Sunday, March 20, 2011

Tidak KESAL tapi TERKILAN!!


21 March hari pertama pelajar mendaftarkan diri untuk sessi short semester study. Semestinya permulaan Isnin yang sibuk kerana pelajar mula mencari kaunselornya untuk rujukan lebih lebih lagi pelajar yang datang dari kumpulan gagal dan tidak cukup point untuk memenuhi syarat kemasukan ke GOMBAK. Sedari semalam talian telefon bertalu talu ada yang kedengaran menangis lantarn keputusan peperiksaan semester 2 yang teruk. Alhamdulilah semua panggilan itu sedikit pun tidak meneyemakkankan kepala aku malah aku mampu mengutarakan apa yang perlu mereka lakukan segera.

Walau dalam kesibukan Isnin yang dinantikan ini, Aku terpanggil untuk menjenguk blog ini kerana dikepala sudah tidak mampu meletakkan ruang lagi. Biaralah coretan dan nukilan itu abadi TERTULIS disini. Dalam sibuk sibuk pagi ini aku mencuri membuka FACEBOOK untuk menghubungi Speaker yang bakal hadir pada 30 March ini untuk programme Inspirational Talk. Dek kerana tekan sana sini mencari namam speaker tersebut untuk tujuan RECONFIRM aku terpandang ada satu senarai baru yang BLOCK dalam list family. ANGAH SIZUKA. Aku tidak terkejut malah tersenyum puas akhirnya aku dapat meyakini diri apa yang dia FIKIR dan yang bakal dia BERTINDAK.

Angah sizuka bukan orang asing dalam hidup aku. Dia bagiku ibarat anak sendiri. Aku yakin aku boleh membentuknya jika tiada HASUTAN tidak berasas dari orang orang tertentu. Angah pernah melalui LUMPUR HIDUP yang begitu mengguriskan hati aku, aku pernah tidak tidur bermalam malam berfikir bagaimana harus aku campur tangan urusan keluarga Kak Long ini. dan dengan suara yang penuh sayu ..dengan suara yang merayau seakan aku ingin meneymbah kak Long buangkan EGOnya sebagai IBU dan tolong pergi cari anak yang telah lari dan tinggal bersama LELAKI untuk dipelihara sebaiknya semula ..aku merayu pada Along anak itu perlu dipujuk ..anak itu uka kerana PERBUATAN IBU SENDIRI.

Ketika itu, mau rasanya aku membawa Angah tinggal bersama aku, namun atas sebab dimasa yang sama kakak nya yang sulung juga sedang diambang PERMASALAHAN hidup yang sangat besar dan sedang tinggal dengan aku, aku tidak mampu untuk mengambil keduanya sekali, lantaran menjaga hati suami yang juga membutuhkan PRIVACY diruang apartment ku yang sekangkang kera itu. Bila alongnya yang kujaga angap seperti anak sulungku, bicara hatinya saban malam aku temani, air mata kami sering bersama, aku berikannya KEKUATAN untuk membuat pilihan dan terus berdiri demi anaknya yang masih kecil. Bila alongnya berjaya mendapatkan tempat belajar, aku dengan senang hati memberi kata setuju dan berjanji akan membantu meringankan beban Kak Longku dengan membrikannya pinjaman pendahuluan. Along pergi untuk memajukan diri dari rumahku dengan penuh tangisan, aku tidak tahu tangisan itu kerana mengahrgai aku atau tangisan itu adlah tangisan rasa BERSALAH atas perbuatannya sedang aku hanya mendiamkan diri walau aku begitu sakit hati.

Selama Along berada dirumahku, satu persatu aku perasan barang kesayanganku HILANG, lotion perfume, handfon fayyadh, baju overcoat hitam, wang dari masa kesemasa, dan aku hampir kehilangan gelang tangan. Aku begitu CONFUSED dan tida siap pun aku aku sanggup bercerita kerana takut dikatakan PADAN MUKA dan takut terdengar dek along lalu lari lagi jauh membawa diri. dari sehrai kesehari aku perasan barang barang itu semuanya dikebas oleh along, pantang aku tiada bilik aku juga sering dicerobohnya. Tuhan saja yang tahu bagaimana aku melaluinya dimasa yang sama semuanya menjadi RAHSIA keluarga dan suamiku sendiri. Aku lega bila along pergi, sekurang kurangnya itu lebih baik, selepas mengetahui peranginya yang padaku PELIK, orang buat baik dia GIGIT, bukannya selama ini aku kedekut pun bila dia minta apa apa, kalau sudah dasar pencuri dimana mana dia terus SUKA MENCURI.

Perginya Along dari rumahkku, seakan aku mendapat duit beratus ribu, namun aku terpaksa memberi ruang untuk Angah sizuka pula bila seorg sahabat dari UK meminta aku mendapatkan sesiapa yang boleh membantunya. Untuk menguruskan kepergian angah, aku perlu mengambil angah sebulan sebelum dari tarikh pergi dan aku menerangkan semua perancangan pada angah, Alhamdulilah hubby langsung tiada bangkangan. Aku memberikan gaji pada angah yang emnguruskan rumah dan anak anakku RM500 dan pakain dan kelengkapannya , menukar imejnya dari yang asal juga tanpa berkira aku berikan padanya. Apalah sangat dia juga anak saudaraku. Bila angah tidak sanggup pergi sendirian ke UK, terpaksalah aku meneglurakan duit lagi bagi tambang dan poket aku, tak pa lah asal anagh dapat hidup baru dan asal kawan ku dapat pertolongan yang sangat dihajatkannya. Mulut aku sering berpesan angah hidup baik baik disana.

Segalanya bermula KEKERUHAN bila Aku meletakkan posting di FB, terkadang manusia ni ibarat melepas anjing tersepit, lepas itu kita pula dia gigit, dikala itu aku menulis dalam keadaan aku sudah habis fikir tentang PERANGAI ibu mereka iaitu kak longku terhadap kami sekeluarga terutama MAK DAN BAK. Mungkin selama ini aku sabar, ya akulah yang paling SABARd engan kak long. Aku hampir termakan cakap kak long pasal adik ebradik yang lain, aku hampir termakan cakap kak long tentang mak dan bak, kesain adik ebradikku yang tidak ebrdosa, mereka ketakutan, mereka hidup dalam keriasaun dan penuh rasa CUAK, cuak dengan perangaki kakak yang sepatutnya bagi CONTOH pada mereka.

Siapa tidak kenal kak longku, Dia berpisah dengan suami tapi tidak berani menuntut harta sepencarian kerana takut kesalahan yang BERBARIS BARIS dimahkamah. yang pernah membuka perniagaan atas bantuan dan sokongan penuh adik beradik dan ibu bapa, bila gilakan lelaki baru semua ditinggalkan begitu saja, kak long yang tidak pernah melayan anak dengan sempurna dan anak anaknya menumpang aksihs ayang kami mak cik mak ciknya tapi asas didikan kak long yang penuh dusta dan nista dan umpat keji itu sudah tertanam sebati dalam minda anak anaknya. mereka diasuh untuk mencari eklemahan mak dan bak, mereka diasuh untuk tidak menghargai orang yang eprnah BERBUDI dan mereka diasuh untuk menutup kelemahan diri dan terus eksyen seolah olah mereka lah yang paling baik dan bagus dimuka bumi ini.

Kesabaranku HILANG bila majlis keluarga yang julung kali untuk DAMIA diketepikan, kak long meninggalkan majlis dan sibuk bertandang mengikut suami berkursus dihotel kononnya dan meninggalkan TETAMUnya dirumah mak dalam kesibukan. dan aslong farhana sibuk membawa anakkanya untuk agenda sendiri dan langsung tidak bertanya tidak emngambil tahu dan kami ini seakan orang asing balik dari Hotel langsung todak berhenti kereta bila BERSELISIH ditepi jalan. Aku sudah mahiu berhenti dari MELIBATKAN mereka dalam hidupku, berunding dengan mereka seakan kemajuan diri dan hidup TERHENTI, mereka hanya tahu meminta dan mengahrap mereka yang dipentingkan dan diutamakan sedang Hati mak dan bak sendiri mereka KETEPIKAN. Aku perasan banyak barang barang mak yang aku hadiahkan TIADA dan hati aku semkain panas...Desperate betul!!! Kebencian meluap luap.

seingat aku sedari dulu kak long tidak pernah cuba meletakkan Mak sebagai KEUTAMAAN. kak long suka mengumpat mak, mengejek Linda, mentertawakan panas hatid engan fatin, dan selalu memfitnah sepupu sepupu kami. She is really a TROUBLE MAKER!! Mak pernah menasihati aku jangan berbaik dan mencampuri hidup kak long, tapi aku tidak akan PUAS selagi aku tidak melakukan sesuatu untuk memebetulkan keluarga ini. Along farhana perlukan LAp top aku keluarkan duit RM1480.00 dengan harapan dia akan terus mencari haal hidup yang baik. Aekarang aku TERPANA memang betul kata Mak dan bak, dan orang yang paling terkilan ialah aku kerana aku bukans aja LETIH tapi habis duit ringgit buat mereka.

Duit bukan segalanya, untuk adik beradik yang lain bila kita berbudi mereka pandai berbahasa, serasa aman dan tenteram melihat adik adik lain boleh dibimbing dan dibawa berbincang tapi tidak dengan kak sulung sorang ni dan anak anakknya. Aku seorang yang bila aku beri aku ebri dan tidak pernah mengarap apa apa, dan bila aku kata pinjam dan ianya dalan pinjam sampai bila bila. Bila anakku wahida berhajat untuk menggikuti TRIP ke Thailand, lantaran aku menghantar message pada Angah di UK untuk poskan kamera, dan terkeluarlah komen komen angah terhadap aku, dia tidak perlu komen begitu kerana aku sedia berdepan dengan dia dan aku tegaskan pada statusnya, apa yang ummi beri tidak pernah sedikit pun minta balasan tapi yang ummi kata pinjam ianya adlah pinjam sampai bila bila, dan sekarang sudah tiba masa, kamera tu hanya kamera CIKAI tapi penuh NOLSTALGIA, ummi tiada masalah dengan angah kecuali angah yang suka untuk cari masalah dengan ummi Silakan!! Itulah kata kata aku semlm padanya sebagai menjawab statusnya yang aku tahu ianya TUJU pada diriku dan pagi ini dia sudah REMOVED aku. No proble, you may have 1000 reasons to remove me but I dont ahve any single tiny reason to HOLD you aku tulis sebagai posting aku pagi ini yang banyak dpersetujui oleh kwn kwn walau mereka tidak tahu ASAL USUL cerita.

Benar kata Achik, sahabatku dari San Francisco, kita tidak kesal za dengan sikap kita yang suka mengambil tahu dan over caring pada orang walau sekali pun kita dipulangkan dengan jalur garis luka dihati tapi kita seakan letih, acik seakan mennerangkan ayat ku yang tidak terluah pada kenyataan AKU TIDAK PERNAH KESAL MENJADI SEORANG YANG PEDULI. Kini aku menerima tusukan KELUKAAN dari hampir sekeliling hidupku, keluarga mertua, sepupu sepapatku, adik beradik dan anak saudaraku dan sebahagian dari kawan kawan sedang mereka semua satu ketika dulu aku sanjung, aku sayang dan aku sanggup berhabis duit dan sejarah juga telah melakarkan TUSUKAN yang paling dahsyat aku terima ialah dari SUAMIKU sendiri. Alhamdulilah semuanya aku MAAFKAN terutama tusukan berdarah dari sifat suamiku sndii, mungkin inilah takdir perjalanan hidup yang perlu aku lalui dan sepertimana aku tulis, Aku tidak pernah menyesal kerana aku yakin di penghujung jalan sana ada SEBUAH WIND OF CHANGE yang sedang menunggu aku. Aku yang terpilih untuk melaui semua ini dan aku yang bertungkus lumus melauinya dan aku mengutip semuanya sebagai PENGAJARAN dalam HIDUP. Diskesempatan ini aku ingin rakamkan rasa CINTA dan KAsih sayang yang tidak berbelah bagi TETAP ada buat insan insan ini, Kak Long, Along farhana, Angah sizuka, Mak mek, Nazathu, Nasah, ayah muda, mami, Abang Ja dan akhir sekali buatmu hubby, kalian semua pernah mendapat tempat yang cukup istimewa dihati ini, aku tidak pernah kesal pada masa, wang ringgit yang telah kuhabiskan semuanya KEMAS menjadi memory INDAH dalam hidupku, aku memaafkan kalian cuma DEMI MEMAJUKAN DIRI biarlah kita hidup seakan tidak pernah WUJUD saling sayang dan sangat MENYAYANGi itu!!!.

Inilah yang sering menjadi DURI dalam hatiku, mengingatinya seakan membakar semnagkatku untuk terus menjadi seseorang yang berpengaruh dan Keraqna kalin bagini biarlah aku PELIHARA mak, bak, anak anak dan adik adikku, mereka yang tahu menghargai ERTI BUDI DAN HATI!!!. Hati ini tidaks anggup berdepan lagi dengan WAYANG HIDUP yang kalin mainkan...............sesungguhnya Allah maha mengetahui!!