Wednesday, December 29, 2010

Masih Tidak CUKUP!!

Semalam yang berlalu ...hanya tinggal kenangan walau INDAh macam mana sekali pun. Hari ini adalah satu kepastian yang perlu dihadapi walau gusar macamana seklai pun, dan esok belum begitu PASTI, adakah masih ada waktu buat kita..adakah masih ada waktu buata AKU.

Demi hari esok yang sering dihararpkan agar lebih baik dari hari ini dan semalam, Hari ini banyak perlu diperbetulkan. Hari ini sew\awal pagi kepala seakan hendak PECAH. Saki yang tidak tertanggung..apakah aku sudah berganjak penghidap migraine. Leher menjadi tegang, seingat aku semlm, aku hanya makan cream sup selepas menemani DK memilih Handphonenya dan sebelum pulang aku membeli sehelai baju jaket nipis untuk memudahkan aku keluar santai dgn baju baju yang hanya layak pakai dirumah. Aku agak gembira bila baju itu dapat dibeli dengan harga yang agak murah. Aku pulang kerumah dengan Taxi bersama Laptop DK untuk dihantar ke ITD.

Sebelum tidur, Dk menelefonku..bertanya aku sudah pulang atau belum dan berbincang pasal segala installment yang perlu dibuatnya dan hidupnya yang diselubungi keperluan tanggungjawab...hinggakan dia sendiri tidak sedar keadaan sekeliling..kerja kerja kerja untuk memenuhi permintaa isteri, bapak dan dik adiknya. nasib kami seakan Serupa..cuma aku tegaskan padanya semlm kumpul duit 2 minggu you boleh beli cash apa yang you hendak..tapi dia memberitahu duitnya semua sudah ada plan untuk dihantar...kesian pulak aku mendengarnya...Dia memnag lebih dari mampu dan dia mendahului tekanan dari keluarga sekeliling secara sembunyi sembunyi dari isterinya.

Aku tidur awal. entahlah semenjak usia menjelang 40an ini tidur seakan semkain PERLU. Senang untuk tidur bila sudah banyak energy physical dan minda dikeluarkan. Energy pulaks emkain berkurangan, keupayaaan minda semkain terhad begitu juga kemampuan phsical. Kerana itulah saban hari Vitamin tidak boleh diketepikan. Ternyata dUIt bukan segalanya..tapi ada masa duit banyak membantu diri sendiri dan orang lain. Aku sempat menghantar kain cotton untuk dijahit baju oleh Chew..sempat bercerita dengan Chew beberapa perkara..Chew berkata..Za you nampak happy!! memnaglah happy chew bila kita tahu bawa diri kita Tapi ada masanya sangat DOWN!

Pagi ini aku DOWN kerana sakit kepala, aku sedih kerana ku tidak mapu untuk memandu kereta ke pejabat, aku sedih kerana ku tidak mampu berada dipejabat yang SEPI itu untuk hari ini meneruskan penulisan REPORT dan berbincang dengan ZUl..aku sedih hari ini aku perlukan rawatan dan aku perlu menyerah dengan berihat dan mengambil ubat. Bila aku berdepan dengan DR Subash..aku minta dengan Dr sejenis ubat yang boelh membuat MInda aku berihat. Minda aku aku terllau laju bergerak dan badan aku tidak termmapu memnbawanya dan halangan dan masalah terllau banyak yang menyekat segalanya. Aku ingin mengambil langkah aku perlu Akur pada kemampuan Diri dan aku memlilih untuk BERIHAT. Dr memberikan aku 4 jenis ubat termasuk xenex..sekali lagi xenex hadir dalam hidup aku. DK bertalu talu bertanya pada ku mengapa.

Aku manusia BIASA..ada hari tersangat LEMAH. Hari ini air mata seakan mudah jatuh berterabur bagai hujan..cuaca sangat emndung..dalam hati aku ebrbisik..aku tahu usaha susaha IBADATku ..usaha usaha penyerahanku pada Allah jauh dari CUKUP. Coping strategy psychologically emmang berjaya..tapi dalaman tidak cukup kental kerana aku kurang dudk lama bertafakur..kurang plan kearan memperbanyakan ruang ibadat dan pleuang bermuhasabah dengan Allah. Sekadar bersujud yang wajib dan dalam keadaan terkejar kejar..SOMBONNYA aku dimata Allah..itu yang sedang menjerat RASA hati aku. Nun disudut hati aku rindu...rindu untuk disciplinekan diri dengan bacaan Al Quran. Rindu untuk bangun diwaktu dinahrai bersujud tahajjud meminta dan bertaubat padanya..Rindu untuk merasakan diri miskin dans anggup miskin demi mencari peluang degna Allah untuk menepatkan nya dihati degan pelukan sekemas kemasnya.

Hanya itu penawar MUSTAJAB..buatlah apa pun ..segalanya akan masih kurang..segalanya TIDAK akan berjaya akhirnya..kerana mewujudkan keimanan pada Allah itu adalah FITRAh. Kita perlu kembali pada Fitrah. Aku sedar selama ini aku memnag merasai Allah sentiasa mendorongku iu dan ini..Allahs entiasa dihatiku dan memancar ilham ilham yang baik buat aku..namun hari ini aku terasa untuk blmae diri kerana aku tidak ebrusaha demi Allah..aku lebih sanggup berusaha demi kemanusiaan.

Aku sudah lama tidak berjemaah dimasjid, mencari kwn kwn semsjid..mendengar nasihat mereka..berbual dan bertukar tukar fikiran dengan mereka, nbersam sama mengimarah program program masjif\d..aku rindu sangat..rindu sangat dengan kakak kakak yang sellau kami bersolat subuh bersama..aku ingin kembali bersolat subuh dimasjid..Masjid AS syakirin..dihujung minggu boleh mendengar kuliyah subuh..hari hari biasa pun ada..tapi dihari biasa elok bersolat subuh di masjid UIA..seklai terus membaca alquran dan berkejar untuk menaiki bas. Aku suka aktiviti masjid. Hujung minggu boleh terus pergi jogging selepas solat. Ada bezanya solat seorg dangan solat berjemaah untuk org org yang menghayati peranan solat. Mungkin kerana aku sosial type aku lebih suka buat secara beramai ramai sesuatu perkara dan solat mlm sahaja seronok buat seorg untuk terus bermunajat.

Aku rindukan saat ini..aku rindukan sebhg jadula hidup juga berhambat dengan solat berjemaah..aku juga rindukan kwn kwn yang suka berperanan dimasjid selain kwn kwn yang suka berpernan di shopping centre..aku tidak boleh membiarkan masjid masjid itu seakan tempat asing pada aku..aku tidak boleh terus seakan gembira dengan hiasan hiasan DUNIA sedangkan semua itu tidak langsung terhiung dalam soalan soalan kubur. Sifat bahgia dunia berbeza dengan bahgia hakiki..bahgia dunia akan membuatkan kita tersiish dengan org org yang memerlukan..sedang bahgia hakiki akan terus memberikan sinar kasih sayang pada mereka mereka yang lebih malang dari kita. Aku ingin mengambil peluang 2 hari ini untuk merubah balik jadual hidup. Menukar semula priority dlm aktivit..berbekalkan sekeping hati yang ebrharap hanya pada Allah semoga aku mampu menukar kebiasaan yang ada. Aku sudah merasa malu pad diri sendiri..kiranya aku tidak lakukan semua itu..aku tidak layak untuk berperanan lebih dalam kehidupan kerana aku sendiri MASIH TIDAK CUKUP.

Untuk kita memberi pada orang lain..kebahgiaan dan ketenagan segalanya bermula dari kita. bagaimana untuk menenangkan hati org lain sedang hati sendiri tidak tenang. Aku mencari cari dimana silap diri yang masih tidak terlaksana sedang peluang banyak. Kejar dunia bukanlah matlamat kekal..namun aku ingin jadikan dunia ini ..isis isinya ..ruang ruang yang tersedia sebagai stepping stone untuk membaikan akhiratku..walau aku terpaksa MISAKIN..walau aku terpaksa bersendiri dan penuh rasa sepi. Sepi itulah yang lebih memberitahu aku ada Allah sedang memerhati..ada Alalh sedang menemani..

Alhamdulilah..aku nampak ruang yang perlu diperbaiki..menjelang tahun baru..aku tidak ingin menyebut azam baru yang lain cukuplah azam baru seperkara ini..kalau baiklah keadaan ini insya allah maka sempurnalah yang lain lain..siapalah aku untuk merasa diri MAMPU..sedang aku kurang meminta..Aku ingin terus meminta..meminta pada KEKASIH yang SETIA pasti tidak pernah sia sia..sebagai tanda aku mengasihinya..aku perlu mendekatkan diri dan hati padanya..berdua duaan dengannnya..kiriman rindu ..ucapan manis perlu sellau dihati buatnya...ciuman kasih sebnayak yang boleh dari bibir yang mengucap kebesarannya..mendapap mesra dengan bersujud penuh kudus dari hati yang berslah dan menyerah...aku berslah denganmu YA Allah..aku seakan melatkkan Upaya sendiri sebagai teratas sedang kekuasaanmu mengatsi segalanya..maafkanlah aku duhai KEKASIH HATI.

Allahummaghrfirli warhamni.wahluukdatan minlisaniyafkahukauli..Aminnnnnnnnnnn