Wednesday, April 18, 2012

Kerja SENANG yang membawa TENANG

Alhamdulilah, syukur kupanjatkan pada Allah atas nafas yang masih bersisa ini, peluang yang masih ada ini, nikmat yang semakin bertambah ini, ketenagan dan kebahgiaan yang semakin dapat dikesan dari sehari ke
sehari. Inilah dunia kecil ku, dunia seorang wanita, isteri, ibu, pekerja, anak dan baru berjinak menjadi ahli perniagaan. Dunia yang saban hari menjadi semakin besar untuk aku terokai dengan izin Allah, semakin banyak hasil terokaannya, semakin banyak juga kesyukuranku pada Allah kerana memilih aku untuk melalui semua ini. Ya Tuhanku janji mu telalu MANIS sifatnya. Pagi yang MUDAH kerana sudah dipermudahkan oleh Allah atas doa doa sebelum tidur, cepat betul Allah menjawab permintaan aku hambanya yang masih banyak kekurangan ini. Walau jalan Jem, minda dan akal dibuka Allah untuk mencari alternative, perjalanan kepejabat hanya 25 minit, sedang jalan sesak. Hari ke 2 aku membudayakan zikir asma ul husna, selepas semalam aku memulakannya setelah mendapatkan buku zikir itu lewat perpisahahan dengan kak fairuz semalam. Bermula dengan lafaz Allah, 66 kali pada waktu Zohor dan Asar, aku zikirkan Ya Jabbar dalam satu pertiga perjalanan, dan seterusnya AlQuddus, Al jabbar memerlukan sebanyak 262 dan Al Quddus memerlukan sebanyak seribu. Kerja senang dan hati menjadi terlalu TENANG. Seumur hidup aku, inilah baru pertama kali aku berusaha mencari dan memahami dan merancang untuk amalkannya. Walau selama ini biasa mendengar tapi hati ini belum terpanggil untuk menikmatinya. Allah hu Akbar. Pagi yang mudah dan dipermudahkan Allah ini juga sedikit terganggu bacaan zikirnya kerana rezeki Allah jatuh keriba. Bertalu talu panggilan telefon dan sms dari customer untuk order order IOPE dan Mella Clear Advance. Masya Allah besarnya keagunganmu. Badan sihat, hati tenang dan rezeki masuk, berkatnya ya hayyu ya qayyum yang dizikirkan semalam hingga mata ini terus terlelap. Aku mengambil langkah CERIA setiba dipejabat, mencari kak Noni, semalam bunyinya ada sesuatu yang tersirat dihatinya. Sambil memesan jus apple dan mee hoon goring berkadar, aku mengambil tempat duduk berdepan dengan kak Noni dan beberapa kawan lain. Sesekali freshkan silaturahim reasa begitu bermakna sekali. Aku berikan kak Noni 1 jam mengikutnya kebilik untuk sessi luahan hatinya. Frankly speaking..apa pun org kata pasal kakak sorg ni, aku tidak boleh lupakan persahabatan dia…air tangannya begitu mengikat hati aku. Yang lain bagiku tidak penting, asalkan aku pandai bawa diri dan andainya berlaku sesuatu kelukaan dihatinya,dan dihatiku, aku anggap itu satu dugaan. Menyambung tugas seharian yang sudah dirancang lebih awal sepenuh hati, ada 2 pelajar yang mengisi temujanji pukul 10 sampai pukul 12. Aku dikejutkan dengan sms wang masuk ke account. Li sudah membuat bayaran share Lady trip wahal kawan kawan rombongan baru jejak kaki ke Malaysia. Telus betul Li ni, hati aku berbisik. Allah memberikan aku seorang kwn yang kdg kdg lebih telus dari darah daging sendiri. Selesai tugas aku menghubunginya melalui FB, kami berbagi untung 50 50. Aku tak kisah sangat, aku tahu dia penat. Katanya biarlah, kak za pun penat mencari kawan. Lantas aku teringat seorang kawan yang aku anggap kakak tidak boleh diketepikan dalam hal ini. Kak umai orang yang bertanggung jawab membuka mulut pada kwn kwn para pensyarah . Aku rasa aku kena berterima kasih atas sumbangannya, lantas aku menghubunginya dan sekaligus menghentikan rajuknya. Seorang kakak yang suka merajuk hehe. Kami berjanji untuk bertemu dan acara makan makan berdua bersama. Lepas aku belanja dia baru hati aku tenang, dan aku juga akan belanja hubbyku untuk ambik berkat dan bagi sedikit duit ini pada mak dan bak. Biar semua orang merasa. Lady trip padaku ada potensi besar, tak perlu modal tapi kena kembangkan network dan aku ada byk Co partner. Alhamdulilah otak geliga tiba tiba ini adalah anugerah Allah buat aku, dan Lady trip ini menjadi satu lagi pintu rezeki. Ada 4 perbincangan demi mengembangkan idea ini, sekali lagi china dgn Li dan kawan di Beijing, pak wan utk Indonesia, maia untuk Europe dan kaki ma untuk India. Aku tak tahu bagaimana perjalanannya nanti, namun kekuatan kepercayaan aku pada bantuan dari Allah adalah satu senjata yang sangat besar. Bila mohon dan Allah izinkan, semuanya menajdi mudah. Amin. Hari ini perancangan aku kemasjid. Kali ini seorang diri sebab hubby ada latihan muzik setiap hari rabu. Harapnya ada kuliyah agama yang hebat malam ini sebagai pengisian hati. Semalam aku dan hubby hanya berjemaah dirumah itu pun hanya waktu Isyak, hubby lewat tiba disebabkan jalan jem teruk bila hujan lebat. Namun air mata aku menitik setiap kali aku kucup tangannya selesai doa dan munajat pada Allah. Air mata itu datang bersama jiwa yang aku suarakan padanya..AMPUNKAN SAYA ABANG. Selesai solat, kami keluar makan malam bersama, aku teringin hubby mengecapi keenakan ikan bakar yang aku nikmati dengan adik Linda. Semasa berjalan menuju ke restaurant, hubby menarik tangan dan pinggang aku agak aku terselamat dari laluan kereta, insiden itu meyentuh hatiku. Masih ada bunga bunga cinta yang mekar Allah titipkan buat kami. Bila kami berikan hak Allah dalam hubungan ini, Allah akan kembalikan bunga bunga itu. Untuk aku, walau aku seorang isteri, walau tugas suami sebagai ketua, biarlah aku mendahului segalanya, kalau aku boleh berusaha mengembirakan hati sendiri dengan usaha usaha yang tidak sedikit dlm perlbagai bentuk, mengapa aku perlu berkira untuk berusaha kerana Allah. Ya Allah aku ingin mengambil peluang ini kerana aku yakin AKU YANG DIPILIH OLEHMU. Tiada lain yang terisi dihati ini hanya REDHA ALLAH semata, Alhamdulilah selepas aku melalui semua ini rupanya ada moment yang lebih indah menanti. Aku akan terus berseru hati ini, berseru pada insan insan yang hampir untuk terus berusaha memberikan HAK ALLAH. Ya tuhan, panjangkan umurku, sempurnakan hasrat dan cita citaku selama ianya mendokong keesaanmu. Amin ya rabbal Alamin.