Tuesday, July 3, 2012

KORBAN KASIH SEJATI




Alhamdulilah, hari ini 14 Syaaban, dan Maghrib nanti masuklah 15 Syabaan, detik waktu yang dinanti untuk meraikannya penuh khusyuk seorang diri bertemankan senaskah AlQuran, Sejadah dan berselimut telekung indah warna putih. Penyerahan diri didunia, sebelum melalui penyerahan diri sebenar bila ajal sudah menjemput diri. Pagi Rabu yang INDAH dan SEGAR, jadual bacaan surah pagi sudah 2 hari bertukar, dan sudah 2 hari juga mengalunkan Bacaan Ar Rahman dan Assajadah, sementara bacaan Waqiah dan Al Mulk dibaca sebelum tidur. Alhamdulilah begitu nikmat bila hidup diatur bersama Al Quran. Keseorangan menikmati segelas tea Panas terpantul idea KORBAN diminda pagi ini.
Alhamdulilah, korban begitu sinonim dengan hati. Mungkin kerana nilai nilainya sudah sebati dalam hidup sejak kecil lagi. Aku melihat bagaimana susah payahnya Korban kedua orang tuaku membesarkan kami, walau begitu susah Bak tidak akan melepaskan aku ke tangan orang lain kerana hati Bak begitu penyayang dan jiwa Bak besar yang terus menemani proses tumbesaran aku. Selain mereka berdua, aku melihat pengorbanan Ummi dan cik, ibu saudara dan arwah nenek. Mereka berdua tetap abadi dalam hati ini. Mereka berdua layak diletakkan sebaris dengan ibu dihati ini. Nama mereka antara 5 orang yang sering disebut setiap kali bacaan Alfatihahku dan setiap kali doa selepas solatku, itulah sebesar besar tanda kasih yang mampu aku balas sebagai mengahrgai pengorbanan mereka.
Hati ini menjadi begitu pengasih. Rasa kasih yang menjadikan aku suka berkorban malah Korban menajdi sebahagian dari hidup. Aku berkorban untuk hidup orang lain, aku berkorban untuk mengadakan bila mana mereka tidak mampu, aku mendepakan tangan dan hati setiap kali mendepani isu isu kehidupan mereka baik adik beradik  mahu pun kawan. Hidup memerlukan PENGORBANAN, itulah bisikan yang sering terlintas dihati. Namun dalam jerih perih itu, aku tersedar, bukan semua pengorbanan yang jerih itu dibalas dengan manis, aatau ada baiknya tidak berbalas. Sebaliknya, apa yang dikorbankan menjadi  MAKIAN DAN HAMUNAN insan insan yang aku sayang sendiri. Bohonglah kalau aku ingin tersenyum dengan kenyataan ini, namun aku tersedar bahawa Allah memperlihatkan pada aku sifat manusia itu JAUH DARI SEMPURNA, kalau mereka sendiri tidak berusaha untuk baikkan diri, kita usah meletakkan sebagai PEMANGKIN yang bakal MAKAN DIRI. Berpadalah meletakkan kasih manusia pada hati, berpadalah dalam member budi. Kekecewaan ini menjadikan aku merenung dalam dalam pada diri. Allah tidak pernah salah dalam menganugerahkan kita SEKEPING HATI, namun kita manusia ada ketikanya lupa dan mabuk dengan perasaan sendiri. Kita gagal mencari matlamat hakiki. Meredah rasa kesal, menyerah diri pada ilahi bermohon sepenuh hati akhirnya aku melihat erti KORBAN SEJATI demi ILAHI.
Segelas teh O panas kuhirup seorang diri, selepas rasa cukup dengan sesenduk mee goreng buat mengalas perut pagi Rabu yang indah ini. Membuka mata pagi ini aku terus menyorot erti KORBAN, korban keselesaan biasa demi Allah, berpagi untuk awal bersujud memohon agar disempurnakan hari penuh indah, ceria, berpeluang dan penghayatan ibadat kepada Allah. Berkorban untuk terus bersenang dengan café masjid, dekat masjid senang untuk bersolat Dhuha walau terpisah dengan kawan kawan. Berkorban meletakkkan diri sebagai less important people, dan melihat reaksi orang sekeliling dan belajar menerima bahawa itulah mereka seadanya. Aku lebih bahagia begini, aku hanya melayani sesiapa yang mencari aku dan aku sesekali tidak akan mencari orang lain kecuali atas sebab URUSAN KERJA DAN BUSINESS. Korban kasih sejati menjadikan aku lebih terperinci dan berhati hati, dahulukan ilahi baru hati. Bina hubungan yang kuat antara hati dan ilahi, insya Allah korban tidak sia sia kerana ALLAH MAHA KAYA dan BIJAK SANA.
Ya Allah aku ingin terus BERKORBAN demi rasa kasih, cinta dan nikmat rasa bertuhan yang didatangkan kemas didalam hati ini. Terimalah taubatku terimalah amalanku….Amin

Hati tidak GOYAH ....




Pejam celik lagi 2 hari NISFU SYABAAN, antara tarikh besar dalam hidup umat Islam, dimana pada tarikh ini buku amalan akan ditutup dan dibuka buku baru. Alhamdulilah, tahun ini berbanding tahun tahun yang lepas, Allah telah takdirkan buat aku untuk lebih PEKA pada masa dan peluang, lebih lebih lagi peluang mendekatkan diri dengan Allah. Aku seakan TERPANGGIL untuk dekat dengan aku melalui pelbagai liku dan cabaran. Inilah cara Allah mengasihi kita dan ingin mendekati kita.
Semalam bermula puasa untuk pertengahan Nisfu Syabaan, esok dan lusa akan bersambung, untuk julung kalinya aku merasakan aku begitu TERTUNGGU TUNGGU kedatangan Rejab, Syaaban dan Ramadhan untuk merancang peluang menimati manisnya rasa BERIMAN pada Allah. Untuk waktu terdekat ini, Nisfu Syabaan paling ditunggu. Alhamdulilah kita masih berpeluang melaluinya, buat yang terbaik dimata Allah, manalah tahu inilah Syabaan dan Ramadhan yang terakhir buat kita. Terasa begitu GERUN didasar hati.
Zikir hari ini waktu pejabat ialah Maliku Mulki, salah satu nama tuhan yang penuh kekayaan. Allah berpesan sebutlah namanya yang kaya dan pelbagai tu untuk menikmati rahmat dan anugerah darinya. Inilah juga salah satu cara menjinakkan hati. Alhamdulilah juga, semakin semarak Syabaan, semkain rancaklah amalan yang dirancang, rasa tenang bila SOLAT DHUHA sudah dibudayakan dalam aktiviti seharian. Bila kita merancang untuk Allah, Allah akan merancang lebih banyak dan terbaik untuk kita, Alhamdulilah usaha usaha ini sudah dibalas Allah bila terlerai rahsia kesakitan pada diri dengan pertemuan dengan Dr Rashidi.
Dalam apa jua yang aku lakukan, aku sentiasa jauh dengan sifat PENTINGKAN DIRI. Semenjak merasai perbezaan minda, perasaan dan diri melalui aktiviti spiritual, timbul rasa untuk berkongsi dengan hubby, bak dan mak, anak anak dan adik adik. Kini perlahan lahan aku rancangkan, bermula dengan makan dalam solat. Setiap kali berpeluang berbincang dengan mak dan bak, aku suarakan apa cerita yang aku dapat dari Quran dan bagaimana mendekatkan lagi diri pada Allah. Penyakit diri dan hati yang ada perlu diubati, perlu dibajai dengan Iman, barulah terasa INDAH dan TENANG seluruh maya kurniaan tuhan, itu belum lagi SYURGA ALLAH. Allah memberi kita MULUT, darinya dapat dirasakan nikmat bercakap cakap dan berkongsi, setiap ilmu yang keluar dari mulut kita, yang masuk ke hati orang lain dan menjadi amalan akan dibalas berganda ganda oleh Allah. Aku bukanlah seorang yang HEBAT, jauh sekali guru agama yang TERSOHOR, tapi cukup buatku untuk mentadbir sedikit hidup keluarga kami. Keluarga yang yang plaing dekat dan harus didahului kerana inilah rumpun kita, dan merekalah wajah kita. Selama mana mereka tidak membawa kemusnahan pada kita, selama itu kita wajar berdepan dengan kita, walau dalam 10 yang kita cakap, mungkin 1 atau 2 yang didengari dan diikuti. Usah gusar, lagikan nabi dan rasul ditentang hebat keluarga sendiri.
Insya Allah rezeki Nisfu Syaban dari Allah amat besar kali ini. Jumaat bakal bermula kelas agama pertama dengan Bapak Aswin, guru agama hebat dari Jakarta. Alhamdulilah, aku ingin mengadap seorang guru yang boleh membimbing aku penuh kelembutan dalam memperlihatkan kandungan isi Al Quran dan ujian dalam kehidupan. Aku begitu TERUJA untuk berdepan dengan guru yang minta dimesrakan dengan panggilan bapak, Insya Allah kalau diizinkan tuhan, dengan bimbingan dia jugalah aku akan melangkah menapak dibumi suci Allah, Mekah Mukarramah. Alhamdulilah kalau begitulah takdir dan rezeki yang telah digariskan Allah. Aku redha dan menerima dengan lapang dada, terasa begitu agung KECINTAAN Allah pada hambanya.
BAHAGIA itu milik sekeping hati yang TENANG. Tenang itu hanya datang bila kita mendahulukan tuntutan Allah dalam segala perkara. Hati yang bahagia, mampu membina banyak kebahgiaan yang lain dikelilingnya, hati yang tenang penuh rasa CINTA pada penciptanya. Setelah aku GAGAL melihat KEIKHLASAN manusia disekeliling aku, Allah memperlihatkan aku arah sebenar untuk member RASA IKHLAS pada KASIH dari hati. Tiada manusia yang sempurna dimuka bumi ini, mereka hanya hamba Allah yang banyak kekurangan justeru itu usah berharap dan usah meletakkan mereka didepan haluan hidup kita. Raih kasih Allah, raih rahmat Allah yang menjadi hak pada semua manusia untuk bina kekuatan diri dan kemantapan jiwa, datanglah dugaan manusia bagaimana rupa sekalipun, hati kita sudah tidak GOYAH lagi.
Bila hati sudah tidak Goyah, apa saja kemungkinan yang bakal terjadi, akan dihadapi dengan penuh rasa REDHA. Berharap hanya pada Allah, kerana hanya dia memiliki kuasa hakiki yang mampu merubah segala keadaan, bencana dan kedamaian malah merubah hati manusia.
Ya Allah berikan aku TERUS TERUSAN peluang untuk mendampingimu…Amin ya Rabbal Alamin.