Friday, December 24, 2010

Menongkah ARUS


Semalam aku tidak sihat. Kesan lelah pada malamnya membawa kepada kesakitan PARU PARUku dan aku tahu apa ubat yang perlu aku ambil iaitu sejenis sterioid yang bernama PRED. Aku mengambil pred selepas makan pagi yang agak lewat, pagi itu terasa tidur seakan tidak CUKUP..begitulah aku kaalu tidak sihat..panjang saja tidurnya, kalau aku sihat waktu tidurku beberapa jam sahaja itu pun kalau perut tidak kenyang kalau perut kenyang sedap lagi tidur tapi sekejap terasa kanikan berat badan yang mendadak.

Dalam kepala aku berkira kira untuk melakukan satu tugas walau agak uzur kerana aku tidak ingin mengganggu waktu kerjaku. Tugas unuk mendapatkan dokument pertukaran sekolah fayyadh disekolah lamanya sek sect 6. Selesai makan, aku terus berjalan perlahan lahan mendapatkan kereta, aku memandu perlahan lahan kearah sekolah fayyadh dan menuju ke pejabat sekolah. Kebetulan ada 2 orang guru yang sedia membantau. Ketika cikgu menyerahkan document seklai report kad murid aku melihat seimbas lalu pencapaian akdemik fayyadh. BERDERAU darah aku Ya Allah teruknya prestasi Fayadh merudum TURUN dari kelas paling atas kekelas yang paling bawah. serta merta mataku terpandang gambar ditepi report kad itu dan jiwa keibuanku TERSENTUH lalu jari jari aku mengusap gambar cute wajah fayyadh anak lelakiku nombor 2..sayang anak mama..teruknya pelajaran. Arghhh siapa yang perlu dipersalahkan..???

2010, adalah tahun yang bermula dengan gembira dengan kejayaan Wahida mendapat 5A,kami raikan kegembiraan itu dan bertambah gembira bila wahida berjaya masuk kesekolah Simpang Lima sebuah sekolah yang berprestige. tahun 2010 jugalah tahun aku menyerahkan tugasan urusan anak banyak kepada Suamiku Sani kerana aku sudah agak letih emnguruskan wahida sepenuhnya pada tahun 6..COACHING pembelajrannya setiap kali pulang dari kerja..aku hampir tidak percaya aku boleh melakukannya. Dan untuk mengulangnya lagi pada anak lelaki aku perluakan BREAK. Memandangkan fayaydh darjah 4 buaknlah tahun penting peperiksaan, lalu aku memberi tugasan pada ayahnya dan untuk part pengajrana kami bayarkan kelas tuition 4 subject untuk mereka berdua. pada 5 bulan pertama, aku merasakan segalanya berjalan dengan lancar, suamiku pun tidak pulang lewat dan mengambil anak lewat hinggalah selepas sekembali aku dari London, aku melihat sani mula selalu pulang lewat dan anak anak berkahir dengan tidak eprgi tuition, hinggalah berhenti terus selepas bulan PUASA.

Anak lelaki bukanlah senang untuk dikenakan PERATURAN. kalu dengana ku fayadh langsung TAK JALAN. Kerja yang dibuatnya kalau aku mintak dia mesti tarik muka..tak payah katanya. Aku tidak mahu merosakkan hubungan ibu dan anak dengan harapan agar dia boleh buat. Dimasa yangs ama aku memerhatikan hubungan fayyadh dengan ayahnya sangat RAPAT terutama bila mereka berkongsi HOBI dengan game game komputer. Bila aku tegus bebebrapa kali Hubby bukannya mengambil inisiatif risau malah semkain menajdi jadi. memanglah budak ellaki yang gilakan GAME bercahracter addictive behaviour ..susah untuk dikawal kalau semuanya da didepan mata kena pulak ayahnya sekepala.

Aku menyedari hakikat ini sukar untuk aku tempuhi dan fayaydh seakan feel BAD dengan aku bila aku selalu SOUND pasal GAME. seseklai bila aku tinggalkan mereka dengan ayah, mereka sangat SERONOK kerana hidup harian yang tiada berperaturan. pada firasat aku kenapa fayaydh begini kerana fayaydh sudah sebatid engan mentaliti tiada peraturan dan dia terlalu ENJOY dengan limpahan GAME dan permaina GADGET yang dibelikan ayahnya...ROSAK ANAK AKU getir hati aku. Sayang budak ni ada kepimpian tapi dia idolakan happy dengan ayahnya sebagai sesuatu yang TERUTAMA dan ayahnya tidak mampu membentukan peraturan padanya.Inilah ambang kegagalan fayaydh.

Adik tiada masalah walau adik tidak belajar tapi adik masih ada FOKUS. sebba adik tidak gila game. fayaydh sellau emnangis dalam kereta bila terperangkap jam bila dia terasa dia sudah terlambat untuk main game..taasub sampai begitu sekali dan disaat saat musim peperiksaan, aku tidak ammpu monitorkan mereka, aku terus bungkam dalam tekanan permasalahan hubungan kami..lantas aku lebih emmilih untuk menyelamatkan HATI sendiri.Itulah keadaannya. Mengimbau semua itu, air mataku bercucuran ketiak aku emnatap wajah fayaydh..maafkan mama sayang..mama terpaksa akui mama tidak BERDAYA lagi untuk emmikul seorang diri bagi memastiak kesempurnaan anak anak dimasa yangs ama mama sangat TERTEKAN dengan KEMELUT keadaan ini yang terlalu sukar HIDUP MENONGKAH ARUS. Aku sibuk melawan arus, anak anakku hampir hanyut...aku mennagis teresak esak dan dalam hati aku meminta pada Alalh..ya Alalh semoga aturan bagi tahun 2011 ini adalah yang terbaik buat fayaydh...segalanya akan tenang semula, peluang pisahkan fayyadh dengan kegilaannya, peluang pisahkan fayaydh untuk melihat contoh yang tidak wajar didepan mata...BANTULAH aku Ya Allah. Saban hari anak anak ini MEMBESAR...contoh terdekat didepan matanya akan terus menjadi aturan semulajadi buatnya..kalau tidak baik tidak baiklah sudahnnya.

Aku merasakan perubahan baru ini mungkin agak mebantu, membantu semua yang terlibat termasu aku, membantu mak dari sudut kehidupannya, emmbantu kedua anak aku untuk tidak sama terjeret dalam TEKANAN CLIMATE KAMI DAN HECTIC LIFE KAMI. Mak juga bersetuju, aku berkali kali berpesan pada fayaydh, fayaydh kena mula hidup baru..utamakan belajar..GOOD belajar mama akan bawa fayaydh pergi ke mana sahaja. fayaydh perlu dipisahkan dengan GAME itu sahaja. Fokusnya LARi terus bila di disuapkan dengan game yang keterlaluan.

tahun depan 2011 fayaydh sudah darjah 5, ada lagi 2 tahun untuk persiapan UPSRnya, ak juga ingin fayaydh keasrama untuk pandai mengurus diri sendiri, fayaydh perlu dapatkan resullt yang BAGUS untuk itu. Aku akan kembali ke rumah mak setiap 2 kalis eminggu, melalui telefon aku akan tugaskan fayaydh membaca tajuk tajuk tertentu dan setiap kali balik akan diberikan latihan pada hari sabtu sebelum belanja MC Donald. Akan dicari seorang guru untuk matematik dan Englishnya serta guru mengaji Quran. Dan cuba perhatikan perubahannya selepas satu atau 2 bulan kirannya HABIS kertas llatihan mulalah membelikan SCORA A untuk dibuat fayaydh dan boleh monitor dari tempat kerja sebagaimana kakak dulu dan bila balik boleh terangkan part yang dia tidak perform bagus.

Sekirannya selama satu tahun fayaydh tidak berubah keadaannya, aku TERPAKSA berpindah rumah agak dekat dengan tempat kerja, mengambil alih tugas dengan fayaydh sepenuhnya, pulang awal kerumah disebelah petang dan terus menekankan akedemiknya, kalau!! semestinay bukan mudah untuk aku melakukannya seorang. Sukar untuk aku membuat keputusan berpindah rumah, lagi besar rumah, lagi stress aku kerana segalanya aku lakukan seorang diri. aku tidak pernah merasa nikmat saling berbuat kerja rumah sebagai suami isteri..kehidupan aku tidak seperti orang lain. Aku tidak bermimpi untuk mengikut orang lain...biarlah aku dengan caraku sendiri kata orang UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI.

Aku perluakn sedikit kesungguhan untuk mencipa ruang memantau FAyaydh...ruang stress buat fayaydh sudah tiada, ruang GAme juga perlu dikurangkan...mudah mudahan segalanya seperti yang aku rancangkan walau idak ebgitu hebat cukuplah untuk membaiki kepincangan yag timbul. Inilah harga yang perlu aku bayar untuk terus melihat segala seperti biasa...mereka masih BERAYAH...mereka tidak TERPISAH KASIH..menepis unsur yang memudaratkan anak...mengemudi semual bila perahuku seakan hanyut dibawa ARUS....bantaunmu diperluakan ya Allah..