Monday, May 27, 2013

Kemelut Kasih Sayang



Alhamdulilah nikmatnya rasa sihat bila baru pulih dari sakit. Bila sihat datang kegembiraan seakan berganda, apa lagi bila sempena cuti sekolah, anak anak pulang ke rumah dan agenda pulang ke kampong menjenguk Mak dan Bak kembali dalam senarai paling happy. Alhamdulilah syukur pada Allah yang mengizinkan perancangan ini, kerana perancangan terbaik disisinya maka ianya menjadi sebuah realiti.
Sekembali anak dari asrama, nafas segarku bagai kembali memenuhi ruang paru paru. Walau hanya sempat memasak  malam malam berlaukan sardine dan telur rebus, namun makan bersama di rumah itulah yang membahagiakan kerana member ruang rehat yang lebih pada hubby yang kepenatan berkerja dan merempuh jalan raya sesak sekembali mengambil kak Nana. Kami memilih untuk pulang ke kampong pada Jumaat malam kerana pada siangnya seharian aku berurusan dengan coaching seminar dan workshop atas usaha sendiri untuk mencapai target dalam jangka masa 5 tahun.
Kami singgah makan malam di D Tom Yam sambil mengambil tempahan Apam kak Ogy sebagai sokongan bisness orang melayu. Aku suka begitu, dari beli kek kedai cina yang besar, baik kuih biasa perniagaan melayu kecil. Sekurang kurangnya inilah saja cara aku membantu sesama Islam. Selesai makan malam, kami terus menuju ke Bandar Cheneh Baru, sepanjang jalan, anak anak seperti biasa tidur dan kami berbual hal hal perancangan aku dan suasana pejabat. Ada ketikanya bila suasana begini hubby seorang kawan yang sangat MENDENGAR dan MEMAHAMI. Itulah mahalnya dia, walau rebut dan gerhana menerpa hubungan kami.
2 Hari 2 malam, tidak banyak pakaian yang aku bawa kerana sudah ada baju bajuku dirumah mak. Cuma kali ini aku bawa pulang Quran dan buku yang sedang aku baca untuk sinambungan aktiviti yang membahagiakan ini. Tepat jam 12 malam, kami sampai, Mak seakan sukar untuk membuka pintu. Arghhh lamanya tidak menghirup udara malam di Cheneh, tidak memijak lantai rumah mak dan memeluk erat Mak yang kelihatannya agak berisi dengan sembab dan lemah. Seperti biasa, pasti ada kuih kuih yang tersaji walau tidak meriah, aku faham keadaan keewangan mak akhir akhir ini. Aku sempat menghabiskan pengat pisang sambil berbual dengan mak. Mak bercerita pasal Iwan adik lelakiku dan cerita hal keluarga Kuala Berang. Hal Iwan aku fokus kerana hidup Iwan adalah tanggungjawab aku, tapi hal keluarga Kuala Berang aku potong potong cakap mak, supaya tidak banyak cerita yang keluar. Usah digamit rindu yang tidak perlu.
Sebagaimana diminta Harraz, mak menyediakan pulut kelapa dengan ikan goreng sebagai sarapan. Agenda di meja makan adalah agenda paling bahagia. Aku keluar makan agak lewat kerana badan masih sengal sengal kesan demam. Mengambil sarapan seadanya sambil berbual dengan mak, bak dan adik beradik terasa hidup sangat bererti kerana masih ada mereka disisi. Adik Linda merancang membawa mak ke klinik disebabkan kereta penuh, aku tidak boleh pergi walau aku berhajat menanggung semua kos rawatan mak. Biarlah mungkin adik pun boleh menguruskannya sendiri, kalau agak banyak pasti dia memberitahu aku kembali.
Sepeninggalan mereka, aku meneruskan sedikit kerja kerja rumah dan berihat di bilik sambil membaca bahan bahan yang aku bawa. Tiba tiba aku dikejutkan panggilan telefon dari Bak memberitahu kedatangan Ayah Man. Ahhh lamanya tak jumpa insan istimewa yang baru kematian isteri ini. Melihat raut wajahnya, teringat saat saat aku betul betul menumpang dalam hidupnya. Kami sama sama duduk dan berbual mengingatkan kembali cerita cerita dulu lebih lebih lagi cerita berkisar kelebihan isterinya Cik Muni. Seingat aku Cik Muni agak bengang dengan aku sebab aku langsung tidak menjengah rumahnya selepas berkahwin sehinggalah kami pergi masa majlis perkahwinan Suhaimi. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan ayah man kembali, ingin rasanya mengambil peluang kalau ke Terengganu untuk minum bersama dia dan anak anaknya sambil bercerita sekaligus membayar hutang Bak tenguklah nanti.
Lama Ayah man menunggu Mak dan Bak hinggalah jam 1.30 tengah hari. 30 minit lepas Ayah Man pergi barulah Bak balik membawa berita sedih Mak kena darah tinggi bacaan tekanan yang nyaris kena stroke. Gelap sekejap mata aku mendengarnya, mak kena injection. Aku lihat adik Linda dan Fatin agak stress. Bayangkan kalau kami tidak balik, ahhhh takut untuk dibayang. Walau bagaimana pun Alhamdulilah Allah masih memberikan masa untuk kami dengan Mak. Aku minta mak berihat dan pesan untuk terus mengambil ubat secara berterusan. Lepas hari kedua baru muka mak kelihatan agak bercahaya. Aku sangat sedih melihat keadaan mak tapi apalah daya aku, mak diuisa begini masih memikirkan hal hal yang tidak sepatutnya dalam fikiran mak lagi. Terlalu banyak hal adik beradik yang tidak settle, yang sedikit sebanyak memberi tekanan pada mak. Patutlah akhir akhir ini aku seakan berat mulut untuk bercerita dengan mak.
Bermula malam, pagi esoknya dan lunch keesokannya, aku menaja semua kos makan dan minum adik adik semua. Dalam bab bab begini hubby langsung tidak berkira, mujulah adik Linda sedia untuk bertungkus lumus di dapur. Malamnya aku meninggalkan mak dengan berat hati, kerana mak fayyadh ingin terus berada di IQKL katanya biarlah dia di situ, dia boleh berdoa dan solat hajat bersama kawan kawan untuk Mak. Bergenang air mata aku, dalam kemelut pengubahsuaian yang dialami anakku, musibah ini membuka matanya kerana dia yakin, hanya dengan doa dan solat kita boleh bantu mak kerana yang member sakit dan sihat itu hanya Allah subhanahu wataala. Kami bersalam pada malamnya walau tidak menjamah makan malam seperti biasa, aku tinggalkan wang untuk makan mak dan anak anak semua, aku pesan pada Kak Nana, bantu mak siapkan kerja rumah, bantu mak mana yang perlu. Tiada yang kekal di dunia ini termasuk cara hidup kami, termasuk tenaga dan keceriaan mak, kami beransur ansur perlu belajar lebih bersatu hati dan tenaga meringankan beban mak.
Perjalanan pulang kami lalui dengan tenang, aku melahirkan pendapat yang aku simpulkan sendiri mengapa mak begitu stress yang hampir meragut nyawa. Tekanan sebenarnya ialah WANG. Walau orang tidak menyebutnya pada aku, sekilas keadaan mata hati ini boleh meneka, kerana itu, ingatlah 5 sebelum lima perkara, masa sihatmu, sebelum masa sakitmu, masa kaya mu sebelum masa miskinmu, masa hidupmu, sebelum masa matimu, masa gembiramu sebelum masa sedihmu, masa kenyangmu sebelum masa laparmu.
Sebagai Anak aku hanya mampu berdoa, Ya Allah ringankanlah penderitaan ibuku, permudahkan urusan hati, minda dan rohaninya, perlihatkan ia jalan yang kau redhai sebagaimana jalan insan yang engkau sayang. Amin ya rabbal Alamin.