Wednesday, March 13, 2013

RAHMAT Ilahi...tidak mampu didustakan




Khamis hari yang selalunya menjadi gelangang ibadat dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah dan meraih kesabaran dari tekanan dalaman. Namun hari ini malah semenjak Isnin lagi keadaan syarie tidak memungkinkan untuk melalui saat saat indah itu seketika. Namun membaca Quran didalam hati dan berzikir  masih berjalan seperti biasa. ALHAMDULILAH.
Saat coretan ini dibuat, mata ini terasa BERAT. Rasa mengantuk menguasai diri mungkin  kerana tidak mengambil sarapan pagi seperti biasa, malah tidak pekena kopi untuk tempoh tempoh begini. Keadaan Hormone kewanitaan yang terganggu ini banyak menjadikan kita juga tidak begitu stabil dari segi kesihatan. Kepala terasa sakit dan badan terasa lemah malah emosi terlalu mudah tersentuh. Alhamdulilah aku tangani dengan lebih baik dari waktu waktu sebelum ini hanya mengulangi zikir zikir Allah dan menggingatkan diri  AKU ADA ALLAH DISISI.
Alhamdulilah, tugasan hidup yang terganggu diganti dengan sesuatu yang lebih menfaat. Semalam hanya 30 minit menonton Tanggang Ayu dan selebihnya hanya mengulit diri dengan buku BIOGRAPHY SYED MOKHTAR ALBUKHARY. Sebuah buku yang menceritakan kisah hidup seorang tokoh, penuh tulus dan penuh inspirasi buat generasi muda yang tercari cari sandaran dan garapan idea. Dua perkara yang begitu menyentuh hati dalam buku tersebut ialah, bagaimana merasai semua kebikan dan kebagusan yang dinikmati HANYA PINJAMAN DARI ALLAH dan harus berbagi bagi. Bagaimana hidup mendambakan PENGORBANAN DIRI SENDIRI memberi peluang kepada orang lain dan hasilnya KETENANGAN DAN BARAKAH YANG MELIMPAH RUAH. Aku membaca buku itu tidak lekang dengan menyapu air mata, terlalu banyak SOFT SPOT dalam diriku disentuh dalam buku itu. KASIH SAYANG, KEKELUARGAAN, PENGORBANAN, RENDAH DIRI, BERJUANG, CARI BAHAGIA, KETUHANAN, LEMAH LEMBUT, AKUI KESILAPAN LALU. Semoga banyak lagi buku buku sebegini dipasaran.
Entah mengapa kali ini BUKU menjadi projection kepada kemelut keadaan. Lagi aku tertekan, lagi banyak buku yang bakal dihabiskan dan dibeli. Lagi serabut, lagi banyak masa untuk buku diberikan. Alhamdulilah. Segalanya masih dalam kawalan diri yang baik. Mungkin kerana doa yang tidak putus putus terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah maha mendengar dn maha mengasihani aku. Semalam sempat menyelesaikan semua berkenaan PALEMBANG. Hotel Rio City ditempah melalui agoda dan terus bayar melalui kad kredit. Aku ingin nikmati waktu berdua dengan kak Nana. Sudah semestinya agenda kami berkisar pada ILMU DAN KEHIDUPAN. LENSA KEHIDUPAN akan dirakam dan akan dicatat in sha Allah boleh kempilkan dan sesekali dikongsikan di wall FB.
Semalam 130313, entah bagaimana hati ini terusik dan akur untuk BERHUBUNG TERUS dengan Pak Wan. Kunjungan sms dari Indonesia dan Bangkok akhirnya membuka semula RUANG PERSAHABATAN kami. Dia tidak pernah putus putus mengutusi aku melalui pesanan ringkas, Cuma aku cuba untuk mengenepikan SESUATU YANG KABUR. Tarikh semalam, aku dan Pak Wan kembali berbual di talian. Aku hanya fokus persoalan Palembang yang pernah ditanyanya. Soal hotel dan tempahan juga jarak perjalanan dari lapangan terbang. Dalam suaranya ada harapan untuk berpergian sekali kemana mana destinasi dan diakhir perbualan kami, berkali kali dia menyatakan akan menghubungi aku lagi. Aku kaget adakah aku TERGAMAK melakukan sesuatu hanya kerana orang lain dan mengenepikan PERSOALAN HUKUM TUHAN. Serasanya tidak. Biarlah dia terus bermain dengan harapan dalam mindanya sendiri. Jika ada waktu dan ketika berhadapan dan ditanya, aku pasti akan BERTERUS TERANG dengan PENDIRIANKU. Lainlah kalau ada sebuah KEBETULAN YANG TERJADI. Kerana semalam, nombornya kembali menghuni dalam rangkaian hubungan ditelefon bimbit yang selama ini sudah aku PADAM TERUS.  
Sesuatu yang kita RANCANG seringkali TIDAK MENJADI, sebaliknya sesuatu KEBETULAN yang tiba lebih MEMBAHAGIA dan MENYENANGKAN. Terasa malas dan liat untuk minum pagi hari ini rupanya menjanjikan KEBETULAN yang BERMAKNA buat aku dan kak Umai. Pukul 10 bila dia tiba dipejabatku, dan mengajak aku minum pagi. Sesekali dapat bersama membuahkan banyak PERTUKARAN CERITA DAN IDEA. Dia ketawa bila aku ceritakan perihal LAKONAN DENGAN HARRAZ. Alhamdulilah pagi ini Allah bukankan tabir rezeki penghubung silaturahim yang manis. Semoga Allah terus mengekalkan kami sebagai sahabat dan semoga Allah terus menyabarkan aku dengan KERENAH MANUSIA dalam usaha usaha MENJINAKKAN HATI mereka.
Hari ini selepas menjemput Harraz dari sekolah dan menguruskannya ke Sekolah Agama, aku menumpang Lily dan Yanti ke Gombak. Setahun sekali menghadirkan diri ke programme QUALITY DAY adalah wajib. Berkebetulan dengan Harraz bersekolah di Sri Damai, aku semakin rapat dengan kawan kawan dikalangan lecturer English malah anak anak mereka menjadi BFF HARRAZ. Aku sukakan mereka, malah merasa sangat bersyukur kerana berpeluang banyak masa dan ruang dengan mereka. Dengan mereka, bila berkongsi dan bercerita semakin membanyakan idea dan ruang positive pada minda, bukankah hati terasa senang dan bahagia. Semoga kehadiran aku juga membahagiakan mereka. Allah hanya akan menemukan kita dan merasa bahagia dengan orang yang sejenis dengan kita. Alhamdulilah.
Ya Allah terima kasih atas setiap INCI RUANG KEBAHGIAAN yang kau berikan pada aku. Sesungguhnya tiada sedikitpun kerahmatanmu yang MAMPU AKU DUSTAKAN. Peliharalah aku, sayangilah aku dan doronglah aku ke jalan DIREDHAI. Amin