Thursday, January 3, 2013

Tentang RINDU




Alhamdulilah, pagi Jumaat pertama untuk Tahun baru 2013, terasa tenang dan damai bila tugasan hidup dunia dan akhirat dilaksanakan sebagaimana dirancang. Akhirat untuk akhirat dan dunia untuk akhirat. Hanya Allah yang layak menilai dan sebaik baik manusia mereka hanya mampu melihat secara luaran saja. Sedang Allah mengetahui segala lintasan isi hati. Pagi ini terlintas diminda ini untuk menulis kenangan semalam TENTANG RINDU.

Ah persoalan rindu untuk wanita diusia aku akhir akhir ini sudah menjadi terlalu enteng. Alhamdulilah, aku mampu memahami rasanya dan kesannya. Rindu sering datang bersama air mata atau nyanyian sayu perlahan. Rindu begitu dekat dengan rasa sedih. Rindu untuk bertemu dan rindu kerana terpisah. Rindunya Harraz pada abangnya fayyadh dapat aku rasakan. Dua hari ini aku melihat kesuraman wajah Harraz. Mulut Harraz seakan terkunci, hinggalah semalam ketika mengadap makan malam, harraz mengeluarkan air matanya dan menangis sedu sedan dek rindukan fayyadh dan kakaknya.

Terlalu banyak kenangan manis kami mama” Harraz berkata dengan suara bergetar. Suara yang terkandung sebuah perasaan yang sakit. Sebagai ibu, apa lagi berjawatan begini, aku sangat faham dan kes kes begini sudah sebati Cuma bila berdepan anak sendiri hati ini bagai tersentap. Tanganku mengusap lembut bahu Harraz, aku dekatkan pipi kami..”sabarlah sayang, kita berpisah untuk kebaikan, abang dan kakak pergi berjuang, kita berpisah untuk bertemu semula”. “Kami terlalu bahagia bersama mama, kami banyak permainan bersama” tegas harraz lagi. “Mama tahu, sebab tu bila Harraz main dengan fayyadh mama tak kacau sebab tengah enjoy happy”. Kami meneruskan malam malam hanya bila aku katakan pada Harraz, “Alhamdulilah setiap Sabtu kita masih boleh jumpa fayyadh”. “Esok dah Sabtu”. Seakan memujuknya.
Harraz dan Fayyadh dua beradik yang sangat rapat. Umur mereka agak dekat dan mereka sering bersama. Si adik sanggup buat apa saja untuk diterima bermian dan berkawan dengan si abang. Kadang kadang ada kelibat cemburu dari adik bila abang memiliki kawan baik yang lain. Mereka juga kadang kadang bertiga, tapi bukan semua benda berkongsi kerana kakak perempuan. Mereka rapat kerana berkongsi ketawa dan bahagia, mereka juga berkongsi tekanan bila sama sama kena marah. Sebab Harraz begitu dan sebab Fayyadh begitulah menjadikan mereka akrab.Harraz sanggup habiskan duitnya untuk berkongsi gula gula sedan fayyadh simpan saja semua duitnya kerana fayyadh memilih untuk mendengar cakap mama duit perlu disimpan. Harraz tak kisah berbelanja untuk orang orang yang dia sayang, Fayyadh pula hanya membenarkan menggunakan duitnya dlm simpanan bila ada keperluan sebagaimana dia terkejut melihat bayaran studynya yang mahal terus dia bercadang “ Ambik je duit simpanan Fayyadh”. Fayyadh agak berkira dalam banyak perkara tapi tidak terlalu kedekut dan sangat penyayang pada adiknya cara tersendiri.
Hakikat rindu memnag tidak boleh kita sangkal. Bila tiba tiba kita menjalani hidup diluar kebiasaan dan dimasa yang sama kita kehilangan seseorang yang rapat disisi. Cuma bagaimana mengendalikan rindu atau apa apa perasaan bergantung pada diri seseorang. Rindu menjadi lebih sarat bila kita meletakkan isu perasaan penting dan utama. Kenyataan diri Harraz menunjukan Harraz seorang feeling oriented dan Fayyadh mind oriented. Harraz  sebiji nature perangai aku ibunya. Suka berkorban, sukakan accompany. Dia akan banyak tenaga bila dikelilingi orang orang yang dia sayang. Fayyadh kuat dalamannya, Harraz agak fragile dan berorientasikan keseronokan dan Fayyadh lebih cenderung pada keperluan.
Sekarang merupakan waktu waktu permulaan dizone baru yang luar selesa. Harraz sedang berjuang dengan dirinya. Insya Allah lama lama dia pasti kembali normal. Sebagai ibu, aku perlu pastikan masanya terisi penuh, dia sebahagian pengerak jadual kerjaku dirumah, ambil itu ini dan hantar itu ini. Semalam Harraz sudah melalui sebahagian jadual yang dibuat. 10.30pm perlu dengan buku cerita diatas katil. Masa untuk TV sambil bantu mama lipat kain atau sidai kain, 9.30pm hingga 10.30pm. kami solat dan mengaji bersama selepas makan malam. Bila aku memasak simple harraz yang bantu tumbukan bawang atau keluarkan barang dari fridge. Aku perlu melibatkannya agak dia terbiasa dan agak kepalanya sibuk.
Keletah anak anak sangat menghiburkan. Mereka bagaikan cermin kita dan pasangan kita. Melihat Harraz dan fayyadh bagai melihat aku dan hubby, ada sebahagian disana dan sebahagian disini. Namun seperti yang aku percaya, jati diri terbentuk 60 percent pada nurture iaitu didikan, pendedahan dan persekitarannya dan selebihnya nature, trait sebenar pada diri. Alhamdulilah pengalaman sendiri, pembacaan, ilmu yang diterima sedikit sebanyak membantu proses aku mendidik anak anak dan membina rumah tangga walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Yang paling penting, Allah sentiasa memberikan peluang dan ruang buat hambanya, jangan berhenti berharap dengan Allah, beramal seolah saat kematian itu sudah terlalu dekat. Doa adalah sebaik baik senjata buat kita orang Islam.
MASIH ADA RINDU dan akan terus simpan rindu dihati buat mereka mereka yang pernah hadir dalam hidup ini tak kira kehadiran mereka sebagai hadiah atau sebagai pengajaran. Di kesempatan ruang terasing ini, aku sibuk membina diri, keimanan dan kehidupan biarlah mereka sibuk berkata kata suatu hari kata kata mereka akan memakan diri mereka sendiri. Alhamdulilah nikmat Allah terlalu banyak dan pelbagai. Ya Allah jauhi kami dari menjadi hama hambamu yang sering menzalimi diri sendiri…Aminnnn.