Friday, June 17, 2011

Hidup adalah PILIHAN.


Sabtu yang dikira bekerja buat pertama kalinya untuk bulan June. sabtu yang melakarkan sejarah buat kali ke2 aku menjemput team Smart Study untuk mengendalikan programme sehari. Alhamdulilah programme setakat pukul 11.30 ini berjalan lancar. Aku baru selesai break dgn trainer trainer dan segera mengambil sedikit masa untuk update blog dan menyumbing catatan seterusnya.Disinilah tempatku yang palang TENANG untuk BERBICARA, bicara hati buat diri sendiri, aku bukanlah berhajat sesiapa akan membacanya jauh seklai untuk mereka mengikuti aku disini. Impainku bukanlah untuk menjadi CELEBRITI tapi cukup sekadar antara penyumbang atas kebahgiaan insan insan disekelilingku. Amin.

Agak mengantuk pagi ini, mungkin sebab tidur lewat semlm bila pada awal harinya banyak berihat, minggu ini adalah minggu paling mencabar, Alhamdulilah tiada yang tertunda atau tergendala, cuma perasaan untuk bermesra dengan anak saudara ku Mia mmebuak buak dan aku cuba memperuntukan masa buatnya. Minggu depan agak kurang sibuk, sudah bermimpi bertemu kak Farah dan juga sudah bermimpi memiliki Ford Fiesta kereta idamanku yang aku target untuk dapatkannya tahun ini. Allah maha mengetahui. Entah kenapa kereta itu begitu menarik perhatianku dan aku berharap Allah iringi aku rezeki agar segala impianku tercapai.Amin.

Hubby sudah bersetuju sabtu ini untuk ke Ipoh, kami akan membawa Nana bersama dan kalau boleh aku ingin membawa Mia sekali. belum pasti ibu dan bapaknya memberi izin. Aku ingin membawa Mia jalan jalan dan ada banyak waktu bersamanya. dia seorang kanak kanak yang communicative, cute dgn senyuman berlesung pipit dan terserlah kepintarannya. mata hitamnya besar. Melihat muka Mia hilang semua rasa berat dijiwa dan kepala, betullah kata orang kanak kanak pembawa rezeki. Berharap petang ini ada waktu dengan Mia sementara makan malam bersama. Esok Misi kedua kerja on weekend tapi separuh hari sehaja.

Alhamdulilah, anak anak selamat dan sempurna dengan mak dikampung, inilah jalan terbaik untuk memberi sepenuh hati pada kerja kerana dlm department ini diPejabat Nilai ini hanya aku seorang. Akulah Kuli akulah Boss, dan aku sangat berterimakasih dibekalkan seorang pembantu yang sudah pun aku tawan hatinya Zul. kini semuanya menjadi mudah antara aku dengan Zul Kommunikasi kerja sangat Kuat. Ada waktu aku memberi ruang pada Zul dan ada masanya Zul memberi ruang pada aku dan kebanyakan masa kami sama sama bermula dari idea , perangkaan hinggalah events. Akhirnya Zul yang dikatakan LIAT itu sangat senang dibawa bekerja dan secara tidak langsung terciptalah sebuah SISTEM KERJA yang KEMAS. Alhamdulilah.

Melakar IMPIAN adalah topik awal perbincangan Bro osman pagi ini, aku akui kebenarannya. Aku mepraktikannya dan Guru aku juga mengakuinya dan memberitahu setiap 6 bulan sekali kita perlu up date IMPIAN kita. Mungkin hari ini aku perlu update semula impianku dari yang lepas. Serasa ada yang secara tidak sedar sudah tercapai. dan aku ingin menambah IMPIAN lagi, dan aku bahagia menjadikan diri ini BUSY dan bermatlamat. masa terlalu pantas rasanya.

Rasa mengantuk semakin mencengkam rasa, Tidur juga satu masalah bila pengurusan diri tidak betul. rata rata dalam session aku melihat pelajar pelajar terutamanya LELAKi sukar tidur malam dan berhabit tidur siang adalah kerana mereka KOSONG tiada pengisian dan matlamat. tiada Effort untuk menghala pada matlamat. sedang Allah bagi tenaga pada lelaki banyak. Aku perlu meneliti situasi ini, kena banyak mengkaji usul tidur, memang kalau tidur tidak betul maka terkesanlah penumpuan dan kepekaan. jelasnya bila dalam seminggu aku tidak berjogging, tidur menjadi tidak betul dan stamina menjadi berkurang. malah ada ketikanya aku menjadi tiada stamina langsung dan collapse. Hari ini ada sedikit waktu, perlu tukarkan pakaian sukan dan berada dipadang menjelang senja. melompat, berlari dan sebagainya. Mungkin boleh terus makan malam dan solat dirumah Fatin.

Penetapan matlamat kali ini perlu mengcakupi semua aspek kehidupan. dan akan kulakarkan besar besar untuk ditampalkan dalam dairy. Aku perlu meningkatkan diri dan aku perlu terus maju kedepan. inilah kebahgiaanku inilah penyusunan hidup yang aku PILIH. Hidup ini adalah PILIHAN.