Thursday, August 5, 2010

TEMPAT ku Disitu...


Semalam antara hari hari aku melayan kesibukan. Bila ada peluang aku menjengah FB...itulah satu satunya ruang untuk mencari segalanya samada KERJA atau PERSONAL.Ruang untuk aku berpaut kembali dengan sahabat lama, saudara mara..juga ruang untuk aku memudahkan kerja. segalanya lebih cepat dengan FB.

Seketika aku melihat kenyataan Rin dia berada di Swiss garden KL...lalu aku message dia...Swiss garden tu kat mana?.....dan kami berjanji untuk bertemu. Aku ingin seklai menatap wajah sahabatku ini selepas beberapa episod luka berlkau dalam hidupnya. Kita tidak boleh menghukum...jauh sekali mencerca..sebaliknya kita kena menyokong. Kita tidak tahu sejauh mana kesengsaraan yang dilaluinya.

Kalaulah melihat pada kesibukan aku...seakan mmustahil untuk aku mengapai tangan Rin. Bayangkanlah 7.30 aku masih di bahu jalan yang jam di Taman Tun Dr Ismail. Pukul 8.00 barulah aku sampai di Rumah adik Linda untuk menejmput anak anak. Semalam aku sudah malkumkan suamiku. saya mungkin menemui Rin esok...Suamiku sentiasa faham apa yang aku cari dengan kwn kwn. Aku sempat melahaps edikit mee goreng anakku yang tidak habis sekadar mengalas perut. kami berkejar pulang, nasib baiklah anak anak sudah bersiap dan meminjam baju tidur sepupunya.

Sesudah aku berisap, tepat jam 9 malam ..kami mengambil teksi didepan rumah. kalau niat kita baik..semua perkara jadi senang. Driver taxi yang pada mulanya ingin pulang terus menukar fikiran bersetuju mnmbawa aku dan anak anak ke Swiss Garden. Dalam 20 minit kamis ampai...aku sempat berbual dengan Driver Taxi itu...kami berkongsi pengalaman melancung..dia bercerita pasal Siam Reap..satu satunya bandar di Cambodia. Sebelum turun taxi...aku sempat berkata padanay..nice meeting you!!!. banyak orang baik...sebagaimana banyak orang jahat...tenguklah apa rezeki dan nasib kita. Susah senang, lucky atau nightmare itulah takdir yang tertulis. Aku tidak merasa letih..biasalah jiwa aku kalau dengan kawan..apalagi bila ada kaitan KES...aku melangah dengan segar ke Lobby hotel da terus ke Receptionist untuk bertanya Bilik Rin.

seketika Rin turun, kami bersalam..dia mencium anak anakku. hajatnya ingin saja melepak dilobby hotel sambil mendengar muzik tapi Rin beriya mengajak untuk ke bilik. kami bersembangs ambil mengusik anak anak..seketika aku lapar ..lalu aku mengorder makanan...In Dining...habislah RM40..hehe janji sedap..the best Apple Pie with ice cream. Tetingat Jimmy...his specialty..hehe sambil menyuap makan aku mendengar cerita Rin..keluhan Rin..luahan Rin..sesekali Rin ketawa geli hati pada sms yang diteimanya. Rin banyak betul peminat bila orang tahu dia kembali single...tapi aku terfikir satu benda...ramai peminat atau lelkai mengambil kesempatan. Kerana aku sering menerokai DUNIA LELAKI.Sedikit mereka ini serius..yang selebihnya memasang jerat memikat untuk gembirakan hati saja...bila melihat permpuan LENTOK..maka hati lelakinya akan kembang kuncup..KELELAKIANNYA terasa hebat.

Aku kesihankan Rin..seketika aku juga berada disituasi itu walau aku mungkin tidak seteruk situasi Rin. tapi aku tidak mampu memberikan komen bila aku tidak pasti. Asalkan kau bahagia rin...dan kalau ko menangis lagi..aku tetap sahabat ko. itulah bisikan aku didalam hati. Inilah lumrah hidup berteman, kasih sayang kita bukanlah bahan untuk kita menghukum dia...malah kita perlu berdoa agar dia berpeluang menemui apa yang terbaik buatnya.

Seronok sesekali bergolek dikatil dengan kawan lama yang kita tidak ada rahsia. Inilah juga corak persahabatan yang aku lalui dengan Neli..cuma antara aku dan Neli kami lebih pantas mengatur tindakan bijak demi masa depan bersama. Sedikit sebanyak Neli peneman jiwa aku. kami saling berpaut dan aku yakin nelis angat jujur selain neli memiliki asset yang banyak. paling aku suka neli tidak kemaruk dengan Lelaki dan neli suka cara aku psycho untuk lebih memahami apa LELAKI MAHU.

Rin sahabatku dapat aku rasakan sunyinya hati dia. Aku bangga bila aku berjaya mengenepikan rasa penat, rasa bosan malah aku pandang anak Rin mcm anak saudara sendiri. Aku ingin memeluk Rin untuk mengambil sedikit walang hatinya dan aku ingin memberi sedikit rasa segar pada kehidupan yang aku lalui. Sedar tidaks edar jam hampir pukul pagi barulah suamiku menelefon untuk menjemput aku. kelihatan anak anakku dan anak anak Rin masih asyik bermain. dan kami beransur turun ke Lobby untuk ke kereta suami ku yang begitu menyokong kerja kerja amal ku pada kawan kawan. Pada pelukan terakhirku..Rin sempat berkata..That the bset of you ZA..you sentiasa ada waktu untuk or seperti aku...then aku menjawab..always Rin..selagi terdaya...HIDUP INI SINGKAT My dear!!!! balas ku...kami melambai bila kereta perlahan lahan bergerak meninggalkan Rin berdiri memandang sambil memeluk anak lelakinya. jaga Diri Rin...ya Allah selamatkan sahabatku Rin......

ya aku tahu dimana tempatku...TEMPAT yang mmebuatkan aku rasa bahagia bila aku memberikan seribu kepentingan pada insan yang daalm kelemasan, kesempitan dan kegelapan...BANTU kekuatanpun YA Allah...Bila ada mereka yang susah....TEMPATKU DISITU!!!!

Kerenah Manusia.......


Lamanya rasa tidak menjengah BLOG ini. Seemenjak isnin sibuk meyiapkan report programme yang perlu dihantar paling lewat esok pagi seklaigus aku bercuti sehari dan tengah hari akan terbang bersama suami dan 2 anak lelaki ku ke KOTA KINABALU SABAH.Terllau banyka ingin aku kisahkan disini tapi masa terlalu tidak mengizinkan. baru aku berihat seketika sambil menjenguk kenyatan kawan kawan di FB.

Seminggu ini jugalah aku perasaan ada seseorang mencariku diFB. Aku biarkan saja..aku tidak akan mulakan dulu...bila orang memulakan barulah aku menjawab sapaan itu. Nazre kekasih pertama yang baru pulang daro off shore sudah bersedia seakan menuntut penjelasan paad kisah 20 thaun yang lalu. Aku tahu aku TABAH. Pengalaman banyak menagajr aku untuk berdiri dengan penuh TABAH dan tiada escapism dalam hidup...suksah baagimana sekali pun..TERMALU bagaimaan seklai pun aku akur untuk mendepani dengan dada terbuka dan hati yang penuh ikhlas.

Nazre yang mesra aku panggil Yie seperti biasa seperti dulu tidak berubah cara dia bercakap, cara dia menyapa. Dia berbicara seaakn malu alah..aku dapat rasakan perawakannya. Aku layan seadanya...seperti aku layan kawan kawan lain diFB.Dia banyak bertanya pasal hidup aku..aku seperti biasa tiada apa sangat yang perlu dirahsiakan since semua itu ada hikmah yang sangat terbaik tersurat disebaliknya. Akhirnya dia meminta No telefon aku. Ahhh sekadar nombor telefon apalah sangat padaku.

hari seterusnya dalam aku kesibukan bila aku tidak boleh online..ada call yang memanggil aku untuk dijawab dan bila aku meliaht screen telefon ..alamak...yie lahhh..apa dia nak ni???..tanya hatiku berklai kali...terus aku menjawab..yesss anything i can do for you?? aku jawab sambil berseloroh.dan sejurus aku memberitahunya aku agak sibuk. sebaik aku menagdap pc selesai kesibuakn ..dia sudah segera memnaggil aku untuk online.

Biasalah aku, kalau tugas menyiapkan report sesambil layan online boleh siap. tapi kena ambik masa untuk check balik ntah penulisan aku aad cronology atau tidak. Hingga malam pun dia amsih sanggup sms aku bertanya khabar sudah makn ke belum..sudah balik ke belum..jengkel rasa hati. tapi aku teruskan untuk melihat apa reaksi seterusnya. hari ini agak panajng dia bersembang dengan aku...seperti yang aku agak paad PENULISAN ku yang lepas...ada maksud yang dia cari..selepas 20 tahun dia amsih mencari maksud tersebut. Aku jawab dengan ikhlas..aku tidak bersalah..Allah ada cara tersembunyi menyisihkan seseorang dari kita. Aku berterus terang alasan aku meninggalkannya..kelakar CERITA 20 tahun lalu terbuka semula. Ikutkan hati malas aku nak ingatkan semua itu.

Demi memenuhi kepuasan hati seseorang didepan mataku ini..aku beralah..aku tidak kisah untuk membritahu CERITA dulu yang selama ini hanya aku pendam seorang. Dia agak tersentak...lantak ko lah dah ko nak tahus angat...Dengar je lahhh anti balik mengelepur sorg sorg senyum sorg sorg...inilah yang dicari oleh MEN...aku tak faham mereka ni.

Aku cuba menghidu masalahnya. dengan jujur aku bertanya...biasalah lelkai cuba mengelak. tapi aku yakin lelaki yang bahagia tidak mencari bekas kekasih hati kalau mencari pun cara bersembang tu BERBEZA.Memang semua rumahtangga ada masalah...tapi dia seolah hanya ingin mendengar keluh kesah aku dan menyimpan keluh kesahnya...haha ..supaya dia rasa dia menang dengan sejarah dia ditinggalkan. kerana ku memahami positionnya lantas aku katakan padanya..after 20 years you win this game..saja aku nak up up kan ego dia...hehe


Aku sudah semakin bahagia dari sehari kesehari... tapi aku ada tugas besar yang menantiku...tugas aku untuk melentur hati orang orang yang aku sayang. oarang orang yang aku pilih untuk sehidup semati kerana aku percaya Allah memberikan aku satu peluang untuk menjulang anugerah. datang lah siapa pun sekarang..bekas kekasih ke..si pemanis bicara ke...aku bukan seorang wanita yang pualam hatinya. Aku melihat dan menialais etiap insan didepan mata aku...aku meneliti cara dia berfikir..cara dia bertindak...cara dia mneyelsaikan masalah. Ruang menolong sentiasa aku terokai, ruang berlakon juga akan terus aku kecapi....kalu kita ingin terus mengali emas...kita tidak boleh puus asa..kita kena ikut cara yang betul...dimata aku setiap insan didepan mata adalah peluang untk aku menghayati diri mereka untuk memperkayakan lagi ilmu penegtahuan tentang kelaziman manusia dimuka bumi ini. Bila aku berdepan denga mereka yang didalam kesusahan sahaja, diri aku sebenarnya TAMPIL seikhlas mungkin meneyjuk hatinya...menghilang laranya...memimpin mereka sambil berkata...diidepan mata mu semuanya indah belaka..letakkan ianya diminda..lapangkan DADA melangkahlah dengan BERANI...

Indahnya memahami KERENAH MANUSIA