Wednesday, January 18, 2012

Mohon RAHMAT!



2012 seakan memeperlihatkan pada aku agenda writing yang semakin menjadi keutamaan, semua ini kerana gara gara bilik aku berdepan dengan bilik boss, bila boss tidak galakan online samaada FB atau yahoo messanger, maknanya aku hanya boleh menerima inbox message dan membalas seketika tidak langsung berpeluang berchating sambil berniaga nasib baiklah masih ada pengikut setia sebagai new customer mahupun sebagai repeat order. Tak kisahlah apa pun...janji aku pandai bawa diri..janji aku pandai membina skill diri saban hari...satu hari pasti kerja kerja menulis ini sudah menjadi sebati.

Pagi ini Temptation utk breakfast roti canai, tiada siapa dalam minda cuma tak kisah jumpa siapa pun. Aku tidak pernah specific siapa kawan aku apgi tengahari dan petang.Sapa sapa pun boleh dan mampu mendatangkan ILHAM. Insya Allah. Suddenly bila aku duduk saja dikerusi hitam yang empuk ini, Ja call...kak za jom breakfast, rasa nak makan roti canailah...ohhhh taste kita sama pagi ni..jommm..no problem balas ku segera. Pagi ini Ja membuat pahala dalam hidupnya dengan membayarkan makanan dan minuman aku. kami berbual sekitar hal hal kekeluargaan dan adik beradik kebetulan Ja kenal dan berkawan juga dengan Fatin dan Linda.

Dalam aku merenung kerja kerja yang perlu dibuat, dalam aku melayani kehadiran pelajar yang kadang kadang kusut masai mukanya, aku sempat menghubungi 2 kumpulan yang bakal ke Seoul April dan Mei nanti. Alhamdulilah nampak macam daat 3 group, aku buat kerja kerja ni suka suka je sambil menimba pengalaman, kalau dapat rezeki dan makin ramai nak pergi lagi bagus, cuma nanti bila Li dah balik kena bincang how to bring them there atau bayar pada kwn kwn Li kat sana utk bawak mereka ikut as stated in the tentative.Li mesti ada buah fikiran yang lebiah baik kdg kdg. Aku buat je dan aku tak boleh sexpect sgt sempurna dan aku perlu bersedia terima kritikan kwn kwn nanti, ahhh best jugak slowly buat travel agent dah kaki berjalan sakan..ni belum lagi geng geng luar, geng pak wan dan Hera...destinasi aku fokus seoul sebab sambil menyelam sambil minum air...serampang banyak mata, atau satu pancing banyak umpan dan banyak target tangkapan. Alhamdulilah mudah mudah disini ada rezeki terselit sapa tahu.

Dirumah ada Fayaydh dan Harraz, mereka kembali kesini dengan hubby sempena Cuti Raya Cina. Sempat aku berpesan melalaui corong telefon, breakfast, munum air milo, mandi, buat homework then boleh buat apa saja. Tang sebuat boleh buat apa saja tu siilangi ketawa mengengkek fayaydh..tercuit hati aku mendengarnya, seronok dengar tawa budak budak, ahhh mama tahu, nak main game spiderman lah tu...ya lah jawabnya..tahu tak pa...Anak anak Allah kurniakan tak susah jaga, mungkin sebab Allah tahu aku dah banyak susah, susah yang tidak berketepian dan bila aku membaca nota berkenaan stress dan depression aku rasa dekat sangat dengan diri aku. Ada ketikanya aku seakan idak mampu menghadapinya lagi. tapi Allah kata jangan berputus asa belum penuh lagi sujud ku disepertiga malam pada yang Esa, belum penuh lagi rahmat dan limpahan kasih Allah pada aku jadi aku tidak boleh berputus asa atau cepat buat telahan.

Tahun ini tahun anak anak EXAM besar, fayyadh UPSR dan wahida PMR, they deserved PEACEFUL situation, aku perlu pastikan itu semua. aku perlu jalani hidup agak berbeza dari org lain, moga Allah membantu aku untuk mencari jawapan dan keredhaannya...dalam Islam bukan hidup atas dunia sebagai muktamad, akhirat masih ada. Apa yang dibuat atas dunia penentu kehidupan diakhirat nanti. Agama Islam satu satunya agama yang luas harapan, yang memeberi ruang buat manusia kembali pada tuhan walau lambat walau berdikit, walau tidak sempurna, kerana Allah begitu maha pengasih dan penyayang pada hambanya.

Hari ini ada satu RASA yang tidak selesa. Seawal pagi perasaan itu datang, mungkin juga seawal kelmarin, satu perasaan EMPTY pada hubungan aku dan hubby. Perasaan EMPTY ini terus berulang ulang, kalau bukan kawan air penawara ustaz, aku makin sukar menghadapinya. Aku tak pasti petanda apakah semua ini, aku perlu bersabar dan banyak memohon petunjuk, aku yakin orang lain tidak akan berfikir utk aku, aku perlu fikir, rasa dan mencari jawapa sendiri dari Allah taala. Kalau aku menunggu org melakukannya utk aku, akhirnya aku akan jatuh tersungkur dalam derita yang tidak bertepian, aku perlu kuat, aku perlu lebih banyak munajat pada Allah, Allah yang mengetahui dan berkuasa diatas hati manusia. Ya Allah cekalkan hati aku. temukan aku dengan penawarmu ya Karim agar hati ini PASTI, agar kaki ini KEMAS berpijak BUMI. tiada lain yang aku harapankan rahmatmu dalam setiap situasi yang bakal aku tempuhi. Aminnnnnn