Tuesday, March 30, 2010

Saling Bantu Membantu..manisnya hidup!!!



Hari ini hari terakhir untuk bulan March 2010. Semalam aku tidur dipejabat ekoran menjayakan program Inspirational talk yang ke6. 5 daripadanya telah berlalu pada tahun 2009. Ini antara siri talk yang sentiasa diadakan buat pelajar pelajar CFS melihat rempah ratus dalam mengharungi hidup untuk memburu kejayaan. Semalam merupakan sessi pertama bagi tahun 2010 yang telah diberikan oleh Dr Firdaus Ujang..seorang Praktis Dr yang juga merupakan anak didik aku dalam kempulan pembimbing rakan sebaya 2004.

Dr Firdaus Ujang pada asalnya adalah client aku. Seorang yang sangat ambitious dan brilliant. sentiasa menghubungi aku sepanjang pembelajarannya untuk bertukar tukar pendapat dan idea. Seorang anak bongsu dari keluarga yang besar yang baru sahaj kehilangan ayanhanda tercinta. Sempat si ayah mengecapi hasil kejayan anaknnya sebgai seorang Doktor muda. Belaiu kini bertugas di hospital serdang..penamppilan gaya dan pertuturannya masih tidak berubah. tiada langsung kesombongan malah penuh sopan. berjaya betul ibubapa dan adik beradiknya membentu dia sebagai seorang yang bernama Dr Firdaus.

Dari perluahan pengalaman penuh ikhlas beliau menyampaikan tajuk yang aku tugakan kepdannya. dare to take Challenge. itulah tajuknya. Sesuai dengan attitude, pekerjaan dan dirinya, presentationnya cukup kemas, menarik dan factual. dari belakang aku bangga melihat perkembangannya..kalaulah anak anak aku begini satu hari nanti...inyaAllah. moga Allah menganugerahkan sebegitu. Diakhir presentationnya ditunjukan gambarnya bersma ibunya merawat kesedihan hati ibu selepas kehilanagn ayahnya dengan berholiday di LONDON. Bukan semua anak anak zaman sekarang seperti Dr Firdaus...aku meujinya dalam hati. dan dikesempatan itu belaiu berkongsi..ibu bapa kita hanya satu didunia dan akhirat. usahalah terlalu gopoh gapah mencari pasangan hidup hingga tiada haluan dan tujuan bila ditimpa kekecewaan. Ambillah masa mengecapi usaha gigih kita bersama insan yang sedari kita kecil berbakti pada kita malah tidak terbayar dengan apa pun yang kita berikan. Itulah ucapan keramatnya yang mengakhiri presentationnya semlam. ya tepat dengan INSPIRATIONAL purpose yang aku gariskan dalam kertas kerja project. Dia membantuku..selepas satu ketika dulu aku membantunya.

Selepas sessi talk, kami berbincang di meja refreshment sebelum pulang. banyak yang aku highlightkan antara pendedahan yang sangat fresh buat para pelajar yang baru masuk university. Inilah pendedahan yang perlu diberikan agar mereka faham apa itu perjuangan yang berbaloi dicari ketika dimenara gading yang akhirnnya menjadi kenagan paling manis seumur hidup. lantas aku berjanji untuk slot adjustment to campus life dalam programme Counseling awareness..dia bakal dipanggil sekali lagi. Pendiriannya terlalu kemas. Bilau berkongsi bagaimana mendahulukan matlamat hidup itu yang perlu diberikan kepada pelajar pelajar baru..dan HIDUP INI UNTUK BERBAKTI...motto ini perlu dibudayakan..diwar warkan.


Aku akan terus memberi laluan kepada Dr muda ini untuk berkembang. malah aku plan dalam diam diam dia akan menjadi mentor anak anakku. dia seorang yang sangat suka kan kanak kanak. tidak sia sia satu ketika dulu aku mendengar tangisnya dan rintihnnya..hari ini belaiu berdiri sebagai seorang yang berjaya dan sangat berwibawa...sanggup turun padang dan mendalami lembah dan lurah. terimaksaih Firdau..semoga umurmu dipanjangkan..usaha usaha mu sampai ke akhirat. kami berucap selmaat malam dan jaga diri sebelum sama sama bersurai lewat malm semalam.


Pssttt..sebenarnya banyak bekas bekas pelajarku..hebat hebat tapi tidak ramai yang mahu tampil membantu tempat yang telah ditinggalkannya. terimakasih Allah dengan rezeki pertemuan ini...sesungguhnya usaha usaha yang dipermudahkan olehmu terlalu indah untuk dikenang. Alhamdulilah.

Sunday, March 28, 2010

KEJAMMMMMnye aku!!!!


Di awal minggu telah kuumumkan pada anak anak dan semua ahli keluarga minggu ini sabtu sibuk berseminar dan Ahad adalah hari untuk hanya beraktiviti didalam rumah. Membasuh..mencuci..melipat..mengosok..memasak...cuma mengenangkan hujung minggu bolehlah segalanya bermula agak lewat dari kebiasaan hari hari kerja.

Kiranya Ahad ini adalah ahad terakhir bulan March 2010. Aku memulakan hari dengan memberitahu senarai keperluan barang barang dipasar kepada sang hubby ynag lebih dahulu begitu cergas pagi ahad itu kerana rehat dan tidurnnya yang panjang. ya senarai keperluan masakan untuk makan pagi ..tengahri dan malam. Sebelum barang barang pesananku sampai..aku terlebih dahulu bergegas mencuci dapur menyusun atur kembali segala yang lintang pukang dengan gelas dan cawan cawan yag diletakakn anak anak sesuka hati mereka. tidak lebih setengah jam kembalinya pesanan..yesssss sardine roll ku siap untuk menjadi hidanagn makan pagi hujung minggu bersama. dalam aku berkira kira dan bercongak congak agak lama aku tidak memasak gulai ikan tongkol ala ala makan nasi berlauk. Mengingatinya meleh air liurku..hehe

lantas tangan dengan pantas mendailkan nombor emak...merujuk resepi..namapak sangat lamanya tidak ebrgulai..hehe..dan sebelum mak memberitahu dengan terperinci apa yang tidak ditanya..aku cepat cepat memotong...demi menjayakan misi dirumah hari itu...hehe lain kali ya mak!!! dan lepas bercakapd engan mak tiba tiba hati aku TERINGATKAN UMMI..ibu saudaraku.

Aku ada menghubungi Ummi 2 kali pada 2 minggu yang lepas memang kuakui aku agak jarang cuba menghubunginya..bermanja dan bersaul mate seperti selalu...lantas aku mencuba nasib kali ini..kerana ada panggilan RINDU...siapani...jauh bunyi suaranya....angah ni ummi..jawab ku....hehe ohhh anagahhh lamanye angah tak telefon ummi...keciknye hati ummi..kalau anak saudara lain ummi mungkin tidak kisah tapi kalau anagh lama tak teelfon ummi...ummi sangat kecil hati...ohhhhh kesiannya..kenpalah aku mebiarkan hati yang menyayangi aku ini tertunggu tunggu dalam penuh sepi dan keseorangan..KEJAMNYAAAAA AKU!!!! Aku cepat cepat minta maaf dan aku mengaku aku memang bersalah...maaflah ummi..beranya khabar...buatnya..jirannya yangs akit..aktivitinya..dia bertanya khabar aku dan anak anak terutama kakak ( Anak sulungku) memanglah kakak lebih dari mamanya..mantap dan pintar ucapku...dia berkirim salam. Kemana pergi tidak balik usulnya??..sebenarnay balik tapi ada agenda menghiburkan anak saudara...anak anak arwah..baguslah katanya..dan tiba tiba aku menjadi begitu sentimental...kini angah sedar mengapa Alah hanya bagi 3 anak buat angah...anagh perlu kasihi 3 anak saudara yang Alalh akan yatimkan. dan anagh merasai..bagaimana sucinya kasih ibu saudar pada nak saudaranya..anagh merasai bagaimana kasih ummi pada anagh...bETULAH tu sayang katanya..aku menangis dan ummi menagis..kami sebenarnya berjanji tidak mahu menangis.

Sesungguhnya aku tidak boleh merubah kenyataan yang telah tertulis buat diri ini..INSAn pertama yang meyelam dan menyentuh hati aku..yang begitu banyak mebenttuk aku menjadi pendengar yang baik ialah INSAn ini yang ku panggil UMMi..dia mempercayai aku disaat org lain tidak namapak apa yang ada pada aku. dia memasanga harapan masa depan padaku kerana dia yakin dengan kelebihan aku disaat tiada insan lain yang memeperlihatkan kelebihan itu. Dia sentiasa menyokong keputusan dalam setiap langkahku..susah dan walangku...dia sering menyapu airmataku...temmpatnya terlalu istimewa disudut hati ini. Cuma aku tidak mahu mengaku pada kenyataan kekadang aku lebih merinduinya dari emak sendiri. CUMA satu yang dihalangnya..PERKAHWINANku dulu...seakan dia merasai apa yang bakal aku lalui..kata orang kalau hati kita sebati..kita ada hubungan telepathy...

Aku memang KEJAM...meninggalkan dia seorang diri sepi dihujung kampung sana..cuma adik rashidy yang sellau pulang ..tetapi dia mengakui padaku TIDAK SAMA dengan aku adikku itu...memang aku akui..aku lebih memahaminya dan menaganinya....apa cakapku pujukku pasti diturutinya....Kesian dia..mengisi hari hari tuanya sendirian dengan mengenagkan aku..terdengar dengar bicaraku yang melembutkan hatinya...semlm akus eolah tidak boleh memaafkan diriku bila mendengar tangisnya dicorong telefon...MAAFKAN AKU UMMI!!! aku manusia biasa kesibukan dan keasyikanku pada kes kes sekeliling mengalpakan aku pada kasih sayang mu masaku buat mu....namun hati ini tidak eprnah berubah..kenyataan dihati ini tidak pernah bertukar ..sedari dulu Ummilah penghuninya...bicara hati kita serupa...harapan kita sama...lamunan kita sehaluan...corak gasgasan kita berpadu....aku sebghagian hasil didikanmu ummi..itulah hakikatnya!!!!. Minggud epan aku berjanji untuk menghubunginya bersama kakak...dia ingin tahu perkembangan sekolah kakak..ingin mendengar suara manja kakak...

MAAFKAN aku....padahal menghubunginya begitu menenangkan...kesibukan terkadang seakan hasutan kedegilan...arghhhh aku perlu beringat hati insan ini janagan sesekali dikecewakan..mungkin bukanlah panjang sangat waktu yang ada untuk aku menghiburkannya....kejarilah waktu itu selagi ada....Sayang Ummi...

lagi sebuah kisah...KERANA CINTA...


sabtu yang dirancang begitu ditunggu tunggu. Aku amat memahami bila seorang kawan lama mencari dan terus 'book' aku untuk acara bersamanya seharian mesti ada sesuatu yang berbuku dihatinya untuk dikongsi. Sekilas ikan dilaut sudah aku pasti ikan jenis apakah itu kerana aku sentiasa bersifat 'available' untuk yang sangat memerlukan kehadiranku terutama dikalangan kawan kawan dan kaum keluarga..dan bersamanya menjadikan hati aku puas dan tenang setenangnya...NIKMATnya hidup ini!!!!

kami menuju ke Seminar Marriage dan seksualities di USIM...Sesuatu yang agak baru dan BERANI buat pelajar Universiti dan USIM memulakannya. kami mengambil kesempatan bersama berdua sepanjang seminar bercerita berbisik bertulis tulis tentang apa dan mengapa dan sesekali melayan point point penting pembentangan kertas kerja diseminar tersebut. sekali lagi kesimpulannya yang mampu aku buat....KERANA CINTA yang tidak berbelah bagi..Kerana CINTA ynag terlalu tinggi percentagenya..lantas ujian yang datang seakan gegaran gempa bumi yang dahsyat baginya.

Pergerakan phase hidup..ada gerakan tersendiri...bagaimana dihadapai oleh semua orang dengan cara dan cerita yang berbeza tinggal lagi adakan rezeki jodoh itu masih ada...berapa lamakah seseorang itu mengambil masa untuk mengubat luka dihati...bergerak kedepan untuk menjadi seorang yang lain bagi menjabaw sahutan angin perubahan yang perlu dilakukan. dari masa kesemasa kita memang perlu berubah..berubah untuk kebaikan bersama ..berubah untuk saling memberi ruang antara satu sama lain. definasi Cinta semasa muda belia dan semasa kita sudah beranak 4 juga berubah...kerana kita dalah sebuah micro oragnismic process...berkembang kearah keperluan dan situasi serta tekanan tekanan sekeliling.

Mendengar luahan sahabatku itu...aku memahami bagaimana bila hati seorang wanita terisi dengan CINTA. Aku memahami bagaimana indah rasa dicintai dan dihargai. Aku mengerti bagaimana besarnnya sebuah rasa dihati temanku ini bila CINTA suci yang disandarkan pada Allah Taala itu berakhir kejinjang pelamin dan teguh dikurniakan penyeri penyeri hati yang sangat mankjubkan. semua itu bukan sedikit pengorbanan dilakukannnya demi memelihara sebuah CINTA...kalau dihari pertama bertemu jejaka idaman hati ibarat segunung debaran..begitulah pada hari sebelum hati kecilnya telah DILUKAI...hati yang penuh CINTA itu ditatang ..dijagai..dibajai..kerana yakin..aset utama kebahgiaan sudah dimiliki untuk memestikan mahligai bakal mencapai bahagia.

Bila aku merenung matannya...bila aku menatap raut wajahnnya...bila aku mendengar hembusan nafas yang laju dari hati yang sekian lama ditahankan sakitnya..selain penceritaannnya..selain titis airmatanya...ku lihat matannya merenung jauh mungkin melihat jatuhnya percentage kepercayaan yangs ekian lama terbina. Aku akui pengalamannya BENAR..suara hatinnya Benar..kekecewaannya BENAR...BEANR BELAKA...Dia meminta padaku sebagai sahabatnnya..bagaimana ingin menjadi sekuat aku...KUATKAH aku??tanyaku balik...aku cuma ada hati ini berserah pada Allah...apa yang diliahat hari ini pada keceriaan wajahku...tulus bicara dan kelancaran lidahku..penampilan penuh yakin dari tu...ini semua bukanlah sesuatu yang diperolehid engan seminggu menangis...seminggu berbincang...seminggu merintih...TIDAK!!! semmuanya bertempoh tapi positiflah pada diri..pro aktiflah pada tindakan...banyakkan bersabar...kuatkan penyerahan ikhlaskan niat...kukuhkan pegangan.

Apa pun cerita yang aku dengar....terkadang ibarat gerimis padaku...atau lahar gunung berapi yang meletus...aku masih rasa getar luka yang pernah aku alami sendiri membantu proses empati pada mereka. Aku masih menyeka airmata sendiri pada cerita cerita mereka..masih TERASA SAKITnya dan...aku menyeka airmata mereka sambil berkata..Sudah tiba masannya Allah memilih kita..merasa disuatua ketika yang kita hanya ada Allah untuk bermohon ditolong dan dikasihani. Solat penuh bercucuran airmata kerana merasa malu silapnnya kita terlebih dalam meletakkan kasih sesama manusia dan hampir terlupa walau hebat macamana pun insan yang kita puja itu..walau setinggi mana pun KECINTAAnnya pada kita...dia juga bisa menyakiti hati kita sendiri.

Hidup ini adalah PERJALANAN...peluang melalui perjalaanan yang panjang adalah satu nikmat menimba ilmu rahsia Allah lebih banyak. Mungkin dalam suka kita agak terlupa atau kehadiran ekkuasaan Allah itu tidak cukup jitu dihati berbanding bila kita kecewa. Bila hati terlalu sakit dan kecewa bagaimana kita mebaiki diri dengan memberi MAAF...belajar mempercayai dan membina kepercayaan yang telah hancur. Kita tidak mampu melakukannya tanpa PERCAYA bahawa Alah telah mengatur yang lebih baik tanpa kita sedari. Usahlah terus terusan menunding dan mencari salah orang lain..kelak tidak banyak yang kita renungi buat diri sendiri..sesekali terjatuh sebenarnnya Alalh memperlihatkan kita dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung...Alah menyedarkan kita dari igauan yang panjang dalam mimpi disiang hari. Sifatnya terlalu sementara...tugas kita yang lebih besar ialah membaiki diri..meingkatkan ketaqwaan..mengtarbiyahkan insan insan disekeling kita bersama sama kerana hidup ini terlalu SINGKAT!!...penuhilah dengan nikmat dan kesyukuran bukan tangisan yang panjang penuh dendam yang tidak membawa kita kemana mana akhirnya...

KALAU kita percaya...percaya pada semua itu ada kebaikannya..SENYUMLAH..TRAIKLAH NAFAS PANJANG PANJANG...maafkan diri sendiri...teruslah melangah dengan doa yang tidak pernah putus...TUHANKU AWASILAH GERAK GERIKU...AMIN!!!!!!

Tuesday, March 23, 2010

Siapalah KITA??..kita hanya INSAN biasa...


hari ini memang hari yang banyak buah fikiran dan idea hanya kerana hari ini banyak pertemuan dengan yang bernama INSAn disekeling kerja ..kehidupan ku dipejabat. Biasa nya akhir akhir ini aku hnaya merenung buku..pc..kertas putih mengarap idea memerah otak mencari apa yang perlu dilakarkan pada kertas sebelum dibentangkan pada BOS..Orang seperti aku...membiarkan diri keseorangan terlalu lama boleh MEMBUNUH !!! kebuntuan akan cepat berlaku pada diri ini hanya kerana aku amat faham aku seorang ynag bercirikan S..SOSIAL.

dan mendepani satu kes yang amat berat hari ini..memberikan aku satu pemusatan fikiran yang sangat mendalam. Aku turut menitis air mata. Aku diminta untuk menjadi kaunselor..pendengar yang setia..beretika..BIAR PECAH DIPERUT Jangan sesekali DIMULUT..tetapi aku memberithaunya..aku tawarkan diri sebagai adik yang sangat meynayangi kakaknya...adik yang tidak ingin melihat kakkanya seorang diri b berendam air mata..BIARLAH kakak memiliki seseorang yang sanggup mendengar luahan apa saja tanpa sebarang judgemental..tanpa sebarang kritikan..tanpa sedikit pun mebandingkan dirinya dengan insan insan lain yang sellau ditemuinya. Sekalii lagi aku menerima nugerah kepercayaan daro orang yang tahu menilai sebuah harga memberi kepercayaan. dan dengan tangan terbuka..dengan hati yang tulus ikhlas..dengan kasih yangs ekian lama terbina dan dengan harapan serta kepercyaan pada Allah sentiasa positif buat makhluknnya..kusambut tangan insan yang terkapar kapar kelemasan itu hanya kerana kami sama sama INSAN BIASA.

Selagi hidup..selagi itulah ujian datang menimpa silih berganti...Allah ciptakan air mata..Allah juga ciptakan Helai ketawa..kedua duannya datang dari hati yang sama. mAha kaya Allah yang menghidupkan kita dan mengakhiri segalanya. Meminjamkan waktu buat dia seorang INSAn padaku bukanlah besar pengorbanannnya..tetapi aku mendapat lebih dari mebaca 5 buah buku serentak..penuh dan puas hati ini dengan apa yang aku lihat dari mata hati terhadap nilai kehidupan yang telah ALlah ciptakan sejak Azali.

Terkadang...orang yang kita BENCi bleh bertukar menjadi sayang..dan orang yang kita sayang boleh mendatangkan persaan BENCI yang kita sendiri tidak pernah mengalaminya. CINTA terlalu indah untuk dinikmati..menyebutnnya juga terlalu puitis pada perasaan. Cinta terlalu halus keberkesanan datang dari hati dan pemiliknya semestinya ikhlas. tapi bukan semua tahu menghargai CINTA ..memilihara Cinta..dan banyak kenytaan yang datang dari manusia yang GAGAl bercinta mengakui CINTA sejati hanya MILIK KEKAL Allah sahaja. usah meletak cinta sesama insan terlalu tinggi kerana kitas emua INSAN BIASA..tidak mampu memiliki segala kesempurnaan untuk meiliki sepenuhnya CINTA. Untuk memiliki Cinta jugalah manusia sering terlupa..terbabas..terperdaya. bila ada CINTA..manusia tidak ingin memilihara..cepat jemu...tidak lagi interesting..ada kadar muak dan jelak...akhirnnya CINTA TERBIAR begitu saja.

Antara wanita dengan lelaki, wanita lebih halus perasaannya. Lebih lemah sifat emosinnya..lebih memerlukan CINTA dan lebih cenderung ikhlas dalam bercinta. dan banyak kes yang saya dengar CINTA dikhianati lelaki. CINTA yang telah direstui tuhan dan dua ibubapa..cinta yang telah dipagari dengan ikatan perkahwinan..ttiba tiba menjadi BOM yang menghancurkan perkahwinan itu sendiri. MAha kaya tuhan ..betapa lemahnya manusia ..betapa jauhnnya kita dari nilai kesempurnaan..SEMPURNA itu hanyalah dari Alalh...janganlah berhenti meminta...janganlah berhenti berharap..kalau Cinta datang dari Allah...teruslah mohon keberkatannya dari Allah ..kerana Allah yang memahami keseluruhan ujian yang didatanginya. Dia yang lebih mengethaui...kita diduga pelbagai cara hanya untuk menemukan kita dengan KEBESARANNYA..KITA HANYA INSAN BIASA...rahsia allah terlalu besar dan dalam maksudnnya

Monday, March 22, 2010

Syukurilah NIKMAT...



Mungkin hari ini....

Mungkin hari ini...kita ketawa dikelilingi kawan kawan
Disana ada insan yang menangis pilu keseorangan....
Mungkin hari ini kita bangga mengengam gaji sebulan...
Disana ada insan yang masih tiada pekerjaan dan kabur tentan keewangan...
Mungkin hari ini...kita seronok bercerita dengan ibubapa kita...
Disana hari ini..ada insan yang meratapi pemergian keduanya...
Mungkin hari ini..terlalu berselera kita makan...
Disana hari ini..ada insan yang terpaksa menelan maknan basi dari terus kebulur
Mungkin hari ini..kita terlalu berharap sesuatu..
Dasana ada insan yang sudah lupa pada sebuah harapan
Mungkin hari ini kita terlalu memilih sesuatu...
Disana ada insan ynag tidak ada langsung pilihan dan kehidupan
Mungkin hari ini..kita terllau letih melyan kerenah anak anak..
Disana ada orang yang saban tahun meratap minta dikurniakan anak...
Mungkin hari ini kita bangga dengan rumah besar dan kereta mewah...
Disana ada insan yang tidur daklam kesejukan dan sudah terllau letih berjalan kaki..
Mungkin hari ini kita mencari cari banyak peluang...
Disana hari ini ada insan yang langsung tidak berpeluang...
Mungkin hari ini kita bangga duduk dikerusi empuk dan pejabat berhawa dingin...
Disana hari ini..ada insan yang bekerja dibawah terik panas mentari dalam kesakitan..


Syukurilah apa yang kita Ada...gandakanlah nikmat dengan BERKONGSI dengan mereka yang terdekat dengan kita...KETENANGAN dan BARAKAH pasti akan datang sendiri!!!!

Masih Ada CEMBURU...


Salam mesra dan kasih sayang buat yang masih setia membaca perkongsian saya ini. Semalam banayak idea mencurah curah tetapi masa terlalu tidak mencukupi untuk berdepan dengan screen kecil ini dirumah. Pagi ini cipta suatu kelainan dari hari hari sebelumnnya bila berkumpul breakfast bersama beberapa kwn kwn yang agak lama tidak bersua...hingga kehairanan mereka...MANA pergi kak Za ni...hehe. Sesuatu yang sihat bila kita merubah rubah pengissian sehari hari bagi insan seperti aku yang terllau against dengan ROUTINE!!!. banyak kisah didengari...rasa agak ketinggalan dan mereka berkongsi dengan bangganya..hehe..permulaan hari yang indah bila senyum ketawa mengekek ngeke dengan mereka dengan lawak lawak yang bersahaja. tapi tidak boleh selalu..itu bukan budayaku berlama lama di meja makan waktu pagi hari waktu pejabat.SESEKALI SERONOK LE!!

Masuk pejabat selesai mengirimkan beberapa email penting, tangan terus mendail no no telefon yang perlu dihungi atas urusan kerja dan pertolongan. Masih banyak yang perlu bertangguh esok lantaran tidak boleh mengatur pertemuan segera hari ini. Tiba tiba hati teringat sesuatu yang perlu di perjealskan dan tidak tertunda didalam hati...lantas tangan dengan cepat mendail no HUBBY...dia masih belum memulakan acara sibuknya untuk hari ini. Can I say something??..soalan ku sebelum aku meneruskan...lucu bunyinnya...hehe..Lalu aku meluahkan ada sesuatu berbekas dihati dari tinjiauanku di Facebooknya yang dibuka didepan aku malam tadi. Ada seorang perempuan single berlatarbelakangkan artis yang baru lepas berpisah tiba tiba add dia di facebook. Aku terlihat senyum banggannya..dan perempuan itu bukanlah seorang yang ramai kenalan disitu selain rakan artisnya sahaja. Kosentrasi aku tergangu seketika...ada satu rasa ingin tahu dan tahu sia dia ...kenapa..untuk apa..walau pun aku tahu social networking bukanlah suatu yang pelik untuk memulakan perkenalan tetapi aku cukup masak social networking juga boleh memulakan CINTA yang luar biasa...

balik dirumah...aku terperasan hubbyku memnagiil anak saudaraku Ana dengan panggilan yang lembut berbanding peanggilannya pada aku..Za yang kudengari sebagai pangillan biasa...Aku tidur dan cuba melupakan sesuatu yang ebrmain dihati...tetapi pagi ini..sebelum aku memulakan tugas sebagai pendengar setia cerita cerita duka oranglain...aku perlu mengeluarkan keraguan dan KEBODOHAn yang mengambil tempat dihatiku. ALlu aku bercerita pada suami ku...aku mengaku tanpa rasa malu..mengapa hati saya tersentuh dengan keadaan ini...tapi dalam kawalan dan saya nak you tahu...hahahaha ..ketawaku...

dia lantas menjawab..tak ada apa apa lah...you yang perasan begitu...semua itu buat aku tercemburu atau cemburu yang masih bersisa dalam hati ini yang memandang dengan sentuhan hati pada perkara perkara itu...hahahahaha balasku lagi pada jawapan selamba suamiku...dan SEBENARnya aku ingin mengaku padannya...AKU MASIH CEMBURU..MASIH walau tidak sekuat dulu...kalau orang kata cemburu tanda sayang...mungkinlah!!! dan pagi ini aku mendengar dia ketawa seronok dengan pengakuan AKU CEMBURU...sekian lama aku buat dia cemburu dan terus cemburu dan aku tidak kisah dan langsung tidak mahu ambil tahu...dengan siap..buat apa..bagaimana..sehinggalah akhir akhir ini suasana agak bertukar. dan semalam juga dia bertanya tentang sahabat TEMAN tapi MESRAku itu..apa kisahnya...dan dengan ikhlas aku mengaku kami masih berkawan...bercerita..dan dia mendapat tawaran kerja di BANGKOK malangnya jadual penerbangannya yang akan singah diKL di waktu aku sudah berada di LONDON. kami berpijak realiti dan saya berdiri sebagai seorang yang ingin membantu...dan aku lihat dimatanya sudah tiada cemburu...Tiada cemburu kerana dia yakin insan didepannya ini adalah seorang yang sanggup menempuh papa saja bersama untuk waktu waktu seterusnya...kalau tsunami telah berlalu ...gerimis mengundang hanya sekadar mainan dan ulam kasih sayang...


Aku hampir tidak percaya CEMBURU ini masih ada. adn dari kejauhan aku senyum sendirian...benarlah kalau JODOH tidak kemana..kasih dan sayang walau bagaimana bentuknya...ianya datang dari Allah dan dengan takdirnnya juga suatu hari ianya akan berlalu pergi begitu sahaja...SYUKURILAH sebahagian nikmat dari Allah itu terllau bESAR maknannya buat hidup kita!!!!

Aku akan terus CEMBURU...arghhhhhhhh...hehe

Tiada rasa...Tiada Apa apa..KOSONG SEKOSONGNYA..


Salam buat semua yang setia membaca coretan demi coretan disini. Hari ini hari pertama bekerja setelah beberapa hari bercuti sempena cuti sekolah membahagiakan anak anak dan anak anak saudara. Ya letih tidak terkira tiba tiba melantik diri sendiri menjadi ibu kepada 8 orang kanak kanak disubah bilik ynag agak sempit hehe Batu Buruk Beach Resort.

Perasaan hari ini pelik dan ajaib sungguh untuk seumur hidup ini. Tidak pernah aku rasa KOSONG SEKOSONGNYA. Tiada rasa gembira...tiada rasa sedih..tiada rasa ceria..tiada rasa berharap..tiada rasa terkejar kejar...tiada rasa sempurna...Langsung tiada. rasa diri ini seperti ROBOT. tangan mengapai pen..mencapai kertas. walau melintas sebuah beg tangan yang sangat cantik dan mampu dibeli...hati tidak merasa apa apa...walau baru terima hadiah kedua..cermin mata baru yang mahal..todak berharap apa apa..cuma ingin terus menatap screen kecil ini dengan lebih mudah. Tiada rasa rindu...tiada rasa teringin...suasa begitu HAMBAR SEKALI.

APAKAH ini proses pengeluaran duka dan cerita sedih yang perngah bersarang dilubuk hati ini. Apakah ini hasil bila kemaafan telah menjadi sebati dalam diri...???..entah lah. Sepintas lalu ada sebuah fikiran..alangkah indahnnya hidup ini kalau kita dapat melakukan sesuatau yang kita terlalu ingin dilakukan. hati...kekadang tidak megenali sempadan..mana baik dan mana buruk...hati lebih mengenali seronok dan keselesaan. tapi Akal menghalang...walau baik macam mana sekali pun tujuan kalau caranya salah..tetap SALAH..dan PATUT DIJAUHI!!!. ternyata kita bukan Malaikat. Hati dan persaan kita berperang sesama sendiri...pada waktu waktu tertentu.

Solat Zuhur lebih awal aku tunaikan dari biasa...semasa sujud aku teringat tafsiran doa yang ditulis Azza isteri Dwen di Facebook...Ya Allah tolonglah aku..kesihanilah aku..murahkan rezekiku..peliharalah aku..selamatkanlah aku..sihatkan aku...Aminnn. YA..semenjad dari hati tersentuh membaca doa itu...lekat dihati ini llau disetiap sujud sembahyang zuhurku klai ini...itulah doa yang beralun menjadi bisikan halus permohonanku pada Allah dikala aku berSUJUD.

SAtu Kejayaan yang aku perasan...AKU SUDAH BERJAYA MEMADAMKAN TERUS RASA MARAH DIDALAM DIRI...terus..aku mejadis eorang yangs angat sempoi dan longlai...accept everything..no standard will be imposed to anybody around me...heheCeritalah apas aja..terjadilah apa saja...tunjuklah apas aja..semua mereka memiliki ruang sendiri yang perlu dilihat dari sudut yang positive...lebih senag lebih mudah BILA MARAH DAN STANDARD SUDAH DIUSIR.

Semalaman agak panjang masa aku menonton Sessi 6 Desperate Housewife...Aku gemarkan kepelbagaian aktiviti..aku gemar seklai bebertemu dengan pelbagai manusia....setiap mereka istimewa..setiap mereka ada cerita tersendiri yang dinamakan PERJALANAN HIDUP. dan hingga ke tulisan ini...baru aku mengerti erti rasa kosong ini...kosong ruang lama untuk diisi dengan pengisian baru..menjadi nafas yang bakal sebatid engan ruhku...semoga Allah sentiasa dihati menemani..meberi petunjuk..memperlihatkan sesuatu yang terkadang diluar jangkauan Akal dan formula...MAHA KAYA ALLAH...aku ingin tersu berbisik didalam setiap sujudku padamu....Alhamdulilah!!!!

Tuesday, March 9, 2010

Senafas bahagia........


Tabir March 2010 terbuka tanpa terduga terlalu indah warnanya. Tidak pernah terlintas difikiran...tidak pernah tergarap pada perasaan dan harapan...sebuah persilisihan faham dan saling tuduh menuduh bertukar menjadi ruang yang lebih memberi saling faham memahami.

Setiap yang terfikir dan teragak seolah olah ada kebenaranya. Apakah inilah peranan suara hati. Persoalan sering diutarakan wlau jawapan yang diberi sering menambah musykil yang timbul. Benarlah...kita tidak rugi apa apa kalau bersabar. kiat tidak akan menyesal kalau kita merasai kebenaran dan memeperlihatkan ketulusan. Akhirnya segalannya hanayalah bagai kabus ditengah hari. matahari memancar terang...kabus pun hilang dari pengelihatan, terlihatlah kebenaran dan keperluan.

Bicara hati dan perasaan bukanlah sesuatu yang boleh direka cipta. Bukanlah sesuatau yang bolah diada adakan. walau dimana kita berada ..walau dengan siapa jua meskipun seorang anak kecil yang tidak tahu apa apa...perkayakan bahasa kasih sayang...berhubunglah dengan perasaan luhur dan jujur. segala keluhuran itu datangnnya dari hati dan hanya diterimai dan diresapi oleh hati juga. secara tidak langsung perhubungan akan menjadi dari hati ke hati dan terus kuat dan tegap mengundang kepercayaan dan keyakinan yang lebih mantap. datang lh gelora...datanglah ribut taufan dan salji sekali pun...bila aman asas ini terbina....persahabatan dan hubungan akan terus kekal selama lamanya.

Seawal 3 March...aku mendengar pengakuan aku menerima hakikat ada sebuah keterikatan hati yang telah berlaku. hati yang mengenali rasa sebuah sempurnannya jujur dan nikmatnya benar. hati yang penuh rasa kasih dan ingin terus memberi kasih...hati yang belajar dari minda hakikat perpisahan dan pertemuan sebagai suatu percaturan tuhan. Hampir aku menangis didalam hati....sekecil kecil peranan ikhlas dipraktikkan..sebesar besar pengajaran diterima oleh seseorang yang banyak merenung. Benarlah setiap pertemuan ada makna tersendiri...ada rahsia yang tersirat disebalik suak duka yang tersurat. hati ini begitu tenang dan tenteram.

Episod perkongsian bakal terus diteruskan...sungguh manis erti sebuah perkongsian. Sebuah kegembiran menjadi berganda dan sebuah kesediahan diagih agihkan. Sesiapa pun bisa menjadi kuat bila hati hati bersatu....bersatu demi melihat hakikat dan kebenaran sebuah kehidupan.

Semoga hari hari seterusnya akan terus menapak peluang...peluang untuk berkongsi..peluang untuk mebantu..peluang untuk melaihat insan lain mengunakan peluang yang ada...hidup ini penuh dengan peluang dan kemanisannnya bila hati dan minda kita POSITIVE!!!! bahagia pasti datang sendiri akhirnya.....

Sunday, March 7, 2010

Manisnya perkongsian.....



"Ummi tak payah beranak banyak...tiga cukuplah...nanti ummi tak ada peluang nak jaga kami anak anak saudara ummi!!!" Aku masih teringat inilah kata kata Ana anak saudaraku bila aku selamat melahirkan anak sulungku 12 tahun yang lalu. Ana satu satunya anak saudara pertama yang sering aku berimpian yang tinggi terhadapnya.Mungkin betul kata kata Ana kalau aku ramai anak sendiri...mana sempat aku hiraukan keperluan dan kepentingan anak saudaraku lagi.

Pagi ini...smsnya cukup menyentuh hati..." terimakasih ummi kerana amat memahami...ana tidak ada sesiapa lagi yang boleh berkongsi susah senang...ummilah tempat ana mengadu menghilangkan rasa sedih dihati". Sms ini cukup meberitahu aku...kesabaranku menyelami perasaannya..kelukaannya..pemikirannya..kini sudah menampakkan hasil. Bila kefahaman berada ditahap yang betul...reaksi spontan yang ikhlas dari hati bisa menyejukkan hati yang sedang memerlukan. Aku berani menagatkan Ana anak saudara seorang yangs angat cantik...lirik matannya..senyum berlesung pipitnya...liuk tubuh badannya...kelakar bersahajannya...CUKUP Sempurna!!!. Sedari kecil aku perasaan anak kecil ini pasti amat cantik satu hari nanti. Mungkin kombinasi mamak look dari bekas Abang iparku dan wajah melayu asli kakakku. Apapun kecantikan itu juga anugerah tuhan kepada hambanya.

Bukan setakat hari ini aku mendengar keluh resahnya. Aku pernah memanjat tangga sekolahnnya bertemu empat mata dengan guru kaunselingnya. Aku tidak segan silu bila air mataku berlinangan tanpa henti didepan guru kaunselingnya...kami berbincang untuk lebih memhaami...untuk sama sama mengambil jalan yang terbaik menyokong keperluan seorang insan yang bernama Ana. Biasalah...bila ibubapa bukan lagi pemberi ketenangan...bukan lagi pemberi kebahgiaan...bukan lagi tempat yang senang untuk mengadu segala kemelut kehidupan seharian seorang remaja...maka kawan kawan senasib menjadi kelompok rakan yangs angat akrab dan saling pengaruh mempengaruhi bagi mencapai hasrat bersama untuk merasa bahagia walau dengan jalan yang sangat singkat.

Sejuk hati ku melihat Ana seketika kembali dari rumah perlindungan remaja. dan hasratnnya berkobar kobar untuk berbakti kepada orang tuanya. namun tidak sampai setahun, Ana sudah kemabli menjadi Ana yang mengelak untuk bermesra dan bercerita malah menjadi terlalu perahsia dan penuh prejudice. Hingga aku tergamam bila keputusannya untuk berkahwin dan kedua ibubapaku dibelakangkannya. Aku melihat bagaimana terlukanya hati seorang atuk dan nenek yang sedari kecil megendung dan mengusung bayi bernama Ana ini. Tapi aku bersyukur kedua orang tua ini tidak pernah berubah hati yang penuh kasih sayang yang ada pada mereka. Ana kembali sebagai isteri orang dan meberikan kami seorang lagi cahaya kasih baru..Afifah Irdina. Aku gengkel pada mulanya untuk mendakap Afifah walau puas kulawan rasa hati ini. Puas aku memujuk hati ini...bayi ini tidak bersalah.

Dalam seribu kesempitan dan kekusutan kehidupan mereka yang aku dengar, hinggalah pada suatu petang berita tergempar itu aku terima dengan linagan air mata...apalah nasibmu anak saudaraku Ana...walau segunung rasa aksih sayang ini buatmu...kau tetap melaui ujian getir yang telah dijanjikan Allah buatmu. Aku meliahat reaksi orang lain...tidak ada seorang pun yang menghulurak tangan kepadanya. Menyokong keperluannya kehidupan pincangnya...dan aku dengan nekad dihati lantas kuhulurkan tangan padanya untuk menampung berdirinnya dia dengan sendiri walau takdirnnya untuk selama lamanya. Semuannya ini kerana aku sangat mengasihi Ana...dia adalah darah daging ku juga...dia berada didalam kedaan yang sangat memerlukan seseorang dan sokongan. "Ana hidup perlu diteruskan...marilah hidup dengan Ummi sayang!! Ana perlu bekerja besarkan baby sendiri...ummi tidak perlukan apa apa dari Ana...cukuplah kalau Ana terus berdiri untuk meberi kehidupan yang tidak ada kurang kepada takdir hidup anak Ana..Affifah Irdina" itulah rayanku pada Ana agar dia tinggal denganku di Petaling Jaya ini sambil mencari makna sebuah kehidupan.

Benarlah...berilaha kasih pada yang memrlukan..berilah perhatian pada yang terdesak..berilah sokongan pada yang hampir jatuh..berilah peluang pada yang mencarinya...berlah sedikit cahaya pada mereka yang berada dalam kegelapan agar bisa menyuluh jalan yang perlu dilaluinya. Kini hampir sebulan Ana tinggal bersamaku. Akmi sering ebrbual sebelum tidur...buat kerja bersama ..bersantai bersama...segaalnya bukan rahsia lagi..aku amat memahami apa yangs edang dilaui Ana..dan aku amat memahami kerekter sebenarnya Ana...dalam diam diam..Ana juga menjadi penghiburku...apa yang aku makan pasti dia juga akan makan walau agak lewat. Apa yang aku pakai...dia boleh memakainya...apa yang aku nikmati...dia turut sama menikmatinya. Aku ingin terus meyapu mutiara dimata nya...memeluknya kemas memberi harapan...mendengar cerita dari jalan cerita yang terlalu asing bagiku...dia tidak akan keseorangan lagi...walau tawa dan tangis ..kita akan kongsi bersama. Tiada yang lebih bahagia bagi hati ini selaian melaihat Ana mampu mengenepikan sedikit kesedihaan dihatinnya dan terus tersenyum bahagia memberikan bahgia kepada anaknnya Afifah Irdina....kasih ibu...sengsara ibu..keluh rsah ibu...anaklah penawarnnya. Ahti aku tersentuh melihat kemesraan dua beranak ini dan aku memahami setiap detik berjauhan yang dilaluinya biarlah kuisi dengan tawa senda kami anak beranak....semoga dirasakannya masa begitu pantas bergerak untuk menemui anaknnya kembali.....

Semoga Allah membantumu Ana...kerana dialah yang lebh mengetahui...kita sama sama berserah kepadanya....Selamat berjuang sayangku!!!! disetiap perjalanan yang pahit ada kemanisan yang menanti dihujung sana...percayalah!!!!!

Monday, March 1, 2010

Semarak February 2010....March 2010 terus diterokai..



Serasa February terlalu pantas berlalu. Kini February 2010 telah aku tinggalkan dan bertandan dibulan March pada hari kedua. Terlalu banyak peristiwa...tapi terlalu ketiadaan masa untuk mencoretkan bait demi bait diruangan dambaan hati ini. February yang pantas penuh cerita gembira...penuh keyakinan..penuh kenangan manis. Mungkin February terlalu indah ini hanya kali ini aku melaluinya...ajal boleh datang secara tiba tiba dan bila bila masa sahaja.

Awal february yang meberi kesan positif bagi diriku bila perpindahan pejabat berlaku dan diteruskan dengan meeting department yang pertama. Meeting yang mengambarkan padaku bagaimana membina target yang paling selamat bersesuaian kehendak ketua jabatan. Meeting ynag menyuntik kesungguhan...menampakan langkah langkah kerjasama dan saling memahami kesulitan antara satu sama lain. Meeting yang semakin menjadikan aku cukup menghormati ketuaku Pn Khairani dan cukup menyenangi rakan seperjuanganku Bro Najah. Awal february juga, mewah dengan undangan makan malam yang beriya iya dari sang suami ...sebagai meyambut hari kelahirannya yang ke 39. Selamat hari jadi abang!!! Happy birthday ayah!!!ucapan yang lahir dari setiap kami seisi rumah. Seterusnnya tanpa perancangan awal, kami meraikan kali kedua dengan nana di Damai Laut tanjung Karang berhampiran sekolah Nana. Tiada yang lebih bahagia melihat anak anak tersenyum puas...bangga..penuh ceria meraikan kasih sayang bersama ayah mereka.

Walau kesihatan agak merumitkan, namun hidup perlu diteruskan dengan senyuman. walau dalam hati masih terbayang lakaran lakaran hitam...mata terus memberi sinar berharap pada sebuah impian. Pertengahan February, hari yang ditunggu seisi keluarga besar pak Mat Ali dan Tengku Aini...berlangsungnnya malis perkahwinan adik bongsuku Asmirda dengan pasangannya Mohd Radzi dalam suasana yang sungguh sederhana. Tiada yang lebih meriah...bila bertemu seisi keluarga jauh dan dekat. Mendekatkan yang jauh...memesrakan yang dekat...sebati ikatan kasih kekeluargaan dan jiran jiran. Semoga rumahtangga dibina kekal abadi walau perlu mengharungi ombak dan tsunami kasih sekalipun. Kenangan ketika inilah...Alya Azman sentiasa didukunganku...penuh mesra ..penuh kasih sayang. Kerinduan hati terus mengamitku untk megembirakan mereka. sabarlah sayang!!!!!.

21 Februaray 2010 Anniversary kembali lagi. Inilah tarikh keramat yang semakin jauh dari ingatan. Mengingatinya seolah bergegar rasa hati...masihkah berkeramat tarikh ini. Kalau ikutan jangkaan waktu dan masa inilah tarikh terakhir untuk merenung...mencari kepastian..apakah cinta...kasih...sayang dan perjanjian bisa berakhir. Sesungguhnya kita hanya mampu meneka..merasa..yang lebih menentukan segalanya...memiliki kekuasaan atas setiap keajaiabn dlm kehidupan ciptaannya ini hanyalah Allah Taala. Dengan takdirmu Allah...sedang aku menciumi bau wangi kasturi dengan hati berbunga nyamana saban hari...pada tarikh ini kau mmeperlihatkan aku ketulusan hati seorang yang bernama suami. Menyedari kesilapan lampaunya dan memperjuangkan kesungguhannya untuk terus berada disisi kami kerana baginya inilah kebahgiaan buatnya yang dititipkan olehmu...Alhamdulilah. Mengigil aku melihat set barangan emas putih yang dipilihnnya...mengigil aku bila mendengar kata katanya kalaulah lebih mahal harga rayuan kembali hati ..cinta dan kasih ini pasti dibelinya...ucapnya...aku hampir menitis airmata sambil melurut penuh taajub barangan yang kuidamkan selama ini..akhirnya dipenuhi sang suami yang bersungguh sungguh untuk menebus kesalahannya. Terimkasih abang!!! sebenarnnya bukanlah intan dan permata tukaran hati ini sedari dulu. Cukup kalaulah hidup ini tanpa memuji dan dicintai selagi ianya tidak dikhianati dan didustai. Aku melihat dan merasai manisnya sebuah keajaiban yang terjadi dan aku berada diawang awangan dengan izinmu Allah. janji kami seterusnnya untuk sama sama memijak bumi muliamu Mekkah Mukkaramah ditahun hadapan jika dipanjangkan umur dengan izinmu ...sama sama bersujud sama sama bersembah syukur terhadapmu ya Allah.

February ini juga meyakinkan aku tentang apa itu erti bahagia sejati. Bahagia bagiku ialah BERKONGSI. Berkongsi apa yang aku ada dengan sesiapa yang berada disituasi yang memerlukan. Aku betul betul yakin dengan perasaan ini dan bersamanya aku merasa tenang dan amat berlapang dada. Ana anak saudaraku ditakdirkan kembali dalam hidupku kini dan aku cukup bahgia berkongsi hidup dengannya. Aku ingin membahgiakannnya...melupakan dia akan kisah dukannya diusia yang sebegitu awal. Raut wajahnya yang menawan itu saban hari kurindukan. Dialah anak saudara pertama yang kukendong ke hulu kehilir penuh kasih sayang. Walau apa yang pernah dilaluinnya tidak sedikit pun merubah kasih sayang ini. dan aku sesekali tidak akan membiarkan dia keseorangan merintih dan mengorak masa depannya..susah senangku biarlah bersamanya. Bersamannya aku melihat titip kasih sayang seorang insan yang ada hubung kait dengan ku...nasib dan wajahnya persis anakku sendiri...matanya yang bulat bersinar penuh meraih rasa belas dihatiku ..kepekaannya sangat terserlah..itulah cucu saudaraku Afifah Adriana. Aku tidak ingin bahagia sendiri dan mebiarkan mereka begitu saja..bahagiaku adalah bahagia mereka dan bersama mereka hinggalah datang ketentuan yang berbentuk lain dari Allah taala. Setakat ini, inilah takdir ku...tanggung jawabku...amanahku...melindungi..menyokong..mengasihi dan menyayangi...berkongsi segalannya dengan dua insan ini. Dan tidur ini masih tidak lena jika aku tidak menjejaki anak saudaraku anum. Dia juga sangat memerlukan aku walau tidak pernah dengan suara...pernyataan...rayuan. Namun situasinnya cukup memahmkan aku akan keperluannya padaku..kalau bukan aku..siapa lagi???..Ya Allah kuatkanlah aku untuk terus menyokong mereka mereka yang ingin dan memerlukan aku...panjangkan umurku untuk kebaktian ini...murahkanlah rezeki buat mereka. Amin. Februari bulan kedua yang telah menampakkan segala galanya semoga hari hari kami terus diberkati Allah.

February juga, berakhir dengan penyatuan yang begitu membahgiakan. Kami adik beradik berkumpul di Genting Highland. Linda adikku sayang membawa mee hoon goreng air tangannya yang sangat digemari anak anakku. Adik Fatin pengantin baru membekalkan minuman...kuih muih dan buah buahan dan aku sendiri walau agak kekwat dengan kerjasama along ana berjaya membawa sekotak besar sandwich buat hidangan semua. Betapa bahgianya berkumpul..betapa bahagianya melihat setiap wajah yang ceria dan bahagia...betapa serononnya melihat anak anak dan anak-anak saudara begitu teruja menerokai setiap keseronokan permainan di Genting Highland walau bukan sedikit duit dikeluarkan. Benarlah bila hati bahagia...duit boleh menambah lagi rencah kebahagiaan. Bahagia semua orang adalah bahagia sejati yang pasti berbekas dihati sebagai sejarah kenangan paling manis seumur hidup. Kutitipkan penghargaan terimakasih yang penuh kasih buat adik adikku..adik adik iparku..anak anak saudaraku..anak anakku..dan yang paling istimewa buat suamiku...puncak genting seolah menyatukan kembali hati kita bagi meneruskan bahagia mereka dan mengembalikan bahagia kita...terimakasih sayang...usahamu aku hargai dan tidak akan aku sia siakan....akan ku terus pimpin tanganmu...marilah kita sama sama meniti pelangi setelah puas kita berhujan, berpanas dan bertaufan.Mungkin bahgia ini milik kita abadi...insya Allah.