, kerana hanya dia memiliki kuasa hakiki yang mampu merubah segala keadaan, bencana dan kedamaian malah merubah hati manusia.
Ya Allah berikan aku TERUS TERUSAN peluang untuk mendampingimu…Amin ya Rabbal Alamin.