Tuesday, February 26, 2013

Rehat dan Rawat




Alhamdulilah, syukur pada Allah yang memberikan banyak RUANG dan PELUANG. Walaupun hari ini diduga dengan masalah kesihatan, Alahmdulilah takdir Allah juga sudah memutuskan yang langkah kaki ini tetap menuju ke pejabat untuk settlekan hal hal kecil yang termampu. Alhamdulilah, aku bangga dengan kurnia Allah ini. Ternyata kalau kita seorang yang bertanggungjawab, tidak akan timbul rasa berat dan runggutan menghadapi situasi begini. Terima kasih Allah kerana terus memberikan aku RUANG dan PELUANG.

Badan SERAM SEJUK, kepala BERDENYUT DENYUT, telinga bagai berdesing desing seakan ada bunyi bunyian yang nyaring, sendi sendi bagai menggigil, dengan takdir Allah aku kuat menghadapinya walau semenjak keluar dari bilik Dr tadi, satu ubat pun belum ditelan dan alhamdulilah masih boleh bertahan. Insya Allah sampai di rumah petang nanti, barulah boleh RAWAT DAN REHAT.

Dua hari diminggu ini tak banyak yang boleh dibuat selain session yang berterusan. Tenaga agak terhad. Alhamdulilah ianya masih bersisa, yang penting  SEDIKIT TAPI BERKESAN. Hari ini dalam demam demam, pelajar yang bernama Liyana datang. Aku sangat faham situasi Liyana, biarlah aku membantunya secara peribadi. Apa yang aku keuarkan tidak seberapa berbanding sengsara yang ditanggung hamba Allah ini dalam hidupnya. Sekurang kurangnya Liyana merasa masih ada yang sayang walau tiada ikatan darah dan keluargaan. Moga Liyana mampu menarik nafas lega. Aku sayangkan POTENSI DIRI Liyana. Aku bersedia menjadi sesorang yang dekat dgn Liyana. Semoga Allah membantunya.

Semalam juga berdepan dengan pelajar yang cute bernama Izzah. Izzah sangat pandai tapi tenggelam dalam rasa rendah diri yang sangat tebal. Walau berjaya mendapat 10 A, Izzah gagal dalam interview untuk sambung belajar ke luar Negara. Izzah sangat kecewa dengan diri sendiri. Aku melihat terlalu banyak KUNCI YANG KUAT dalam kepala Izzah. Kami perlu banyak masa dengan pertemuan, untuk merubah Izzah perlu membuka KUNCI KUNCI YANG KEMAS itu terlebih dahulu. Semoga Allah memudahkan kerja kerjaku dengan Izzah, semoga dalam waktu terbatas ini, Izzah akan terus berani mengorak langkah dengan sokongan aku. Alhamdulilah terima kasih Allah, bagaimana harus aku ketepikan RUANG DAN PELUANG ini, sedang inilah sebaik baiknya yang Allah sediakan buat aku. Menemui mereka membuat aku RASA BAHAGIA DAN BERTENAGA.

Kesalahan besar yang aku sering buat ialah BERHARAP. Bukan mudah untuk keluar dari dunia sering berharap. Sebaik baik pengharapan hanyalah HARAPAN PADA ALLAH. Berharap pada manusia hanya menemukan kita dengan RASA KECEWA yang dalam. Tidak berharap menjadi benteng pelajaranku pada diri. Orang yang terus berharap dan tidak belajar dari kesilapan ialah ORANG YANG BODOH. Aku ingin fikir sebaliknya, iaitu berharap pada Allah adalah pasti walau teruk macam mana sekalipun pasti ada HIKMAH TERSENDIRI.

Aku perlukan REHAT DAN RAWAT…seseklai menjenguk tulisan diwall FB dari bekas bekas pelajar membuatkan aku TERSENYUM SENDIRIAN..indahnya hidup ditakdirkan bertemu dan berurusan dengan mereka. Peliharalah bekas pelajar pelajarku ya Allah. Ameen.

Wednesday, February 20, 2013

16th Anniversary : Rezeki JODOH




21 February 2013 adalah tarikh KERAMAT dalam hidupku. Alhamdulilah hari ini aku masih diberikan peluang oleh Allah melaluinya sebagai ISTERI SANI. 16 tahun yang lalu, pada tarikh inilah jam 2 petang kami sah sebagai SUAMI ISTERI. Hari ini aku abadikan sekelumit rasa bahagia atas peluang ini di FB..ALHAMDULILAH 21 Feb 2013 genap 16 tahun REZEKI JODOH ini...segala susah senang, ketawa gembira, sedu sedan, sudah kita lalui bersama ..Terima kasih Allah kerana DIA MASIH DISISI..semoga kami bersama terus GAGAH meniti UJIAN dan DUGAAN..Amin ...tuntut dinner kat THE SHIP mlm ni cik hubby Khamsani Ismail.
Rezeki, Ajal, Jodoh pertemuan dan Kelahiran sepenuhnya ditangan Allah. Aku merasai kehebatan itu. Bukan sedikit cabaran rumahtangga yang aku lalui namun kalau sudah jodoh, pasti tidak kemana. Sesekali mengimbau masa lalu yang semakin jauh aku tinggalkan, kesakitan kekecewaan, lemas dengan air mata dan sebuah perasaan tertekan yang tidak berketepian. Akhirnya Allah menarik aku ketepi dan memperlihatkan aku pengkalan yang KEKAL ABADI. Terima kasih Allah, terima aksih kerana memilih aku untuk melalui semua ini.
Seimbsa lalu bila dikenang kembali, aku seakan berada diruang yang sudah tidak cukup udara untuk bernafas. Aku lemparkan jauh jauh harapan bila kelihatannya seolah aku STUCK di tengah tengah jalan. Seingat aku segalanya beransur kembali selepas aku jatuh sakit pada NOV 2011 selepas seminggu kembali dari Seoul Korea dan antara idea terbesar yang pernah diputuskan selama disana, aku dan dia sudah BERAKHIR.
Siapalah yang tahu, kita merancang sesuatu yang kita fikirkan BAIK dan PERLU, sedang Allah terus menyediakan jalan cerita yang PENUH RAHSIA ditangannya sahaja dan diluar jangkauan akal kita. Siapalah kita sebenarnya untuk tidak bermohon pada Allah sepenuh hati siang dan malam. Pengalaman sakit itu menjadikan aku TERFIKIR, mengapa aku sakit begini tiba tiba, dalam tempuh itu, Hubbylah yang setia menemani aku disisi. Menjawab soalan dalam diri, aku temui jawapannya sendiri, AKU SANGAT JAUH DENGAN ALLAH. Di kala umat Islam solat dan bacaan Yasin di tahun baru, aku meriah berlibur di Myong Dong. Semasa disana lagi, hati aku mengecam diri sendiri, apa aku buat ni?..apa aku buat ni?.
Alhamdulilah menyedari JARAK SEMAKIN BANYAK, aku gagahkan diri dalam sakit mencari penawar melalui bacaan Al Quran, baca dan baca dan terus baca disetiap waktu. Akhamdulilah 5 bulan aku melihat hasilnya, aku didorongkan seorang teman untuk berjumpa seseorang. Alhamdulilah selepas sessi rawatan ini aku semakin sihat dan KESIHATAN YANG BAIK itu aku menfaatkan dalam menggandakan ibadat dan doa doaku menjelang Bulan REJAB.
Rejab, Syabaan dan Ramadhan kami menjadi TETAMU yang menghidupkan bulan bulan itu, Nisfu Syabaan aku bertemu seorang Guru agama dari Indonesia, bagai luruh segala isi hati bila mendengar mutiara mutiara indah dari mulutnya selama 3 jam hinggalah pada Nuzul Quran, aku diberikan peluang oleh Allah Ke Jakarta bersama Mai, mengikuti pengajian Tuan Guru yang dipanggil Bapak dan buat pertama kalinya aku keluar melangkah tenaga, masa,  wang dan ketepikan keselesaan kerana MENCARI REDHA ALLAH. Segalanya bermula disitu, aku melihat diri, aku melihat kegagalan, kekecewaan, sakit hati, conflict yang datang daalm hidup ini semuanya sudah ditakdirkan dalam hidup aku oleh Allah. Kita tidak mampu merubah semuanya, sebaliknya untuk KUAT mengharungi semuanya, MINTALAH DARI ALLAH.
Semenjak aku kecewa dalam rumahtangga, aku gegang rasa kecewa, aku tidur dengan kecewa, kecewa menjadi iklim yang tidak berubah disekelilingku walau dengans iapa aku berada dan walau dimana aku berada, akhirnya buat pertama kalinya ditahun 2012, kami menyambut Hari Raya penuh bermakna bila akhirnya, aku benar benar SUJUD DAN MENCIUM TANGAN hubby penuh ikhlas dihari raya. Malah, hati aku sudah berdetik untuk kembali berhari raya dipangkuan keluarga Hubby. Semenjak itu, cuaca disekelilingku berubah, tiba tiba kami terasa kosong dan tidak sabar untuk hidup bersama anak anak kembali.
Segalanya bagai SUSUNAN PLOT yang sangat hebat dari Allah. Bila anak anak kembali kepangkuan kami Nov 2012, satu persatu kami dihujani berita gembira, gembira dengan kejayaan anak anak, Fayyadh mendapat 4A 1B dan Kakak mendapat 9A, seterusnya, bergugusan berita gembira menjengah pintu hidup kami, bila kakak mendapat tawaran ke KISAS dan Fayyadh dengan mudahnya memasuki IQKL. Dua pintu KETENANGAN BESAR menjadi milik kami, Kakak saban hari mengutip mutiara di BUMI WAKAFAN dan Fayyadh saban Malam mengadap BICARA ILAHI. Tenang sungguh tenang dengan hadiah hadiah yang besar dari Allah ini. Allah memberi terlalu wahal aku baru sedikit berubah, baru sedikit memberi hak Allah, bagaimana harus aku nyatakan syukur atas semua anugerahnya itu, kerana itulah, terlalu indah rasanya bila sepanjang perjalanan dari sekolah kakak pulan kerumah, kami singgah untuk bersedekah, sekolah yang jaraknya 1 jam 30 minit dari rumah itu kami melepasi  30 buah masjid dikdua belah jalan. Alhamdulilah. Sempena untuk bermohon terus rahmat dan barakah Allah, kami adakan kenduri kesyukuran seekor kambing selamat ditumbangkan dan tidak mampu untuk digambarkan dengan kata kata bila melihat 30 lelaki berkumpul dalam saf diruang tamu TERATAK KASIH BONDA untuk bersolat Hajat. Hajatku dan hajat kami sekeluarga, semoga anak anak terus dipermudahkan Allah dalam perjuangan dan semoga segalanya selamat dan berkat.
Sehingga hari ini, hari demi hari kami lalui penuh rasa bahagia, kami semakin GAGAH berdiri untuk melawan arus kehidupan yang didatangkan Allah khas buat kami mencari KEKERDILAN DIRI dan terus BERSUJUD SEBAGAI HAMBANYA. Alhamdulilah syukurku padamu ya Allah, kerana kasih sayangmu yang tidak pernah putus, kerana kasih sayangmu yang luhur dan ranum sifatnya, segala kasih sayang dalam kehidupan kini seakan kembali dengan penuh warna buatku. Bagaimana harus aku nafikan untuk tidak menyintai dia sedang jelas KAU CIPTAKAN DIA KHAS BUAT AKU. Ya Allah barakahlah hubungan jodoh kami, jadikan ia gelangang untuk kami merubah diri dan mencapai tahap INSAN KAMIL disisimu..Amin ya Rabbal Alamin.

Monday, February 18, 2013

SEDAR dan INSAF



Alhamdulilah, syukur pada Allah atas nikmat KEMUDAHAN yang diadakannya. Pada asalnya serasa sukar untuk menempuh minggu ini, lebih lebih lagi banyak yang perlu dibincangkan dengan boss, banyak yang perlu difahamkan padanya, tekanan masa, tekanan jadual exam para pelajar, tekanan kerja kerja yang lepas yang perlu disettlekan bayaran speaker, makanan dan laporannya. Tiba tiba merasa terasa terlalu singkat, saban hari berdepan dengan keadaan KESEMPITAN WAKTU. Berkat doa yang dipohon sebelum tidur dan seawal pagi, Alhamdulilah hari ini Selasa minggu ke 3 February 2013, segalanya dilalui dengan TENANG Cuma sedikit tidak selesa hanya kerana memakai tudung tidak mengenakan serkup kepala.
Bila diingatkan semalam, seakan tidak percaya, separuh kerja kerja dlm senarai yang berasak selesai. Pagi ini Cuma lakukan retetan kerja dengan Amir untuk menghantar surat laporan kedatangan kepada semua ketua Jabatan. Alhamdulilah, hari ini menarik nafas lega, masa penuh santai untuk berenang dengan nyaman dan tenang dalam lautan PERANCANGAN. Kerja kerja merancang dan menyenaraikan sebelum dijadikan ALMANAC 2013. Setiap kerja bila diminta Allah permudahkan, segalanya menjadi SANGAT MUDAH. Allahu Akbar…begitu agung kasih sayangmu terahadap hamba yang lemah ini.

Kasih Sayang Allah sungguh LUAR BIASA. Aku terpilih untuk menerimanya, aku terpilih untuk selalu berada disituasi yang hanya boleh BERHARAP PADA ALLAH. Aku sangat bahagia, aku sangat yakin, kasih yang tidak berbelah bagi, kasih yang suci, kudus dan nyaman dihati. Bisikan dan lintasan dihati juga diketahui dan diikuti. Inilah ubat, inilah penawar, inilah hakikat yang sedang aku alami. Aku lebih menjadi diri sendiri malah semakin kuat untuk mengalas tanggungjawab diri dan semakin kuat untuk berdiri teguh menongkah arus kehidupan. Tali kukuh yang aku pegang hanya satu TALI KASIH SAYANG ALLAH.
Fayyadh sudah kembali ke Asrama, kakak wahida juga sudah kembali ke bumi KISAS meneruskan pengajian. Setiap malam aku mengaji Quran, aku terasa seakan berada bersama Fayyadh mengalunkan ayat ayat indah Allah penuh meriah. Setiap kali juga sesudah bacaan, aku renungi foto kecil wahida yang menjadi tanda bacaanku, sambil berdoa didalam hati..Ya Allah peliharalah anak sulungku ini, permudahkan urusan hidupnya..urusan belajarnya..jadikan dia kakak yang boleh dicontohi..individu yang boleh diikuti. Amin. Ruang kamar tidurku sudah berubah, simple dan kemas, yang penting, ada buku buku bersusun ditepi menajdi peneman malam sebelum melelapkan mata, ada penjuru yang dihamparkan sejadah yang cantik bersama Quran…ruang aku bersendirian menghadap Allah disepertiga malam. Sejadah dan Quran menjadi hadiah paling BERHARGA dari hubby. Semoga pahala amalanku juga terpalit padanya. Amin. Aku suka akan perubahan ini, malah aku berusaha keras setiap malam untuk istiqamah bangun BERMUNAJAT PADA ALLAH disepertiga malam setiap hari. Yang penting iktiyar dan usaha. Setiap hari berusaha insya Allah dapat seminggu sekali pun sudah syukur. Semalam aku terjaga jam 2.30 pagi, terasa masih sangat awal, bila sambung tidur kembali, terus terjaga jam 6.30 pagi, sudah tak ada rezeki kali ini. Malam nanti insha Allah akan cuba lagi.
Sejak kembali dari Cuti Raya Cina, hatiku terasa JAUH dengan adik beradik dan Mak. Aku sedar apa yang sedang terjadi, namun tiada siapa pun yang aku percaya untuk berkongsi. Keluarga dan anak anak adalah anugerah yang paling kita sayang, tapi hakikatnya mereka boleh melukakan kita dalam banyak situasi. Inilah hakikat, aku hanya biarkan hakikat ini begitu saja, kerana aku tidak mampu buat apa apa selain dari TERUS MEMOHON DOA. Selain berdoa, kita hanya mampu BERBAIK SANGKA walau yang terjadi adalah sebaliknya. Sesuatu yang terjadi dengan izin Allah, dan hanya atas kehendak Allah jugalah ianya akan berhenti dan berakhir. Dikejauhan ini, semoga kalian bahagia dengan cara hidup masing masing, Cuma aku terus berdoa pada Allah..ya Allah titipkan Iman dan CAHAYA KEBENARAN buat insan insan yang aku sayang. Aku tidak mampu merubah mereka, aku hanya mampu merubah diri sendiri.
Di sekeliling kita banyak peluang. Kutip peluang peluang positif dan jauhi ruang ruang negative. Usah menanti bulan jatuh ke riba, usah menunggu orang membuka ruang pada kita. Cipta ruang sendiri, pilih untuk mencipta jalan pada ruang ruang itu dan putuskan siapa yang perlu berada disetiap liku liku, yang paling penting, tiupkan ruh yang suci dengan iringan munjata doa pada Allah pada setiap perancangan agar segalanya direstui Allah yang esa. Kita mungkin bunkan yang TERBAIK, tapi it is COOL untuk sentiasa berusaha mencipta kebaikan and live with it.
Selama mana terasa ALLAH SENTIASA DISISI, Selama itulah kita pasti SEDAR DIRI. Ya Allah pilihlah aku untuk terus mengecap SEDAR dan INSAF dengan KEAGUNGAN ILAHI. Amin.



Friday, February 1, 2013

Rezeki FEBRUARY



Allahumma Solli alai saidina Muhammad, wa ala ahlihi Muhammad, segala puji bagi nabi Muhammad saw, junjungan besar kita dipagi Jumaat yang mulia ini. Alhamdulilah masa terus berlalu dengan begitu cepat sekali, Alhamdulilah segalanya penuh KETENANGAN HATI dan jiwa yang PASRAH pada takdir dan aturan yang berkuasa. Segalanya dibawah peliharaanmu ya Allah.
Jumaat 1 February bersamaan 20 Rabiul Awal, bulan yang sinonim dengan kelahiran Rasullullah saw, yang banyak berjasa pada agama, yang dilantik Allah sebagai pembantu khas menyampai kebenaran Islam, yang sudah melalui pelbagai dugaan. Kecintaannya pada umatnya terlalu tinggi hingga menyebutnya disaat nyawa sudah dihujung tanduk, “ummatku ummatku”, namun kita sebagai ummat nabi Muhammad, sejauhmana kita menzahirkan KECINTAAN dan KERINDUAN padanya. Setaip kali persoalan ini bermain diminda, tidak sedar tangan mengesat air mata dipipi. Semalam Harraz juga menyatakan ayat yang sama dengan menarik nafas yang tertekan, ternyata kecintaan pada Rasululah berjaya diterapkan ustazahnya, dan hari ini dia melangkah begitu ceria untuk meraikan Maulidu Rasul dikedua dua sekolah.
Jumaat kali ini membuka tirai baru buat diri ini. Dimulai berpagi seawal 5.00 pagi cukup untuk solat solat tahajjud, taubat dan Hajat. Alhamdulilah, aku sering bermohon permudahkan usaha usaha ibadatku ya Allah, hari ini begitu senang dikejutkan Allah dengan peluang ini. Menunggu masuknya waktu Subuh, alunan Yasin dipagi Jumaat memberikan Roh Sejahtera dirumah kami. Alhamdulilah, Kalau tidak mampu untuk bertahajjud setaip hari sekurang kurangnya membiasakan diri seminggu sekali dihari Jumaat dan menambah dihari hari cuti. Insya Allah bila bangun Tahajjud, mudahlah untuk kemasjid berjemaah dan mengikuti Kuliyyah Subuh. Aku merancang, Allah menentukan, bila bermohon hal hal mendekatkan diri dengan Allah terasa bagai sangat dipermudahkan. Maha kaya Allah J
January sudah berlalu, Alhamdulilah perancangan kerja dan kehidupan peribadi semakin mantap. Banyak berita berita gembira Allah sisipkan, antaranya Kak Nana diterima masuk  KISAS. Aku ditemukan dengan mak dan bak atas urusan menghantar Kak Nana. Terasa diri bernafas segar bila akhirnya Januray yang sibuk ini diizinkan Allah memeluk Mak dan Bak. Kak Nana sudah memulakan hidup baru di KISAS dibidang Agama dan Account. Aku doakan dia terus meningkatkan diri menjadi MUKMIN PROFESIONAL yang mampu berbakti semaksima mungkin pada agama, bangsa, Negara dan keluarga, semoga terbuka luas pintu pintu langit menaikan amalan amalan kebaktiannya sepanjang kehidupan. Segala kelukaan dan kepritan yang dilalui sebelum ini bagai ERASED  dan SEALED terus dengan berita kejayaan anak anak. Maha pemurah Allah itu yang mengatur pintu rezeki buat hambanya sesaui dengan keperluan hidup hambanya. Terima kasih Allah.
Alhamdulilah dan In Sha Allah pada 11 February 2013, lagi seminggu dari sekarang, kami sekeluarga akan berkumpul untuk kenduri kesyukuran. Sejumlah wang sudah diserahkan pada Bak dan perbincangan tentang majlis dan lauk pauk sudah dibincang dengan Mak. Aku juga membuat usul pilihan catering, bimbang takut mak penat. Biasalah bak tak mungkin setuju…tak sedap kedarah katanya. Selagi ada mak dan Bak selagi itulah suasana begini terasa sangat bermakna dalam hidup. Mampukan aku menjadi sehebat mereka terhadap anak anak, walau ada kurangnya, mereka ada kehebatan tersendiri yang diperhatikan tidak ada pada ibubapa orang lain. Inilah hakikat yang Allah perlihatkan. Lihat keperluan lebih dari kepincangan seseorang.
Bersambung untuk slat Dhuha, Breakfast dan terus ke Majlis Ilmu dipagi hari Jumaat di Ibnu Khaldun J
Jam 6.30 petang solat Asar sekali Solat qada’ melegakan kepenatan seharian bertarung dengan persoalan kerja. Alhamdulilah majlis ilmu hari ini membuka pintu hati untuk nekad membuat solat solat qada’ setiap kali solat waktu sebagai satu usaha membayar balik hutang dengan Allah. Semoga usaha usaha ini diterima Allah. Dipengakhiran programme hari ini sempat bersembang panjang dengan Abang Fadhil, staff senior yang sudah lama dikenali dan aku sangat kagum dengan kecekalan hatinya. Kami banyak bersembang soal pelajar dan anak anak. Kami sama sama setuju, anak yang menjadi datang dari ibu bapa yang banyak berdoa dan bermunajat tanpa jemu. Rapat hubungan dengan Allah, semakin mudahlah segala persoalan hidup yang kita hadapi. Sesungguhnya Allah yang sangat berkuasa atas segala sesuatu.
Esok kerja kerja programme bersambung bermula jam 8.30 pagi. Aku perlu tiba dipejabat seawal 8 pagi dan habis dalam 5.30 pagi. Perlu merancang untuk bertemu sahabatku yati atas order IOPE darinya dan kami pun sudah agak lama tidak bercerita hal masing masing. Sekali lagi aku perlu ke Subang Parade dan kali ini aku tidak mahu mengikuti Yati ke ruang legar hotel untuk muzik. Aku tidak perlu melakukan sesuatu hanya sekadar menegmbirakan hati org sedangkan aku sendiri sudah memilih untuk TIDAK berada disuasana MAKSIAT. Tempiasnya sudah cukup melalaikan hati dan jiwa.
Alhamdulilah, programme kali ini membuka ruang baru buat aku dan Sabariah. In Sya Allah antara kami Allah pasti bagi sesuatu, terlalu kuat rasa dihati kesebatian untuk sama sama berjuang merubah nasib anak anak muda Islam.
Ya Allah Bukakanlah Jalan…permudahkan setiap kesukaran…kekalkan jiwa dan hati ini dalam lonjakan rasa syukur yang semakin membuahkan kekuatan Iman dikalbu....Semoga semakin banyak REZEKI FEBRUARY yang bakal menjenguk jendela rumah kami ....Amin ya Rabbal Alamin.