Friday, January 7, 2011

LEMBARAN BARU...tahun baru 2011


Alhamduliah kupanjatkan rasa syukur. Hari ini 7 January 2011, jam 6.00pm barulah aku berpeluang membuka blog ini untuk meneruskan bait bait tulisan yang lahir dari hati..dalam penghayati perjuangan hidup susah dan senang disediakan Allah yang maha agung. Sememangnya aku seorang hamba yang TIDAK LAYAK untuk berkata tidak dan menolak apa yang sudah TERTULIS untuk aku lalui dan terus menapak.

7 hari jugalah tahun baru sudah dinikmati, 3 hari pertama di rumah Petaling Jaya dan 3 hari seterusnya di rumah BONDA di Cheneh.3 hari pertama, masa penuh dengan kehidupan bersama Nana, segala kelengkapan, segala perancangan terperinci..dan 3 hari itulah jiga menerokai book shop mencari bahan bahan bacaan buat semua...Nana kelihatan begitu seronok bila diberikan tumpuan sepenuhnya pada dia. Kami berpisah seketika sekembali dari menghantarnya ke asrama lagi 2 minggu pasti bertemu lagi dengan izin Allah. Sejurus selepas mengahantar Nana, terus pulang ke Cheneh, kali ini agak berbeza...hati negitu TENANG mungkin kerana mengecapi sebuah keputusan yang BETUL bila melihat anak anak dikelilingi KETENANGAN dalam kehidupan seharian mereka.3 hari kedua ini jugalah permulaan pemantauan persekolahan fayaydh dan hararz dua anak lelaki yang sentiasa berada dihati...sinar matanya berharap bahagia sering terlekat dipanca indera ini. Anak anak begitu membahagiakan...Syukur Alhamdulilah diri ini terpilih untuk merasai nikmat sebegitu...

Hajat dihati untuk seawal 5 January 2011 ingin membuat karangan pertama bagi tahun 2011, arghhh kelembapan INTERNET sangat merimaskan tambahan lagi perhatian lebih fokus pada buku yang dibawa pulang. Terasa kehidupan lebih TERATUR menjejak kaki ke LEMBARAN TAHUN BARU sesudah panjang bermuhasabah diri...menerima KEKURANGAN..terus memohon PELUANG untuk diperbaiki dan dipertingkatkan. Dalam banyak banyak kegembiraanmenjelang tahun baru, satu kegembiraan yang terlekat dihati dan serasa UNGGUL ialah bila berjaya mengajak Hubby MEMBACA.

Ada 5 buku yang dipilihnya dari MPH book store, satu buku 2012 konspirasi Galaktik dipegang nya dengan begitu bersungguh sungguh. Itulah kali pertama seumur hidup dalam usia bersuamikan dia, aku melihat dia begitu TEKUN menghayati pembacaannya hingga AWAl PAGI. Terserlah minda adventurenya pada sesuatu yang berbenyuk fiksyen dan agama...dari kejauhan aku tersenyum PUAS sekurang kurangnya sekarang aku terfikir satu IDEA yang sangat baik dalam usaha usaha untuk mendidik semula MINDA hubbyku. Sudah tentu kami punya banyak masa untuk mebaca setelah anak anak bersekolah diasrama dan kampung. Harapanku sempatlah buku yang dibelinya mampu dihabiskannya sebelum trip seterusnya ke MPH book shop.

Pengaturcaraan hidup baru ditahun 2011 melibatkan JOURNEY kami yang panjang bersama terutama dalam perjalanan pulang kerumah mak untuk menjenguk anak anak, kini aku terfikir, perbualan kami pada ISI ISI buku dan kaitan pada kehidupan sekeliling adalah peluang bersama memperkayakan diri dengan ILMU baru. Aku jarang memilih untuk membaca buku buku yang dibelinya, dan dia juga tidak pernah membeli dan menyentuh buku buku yangs ellau berada ditangan aku. Sehinggalah dia terkejut dan menyokong idea idea yang aku kupas dari buku yanga ku baca dan dia nampak, malah meminta aku untuk menulis semula terutama buat DIA. Terharu aku mendengarnya...moga ini menjadi DOA dan ILHAM. Aku juga dia dan mengiyakan bila peluang dan ruang sedang dipergunakannya untuk berkongsi maklumat maklumat yang dikorek dari bacaannya Alhamdulilah inilah KEJELEKITAN hubungan..terbina semula TRUST pada ASAS yang lebih KUKUH.

Sesungguhnya Allah maha mendengar. Allah masih menyayangi KITA walau kita sering meletakakn dia seakan NO 2 malah terakhir dlm kebanyakan situasi kehidupan. Bila diingatkan terasa MALU pada diri sendiri..terasa betapa sucinya kasih sayang Allah pada kita..dalam kealpaan kita masih diberikan PELUANG untuk merasai KECINTAANNYA. ya Allah begitu agung kasih mu dan aku hampir TERKEDU mengenangkan khilaf masa lalu. Mohonku pada mu ya Allah, bukakanlah PINTU HATI ini untuk terus BERCINTA dengan mu...SETIA dengan CINTAmu...tidak jemu untuk BERBISIK bicara bicara hati KECINTAAN padamu...dalam bisikan Syahdu hati yang INSAF yang merasai kewujudanmu MENOLONG aku..MENENANGKAN aku...MEMPERKASAKAN aku dalam perjuangan untuk terus membahagiakan insan insan tersayang disekelilingku. AMIN ya RAB AMin YA Rabbil Alamin....