Wednesday, June 30, 2010

Mum Tuna Sandwich


Hari ini sudah 1st July 2010....lantaran dek kesibukan yang memenuhi benak kepala, aku tertepi keinginan untuk menulis. Pagi ini terasa janggal kalau tidak meneruskan hasrat dihati untuk menulis. Kepalaku teringat ingat pada MUM SANDWICH TUNA.

Aku biasa makan sandwich sejak kecil...tapi masa tu aku lihat mak menggunakan sardin dan mak memotong bawang. Aku makan tetapi tidaklaha sampai menjadi makanan kegemaranku. Mak aku moden...kalau disurau ada makan makan selepas sembahyang, mak aku pasti menhantar sandwich yang agak kurang sambutan dikalangan orang kampung. Selalunya yang tidak habis tu akulah yang habiskan.

Semasa aku tingal di Damansara. Adik angkat ku yang sudah hampir sekian lama tidak berjumpa pernah membuat sandwich menggunakan sardin. Bezanya dia meletakkan cili api potong halus halus dan mememrah limau kasturi serta sedikit mayonaise. Sedap rasanya lebih sedap dari mak punya. Mungkin kerana aku sukakan sesuatu yang pedas pedas.

Bila Adik Linda habis belajar tingkatan 5, dia datang tinggal bersamaku di Damansara. kami menyewa rumah sepupu Faisal, Kartini Sapawi...mereka orang serawak. Sementara mennati peluang sambung belajar, adik bekerja di La Bagutte sebuah kedai makanan ala Prancis. Adik aku bermula hanya sebagai Cleaner dan lama kelanmaan dia mengendalikan kitchen dan chasier. Rahsia sandwich La Bagutte dibawanya pulang dan dia mengajar kami. Bila aku makan sandwich adik memang sedap tetapi ada sesuatu yang kurang pada aku. Ya aku alter citarasa La bagutte dengan menambah lebih mayonaise dan cili Api. Wahhhhh terlahirlah resepi sandwich aku sendiri yang bila aku buat bawa ke pejabat ramai yang tidak kecukupan...dan selalu jugak kawan baik memesan untuk dibawa meeting dan bila ramai bertanya mana dapat sandwich sedap ini...dia hanya DIAM...takut aku terkenal lah tu...hehe.

Walau adik Linda pun pandai buat sandwich tapi dia akn rakus makan sandwich aku. Bila fatin mengandung, dia ingin makan sandwich aku...kiranya aku ada citarasa dan hasil tersendiri aku namakan MUM TUNA SANDWICH. Inilah branding aku dan specialty aku. ramai yang tidak tahu walau hanya untuk memilih Tuna chunks atau Tuna Spread...hehe...kerana aku ada hajat pengenamaan sendiri untuk nilai kommersial yang panajng aku perlu berahsia kecuali pada closed persaon bagaimana membuatnya.

MUM TUNA SANDWICH akan menjadi menu pertama yang masuk dalam training anak anakku. Memmandangkan ia sennag disediakan di pack dan dikelasikan untuk dijual. Satu bungkus hanya RM2.00 sampai bila bila. MUM TUNA SANDWICh akan mengingatkan aku pada mak yang suka memasak dan mencuba resepi moden, pada Linda yang pernah hidup dengan aku, pada Faisal yang pernah menjadi adik angkat lelakiku yang UNIK personalitinya...ada sumbangan mereka dalam aku cuba mengadaptasikan citarasaku ini. Di sebalik menu ada kenangan insan insan tertentu yang bakal aku warisi pada anak anak. Aku akan pastikan, Wahida akan menjadi orang pertama yang akan mahir menyediakan MUM TUNA SANDWICH selepas aku, kemudian barulah adik adiknya. Sempena 1 july ini, rasmilah aku membrandingkan MUM TUNA SANDWICH...3 July akan memulakan jualannya kalau tidak 50 pieces, 30 pieces sahaja. jadual Julaan hanya dihujung minggu bila tiada urusan diluar. Product tidak perlu banyak untuk sepanjang July kerana ini baru percubaan sempena latihan untuk anak anak.

Sebagai langkah permulaan, hari ini sangat diperlukan sandwich packing yang boleh didapati di GIANT NILAI. Besok petang, aku perlu membeli bahan bahan sandwich.Pagi Sabtu kena bangun awal untuk menyiapkan sandwich dan nasi lemak sambal udang. Minggu ini wahida balik, kami perlu menjamu selera dengan airtangan kasih sayang, makan di luar dan aktiviti kegemaran Wahida antaranya menonton wayang, ke kedai buku dan Bowling.

Here we Goooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo