Thursday, June 27, 2013

Penambah NILAI


Alhamdulilah Hari ini 18 Syabaan, sudah semakin hampir kedatangan Ramadhan Kareem buat semua umat Islam di muka bumi ini. Subhana Allah indahnya kasih sayangmu, saban waktu disediakan buat kami TALI penghubung agar kami tidak sentiasa leka dek KEMILAU CAHAYA SEMENTARA dunia. Alhamdulilah, hari ini PERJALANAN INDAH dilalui dengan penuh tabah hati, walau ada banyak kekurangan yang perlu diperbetulkan di sana sini. Alhamdulilah, setiap ruang yang perlu diperbetulakan itu diperlihatkan dengan jelas dipandangan MATA HATI.
3 hari berkurung di rumah akibat JERUBU, tapi untuk aku Allah menitipkan sesuatu lebih terkesan dari kesan jerubu itu sendiri. Peluang tinggal dengan anak anak di rumah dan malamnya suami di sisi mengajak aku melihat jika kita memilih untuk bahagia, bahagialah kita, dan jalan bahagia ialah hanya jalan yang selari dengan kehendak dan ketentuan Allah, jalanilah dengan tabah. Kami tidur bersama, kami menonton bersama, kami bermain bersama, kami makan bersama dan semalam, kenangan hubby bermain guitar dan anak anak menyanyi riang tercetusnya idea ‘inilah BAHAGIA yang aku cari’. Sekian lama ku mencari tajuk yang sesuai untuk siapkan tulisan yang diminta Jana, coach conscious creation aku, Alhamdulilah, bukan satu tulisan berjaya aku siapakan malah satu malam sambil duduk berbual dengan anak anak dan hubby, aku boleh siapkan 3, mungkin semalam aku menjadi begitu banyak idea. Yang penting, aku sudah faham bagaimana cara mengahsilkan idea untuk ditulis dengan tajuk itu..subhana Allah, besarnya anugerahmu, Alhamdulilah moga kurnioaan ini menajdikan hatiku dan hati hati insan yang aku sayang semakin dekat dengan mu. Amin.
5 hari meninggalkan pejabat termasuk 2 hari sabtu dan ahad, menjadikan hati ini begitu rindu untuk duduk di meja yang berdepan dengan pelbagai tulisan, plan dan cetusan idea ini bersama sebuah computer. Agak terkial kial pagi ini merangka to do list, Alhamdulilah, aku kembali di track list harian, zikir harian, bacaan harian dan tulsian blog harian.  Aha untuk hari ini, ada element PENAMBAH BAIK NILAI, ‘ Happy to be EARLY and to leave LATE’. Hari ini aku mulakan element ini dan aku gembira melakukannya, pulang agak lewat setiap hari, datang lebih awal dengan gembira, namun tabung integrity with the soul tetap di depan mata. Untuk pagi ini, aku sudah bayar RM 2 kerana sampai office jam 9 pagi. Integrity of the soul juga akan menerima duit RM 5 untuk setiap MC dan EL, dibenarkan tanpa payment hanya Annual Leave dan attending Course. Alhamdulilah, ini system buat diriku sendiri, kalau ianya menjadikan aku gembira dan terbukti membawa perubahan besar.
Aha, hari ini juga kelas tarian di petang hari bakal diteruskan, tak buat tarian juga terbayar RM 2 dan jogging di waktu pagi juga perlu dalam 20 minit. Tabung integrity juga menelan duit jika terkejut lewat untuk solat subuh dan terbabas sebarang timing solat berserta bacaan Qurannya. Alhamdulilah, ini juga akan dipraktiskan menjelang minggu mingu akhir Syabaan. Tulisan positif juga perlu diletakkan sebagai adding value pada aktiviti. Kita manusia biasa, untuk merubah orang lain adalah mustahil, keculai dengan merubah diri kita, dan menarik mereka untuk membudayakannya.

Mohonku pada Allah semoga usaha usaha ini dipermudahkannya. Amin

Wednesday, June 12, 2013

Penawar Syaaban



Alhamdulilah syukur pada Allah atas nikmat hidup yang dilimpahkannya pada kita, sebagai mana sumpah Allah DEMI MASA, Alhamdulilah aku betul betul terpana melihat betapa begitu PENTING masa dan kepenggunaanya dalam kehidupan. Demi masa yang terus berlalu,hari ini sudah 4 Syaaban, dan hari ini sudah masuk puasa Syaaban yang ke 3 aku jayakan. Maha suci Allah yang mengurniakan KUDRAT dan IRADAT yang tidak terjangkau akalku untuk melalui semua ini, maha pengasih Allah memilih aku menjadikan puasa Syaaban seakan SEBUAH KEMESTIAN, bayangkanlah bila aku tidak berpuasa terasa kepala ini bagai berdenyut denyut sakitnya, terbukti ibadat Allah begitu TINGGI PENAWAR nya.
Subhana Allah terasa diri bagai dipeluk seseorang yang dikasihi, terasa begitu indah dan nikmat perasaan bila dikasihi Allah, terasa begitu teruja dengan penemuan penemuan rawatan dan peluang oleh Allah, Subhana Allah seakan menitis air mataku mengenangkannya. Nikmatnya ibadatmu ya Allah, nikmatnya imanmu, nikmatnya pengabdian diri padamu, aku ingin terus berbisik padamu, betapa aku syukur dan kagum dengan kasih sayangmu. Betapa semakin bayak pintu pintu terbuka buatku satu persatu, terima kasih ya Allah, terasa begitu kerdil aku, terasa begitu insaf di hatiku, betapa begitu sayu dan sangat terharu.
Jadual kerja sungguh padat dengan pengisian bila pelajar baru sudah mula membanjiri university ini. Syaaban tidak mungkin dibairkan begitu saja, walau 3 session ceramah, walau akal seakan terasa tidak mampu berceramah, di masa yang sama berpuasa, bimbang takut kering mulut dan dahaga, tambahan lagi cuaca panas, Ya Allah kuasamu mengatasi segalanya, aku berjaya melaluinya, aku berjaya puasa pada hari pertama. Hari ke dua, aku memilih untuk tidak berpuasa, sepanjang hari bertugas di meja sahaja namun kepala berdenyut denyut badan terasa sengal dan sakit sakit. Berbanding bila aku puasa terasa seakan ada pelindung sejuk pada badan, kepala ringan, hati begitu tenang dan jiwa lapang dan minda begitu terisi. Alhamdulilah, aku cuba untuk memahami apa maksud semua ini, apa system badan ini yang sudah engkau sediakan ya Allah. Aku dipilih olehmu untuk berpuasa, Subhana Allah…Subhana Allah..Subhana Allah.
Bacaan Quran semakin teratur, setiap hari 6 surah wajib sekali solat waktu dan solat sunat dhuha, Alhamdulilah, kini bacaan dengan terjemahan sudah mencapai Surah Al Hajj yang dalam rancangan akan tamat hari ini, permudahkannya ya Allah. Malam nanti akan mula surah baru, dan esok hari jumaat, pasti diserikan diri dengan Al Kahfi. Solat solat sunat sudah mula diimarahkan semula, sebelum solat subuh, aku dirikan solat sunat subuh dengan izinmu, bersama surah Alamtarkaifa dan Alam Nashrah..subhana Allah nikmatnya, malah jam 4 pagi tadi, aku seakan dikejutkan untuk Qiyamulail tapi mungkin aku belum begitu tegap dan kuat lagi, aku akan terus meminta dipermudahkan, ditolong dan diberikan kekuatan untuk merebut peluang ini ya Allah, peluang untuk bercinta dengan mu melalui ibadah ibadahmu. Amin.
Subhana Allah pagi ini sesudah solat dhuha, emak menelefon dan berbual panjang, emak seakan bercerita, aku mendengar, dan menusukkan agenda agenda ibadah dan kekuatan diri, kesian mak, teringat semalam, aku bermohon pada Allah dalam sujudku, ya Allah berikan nikmat beribadat ini juga pada ibu dan bapaku ya Allah, anak anaku, suamiku, adik beradikku. Subhana Allah pagi ini aku terdengar emak membuat pengakuan, entah mengapa pagi ini mak terkenangkan angah, berlinang air mata mak, mak berdoa pada angah, kau murahkan rezeki anakku itu, kami semua bersandar padanya. Aku tidak berdaya untuk menahan air mata lagi, sungguh aku terasa benar, untuk mengubah orang lain, pertama kita perlu merubah diri sendiri.Ayat terakhirku bila emak hampir meletakkan telefon, “mak jaga diri ya, mengadu dengan Allah, kuatkan ibadat walau sukar dan penat macam mana sekalipun. Kita hanya menumpang di sini mak”, aku ingin terus mengucap scrip ini pada mak sebelum aku tukar scrip bila mak sudah tiada nanti.
Subhana Allah Maha suci Allah juga, selepas talk pagi ini aku diketemukan dengan Asiah, seorang staff yang sebelum ini agak begitu dingin dengan aku, aku tidak tahu mengapa, dan aku bingung mengingatkannya. Hari ini, dengan senyum dan salam aku memulakan menegurnya, dan kami berbual seketika, terasa getar ikatan silaturahim yang kuat antara kami, malah di akhir bicara dia sempat memebrikan aku semangat dan kami sempat berjanji untuk saling isi mengisi program bagi keperluan pelajar. Secara langsung, aku ada tugas di mahallah khadijah sebanyak 8 kali disetiap 8 hisbah. Subhana Allah semoga Allah permudahkan usaha usaha PENUH KERELAAN ini.
Satu persatu Allah perlihatkan, satu persatu Allah mengatur temu janji aku pada RUANG DAN PELUANG, tinggal lagi bila tiba masanya, hanya Allah saja yang tahu bila masanya, setakat ini sesuatu yang tidak diduga sudah terjadi, aku terbuka luas ruang berdamping dengan Dato Rahim dan Dean, entah apa lagi projek besar selepas ini, syukur Alhamdulilah, aku tidak kekeringan idea malah seakan waktu yang sesuai untuk aku MENABUR BAKTI DAN TERUS MEMBERI. Subhana Allah betapa aku melihat begitu banyak peluang bila kita lakukan sesuatu MORE WITH LESS dalam hidup ini. Masih ada dua peluang yang dalam penantian untuk perlaksanaan, Stress management programme dengan Nas dan Project di IQKL. Aku perlu bermohon satu persatu pada Allah diberikan buah fikiran, ketetapan masa dan ruang untuk terus meraih KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT secara berterusan.
Subhana Allah, aku terus tersenyum sendiri mengenangkan berbuat baik pada Allah berjuta kebaikan lain menyusul untuk kita, sedang berbuat baik dengan manusia BELUM PASTI apa balasannya. Semoga Allah terus mengawasi gerak geriku dan semoga Allah membuka hatiku untuk melihat apa yang aku PERLU bukan apa yang aku MAHU. Amin ya rabbal Alamin.



Monday, June 10, 2013

Semarak Syabaan


Alhamdulilah, Syabaan datang lagi, betapa bersyukurnya hati kerana diberi peluang lagi oleh Allah kali ini. Kalau sepanjang Rejab hanya mampu berpuasa 5 hari, sepatutnya Syabaan jumplahnya bertambah. Bulan ini bulan yang penuh rahmat untuk membina istiqamah diri. Alhamdulilah juga semalam aku sudah meraikan SEMARAK SYAABAN dengan pengorbanan lapar dan dahagaku hanya kerana Allah taala. Alhamdulilah sungguh nikmat ibadatku semalam.
Hati begitu sayang untuk melepaskan 1 syabaan begitu saja, walau tidak bersahur dan tidak makan makanan berat sepanjang malam, malah kerja kerja bercakap didepan pelajar sebanyak 3 siri, tuhan saja yang tahu gerunnya aku melihat cabaran. Namun rasa untuk terus berpuasa menjadi pilihanku, Alhamdulilah, aku bersaksikan nikmat dan rahmat Allah disebalik sebuah komitment terhadap keagungannya, semalam aku lalui hari dengan begitu mudah, malah terasa segar dan bercakap sebanyak tiga siri langsung tidak memenatkan apalagi mengundang rasa dahaga. Maha kaya dan maha pengasih Allah terhadap hambanya. Ternyata berharap kepada Allah tidak pernah mengecawakan sama sekali.
Berbanding hari ini, aku memilih untuk tidak puasa atas banyak sebab, antaranya ingin menumpukan sepenuh fokus pada kerja kerja power point presentation, lagi pun akan berkejar pulan di petang hari untuk mengurus anak dan suami makan sebelum keluar semula untuk mengikuti SUCCEESS MASTERMIND dengan kawan kawan money and you. Seawal jam 5 pagi, bila terjaga teringat yang aku belum solat Isyak, kepala sudah berdenyut denyut. Hampir rebah aku untuk cergas seperti biasa, aku tahankan diri dan seharian di pejabat dengan kepala berdenyut. Puasa tidak akan menggagalkan apa saja hajat dan kerja kita. Mungkin itulah yang Allah mengajarku disebalik pengalaman ini.
Puasa Syabaan seterusnya ialah Khamis nanti. In sha Allah, moga Allah permudahkan seperti pengalaman terdahulu walau komitment tugas agak berat. Minggu depan juga sukar untuk aku berpuasa kecuali hanya pada hari khamis. Kerja luar dearah dan berdepan dengan orang ramai selama 3 hari pasti memenatkan. Kalau tidak ada aral hari khamis baru boleh berpuasa semula. Seronoknya menghayati puasa di bulan Syaaban dans eronoknya menjadikan puasa satu budaya ibadah setiap isnin dan khamis. Terima kasih Allah kerana memilih aku untuk diberikan nikmatmu, nikmat kelazatan ibadatmu bukan semua manusia mampu mengecapinya. Dan di atas kekurangan aku, aku masih diberi peluang oleh mu tuhanku yang maha pengasih dan penyayang.
Selain dari puasa, aku ingin membanyakkan lagi ibadat ibadat lain dan mencari peluang mengunjungi masjid dan acara acara agama. Semoga keinginan yang baik ini didorongkan dengan mudah oleh Allah taala. Tiada daya upaya diri ini tanpa BANTUAN YA RABBI. Solat sunat, solat dhuha, qiyam, Bacaan Quran dan Quran terjemahan, masjid setiap petang khamis, dan hujung minggu, puasa lebih dari 2 hari seminggu, belajar agama dan menonton rancangan agama. Alhamdulilah, diakhir Rejab, aku sudah memberikan pengisian diri dalam ESQ walau tidak lengkap sehari lantaran sakit belakang yang berterusan.

Ya Allah perkenankan hajat dan impianku..amin

Wednesday, June 5, 2013

Hadiah dari HATI


Subhana Allah maha kaya dan agungnya Allah pencipta seluruh ala mini termasuk diri kita. Terasa hebat melalui hari ini serpihan kehebatan darinya kerana itu permohonan terus ketika sujud sebagai hamba menjadi rutin setiap kali solat, permohon agar dipermudahkan segala urusan kehidupan secara terperinci. Subhana Allah maha suci Allah yang maha mendengar dan menyayangi hambanya penuh tulus dan mengetahui hati hati tulus yang menyayangi zatnya. Bagaimana hebatnya Allah tempias turut terasa begitu hebatnya kehidupan yang disediakan buat kita. Hanya akal yang dipandu ilmu sahaja yang mampu menemui rahsia di dalam rahsia Allah.
Rezeki pertemuan dan kasih sayang sebuah rezeki agung dari Allah pada manusia. Aku terasa getar nikmat setiap kali perkataan rezeki yang luas itu disebut dan diingatkan pada diri. Terkenang betapa bahagianya diberikan REZEKI PERTEMUAN dengan Tok Cik ibu tiri mak yang juga sekaligus menjadi nenek tiri aku, pertemuan disaat saat kritikalnya yang dijanjikan Allah menguji HATI DAN IMANKU. Aku bahgia disaat saat begitu, kebaktian terakhir sebagai cucu tiri bersama anak anakku mampu kami laksanakan penuh ikhlas dan luhur. Semoga dia menikmatinya penuh barakah.
Mendengar berita kesakitannya dari Mak menjadikan aku pantas mengeluarkan pendapat yang bersifat agak VETO. Aku katakana pada adik, kalau orang sakit tenat jatuh tidak baik kita teruskan kenduri doa selamat, yang dahulu perlu didahulukan. Alhamdulilah sebulat suara keluarga bersetuju kami menuju ke Kampung Buloh Kuala Berang bersama sama melawat dan menziarahi Tok Cik yang sudah sangat uzur itu.
Entah mengapa, perasaan aku sarat dengan rasa tenang dan sedih, dua rasa berbaur sesekali dengan rasa bahagia. Mungkin bahagia sebab dikelilingi aura kuat hubungan keluarga dan sedang menuju untuk membina tembuk silaturahim suruhan Allah. Berkali kali aku berzikir mengucap syukur, takbir dan tahmid, perjalanan 2 jam itu kami redah bersama. Tepat jam 12 tengah hari kami selamat sampai.
Melihat tok Cik terbujur kaku lemah tapi masih bernyawa, rasa insaf merentap diri. Beginilah kita suatu hari nanti, apa yang kita buat hari ini seolah olah kita tidak akan menempuh saat saat akhir kesakitan dikala nyawa bercerai dari badan. Aku menghampiri Tok Cik dan mengisyaratkan anak anakku mengikuti aku bersama surah yasin di tangan masing masing. Aku memulakan bacaan sambil didalam hati berdoa ya Allah permudahkan perjuangan yang sedang dihadapi Tok Cik. Bermula saja sebutan Yaaasssiiinnnn, hati aku bagai bergetar kuat, aku terhenti seketika, luahan air mata sudah mula mencurah bersama esak dan tangis aku, sepanjang bacaan itu aku tidak henti henti mengesat air mata, aku dan anak anak begitu ikhlas menghadiahkannya bacaan yasin buat penawar kedukaannya ketika itu. Itulah tanda kasih sayang kekeluargaan dari kami.
Sepanjang bacaan itu, aku terbayang usaha usahanya, sering memanggil aku menghulurkan roti dan air kopi, mengajak aku mengikutnya pulang, menghulur duit untuk beli gula gula. Masih aku teringat raut wajahnya yang cantik, sepertimana sue Maziah. Cuma aku yang sering mengelak kerana menghormati nenek sendiri yang pernah bermadu dan keluarga mak yang tidak begitu menyenanginya. Kini aku boleh berfikir, jangan bawa masuk urusan hati dan peribadi orang lain dalam hidup kita, kenangkan kebaikannya, kenangkan kedaifannya, aku yang bersalah kerana masa kecil tidak bijak menilai, semoga segalanya belum terlambat dan aku sempat membalas segala niat baiknya terhadap aku.
Alhamdulilah, aku bangga dengan anak anak yang turut terasa getar emosi aku. fayyadh sibuk tertanya sendiri, mengapa Mama lebih sedih dari Mak?, panggilan untuk neneknya. Semua tidak tahu bagaimana harus menjawabnya, memnag aku tidak melihat orang lain menangis, Cuma wajah paling sugul dan keletihan mungkin kerana banyak berjaga menjaga Tok Cik hanya pada wajah Cik The dan Ayah Teh, siapa yang hatinya lebih peka , lebih telus pasti akan lebih terasa tempiasnya. Di umur umur begini, aku terasa isu kematian dan kesakitan begitu menginsafkan, Alhamdulilah mesej Allah terdampar di hati, inilah pedoman untuk aku menneruskan hidup di usia begini, kita bukan hidup untuk mengejar seronok, kita dihidupkan bertempuh untuk mencari kebaikan akhirat disamping membina kebaikan dunia. Subhana Allah betapa kita manusia ini begitu kerdil disisi tuhan pencipta alam. Usah berdegar merasakan kehebatan dan membina keegoan diri. Keegoan itu sendiri menjadi batu penghalang segala ruang dan peluang peluang ke jalan Allah yang lebih pasti.
Mulai dari saat sentapan di jantung di sisi Tok Cik ketika bacaan Yasin dibaca, aku akan selalu mencari peluang menziarahi orang sakit dan meninggal dan menghadiahkan Yasin pada sesiapa saja yang berada di situasi begitu sebagai sedekah ikhlas dari hatiku buat mereka walaupun mereka yang memusuhi dan mengkhianati aku.

Alhamdulilah, pengalaman ini menjadikan aku lebih CELIK HATI, terima kasih Allah atas kasihan belasmu, kasih sayangmu, cahaya sinar iman darimu, kecintaan hakikimu, kerana memberikan aku ilham HADIAH DARI HATI buat mereka yang berada disekelilingku, aku akan terus berbuat sekecil kecil bakti, sebagai sebesar besar rasa syukurku atas setiap anugerahmu. Amin, ohhhh Ummi Saba sedang sakit, perlu rancang untuk ziarahi Ummi juga. Ya Allah izinkanlah, permudahkanlah usaha usaha kecil ini, Amin.. amin.. amin.

Tuesday, June 4, 2013

Cerita GUITAR


Alhamdulilah masa terus berlalu. Bagaimana sibuk pun jadula kehidupan, mohonku pada Allah disetiap sujud, ya Allah permudahkan usaha KEIMANAN dan KETAQWAAN ku. Alhamdulilah hari ini Surah Ar Ra’d sudah hampir dipertengahan. Bacaan Surah Dukhan untuk hari ini juga sudah terlaksana, indahnya hidup jika masa sepenuhnya terisi dengan amalan untuk Allah disamping mengejar menafaat dunia dan berusaha keras menjauhkan diri dari insan yang mengamit kekeruhan kehadiran syaitan bersama.
Hari ini antara hari yang ditakdirkan agak SUKAR buat aku. Bermula pagi ini dengan doa Ya Allah permudahkan laluan sukarku. Alhamdulilah, berkat doa pada Allah, sejurus selepas bacaan Quran, kekuatanku datang semula. Terasa hidup ini sepenuhnya KEPERGANTUNGAN pada DOA PADA ALLAH. Agenda harian diteruskan, agenda blog dan penulisan adalah HAPPINESS VALUE yang sudah menjadi SATU KEWAJIBAN. Teringat untuk menulis cerita AKU DAN GUITAR.
Pagi Khamis lalu yang Indah memberikan aku idea spontan untuk mencari Lagu lagu berserta lirik yang kuat untuk programme. Aku tertekan lagu Siapalah aku yang dinyanyikan seseorang bersama petikan guitar. Sungguh asyik mendengarnya berulang ulang. Semenjak detik aku mendengar alunan petikan guitar itu hingga keluar rehat terdetik SATU SUARA HATI ‘aku ingin belajar Guitar’. Sepantas kilat aku teringat, kami ada guitar dan hubby pandai main guitar. Lantas aku text hubby sebuah pesanan ‘please bawa balik guitar’.
Khamis hari aku berpuasa sunat, balasan sms dari hubby memberitahu dia akan belikan guitar sambil keluar temani aku berbuka puasa. Kami duduk berbual di Mak Cik Briyani menanti waktu berbuka. Melalui perbualan yang mengembirakan itu, aku menyingkap sebuah SUARA KEGEMBIRAN MAKSIMA hubby kerana tidak menyangka akhirnya aku benarkan guitar dan budaya muzik kembali dalam rumahtangga kami. Ah hidup ini sukar diramalkan. Apa yang kita ketahu terlebih dahulu tidak semestinya betul, we are so lucky bila proses menambah ilmu saban waktu membuka banyak kunci yang sekaligus menyekat ruang dan peluang untuk lebih menikmati hidup. Apalagi menghargai orang lain termasuk kesukaan pasangan kita. Ah selama ini bertapa kejamnya aku. tanpa segan silu, malah sepenuhnya bertanggungjawab dengan setiap rasa dan tindakan, aku mengucapkan maaf tidak terhingga pada hubby. ‘Maafkan Za, saya hanya manusia biasa yang terlalu inginkan kebaikan, apa saja bentuk kebaikan yang diberitahu orang, itu yang diterima dan ingin diterapkan, terlalu takut anak anak tersasar dari trak kehidupan sebenar’.
Aku melihat betapa INDAH sebuah senyuman dari jiwa hubbyku, gerak dan bahasa badannya, betapa banyak gembira itu, begitu juga banyaknya RASA BERSALAH aku pada diri sendiri juga pada dirinya. Alhamdulilah Allah masih memberikan aku peluang untuk melalui semua ini. Hampir saja aku makan sambil mata berkaca menahan getar bahagia yang datang secara tiba tiba ini, dan aku pasti getar ini datang dari REDHA ALLAH. Selesai makan dan tunaikan solat Maghrib, kami sama sama ke puast muzik Bently, begitu teliti hubby memilih guitar, inilah tanda kenangan kami bersama. Dia adalah muzik dalam hatiku, walau aku bukan seorang yang mengutamakan muzik, namun tidak mampu aku nafikan muzik itu perlu dalam hidupku. Ketika dia mencuba memainkan beberapa lagu, aku terpegun dalam hati berbisik ‘betapa berbakatnya insan ini dan betapa kejamnya aku’. Ah betapa kita tidak sedar kadang kadang sesuatu yang kita TERLALU MAHU meragut rasa bahagia orang lain.
Dalam perjalanan pulang, aku dengan gembiranya mengisytiharkan dialah GURU BARU aku untuk subjek guitar. Semoga kami makin terbina ikatan yang membahagiakan siapa tahu, bila berharap kita berharap yang baik baik kerana kata kata dan suara hati adalah SATU DOA. Dua hari aku meninggalkannya kerana pulang kekampung, dan aku pasti dua hari itu tidak menimbulkan apa apa kebosanan baginya dengan adanya guitar. Semalam Isnin sepatutnya kelas pertamaku bermula. Disebabkan ada sesuatu yang menimpa aku, dia pun turut sama HILANG MOOD. Aku tunggu esok malam, kalau segalanya kelihatan sukar, minggu depan aku daftarkan diri untuk belajar guitar dengan orang lain. I don’t mind if I have to pay. J
Melakuan sesuatu yang SANGAT TERINGIN dan tidak pernah lakukan ialah BREAKTROUGH yang bakal membesarkan lagi COMFORT ZONE kita. Life is about living out of comfort zone. I love to make my own SELF COMMITMENT J because life is too short to rely on others to make you happy.
I can say to myself GO GO GO GO ZA J


Sunday, June 2, 2013

I NEED them



Alhamdulilah, syukur tetap kupanjatkan pada Allah atas nikmatnya yang tidak pernah bertepi, memelihara hari hariku begitu baik dan indah sekali. Alhamdulilah, walau mulut terasa sakit, masih mampu merungkai kata kata di keyboard ini melalui minda yang segar dan penuh bertenaga, sedikit pun minda tidak terusik oleh keadaan mulut, kepala dan badan yang sengal sengal berbisa. Maha kaya Allah, begitu pengasih dan penyanyang sikapnya, aku begitu takjub dan terharu kerana terpilih oleh Allah untuk melalui semua ini.
Jam 12.30 tengah hari, hajat dan rancangan puasa sunat Rejab ke 4 aku teruskan, ini janji pada Allah , istiqamah pada diri. Walau sampai pejabat agak lambat, biasanya Isnin mood diri dipenuhi MONDAY BLUES, tapi hari ini aku hentikan circle mood yang sering merantai diri. Acap kali aku katakan pada diri semenjak semalam ‘I am HAPPY to go to work’, ‘ I am HAPPY to continue my work’, ‘I am HAPPY to have much time to discuss with other staff regarding my work’, ‘My work is my life, I LOVE my life and I LOVE my work’. Minda ini sudah diprogramme semenjak semalam, dan badan ini sudah ada direction yang betul yang memudahkan dan meredah cabaran dengan mudah.
Seperti biasa, senarai to do list disediakan, ada 10 senarai, senarai story juga bertambah menjadikan 4 story. Minggu ini boleh selesai termasuk satu story yang tercicir minggu lepas. In sha Allah hari ini diizinkan Allah untuk mendapatkan galaxy note 10.1 untuk tujuan kelancaran PASSION DALAM DIRI, writing, drafting, modul setting and planning. I choose to be a SMART NIZA, paperless, trendy and simple.
Al waqiah sudah, reading of the day sudah, discussion sudah, pergi klinik sudah, malah ubat pada mulut juga sudah bersapu, terasa gagah melangkah walau tidak bersahur dan tidak menjamah minuman semenjak meninggalkan rumah mak semalam. Semoga Allah memudahkan perjuangan kecil yang banyak sebelum dipermudahkan PERJUANGAN BESAR yang bakal dilalui. Alhamdulilah, tidak diduga hari ini walau suara hati kuat mengisyaratkan, boss memberikan kebenaran dan mengeluarkan arahan ke atas aku untuk kerja programme di Jitra Kedah. Kini sesuatu yang AKU MAHU sudah terbina atas AKU PERLU, tenaga menjadi BERGANDA GANDA.
Alhamdulilah, dalam perbincangan selama 30 minit itu, Allah perlihatkan pada aku, I NEED THEM. Aku simpulkan team kecil aku ini sebagai my silent yet happy team. Boss aku lebih bijaksana, dan kawan sekerja aku lebih cekap membaca gerak geri staff lain yang berpotensi menggunakan kami dan berterusan mengulangi budaya kerja sambil lewa dan last minit. Aku terasa selamat dengan mereka, dan memahami apa yang mereka tahu menjadikan aku senang untuk mengatakan NO, I am part of the team, I have to support the right of my boss opinion, I choose to be part of the right group. Alhamdulilah, I can stop a RIGHTEOUS AND PREDICTABLE ME to keep going become the VICTIM of the situation. I owe them lots dunia wa akhirat. Tiba tiba hati terasa HAPPY bersama mereka, dan tiba tiba terasa diri dihargai dengan terkeluarnya kenyataan TUGASAN BARU ini khas untuk aku.
Aku teringat semasa process CONSCIOUS CREATION, persoalan yang diutarakan, dalam kita tidak suka, cari sebanyaknya apa yang kita suka, suka , suka dan suka. Sejenak aku menilai, mereka memnag penyayang, mereka ada Islamic Conscious, mereka ada kasih sayang dan ambil berat, mereka peka, mereka ada contact tersendiri, mereka sentiasa ada untuk aku, mereka ada banyak pengetahuan yang mungkin aku tidak tahu. Cuma satu kenyataan yang aku perlu perjelaskan pada diri, mereka memang tidak sama dengan aku dan tidak berfikir seperti aku, tetapi keunikan mereka cukup melengkapkan kekurangan yang ada pada aku. Subhana Allah ternyata Allah tidak pernah mengsia siakan apa yang ada dikeliling kita, dan apa saja yang ditemukan dengan kita.
Kini aku boleh umumkan pada diri sendiri, I NEED THEM, I LOVE THEM, I WAN BE PART OF THEM, I AM HAPPY GETTING TO KNOW THAT THEY ARE GOOD FOR ME.

Betapa hidup kita TERLALU MUDAH dikelirukan NAFSU dan KEJAHILAN. Ya Allah permudahkan usaha usaha silaturahim antara kami jadikan sebahagian hubungan baik kami di dunia ini sebagai jambatan kebaikan juga dikahirat nanti. Ampunkan doaku ya Allah. Amin.