Tuesday, May 18, 2010

London dan Harrods....


Seawal pagi yang hening di Euro Wembley Hotel kedengaran tapak tapak kaki bergegas dengan urusan masing masing mengejutkan aku dari tidur. sambil menyandar didinding, aku melayani apa yang diprkatakan Mai..itu dan ini...segalanya dipermudahkan Allah aku tidak boleh bersolat sebaik menunaikan solat subuh di Egham. mai mengajak aku ke cafe ..breakfast Inggeris percuma katanya..hehe dia berhajat menegnalkan aku dengans eorag engineer komputer software sahabat barunya...orang Italy. jeng jeng jeng.

kami turun beriringan. Mai begitu simple macam rumah sendiri tapi kecantikannya masih terserlah. sambil makan pagi kami berbual dan sesekali Mai memandang kebelakang mencari kalau kalau sidia sudah tiba. Hingga kami habis dan agak laam menunggu..tidak jugak kelihatan. mai kelihatan agak kecewa...dan aku sebagai kawan untuk diperkenalkan terlepas peluang..hehe

Selepas sarapan, mai mula bersiap siap untuk ke cambridge. dia memang hantu Library..itulah kehebatannya...aku doakan dia dapat apa yang dicarinya. sambil bersiap kami berbual bual...aku cadangakn beberapa perkara antaranya aku ingin melihat rambutnya dibelah tepi..hehe padaku mungkin bertambah cantik!! Akus engaja menunggu dia bersiap sepenuhnya kerana aku tidak mahu dia menunggu aku dibilik air. Lagipun waktu kami bersama agak terhad. bila tiba waktu mai berangkat..dia sempat berpesan pakailah biliknya seberapa hari yang aku mahu..hehe dan aku memeluknya kemas..selamat beristirehat sambil membelai buku buku dan mencari bahan yang diperlukan. kalau ada kesempatan kita berjumpa lagi. itulah Mai...aku tidak pernah menduga..sangat baik orangnya..dan dia banyak kali mengatakan aku seorang yang sangat adaptable!! hehe

Seperginya Mai barulah aku bersiap menunggu sepupuku datang kembali menejmput sampai aku terlelap. senangnya disini..baju tidak berbau..sennag untuk ricycle..hehe aku hanya pakai baju semalam. bila ja datang, destinasi kami kali ini ialah London Cruise. Cuaca kelihatan cerah dan lebih indah dari semalam. namun angin yang bertiup sejuk tersangat sejuk hingga aku terpaksa menaikkan kolar baju jaket. banyak gambar dan pose pose diminta oleh sepupuku..aku ni quite camera shy..tapi dek kerana sayangkan pengalaman..buat je lah gaya tersendiri yang tak mampu menyaingi model..hehe

Sejurus selepas berpusing sungai Thames dengan Cruise kami berjalan mencari suami ja dan terus menuju ke Harrods. selama ini aku hanya mendengar nama Harrods dari kisah lady Diana bercinta dengan Dodi Al Fayed. Aku amat memeinati kisah cinta mereka dan amat berharap ada akhirnya kerana itulah aku abadikan nama Fayyadh sempena nama Al Fayed. tidak sangaka hari ini aku mampu memijak dan merasai kehebatan gedung yang paling mewah di England ini. Terasa begitu asig..dan terasa ini bukan tempat kita..hehe aku dan ja terasa kecil ..tearsa tidak ada apa yangs esuia dengan budget kami..berjalan dan berjalan melihat sekeliling dan bila safwah ingin kebilik air, kami pergi bersama. Tu dia sebuah bilik air yang boleh dibuat tempat tidur. setiap orang keluar masuk akan terus dicuci. Petugas khas menunggu dengan setia. Di suatu sudut kelihatan losyen dan minyak wangi..dan aku melihat wanita wanit anggun dan cantik keluar tandas mebasuh tangan dan menerpa losyen dan minyak wangi. di satu sudut lain pula diletakan mineral water panas dan sejuk...cawannya pakai buang. Di kelilingnya ad runag ruang membetulkan pakaian dan makeup..huuuh terlalu asing pada aku..inilah sebenar benar kemewahan..tandasnya dah cukup mewahhh tahulah kita bagaimana mewahnya customernya..dan agaknay yang paling tidak mewah dan bernasib baik..aku le..hehe.

Akhir sekali kami pergi ke level paling bawah. dalam perjalanan turun terjumpa Memorial lady Diana dan Dodi lalu aku bergambar dan meletakan ucapan kenagan buat mendiang berdua...Rest in peace for both of you...with love Asniza from Malaysia.hehe kalau aku tidak sempat bertemu tuannay bertemu memorialnya pun sudah cukup bermakna. di level paling bawah barulah keliahtan pelbagai barangan yang boleh dijadikan souvenir. Aku tertarik dengan beg, pen dan teddy bear buat Alya. sehebat harrods itulah Alya dimataku. dan aku membelikan beg merah dengan wallet bertulis harrods untuk wahida dan aku..kami boleh berkongsi sebagai ikatan kenangan. Pita lukisan buat Harraz dan 4 batang pen buat sesiapa ynag kena dihati ini.

Selesai mencari souvenir di jalan sebelum ke Malysia Hall, barulah kami makan tengahrai di Malysia Hall. Aku tidak menganggap makana disitu mahal asal kan kena dengan kemelayuan yang ingin diperlihatkan. Aku dan Safwah kenalah 10pound. safwah sungguh berselera makan disitu. kami beransur pulang ke Coventry rumah sepupu ku. Dia belajar di University warwrick peringkat PHD dalam bidang Accounting. dalam perjalanan yang indah itu..taajub aku melihat pemandanga keliling dan kami berhenti untuk sessi foto dalam kesejukan ..lebih sejuk dari London.

2 hari London dalam kenangan Abadi disudut hati....

London ...kukagumi kemegahanmu!!!!


Masih segar dalam ingatan. Pelukan kemas aku dan sepupuku Ja. bagai tidak percaya kami berjumpa sejauh ini. Bila aku masuk ke kereta Ja kelihatan anak anaknya sabar menunggu. dah berubah wajah mereka..bertambah kiut..dan tidak pandai sangat berbahasa melayu...hahaha lidah england mereka pekat sekali. Serasa kesejukan makin menghimpit dan aku banyak diam lepas sesekali ketawa dengan Ja kerana kagum memandang sekeliling di perjalanan yang INDAH. Katanya kami menuju ke Egham.

Hati aku jengkel. Budaya tidur dirumah kawan yang tidak rapat bukan budaya aku dan bukan juga budaya kita orang Malaysia. tapi aku percaya mungkin dia kawan setugas Ja. Bila bersua ...ohhh keciknye dunia rupanya...hehe Miswa adalah seorang yang agak familiar dalam kehidupan sebagai staff UIA. Rupanya bukanlah orang lain. Kami sama sama berbual kebetulan anak Ja tidak siha. Aku nampak risau diwajah keibuan Ja..ya lah anak sakit dan pernah ada rekod masuk hospital kerana demam selama mereka tinggal di UK. Miswa seorang suri rumah menemani suaminya menyambung PHD dibidang yangs ama dengan Ja. maknanya mereka dari satu department di UIA Gombak. begitu ramah mesra seklai layanan Miswa..siap minum petang dan makan malam. Aku diberikan satu bili dengan Ja dan selepas solat jama', Aku tidur keletihan untuk menyesuaikan diri dengan waktu disana. seawal subuh pukul 4 pagi aku terjaga kembali terus bersolat subuh kali pertama di bumi Engalnd ini sambil memanjatkan kesykuran dan kekagumanku pada takdir Allah taala.

Ja telah mengatur plan. kami bakal menaiki train dari station paling hampir dengan Egham ke London. Anak anak Ja ditinggalkan dibawah jagaan suaminya dirumah Miswa..lihatlah bertapa memahami mereka dan bertapa bekerjsamanya mereka. Kiranya inilah train pertama yang kami naik. Hujan renyai renyai menambahkan lagi kesejukan. Aku dibekalkan sebuah payung oleh Miswa..lebih kurang 30 minit sampailah kami ke KOTA LONDON. Berjalan berduaan dalam hujan dengan Ja sesekali payung terbuka ditiup angin kencang..sejuk usah dikata...demi mencari temapt jualan tiket sighseeing bus London. kami mebeli tiket seklai gus untuk masuk ke madam tussauds dan cruise mengelilingi sungai thames. semuanya atas akaun debit ja kerana urusan online begitu mudah disini.

Lebih kurang 2 jam berada didalam bas mengelilingi Kota London...beserta mendengar setiap keterangan yang diberikan oleh jurucakap pelncongan didalam bas tersebut. Dia sempat bertanya kami dari mana..hehe. walau pun hujan aku tidak melepas peluang mengambil gambar gambar sekeliling untuk diabadikan kenangan. Bila kami selesai, kami menuju ke Madam tussauds dan aku mengajak ja menegnakan cappucino Coffe walau pun aku tahu mahal harganya..dek kerana terlalu sejuk..mahal pun mahal lah..hehe lalu kami masuk berdua dan aku membayar 5pound untuk 2 cawan Kopi.

Suasana di dalam Madam tussauds agak hiruk pikuk kerana terlalau ramai pelancong. Aku hampir keliru antara orang dan patung kerana ada yang diletakakn ditengah tengah ruang dngan orang ramai dan ada jugak di atas stage simple. Sempatlah bergambar dengan patung patung celebriti dunia yang aku gila gilakan selama ini dikaca TV..hehe dan patung paling kacak dan menjadi ialah Tom Cruise dan lady Diana sebab dua wajah ini terlalu sempurna ibarat patung sendiri hehe.Ham,pir 2 jam juga berlegar disitu dan akhir seklai kami menaiki train teksi dan melalui atu sessi fotografi yang desedaiakn oleh pihak penganjur. Aku membeli gambar kami dan memberikan magnet fridge pada ja buat kenangan bersama.Akhirnya kami menuju ke Victoria station kerana ada kawan yang sedang menanti untuk bertemu.

Pertemuan petang itu di Victoria station cukup meriah. ja sepupuku cepat mesra orangnya apalagi kwnku ini sama sama dari Terengganu..siti Sofo. Sedang kami bergelak ketawa Mai menelefon untuk mencari kami..dan aku bangun dan melihat dari jauh mai tercari cari cafe yang disebutkan. Akhirnya kami berempat...Hiruk pikuk bila orang malaysia bertemu ..hehe dan kami mengambil minuman dan mai dengan ikhlas ingin belanjakan kami. Thanks mai..moga murah rezeki!!!

Berborak dan berborak akhirnya sudah agak petang dan siti perlu pulang Bristol. mai mempelawa aku tidur di London. ja dengan cepat bersetuju supaya senang untuk sessi seterusnya...Sebelum berpisah kami sempat jalan jalan bertiga di jambatan ynag berdekatan dengan Eye of London. banayk gambar dengan Mia dapata ku abdikan. selepas itu kami ke Istana Buckingham..cantiks angat Istana dalam taman...akus eakan tidak percaya aku berada didepan Istana yang cantik...bila malam hampir berlabuh...kami berpisah di station Victoria semua..ja kembali ke Egham seorang diri dan Aku ikut Mai ke Wembley sebelum itu kami singgah di Pedington...Ada sedikit masalah train bila bnayak laluan ditutup. kami terpaksa menggunakan bas dan sampai di Wembley Central kami berjalan menuju ke Taste of Lahore..Mai ingin mengajak aku merasa keenakan Nasi Briyani disitu. Kesejukan teramats angat..aku menggigil gigil dan nasi briyani yang berasap puns eolah tidak ada nikmat lagi..aku telan sepanas itu demi emnghilangkan rasa sejuk yang semakin terasa...pulang ke hotel, Mai terpaksa memeluk aku...aku semakin menggigil..bila masuk ke ruang hotel barulah terasa panasnya heater...arghhhh legaaaaaa sedapppnyeee panassss hehe

sebelum melelep mata aku sempat mandi...berbaring sambil bersembang dengan Mai...kukagumi cita cita sahabatku ini...dan aku akan terus mendoakan dia. aku tidur dan mai masih lagid engan nota nota kursus dan peneylidikannya. Tearsa waktu dulu dulu yang menyeronokan itu berulang kembali dalam hidupku..bezanya dulu aku dan mai tidak pernah sebilik dan berbual mesra kini kami tidur sekatil dan begitu senag akrab antara satus ama lain...lihatlah keajaiban tuhan. dalam aku banyak kecewa denagn orang orangs ekelilingku..Allah memberikan sahabat yang berkualiti sebagai ganti...Alhamdulilah Aku merasai kemanisan dari sebuah rasa rendah hati dan sabar...sebelum mataku pejam aku sempat melafazkan sykr pada Allah dan bertanya dalam hati..apa khabar anak anakku disana...Ya Allah kau yang maah memelihara hambamu...aku meoho prtolongan dari mu peliharalah anak anakku. Aminnnn