Tuesday, May 14, 2013

Keajaiban VIBRATION





Masa berlalu begitu cepat sekali, tup tup kita sudah berada dipenghujung semester 2. Alhamdulilah dan lelah dan resah selesai perancangan semester 2 dengan baik walau masih banyak cacat cela yang perlu diperbaiki dimasa akan datang. Memikul tanggungjawab menangani group pelajar dengan status readmission bukanlah satu kerja mudah tapi AKU SERONOK.
Semester 2 adalah semester panjang dan semester 2 2013 inilah secara rasminya aku diserahkan kerja untuk projek kumpulan pelajar readmission, kerja ini sudah cukup penuh buat satu semester, dan sukar untuk mengolah programme lain lagi. Setiap pelajar Readmission perlu melalui 5 programme bersama counselor,2 consulation dan 3 programme. Alhamdulilah perancangan spontan menghasil modul yang boleh dikekalkan dimasa masa akan datang.
Programme pertama dinamakan Acdemic Enhancement and personality growth programme. Buat kali pertama programme ini berjalan untuk 1 hari setengah. Setengah hari pertama, slot khas oleh timbalan dekan bahagian Kemasukan dan Record, walau slot ini terpaksa dibatalkan disaat akhir atas sebab kesibukan timbalan dekan, namun ianya sangat wajar untuk terus diadakan. Pelajar pelajar yang diterima semula perlu mendengar amanat dan harapan timbalan dekan yang bertanggungjawab memebrikan mereka harapan baru. Susulan dari slot pertama ialah slot bersama Bro Fadhil Juman, yang banyak menekankan aspek punca punca kegagalan akademik rumusan dari pengalaman beliau yang lama. Pelajar pelajar ini bagai dikejutkan semula dengan sebuah kesedaran pada system permarkahan, kedatangan, assignment dan sebagainya.
Untuk hari kedua, Slot Perancangan telah diberikan dengan berkesan oleh speaker jemputan Emmy dari INTAN. Seterusnya slot kedua dijayakan oleh Bro Rahman Baco yang banyak berkongsi pengalaman peribadi sebuah kegagalan dan melihat kegagalan dari aspek positive. Bro Rahman adalah bekas pelajar kami, sentuhan bicara dari hati dalam bentuk perkongsian sangat berkesan dan sinonim dengan konsep programme yang bertemakan kaunseling. Alhamdulilah untuk julung kalinya berjaya membawa masuk sabariah and the team untuk slot ketiga yang merupakan slot yang sangat mencabar dengan factor masa diakla matahari tegak dikepala dan perut kenyang peserta, namun speaker dan team yang hebat mampu menukarkan impossible to possible. Alhamdulilah. AEPG merupakan programme pertama yang menekankan aspek perancanagan, menerima kegagalan dengan positif dan merancang hidup dengan lebih baik sebab kunci utama adalah diri sendiri.
Sebulan pelajar direhatkan sempena peperiksaan mid sem namun consultation berjalan seperti biasa. 78 pejara wajib menemui kaunselor 2 kali, banyak yang  mencari aku dan ada juga mencari kaunselor lain, mereka bebas memilih dan kami hormati pilihan mereka. Programme kedua, aku rencanakan konsep pengurusan masa. Mereka yang berjaya ialah mereka yang MAHIR dengan PENGURUSAN MASA. Pengurusan masa kali ini mengenegahkan persoalan atasi gangguan untuk lebih fokus, tanggani permasalahan besar pelajar dengan sikap suka bertangguh dan pengurusan masa yang effective dengan penggunaan to do list, diary dan perancangan mingguan, bulanan dan tahunan. Pakej programme sehari itu telah diberikan pada Bro Mohamamd Afizul seorang anak muda yang semakin berjaya mendapat tempat dimata orang ramai dibidang latihan. Alhamdulilah setiap kebaikan buat semua perlu disokong sepenuhnya.
Menjelang awal bulan May, programme terakhir buat para pelajar aku fokuskan pada Exam preparation strategies. Alhamdulilah, slot pertama dibawa dengan hebatnya oleh Bro Syamil Bunyamin untuk tajuk Mind Preparation for exam, slot ke dua managing exam stress oleh sis Azzah Abdul Rahman dan Bertemu kawan baru melalui kwn FB Najidah Yahya, Nur Arfah Zaini untuk slot ketiga untuk tajuk Psychological preparation for exam. Alhamdulilah, sebagai master mind aku sangat gembira modul sangat sempurna Cuma aku perlu detailkan apa yang aku mahu dan suarakan pada trainer atau speaker supaya apa yang mereka sampaikan tepat dengan apa yang aku lihat pada keperluan pelajar.
Alhamdulilah syukur pada Allah menempatkan aku disini, aku terus mampu berbakti dengan hati yang penuh bahagia, semakin bahagia dirasa, semakin menjadilah kerja dan semakin banyak barakah yang datang. Teringat konsep vibration dan precession dalam money and you, bagaimana seekor lebah yang hanya membawa true purpose untuk mengutip madu, tapi janji Allah yang lebih besar disebaliknya berganda malah mampu mendebungakan seluruh kebun bunga dan menghasilkan keindah seisi alam. Vibration ialah sesuatu yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar tapi penhayatan rasa getaran dan eksannya boleh dirasai. Inilah dinamakan Barakah. Alhamdulilah selepas emneydari hakikat ini, aku menjadi lagi bertenaga, menjalani programme buat pelajar sudah sebati dengan hidup dan jiwa aku, disebaliknya hubungan sesama pelajar, committee, speaker yang jemput memungkinkan aku untuk membina kuasa hubungan yang lebih besar. Subha Na Allah, itu belum lagi dilihat daria spek eprkongsian ilmu dan pengalaman kami.
Alhamdulilah, aku sangat berterima kasih dengan mereka, dans angat bersyukur dengan takdir Allah, pearncanagn Allah begitu indah dan sempurna sekali, maha suci Allah, ruang hubunganku semakin luas kini, tunggu masa saja untuk aku bloom menyempurnakan tanggunjawab pada alam dengan lebih effective dan terancang. Sebagai tanda syukur, kumpulan pelajar yang aku sangat hormati sifat sukarelawan mereka itu, aku membawa mereka ke Restaurant safa untuk makan malam awal. Alhamdulilah yang pasti memori hubungan ikhlas dari hati akan kekal abadi didalam hati. Vibration yang dirasai mencetus idea untuk menyatukan mereka dalam satu seminar kaunseling dan coaching. In sha Allah, semoga Allah mendorongkan MUDAH untuk menjayakan sebuah kebikan buat semua. Amin ya Rabbal Alamin. 

Trust the PROCESS



Alhamdulilah syukur dipanjatkan atas kurniaan nikmat dan rahmat sebagai seorang insan biasa. Semoga nikmat dan rahmat ini akan terus mengelilingi suasana hidup hingga akhir hayat atau lebih baik lagi saban hari ditambah nikmat berganda. Maha suci Allah tidak pernah mengenepikan hambanya walau dalam apa jua keadaan Cuma hanya kita terkadang terleka dan terlupa seakan nikmat itu hasil usaha sendiri. Masya Allah seringkali kita tersasar dari mengingati Allah pada setiap keadaan.
Jam baru menunjukan hamper 11 pagi, mata hari ini seakan mengantuk. Aroma kopi memenuhi seluruh ruang kecil bilik tempat kerja, moga usaha ini terubat. Baru selesai berbual dengan Yati, cerita hati dan perasaan juga terselit cerita anak anak dan cabaran mereka. Indahnya sebuah persahabatan yang dititipkan Allah bersamanya kasih sayang dan penghormatan. Alhamdulilah. Tugasan pertama seawall pagi hari ini lebih bersifai peribadi. Seawal 8.50 pagi aku sudah tercegat dipejabat P1 untuk menghentikan perkhidmatan dan sekaligus memulangkan modemnya. Kali pertama sakit, alhmadulilah kali kedua senang sangat, kaalu kita tidak tempuh sakit, kita belum tentu menghargai sebuah rasa senang.
Sesekali mata menjeling to do list yang disediakan dari semalam. Ah Nampak gayanya inilah to do list for the whole week. Dalam kepala sendiri ada urgent list, bayar installment training, pergi bank rakyat ambik document, hubungi bhg payroll MSD dan last sekali baru boleh hubungi Rizal semula. Kerja sendiri dijunjung, kerja pejabat dikelek. Alhamdulilah serasa hidup penuh bererti dari tidak ada perancangan langsung.
Hari yang baik adalah sinambungan malam yang baik. Alhamdulilah semalam dihabiskan masa bersisa dengan sebuah commitment bagus untuk diri sendiri dan masa depan. Group coaching bersama Amy, susan, Patrick, Cecilia, Andy dan lain lain banyak menfaatnya selain dari kisah kisah kerja mereka, coach banyak sekali share tools yang boleh digunakan antaranya focus like and ignore pain. Namun yang paling besar buat aku seakan orang mengantuk diberikan bantal ialah Project Design. Presentation terakhir itulah yang ditakdirkan aku terpanggil untuk pergi dan aku temui apa yang aku SANGAT PERLU. Alhamdulilah aku perlu menyiapkannya hari ahad dan semak pada hari isnin dan kami perlu membawanya pada hari selasa. Perjalanan pergi balik walau ada sedikit kelewatan, tapi Alhamdulilah aku sangat gembira dan terasa serene energy flow. Tugasan ini bakal disentuh semula jam 9.00 mlm ini.
Pagi jadi sangat indah bila kita berpagi dengan aktiviti. Alhamdulilah pagi ini mama kejutkan Harraz dan ayah, mama gosokan baju sekolah Harraz, mama basuh dan sidai kain, mama baca buku dan mama turun kerja tepat pada masanya. Indahnya hidup bila kita gembira dengan aturan time kita, kita sentiasa on time, kita ada back up plan, kita cipta solusi untuk diri sendiri dan kita keep moving forward Alhamdulilah. Namun satu kenyataan yang tidak mampu disangkal oleh hati ini, hati ini rindu rindu pada sebuah keluarga besar yang pernah aku miliki dulu, keluarga yang didalamnya seisi keturunan Tuan Syarifah, keluarga yang didalamnya seisi keturunan Ismail Bakar bapa mertua aku. Semoga Allah menciptakan pertemuan buat kami, terutama buat aku, biarlah hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dan apa yang aku rasa. Aku tidak pernah mendendami sesiapa cukuplah hanya sekadar MEMBAWA DIRI untuk MERAWATI HATI SENDIRI.
Teringat perkongsian Jeanet semalam, isu perhubungan. Isu yang membuatkan aku terasa bahu dan belakang sarat, aku merasai penangungan Jeanet. Namun aku tidak nafikan hamper semua kita menghadapinya Cuma berbeza bagaimana kita mengambilnya dan menanganinya. Cadangan yang diutarakan coach semalam amat tepat buat aku. Kita tidak mampu merubah orang lain, kita ubah diri kita, kita ubah environment kita, biarkan environment itu perlahan lahan merubah mereka. Banyak persoalan hidup bukan sehari semalam penentuan penyelesaiannya. Alhamdulilah aku berada ditrack yang betul, semoga Allah memberikan aku barakah yang bertali arus. Amin.
Hidup ini indah susunan Allah buat kita. Perjalanan kita inilah kisah kita, satu ketika dipuja bukan bermakna selamanya, betapa Allah itu adil dan saksama sifatnya. Walau apa yang aku hadapi, sesukar mana mahupun segembira mana, namun yang paling aku syukuri Allah sentiasa menjaga gerak geriku, Allah sentiasa meneydiakan ruang dan keadaan yang memudahkan aku KEMBALI PADANYA. Ya Allah terlalu besar nikmat cinta dan kasih sayangmu. Aku sangat bersyukur ya Allah menjadi diriku seadanya kerana aku yakin dan percaya kejadianmu tidak pernah sia sia.
Courage baru bermula lagi, helaian UPSR dikutip dan dipungut dan malam ini bermula masa istimewa aku dan Harraz, baca bersama, faham bersama, selesaikan bersama 1 jam semalam. Doubt telah mula timbul bila risaukan prestasi Harraz, persoalan commitment sangat jelas kerana Harraz adalah tanggungjawab aku, Alhamdulilah kini effort untuk action dalam progress. Ya Allah kau permudahkanlah usaha usaha biasa seorang hamba yang biasa ini untuk mencipta sesuatu yang LUAR BIASA. Pimpinlah aku pada jalan yang LEBIH PERLU disisimu, bukan jalan yang sekadar mahu pada nafsuku. Beriakan aku keyakinan penuh pada PROCESS yang berlaku. Amin.



Hari yang BAIK bermula malam yang INDAH



Melihat barisan ruang ruang tulisan berbaris peristiwa yang perlu dilakarkan, ah hari ini hati lebih terpanggil untuk menulis cerita hari ini. Cerita simple sebuah kehidupan semalam dan hari ini. Cerita yang mengajar aku erti progress, cerita yang menjadikan sayap tekun semakin berlabuh dan sabar semakin bersarang dihati. Setinggi tinggi rasa syukur hanya layak diberi pada Allah tuhan yang menjaga seluruh alam termasuk diri ini.
Gembira bukan bermakna hidup tiada masalah. Berduka pula bukan bermakna hidup kita sudah tidak ada lagi ruang bahagia. Begitulah lemahnya kita, bila melihat dengan rasa kita hanya merasakan rasa itu seakan sebuah kebenaran, sedang seringkali rasa yang kita besar besarkan hingga tertutup ruang pengelihatan dan deria lain. Hari ini aku begitu faham erti sebuah Progress, bila hidup kita memilih untuk sebuah COURAGE, kita rasakan element doubt ditemani commitment dan seterusnya action dijalankan. Alhamdulilah.
Hari ini bermula dari semalam. Semalam yang aku rencanakan dengan izin Allah, semalam yang menjadikan aku berbeza dari niza yang sebelumnya. Alhamdulilah. Sakit semalam adalah sebuah kerihatan dari Allah, aku bersahaja ke klinik menyatakan sakit dan keperluan ubat tertentu sahaja, hasilnya bil hanya RM30, dan sekembali dari klinik terus menjemput Harraz pulang dari sekolah. Melihat wajah Harraz bila ditanya tentang ujian matematiknya ada rasa bersalah terdetik pada diri aku. Ah aku belum mulakan lagi, mengajar anak sendiri..bila ni?. Rasa ini terus terpahat bersama sebagai doubt and commitment aku. Setiap kali tenguk wajah Harraz tiap kali itulah aku diselubung rasa bersalah. Alhamdulilah inilah rasa yang bukan senang untuk diada adakan.
Waktu petang kami menonton bersama selepas makan tengah hari yang begitu berselera untuk Harraz. Dua cerita aku pilih dari Astro first, sudah terlalu lama aku tidak menonton, cerita Inggeris jarang mengecewakan berbanding cerita melayu. Sebuah rasa indah sebati hinggap dalam sanubari bila aku berbaring disisi Harraz, kami hilangkan risau bersama, kami seronok bersama. Alhamdulilah Allah anugerahkan aku rasa seronok jadi ibu, rasa seronok disayangi anak anak, rasa seronok ada waktu bersama mereka. Sebelah malam kami keluar makan malam bersama, dan aku terpanggil untuk majukan persoalan termination dikaunter P1 di Giza Damansara.
Makanan yang lazat dipesan Harraz langsung tidak mengusik hatiku, selera yang tiada atau kesan tidak sihat pada diri. Aku agak bimbang tentang status P1 aku, lalu aku suarakan pada hubby, “ kalau tidak mampu disciplinkan diri buat bayaran tak payah pakai je” mungkin inilah breaktrough buat aku bila aku berjaya menyatakan tanpa rasa marah atau geram inilah Telling TRUTH with compassion. Alhamdulilah mesej itu sampai dan Hubby kata untuk selesaikan terus walau perlu bayar beribu. Aku habiskan Jus Nenas sepuasnya. Cerita p1 disambung esok hari dan aku perlu merancang untuk ke ibu pejabat p1.
Cerita Inggeris yang dibeli, kami tonton bersama, aku tahu cerita action memang kesukaan hubby. Selesai menonton Harraz tunaikan solat isyak sendirian, dan hubby seakan mencari sesuatu. Hubby mencari iphonenya. Aku sudah ingatkan banyak kali, “saya bukan tak suka share, tapi kalau hilang sayang”. Ternyata apa yang aku cakap tidak jauh dari apa yang terjadi. Dia seakan panic dan tak tentu arah, “last time saya ingat you tenguk fon di Restaurant, we both tenguk fon”. Hubby senyap menghilangkan diri, aku agak dia terus pecut kembali ke Restaurant. Alhamdulilah fon dijumpai, nasib baik, harganya bukan ratus malah ribuan, contact dan information didalam fon lebih bernilai lagi. Sekali lagi aku perlu telling truth with compassion, kali ini pasti work sebab dia tengah mengalaminya “bukan persoalan kedekut atau tak percayakan you. Soalnya tak nak rugi”. Akhirnya dia memilih untuk menukarkan sim card ke telefon lama. Peaceeeeeeeeee J
Perkara yang kita sangat suka kadang kadang jarang kita berpeluang melakukannya. Alhamdulilah semalam aku berpeluang. Banyak clarification berlaku dalam situasi yang bersahaja dan tidak tegang, malah sesekali kami ketawa terbahak bahak bersama. Aku seakan tidak percaya mampu melalui semua ini. Banyak yang kami leraikan, satu pesanan ikhlasku buat hubby, “mintalah dengan Allah selalu, minta dengan jelas minta segala dengan penuh keikhlasan, mintalah jalan dan petunjuk, kita terkadang tidak cukup kuat untuk meninggalkan segala yang kita ada kerana kita sangat jahil dan takut dengan diri sendiri”. “Istiqamah dalam usaha saya bangga dengan usaha usaha abang, quran besar harga berates, Cuma abang perlu selewat mana pun setiada masa bagaimana pun yasin sekali sehari dan almulk sekali sehari perlu”. Kami tidur dalam ketenangan. Alhamdulilah.