Sunday, April 29, 2012

Cerita BMW dan REZEKI


Pagi ini aku dihantar hubby, banyak benda dalam kepala membuatkan aku terlupa mencium tangannya sebelum turun dari kereta. Aku pantas meluru ke cafe tepi masjid untuk dapatkan Nescafe Tarik bungkus pesanan Zul, mata liar mencari kuih muih sayangnya tak ada rezeki Zul, aku sendiri berpuasa dan agak lewat juga untuk aku menemani hubby minum pagi. Hari ini hari terakhir April 2012. 

Rutin pertama seperti biasa ialah membuka email melihat message terkini dari kedua dua email personal dan office email. Tidak ada sebarang training available untuk bulan Mei setakat ini. Sejenak membalas email bukti bayaran dari customer IOPE dan soalan soalan peri pemakaian IOPE oleh customer. Rutin ke 2, membuka FB, melihat mesej urgent dan menjenguk Iope Page dan Lady Trip. Buka wall kwn kwn yang pergi Lady Trip dan copy gambar gambar mereka untuk dimasukkan ke Lady Trip. Kelihatan tulip merah dan kuning di Wall Mdm Rose begitu cantik sekali. Petang ini on my way back mesti singgah Maybank, bayaran terakhir stock perlu dilangsaikan malam ini untuk Li di Korea. Aku hingga termimpi mimpi berbincang bisness dengan Li..memnag dalam banyak banyak kwn yang aku jumpa ..Li sangat reliable untuk meneruskan pelbagai bisness. Teringat kata kata dia dulu, saya akan pastikan kak za jadi jutawan sebelum saya jadi jutawan. Moga kata kata Li menjadi doa. Dia suami kepada wanita baik yang aku temui, dia juga tidak kurang baiknya dan sangat bersikap professional. Sebaik habis tugas, pasti dia transfer duit untung antara kami. Seorang yang jujur dan telus sangat sukar dalam dunia hari ini.

Seperti biasa Monday menjadi monday blue buat aku dan kebanyakan pekerja, apalagi kalau tak cukup tidur semalaman. Nasib baik hari ini boss bercuti, aku sedikit bebas dipejabat. Dalam aku menggunakan bebas, bukan merayap ke unit unit lain, bebas maksud aku ialah, aku boleh berfikir ruang lingkup yang lebih dari kerja. Hari ini Monday hari yang akan dihubungi seseorang yang aku baru kenal. Last week dia menelefon aku petang khamis dan berhajat untuk menemui aku, hari ini pun aku tidak ada mood untuk jumpa dia. Kalau dia telefon, aku akan tangguhkan pada 3 hari akan datang selepas cuti hari buruh. Hari ini aku berpuasa, mood aku lebih untuk ke masjid dan bersendiri dengan bacaan dan Quran.

Mahadi namanya. Cerita disebaliknya ialah BMW. Itu fokus aku, kerana BMW kami bertemu. Lebih kurang 3 bulan yang lalu, ketika aku kelam kabut menolong Li dan Maria dengan BMW mereka yang sudah terlanggar satu object matel, menjadikan aku kelam kabut, kerana kesihan kan Li dan Maria, kerana aku kurang tidur dan kepenatan dan kerana aku terburu buru mengejar masa untuk sering berbincang dengan mekanik Awwai. Nak dijadikan cerita, ketika aku rshing keluar dari perkarangan masjid, ketika reverse, kereta aku terlanggar kereta BMW yang sedang parking disitu. Aku melilau mencari kalau kalau ada orang yang boleh aku minta tolong, nasib baik ada seorang jejaka yang sedang berdiri ditepi pagar, lalau aku memohon jasa baiknya untuk menyampaikan no telefon aku kepada tuan punya BMW agar dia menghubungi aku menuntut kesilapan aku. 2 kali aku terima panggilan dari tuan punya BMW, tapi tidak sempat menjawab hanya aku tinggalkan pesanan, dan hampir sebulan aku gelisah sehinggalah aku hubungi dia semula via sms bertanyakan tuntutan baiki keretanya terhadap aku. Dia hanya menjawab ' tak mengapa puan, bukan banyak pun, sikit saja, saya halalkan, nanti kalau saya senang saya akan cari puan ditempat kerja puan'. Aku hanya ucapkan terimakasih padanya.

Mahadi yang menghubungi aku minggu lepas itu adalah jejaka yang aku minta tolong, dan kerana baiknya dia menolong aku yang sangat tertekan ketika itu, akhirnya dia diberi pertolongan yang lebih besar dari Allah. Mahadi rupanya tidak ada pekerjaan tetap, kerana meyampaikan no telefon aku, Mahadi akhirnya mendapat kerja dengan tuan punya BMW. Dia seorang director sebuah syarikat insurance. Alhamdulilah, aku sangat bersykur dan gembira untuk Mahadi, walaupun aku tak kenal dia. Dari riak suaranya cukup menggambarkan betapa gembiranya dia. Cerita disebalik BMW, tercipta pintu rezeki buat seseorang yang sangat memerlukan dengan sebaik aturan dari Allah. Aku pasti bertemu Mahadi, cuma aku tidak boleh menemuinya hari ini, kalau dengan kawan pasti yang terbaik ada agenda makan, kalau terfikir untuk makan, sangat sempurna bila ada kawan. Budaya aku makan dan kawan tidak boleh dipisahkan bagai irama dan lagu, kalau dipisahkan suasana menjadi sangat DULL.

Aku yakin selepas aku menemui Mahadi, pasti aku akan ditemukan juga dengan pemilik BMW itu, aku cukup kagum dengan wataknya, setiap kali waktu solat, dia pasti singgah dimasjid tepi pejabat aku dan orangnya jauh dari sombong, malah sedia memaafkan kecuaian aku yang bersedia untuk membayar ganti rugi ini. Aku ingin modelkan orang orang kaya yang sangat suka menolong walau siapa saja. Aku ingin mengorek resepi kejayaan dan liku liku yang mereka lalui. Mereka adalah the great resourceful person buat aku. Antara Mahadi dan tuan punya BMW pasti akan menjadi kwn aku satu hari nanti. Siapa sangka, dalam aku terkial kial menolong Li dan BMWnya, aku terlanggar BMW juga dan membawa satu peluang rezeki dan pertemuan yang lain pula. Sungguh manis janji Allah disebalik kebaikan sesama ummah, sungguh bermakna rezeki rezeki berselirat yang Allah taburkan dimuka bumi ini, sungguh unik terciptanya pertemuan yang sudah kemas diatur Allah di  Luh Mahfuz lagi. Aku melihat dan mengalami sendiri, justeru tidak ada lagi nikmat dan kasih sayang yang aku ragui.

" Yang mana satu diantara nikmat nikmat tuhan kamu yang kamu hendak dustakan (wahai manusia dan Jin)" Surah Ar Rahman ayat 13. Sesungguhnya tidak terhitung betapa besar dan banyaknya nikmat dan rahmat Allah kepada manusia, namun hanya orang orang yang berakal saja mampu berfikir dan mensyukurinya. Allah pasti menjanjikan pulangan yang lebih besar pada hambanya yang bersyukur. ya Allah jadikan aku seorang hambamu yang bersyukur......Amin ya rabbal Alamin








TABAH jangan GELABAH


Ahhhhh Jam sudah 3.30 pagi, aku masih gagal melelapkan mata penangan KOPI KAW yang diambil masa perbincangan 3 jam dengan kak Ima petang tadi. Lagi satu jam, masa untuk aku bersolat dan bersahur. Diluar angin cukup kuat, memberikan rasa sejuk dan nyaman ketika berbaring untuk cuba pejamkan mata. walau apa pun aku baca, gagal juga untuk mata ini terpejam malah emakin banyak agenda yang tercetus diminda. Esok Isnin entah bagaimana keadaannya bila semalaman tidak tidur. Mungkin bagaikan zombie, jasad saja bergerak, jiwa dan roh entah kemana.

Janji yang dibuat 2 minggu lepas akhirnya tertunai hari ini. Aku ada banyak agenda dengan Kak Ima. Alhamdulilah perbincangan berjalan dengan baik, malah Kak Ima seorang yang profesional dan helpful, tak rugi aku luang masa dengan such a resourceful person macam dia. Insya Allah dia setuju dengan apa yang aku rancang dan Insya Allah juga dia akan turut serta bila tiba masanya. Bolehlah aku rely on dia, dimasa yang sama kami bagai serampang 2 mata. Dia akan taja hala insurancenya dan aku akan popularkan IOPE dan supplement Mella Clear.

Dalam berbincang hal hal bisness terselit sedikit sesuatu yang aku tidak duga. Kak Ima bagai sekian lama ingin sampaikan sesuatu pada aku tapi peluang pertemuan itu agak sukar dek keduanya sangat sibuk. Aku sangat berterima kasih dengan perkongsian Kak Ima, sedikit sebanyak meyakinkan apa yang aku rasakan selama ini, dan ternyata walau pun kami baru berkawan, kak ima lebih percaya dan rely on pada aku. Tidak sukar kalau sama sama profesional. banyak kata sepakat yang kami capai menjadikan aku lebih mengenali hati kak Ima. Aku melihat potensi besar kalau aku dan kak ima bergabung tenaga. banyak kak Ima bagi nasihat terutama dalam hal berhati hati dengan kerenah orang. Bukan semua orang senang dengan pencapaian kita.

Seawal turun dari rumah, aku berniat untuk belanja Kak Ima. Apa lagi bila bulan ini pendapatanku mencecah puluhan ribu, rezeki Allah tidak siapa terduga. April bulan rezeki melimpah ruah dari segala segi. Bulan kemaafan juga bulan yang banyak Allah kabulkan doa dan permintaanku. Biasalah Kak Ima, dia akan awal awal menolak duit aku 'Akak belanja' laju saja mulut yang kuat mengomel itu offerkan makanan dan minuman. Akhirnya kami memilih kopi kaw di Coffee Bean cuma bezanya dia ais aku panas. Selesai pertemuan, aku memeluk erat kak Ima. Aku sangat senang dengan dia. Sikapnya yang bersahaja itu menampakkan natural dan kejujuran, selama ini kita selalu tersilap dengan kemanisan yang terlebih lebih belakang teruk rupanya. ami berjanji untuk beberapa follow up, aku ken kerja keras sbab diperingkat perbincangan aku yang kena mulakan dengan contact kak Ima. kak Ima sudah terlalu sibuk selepas jawatannya direvise oleh majikan.

Dalam perjalanan menuju ke kereta selepas membelikan sebuah beg duit warna pink sepadan dengan Hand beg dari Finaz, aku terfikir sendirian memang benar semakin maju langkah kita semakin banyak ranjau dan duri, semakin kabur juga antara kawan dan lawan, begitu tipis garis perbezaan keduannya yang begitu mengelirukan. Aku tahu apa yang aku mahu, aku sedang mengatur langkah satu persatu, diwaktu waktu begini sudah pasti aku sangat harapkan sokongan, tapi yang datang lebih banyak cabaran. Aku redha dan tempuhinya penuh sabar, cukup segelintir yang aku temui cukup untuk menguatkan aku, samatelah lagi kekuatan sebenar adalah dari Allah. Aku sama sekali tidak akan menolak sesiapa saja yang datang dalam hidup aku, tetapi aku tidak akan mencari orang yang tidak memberi apa apa maksud. Aku akan mengelak dengan orang orang yang bakal membawa defeat pada aku. Aku hanya akan atur strategy kemas bersama orang orang yang positive, resourceful dan profesional. Sedikit aku kongsikan dengan hubby, 'suara hati saya tidak pernah berbohong bang, cuma pertemuan dengan Kak Ima hari ini menguat dan membuktikan lagi apa yang saya rasa. kak Ima lebih berani meletakkan TERM yang dia nampak. saya tidak pernah merasa saya deserve perasaan dengki dan iri hati orang kerana saya tidak pernah merasa hebat, semuanya saya lakukan hanya mengikut suara hati ini, dari keadaan saya tak tahu apa apa, memang betul sekali bila kita semakin berjaya orang semakin dengki, kawan menjadi musuh, ruang dugaan semakin terbuka, baru saya perasaan, saya semakin layak rupanya'. Aku meluahkan pada hubby.

Angin diluar sana masih bertiup kencang. Sesekali kedengaran pintu berkocak dilanggar angin malam. Bicara indah di malam hari, teringat kata kata Tuan Guru Nik Aziz diwallnya tadi, semakin kelam gelapnya malam, petanda semakin dekat datangnya fajar pagi. Beginilah hidup bagi insan seperti aku, entah mengapa dari zaman sekolah rendah hinggalah mencecah umur 40an aku tidak pernah sunyi dari dengki dan iri hati orang. Malah kdg kdg orang yangs angat hampir dengan hidup aku, wahal bukanlah aku sangat bangga dengan apa yng aku ada dan aku capai, namun aku tidak nafikan, kerana dengki dan iri hati mereka menjadikan hati aku lebih dekat dengan Allah, menjadikan aku yakin Allah tempat aku berserah dan bermohon, Alhamdulilah aku tidak akur tunduk dengan akar akar yang berselirat sepanjang perjalanan aku itu, malah dengan suara hati yang terang, dengan doa yang tidak pernah putus, dengan segelintir rakan tapi berkualiti yang aku temui, semuanya menjadi MUDAH dan INDAH TERSUSUN. Aku percaya takdir rezeki bukan pada approval manusia, tapi pada redha Allah yang maha ESA.

Hidup semakin mengajar aku erti TABAH dan jangan GELABAH.

Al Fatihah...Pemergian Yanti


Peluang terus diburu untuk tetap cuba mengambil masa menulis diblog ini walau masa terlalu mencemburui aku, terlalu banyak yang ingin dicoretkan, telalu banyak idea idea yang melintas, namun dek kerana kesuntukan masa, entah ingat lagi entahkan tidak bila terpaksa bertangguh begini. Ada 2 hari lagi penutup tirai April. Sayang rasanya kalau tidak cuba sekurang2nya ada 2 tulisan. walau mata sudah agak berat terasa, dan ada beberapa kerja yang perlu dikejar terutama packing order dan kemas kitchen selepas menghidangkan makan malam yang simple berdua.

Semenjak kelmarin, ketka menunaikan solat Zuhur dimasjid Simpang Lima, sejurus sebelum meneruskan perjalanan untuk kerumah Ayah Da par yang lebih dikenali sebagai Ide, aku terbayng bayang wajah cantik Adik Yanti, tutur bicaranya, ketawanya, manjanya yang meminta itu dan ini dengan aku. wajah yang manis itu rupanya sangat singat pinjaman usianya oleh Allah. Dia pergi meninggalkan kami buat selama lamnya. Kami sekeluarga baru berpeluang menziarahi Ide dan kak Chik turut sama berduk atas pemergian Adik yanti semenjak seminggu yang lalu. Aku kira manusia yang dipertanggungjawab untuk memberitahu kami sememangnya sangat tidak stabil akal dan esmosinya, lantas mengenepikan peri pentingnya penyebaran berita kematian kaum keluarga sebegini. Sehingga malam ini, disetiap waktu solat, wajah yanti terbayang dimata, rasa bersalah dan terkilan meluap luap kerana tidak sempat melawatnya sakit dan tidak sempat turut serta memandi dan menyembahyangkan jenazahnya buat kali terakhir. Semoga Roh mu ditempatkan bersama orang orang beriman dik. Maafkan kak Liza atas ketidak sempatan ini, Kak Liza sendiri binggung memikirkan sikap dan reaksi org org tertentu dalam keluarga kita. yanti memnaggil aku Kak Liza.

Lama aku tidak bersembang dengan Ide dan Kak Chik, Ide seakan tidak mahu menatap wajah aku mungkin terkilan, aku sudah lama tidak menjengah rumahnya dijalan Yadi Klang itu. Itulah tempat pertama aku bersinggah sewaktu mula menapak takdir di Kuala Lumpur. Lama jugak barulah Ide kembali ceria bersembang, masih kelihatan menahan sebak dan kesedihan atas kehilangan besar itu. Aku memeluk kemas kak Chik mengambil sedikit walang yang masih bersisa, dikala ide bercerita bagaimana cekalnya Yanti menghadapi menghadapi saat saat getirnya, aku seseklai menyapu air mata. Tidak dapat untuk aku gambarkan apa perasaan aku ketika itu, yng pasti aku TERKILAN sebab tidak bersama Yanti menyapu air matanya, mengukirkan senyuman terakhir buatnya. yanti pegi diusia yang begitu muda 27 tahun. Pemergian ditangisi seluruh ahli keluarga terutama tunang tercinta.

Ide juga melahirkan rasa kecewa, banyak keluarga tidak tahu. Lama aku bersembang dengan Ide, banyak jugak musykil dan persoalan kami sama sama leraikan. Aku harap Ide faham dengan apa yang aku hadapi, apa yang kita mampu buat kalau kita dikelilingi orang orang negetif dan sombong dengan kedudukan dan kuasa yang dia ada. Kami sama sama kecewa dan sama sama mengurut dada. Ide cekap bertanya semua persoalan yang bermain dikepalanya, bersaksikan 5 orang, aku bercerita apa yang berlaku, pada asalnya aku sangat malas untuk bercerita, biarlah terus menjadi tanda tanya diminda siapa yang melihatnya. Bercerita seakan mengoyak hati sendiri. Memikirkan apa Ide rasa kalau aku mengelak, mungkin Ide akan rasa kami tidak menganggapnya sebagai keluarga. Lalu satu persatu aku leraikan pada Ide bukan berharap sokongan sekadar menjawab persoalan yang ditimbulkan olehnya. Ide cepat berkata, 'tak hairan dengan apa yang terjadi, Ide cukup kenal siapa mereka ini'. Ide juga membuka ceritanya, sedikit sebanyak cerita Ide meberikan akus edikit semangat. Dalam keluarga memang berlaku cerita porak peranda.

4 jam dirumah Ide, aku, hubby dan adik adik meminta diri. Kami berjanji akan datang lagi terutama bila kenduri Bojo. Biarlah pemergian Yanti menjadi titik bersatu kembali aku dan keluarga ini. Kesibukan, musibah dan banyak komitment menjadikan kami rengang walau aku tidak pernah melupakan mereka. Aku mengucup tangan Ide meohon ampun dan maaf dengan janji akan datang lagi, dan aku memeluk kak Chik kemas sambil berbisik tabah hati ya Kak ..kita sama sama kehilangan Yanti. Jalan Yadi yang aku tinggalkan hampir 15 tahun kini kembali dihati. Semoga aku belum terlambat berbakti pada Ide, kak Chik dan anak anaknya sebagai sebuah keluarga dan sebagai tanda terima kasih aku atas jasa baik mereka satu ketika dulu. Ya Allah kau binalah ukkhuwah kami sekukuh kasih sayangmu pada hamba hambamu. Doaku semoga Allah memudahkan Ide dan Kak Chik melalui hari hari kesedihan ini.

Semadilah dengan aman Adik Yanti...Al Fatihah.