Monday, May 21, 2012

Tinta Kasih Bonda: Air Mata Rejab 2



Jam sudah 2.00pm, aku masih sarat dengan perasaan yang berat kesan kejadian pagi tadi.  Pukul 10 tadi, aku sudah keluar makan pagi nasi lemak dan ayam goring, nasinya cuma sedikit cukup untuk mengalas perut dan segelas teh tarik kurang manis.  Sejurus selepas makan aku menuju ke dewan solat yang berdekatan cafe masjid, membasuh muka dengan penuh rasa lega untuk berdiri menunaikan solat dhuha bermohon pada ilahi agar dipermudahkan rezeki. Rezeki Allah itu sangat luas kerana Allah sangat kaya mencakupi langit dan bumi. Terburai air mata dikala aku mengalunkan untuk diri sendiri ayat kursi, banyak airmata berkumpul dikelopak mata dan terasa seram sejuk dan sendu didada bila meneruskan bacaan ayat itu. Alhamdulilah, 10 ayat kursi dan 10 ayat surah Al-Ikhlas sempurna dibaca. Aku berdoa bermohon dipilih untuk diberi rezeki yang melimpah ruah dek tanggungjawab yang banyak disekelilingku. Pulang kepejabat, aku masih sukar focus pada kerja. Aku hanya melayan email dan membaca sesuatu yang bagus untuk minda

Menjelang pukul 1 tengah hari, aku cuba menghubungi anak anak, manalah tahu bila mendengar suara mereka hati ini menjadi lega. Lepas bercakap dengan 2 beradik itu, fayyadh dan harraz perasaan ini tetap sama cuma berkurang sedikit. Aku juga tidak selesa untuk bercakap panjang, terasa penat dan sesak nafas. Menjenguk wall rakan rakan diFB jugak suddenly menjadi muak, ternyata aku masih berada distate yang stabil.  Aku malas untuk berfikir tentang dia, hari ini aku hanya ingin fikir pasal minda dan perasaan aku. Aku ingin coordinasikan balik minda dan perasaan. Insiden pagi tadi sudah menenggelamkan minda dan lautan perasaan berapi dengan kemarahan, sedih dan kecewa. Apa lagi bila diingatkan, sudah banyak kali terjadi insiden yang serupa, Nampak gayanya dia ni kalau aku tidak mengamuk, dia tidak belajar apa apa. Aku mengamuk bukan untuk suruh dia belajar, tapi aku sudah tidak mampu menahan perasaan ini.BURST!..peliknya dunia rilek dan bersahaja hamba Allah ini. Lemas kita dibuatnya. 

Apa aku nak buat petang ini?. Yang pasti  jam 9 malam ada appointment dengan Brian, aku ingin menghubunginya agar temu janji itu hanya boleh dibuat di Old Town white coffee dibawah rumahku. Aku tidak bersedia untuk driving dimalam hari menuju kekawasan yang semak dan jem sebagaimana semak dan jemnya perasaan yang bercampur baur menggangu ketenangan minda aku. Semalam, aku tidak sempat buat apa apa sekembali dari pertemuan dengan Noni, selepas solat Isyak terus mengaji dan tidur untuk bangun awal solat tengah malam. Hajat dihati berpandu akal, hari ini biarlah aku tunaikan kerja kerja kain baju yang masih tak terusik sebab weekend balik rumah mak. Seawal 5.30pm aku sudah boleh reach home. Masih panjang masanya hingga appointment malamnnya. Kalau ikutkan rasa seronok kerana nak lepas geram mau saja rasanya pergi mengurut dicurve. Tapi dari pengalaman yang lepas lepas, saat saat begini buat apa pun akan jadi rugi sebab STUCK. Biar je masa berlalu, sambil teruskan aktiviti biasa dan banyak bersolat.

Kalau kwn kwn berduka, aku sepenuh hati mendengar luahan hati mereka, meliahat dalam konteks yang betul buat mereka dan mencari peluang terbaik untuk mereka capai. Bila aku sendiri berdepan dengan situasi yang keruh, stuck dan down begini, aku tidak Nampak sesiapa pun untuk berkongsi. Kawan kawan semuanya bersifat self fish dan judgemental. Mereka tidak pernah boleh merasai apa yang aku alami. Kalau setakat untuk bercakap biasa biasa dikala ini, aku tidak perlukan biasa biasa punya cara mendengar. Aku mungkin kembali ke bilik utama sendiri, bersama buku buku, kain baju dan loneliness tersendiri. Semua itu sudah sebati dengan hidup aku. Aku yakin Allah tidak akan biarkan aku sendiri. Aku ingin merangka ruang hidup yang lagi mencabar untuk diterokai. Aku menghubungi kak anne untuk projek community service. Harap mala mini juga Brian tidak perasan dengan tone suara aku yang TERTEKAN ini. Aku tidak pasti semua ini berapa lama lagi. Sememangnya THINGS HAPPEN FOR MANY REASON.

Ya Allah aku akan terus bermunajat padamu Zuhur nanti ...moga engkau permudahkan urusan hamba ini..... amin.

Tinta Kasih Bonda: Air Mata 1 Rejab.



Alhamdulilah syukur pada Allah diawal pagi tadi aku berpeluang bangun dan berjaga untuk merebut pelauang pintu langit terbuka pada doa doa seorang hamba pada tuhannya. Alhamdulilah 3 solat berjaya aku tunaikan memohon taubat pada Allah pada solat taubatku, memohon pemusatan hati pada Allah pada solat tahhajjudku dan memohon terbina dan rajin beramal, sihat tubuh badan untuk memikul tanggungjawab yang diberikan dan kejayaan pada usaha anak anak dalam peperiksaan pada solat hajatku. Alhamdulilah aku berkesempatan solat sunat subuh dan solat fardhu subuh malah sempat mengalunkan ayat ayat penerusan untuk tamatnya bacaan Quran buat kali pertama untuk tahun 2012. Alhamdulilah kalau inilah anatara rezeki rezeki yang tiada tolak bandingnya buat aku dari Allah s.w.t

Tidak sampai 2 jam, aku terduga. Dugaan yang memecahkan benteng ketenangan pagi 1 Rejab. Aku sudah agak lama tidak menzahirkan kemerahan, entah mengapa pagi ini, aku hampir menangis kebuntuan bila menunggu hubby mengambil keretanya ditempat yang aku tidak ketahui, dimasa yang sama talian teelfon bimbitku diblock. Hampir setengah jam aku mundar mandir keatas kebawah mencari kereta hubby, terasa gelap dunia, terasa ingin menjerit lebih lebih lagi melihat jam ditangan sudah 8.15 pagi dan sekaligus membayangkan kesesakan lalu lintas yang bakal ditempuh, perut pula berkeroncong dan dada mula berbunyi kerana mengah mundar mandir. Peluh pagi sudah mula keluar, sakit rasanya menahan rasa menangis, menahan rasa bagai ingin melaung. Otak sudah berputar putar dan hati juga sudah berkata kata, setiap kali aku dambakan seseorang, setiap kali itulah aku akan jatuh kecewa dan tersasar dari landasan gembira. Ya Allah mengapa aku sering begini. Aku betul betul helpless disaat itu. Ingin rasanya aku terpa sapa sapa saja untuk meminta pinjam telefon tapi sapalah pagi pagi busy begini boleh melayan aku, selagi aku sabar aku sabar dan tunggu walau menggigil jiwa dan badan.

Bila nafas sudah seakan lemas, dan air mata sudah bertakung dikelopak mata ini, barulah terkeluar mesej ditelefon 'kereta dekat taman'..sepantas kilat mulut aku terkeluar...SHITTT.!! dan dalam bunyi mengah masih kuat (Aku Asthamtic) aku terus terpa kearah yang dikatakan dan serasa ingin aku balun orang yang buat aku macam seorang yang bodoh terjonggok menunggu penuh sakit hati. Aku hembur kemarahan atas sikap pasifnya. Ini bukan kali pertama, sudah banyak kali dan dia tidak pernah belajar menghayati masa yang berlalu. Bila aku tidak tiba, dia tidak akan call, dia terconggok saja tunggu..what a stupid creature!! itu je yang mampu aku gambarkan how pasifnya sikap manusia yang terpilh untuk hidup dengan aku ini. Selama ini untuk teruskan hidup, aku yang fully awake, aku yang fully alert dan lebih dari pro active namun ada waktunya insiden hidup menggagalkan proactive itu. kalau kita bercakap depan orang, pasti mereka kata, alah benda dah nak jadi. pada aku benda yang nak jadi hanya terjadi kalau kali pertama. Ini sudah seakan rutin MISS COMMUNICATION bila aku harapkan dia aku gagal reach apa yang aku mahu, walau apa yang aku mahu itu jauh lebih rendah dari apa yang orang lain sudah langsung tidak peduli. Aku terasa seakan aku dan dia berjarak. sudah seminggu juga aku bermimpi, mimpi yang sama seperti dulu aku dan dia seakan jauh dari satu sama lain. Aku tidak pasti apa maksud disebalik semua ini, dan aku juga tidak pasti mengapa mimpi sebegitu keep going walau ketika itu aku dan dia tenang dalam hubungan.

Aku tidak pasti apakah ahri ini aku berjaya atau tidak keluar dari tekanan situasi pagi ini, Belakang terasa berat, kepala berdenyut denyut, terasa ingin bersendirian dan terasa tidak lalu untuk menjamah makanan walau perut berbunyi berkali kali. Merajukah aku?..kecewakah aku?? aku tidak pasti apa yang aku rasa sekarang. tapi yang aku pasti ada selonggok gumpalan perasaan yang sarat, yang susah untuk aku lerai dalam beberapa jam yang dekat ini. Ini adalah waktu waktu sukar buat aku. Aku tidak bleh berjumpa orang, aku tidak boleh jawab telefon dan aku jauhkan telefon dari aku. Semua hal yang aku rancang untuk pass pada hubby aku terpaksa buat sendiri. Biarlah aku penat asal hati tidak sakit. Sukar menempuh hidup dengan orang yang hanya biarkan arah tersendiri menentukan nasibnya. Orang yang seakan percaya semua hanya boleh turun begitu saja dari langit dan sekali gus meletakkan martabat umat Islam ini rendah dan sering berada dibawah. Islam tidak pernah sempit, Islam tidak pernah menyusahkan pengikutnya, namun ramai menggunakan konotasi Islam sebagai melempias tabiat buruk sendiri. Tak pa lah asal Allah redha kata mereka, wahal kamus redha tak pernah buka mungkin. Apa yang mereka buat jauh sekali dengan konsep redha.

Aku tidak ingin menjadi hamba yang meletakkan kuasa ditangannya sendiri. Aku ada Allah tuhan yang pengasih dan penyayang. Maha melihat dan memahami apa yang aku lalui. Aku akan terus bermohon diberi petunjuk dengan musibah hari ini. Kalau inilah insiden yang meleraikan ikatan antara aku dan dia, aku redha. Aku hanya mampu bermohon setelah pelbagai usaha aku lakukan, kini masa untuk aku berserah, hidup yang singkat ini untuk mencari kebaikan bukan meletakkan ditepi bara api yang akhirnya terbakar diri. Aku akan teruskan usaha usaha yang sudah biasa aku lakukan, aku akan sibukan diri dan aku akan membudayakan masjid sebagai tempat aku mencari ketenagan. Akhirnya aku terpaksa akur, kita hanya mampu merubah diri sendiri dan kita tidak mampu merubah orang lain yang sudah jauh sebati dengan cara mereka.

Sempena REJAB yang mulia ini ya Allah, kau dengarlah suara hatiku...suara yang mencari cari arah mana yang sudah engkau sediakan seabgai laluan terbaik buat aku. Aku tahu, aku tidak pernah dizalimi oleh mu melainkan aku yang memilih untuk menzalimi diri sendiri. Aku tahu, kau kurniakan hambamu banyak cahaya, sedang hambamu yang sering membutakan mata. Ampunkan dosa dosa kami, jauhilah kami dari jalan yang memungkinkan berulangnya dosa dosa, kami hamba yang naif ya Allah. Peliharalah kami sebagaimana engkau memelihara kekasih kami Nabi Muhamamad S.a.w. Amin ya rabbal alamain.