Wednesday, April 7, 2010

Positif praktis...berbaloi baloi!!!


Selama semenjak aku dilanda musibah terbesar dalam hidup ini...semalamlah tidurku paling nyenyak walau ada beberapa perkara dalam TO DO LIST tidaks empat dilakukan. Bila rasa mengantuk dan berat mata datang aku perlu dahulukan memandangkan sekian lama aku rindu pada rasa mengantuk dan tidur NYENYAK...seawal pukul 6 pagi ini aku terbangun sendiri dengan segarnya. Inilah yang dikatakan QUALITY SLEEP...good for health!!!

Faktor pertama yang menjayakan qulaity sleep semalam ialah kerana aku makan agak berat dan banyak serat. Dengan berbelanja hanya 8.50 di Boulevard Fresh sebelah rumah..untuk 2 ekor ikan cermin, Couliflower kegemaran Harraz, fish ball dan Fucuk. Terus masak sup sayur dengan Fucuk dan pemanisnya fish ball bersma udang yang masih tersimpan dalam fridge. Ikan cermin aku goreng kunyit. Berselera aku tengok anak anak dan hubby makan.3 kali tambah semuanya..nasi 4 pot cuma bersisa sedikit itu pun kerana aku tidak menambah cukup meratah sayur sayur yang tidak habis. Lepas selesai berkemas dapur, aku makan mangga manis ynag siap dipotong sambil minum air masak dan melayari intenet...beberapa perkara..tiba tiba mata rasa semkain berat berat berat...dan yesss TIDUR jadi best sangat.

Faktor kedua ialah...bila aku membuat kerja mengikut TO DO LIST samada dipejabat atau dirumah...masa penuh pengisian terancang dan fokus tetap berbanding tanpa to do list...dan at the end of the day ..aku mearsa puas waalu ada yang tidak selesai. Biasalah kita manusia...dalam senarai yang terbanyak dan terpanjang bukan semua mampu dibuat...Sebelum tidur sempat ketawa selama 20 minit mebaca mesej dari nelli...dan ketawa itu menjadi terapi terbaik dalam kehidupan yang penuh stress.

Memang BENAr..dengan melaukan aktiviti sebgeini aku mampu meletakkan persoalan yang melanda diri diluar kotak FIKIRAN..aku mampu lebih fokus...mampu mengalih pandanagn pada tekanan perasaan...persaan tidak wajar dilayan keterlaluan. Perasaan melihat hakikat pada diri dan pada orang lain..tapi akal meolong mengemudi kehidupan untuk melawan perasaan. Tiada manusia sempurna dalam hidup tapi belajar dari kesilapan...berbuat baik kepada yang memerlukan sudah cukup membuatkan hidup ini tenteram...Alalh maha memahami...maha mengetahui...kita perlu melalui jalan kehidupan yang telah ditakdirkan..kalau mampu dilalaui walau sesukar mana pun ganjaran dari Allah yang paling jelas ialah KEBIJAKSANAAN...sola pahala yang naik kelangit biarlah menjadi rahsia Allah jua...

inilah yang dikatakan POSITIVE...keep moving forward positively!!!!