Sunday, May 30, 2010

Menyukai budaya MEMBERI....satu anugerah!!!






Hidup ini sebenarnya sangat INDAH. Keindahan itu terselit dimana mana sahaja. Namun kita sering melupakan peluang dan keindahan bila dilanda kesedihan atau musibah. Seolah olah segala keindahan yang pernah kita kecapi dan bakal lalui hilang begitu saja hanya kerana kita memberi ruang yang terlalu besar dan istimewa pada peranana emosi dalam kesedihan dan musibah itu.

Namun, dalam diam diam aku meliahat satu lagi keajaiban milik tuhan. Terkadang tanpa kita sedari dlaam kedukaan itu sendiri tersimpan peluang kebahgiaan yang lebih bererti. Dulu 5 tahun pertama perkahwinan, dunia perkahwinan ku adalah segala galanya. Suami ditempat teratas yang kudambakan segala kesempurnaan, kasih sayang dan perlindungan. Semakin lama, sesuatu yang aku letak terlalu tinggi itu semakin perlahan kebawah dan semakin banayk duri duri yang menyucuk diri hingga hampir rebah tidak berdaya. Hinggalah selayaknya aku perkatakan Aku sangat kecewa selama ini aku hanay menari nari seroang diri dalam melodi yang penuh angan angan bila musibah terjadi inilah hakikatnya...terlalau pahit bagai jadam untuk aku terima...namun apalah daya lagi...aku perlu menerimanya walaud engan air mata darah sekali pun kenyataan tidak akan bertukar atau terpadam.

Dek kerana hati terlalu KECEWA. Aku keluar dari kepompong asing yang aku masuk dan menjadi aku yang dulu. Aku yang mempunyai ramai kawan dan aku yang bebas untuk terbang dan singgah dimana mana tempat yang aku suka. Kerana hebatnya action dan kerana mujarabnya doa..aku kini memperolehi segalanya kembali dan menjadi bertambah yakin diri. Allah menduga dimasa yang sama Allah mengirimkan peluang, tinggal lagi kita kena berani dan jujur untuk mengambil peluang peluang itu seikhlasnya. Disinilah bermulanya kembara hatiku dan Bandung 2008 menjadi destinasi pertama. Bila aku melihat gambar gambar Bandung 2008, Muka ku keliahatan Bengkak dan sembab kerana aku terlalu lama memendam persaaan walau puas berkongsi dengan orang orang yang hampir denganku tapi kenyataannya segalanya berada di rahsia Alalh dan mengambil masa terlalu lama.

Kini aku bebas. Bebas dari belenggu dulu. belenggu masalah ynag di bawa masuk oleh pasanganku. Walau sekarang aku tidak berani menagtakan segalanya sudah berakhir...suamiku sudah pulih sepenuhnya..sekurang kurangnya aku begitu kuat untuk berdepan dengan apa saja termasuk apa jua kenyataan dan ketentuan Allah. Aku berharap tapi tidak lagi berharap pada manusia. Aku berharap pada takdir yang telah Alalh tentukan sejak Azali. Segala yang bakal mendatang dan yang telah dilalui tidak sedikit pun merubah pendirianku apalagi setelah aku sebati dengan penemuan penemuan aktiviti aktiviti ku. Aku gembira melihat budaya dan kehidupan orang lain. Aku terus serius mengejar enjoy life..enjoy friendship...aku menikmati budaya memberi..MEMBERI tanpa mengharapkan apa apa dan kasih dan sayang di hati semakin bertambah bila bertambahnya kita mengenali kekuatan orang lain dan bersimpatid engan kekurangan orang lain.

Destinasi terakir setakat ini ialah KOTA LONDON. Pertama kali dalam hidup hasratku untuk memberikan minyak wangi kepada semua ahli keluarga tercapai sekaligus mengneutralkan bau bau masam yang pernah aku dengar antara mereka. Aku puas melihat riak wajah gembira mereka dengan pemberianku. Ibu bapakku, adik beradikku, ipar duaiku, anak anak saudara...semua ini sebagai tanda terimakasih kerana setia berada dibelakangku dikala aku kelemasan. Begitu juga sahabat sahabat sejati jauh dan dekat...setia berada disisi dikala aku terlalu tertekan...mendengar tanpa jemu...mengajak aku ketawa...menegurku memulakan kebuntuan hati dikala penuh kepahitan itu. Terlalu sedikit apa yang aku berikan berbanding apa yang aku pernah terima dari mereka. Budaya MEMBERI akan terus menjadi budayaku...waalu mereka tidak pernah minta..walau mereka tidak menghargai apa yang diberikan..walau mereka tidak pernah membalas. Aku yakin balasan Allah sudah terlalu banyak sudah terlalu hebat.

Aku akan ke Saigon Vietnam juga dikenali HO Chi Minh City. dan Aku akan pulang dengan telekung sembahyang satu sorg buat semua...mak, Ummi, Izan, along, linda, adik, Cik, wahida, aku dan Mak sani dan mungkin aku akan tambah lagi 2 buat mak long dan Ja. Mereka bakal ke mekah. dan baju Hard Rock cafe saigon buat Sani, Boboy, Radzi,Zamri, Abg long dan Ateh.

Tahun depan aku berazam untuk menyambut hari lahirku dengan lafaz takbir dan tahmid didepan Kaabah dan penuh olsat sunat dimasjidil haram..semoga Allah mengatur sebaiknya buatku. Aku ingin terus memberi selama aku termampu...aku ingin terus menghargai kehadiran mereka dalam hidupku. Aku ingin mereka tahu hati ini terlalu mengasihi dan menyayangi sebelum mata terpejam buat selama lamanya. Indahnya budaya memberi kerana Allah langsung tidak akan lokek dengan kita dan Allah maha pemberi rezeki buat hambanya.....Maha kaya Allah pemberi rezeki yang tiada taranya..Aminnnnn. Terimakasih Allah kerana memilih aku untuk menyukai budaya memberi ini..Alhamdulilah.

Senafas harapan demi Tuhan





Hari ini hari terakhir untuk May 2010. Aku memulakan hari ini dengan satu perasaan yang sangat tidak selesa bila pagi ini ketahanan emosiku terburai dengan terlepasnya kemarahan pada anak anak. Memang sudah agak lama kemarahan tidak menjadi agenda kami anak beranak tapi kelihatannya semakin aku berlembut, semakin banyak pula lemak yang terbentuk baik pada Hararz mahu pun pada Fayyadh. Aduhaiiii...

Aku sempat melihat muka Harraz yang sediah dan muka Fayaydh yang berang melangkah kesekolah. Mahu rasanya memanggil mereka untuk memeluk dan meminta maaf tapi kalau aku uat begitu selamanya mereka akan menganggap kemarahanku adalah mainan saja. Aku ingin mereka serius pada satu perkara..jangan terlalu leka. Seorang leka dengan Game psnya..seorang Leka dengan Spongebob movienya dan keduannya kehilangan tali leher setelah berkali kali diingatkan..cari tali leher!!!. Setiap kali aku marahkan anak anak..memang ada satu keluhan menyesal. Aku sendiri tidak mampu meletakkan marah ini terlalu lama dihati. tapi aku perlu memperlihatkan pada mereka aku serius jangan terlalu main main...sedikit saja peraturan yang aku ingin kenakan pada anak anak bukanlah tip top military.

Petang nanti, aku perlu diam, perlu perhatika keadaan kalau ada perubahan aku perlu lihat lagi hingga esok dan aku akan puji dan peluk mereka sambil minta maaf. Aku ingin melihat mereka pulang dengan bergegas mandi dan solat maghrib bersama barulah cari keadaan yang sesuai selepas makan untuk aktiviti kegemaran kalau tidak perlu belajar. dan tepat pukul 10.30 malam kena tidur dan bangun pukul 6 pagi untuk bersolat subuh. Aku perlu serius kerana mereka ini anak lelaki. Mereka perlu berada dibarisan depan dalam kehidupan bukan barisan belakang sebagai pengikut.

Sudah terlalu banyak peluang dan kegembiraan diberikan penuh kelongaran. Ternyata perinagatan manis ekkadang dipandang sepi saja dan permintaan baik ibu dipandang tidak tidak perlu. Ohhh peranan ibu yang garang yang mereka takuti perlu dimainkan segera. Semoga usaha ini berhasil, kita lebih mengenali anak kita sebenarnya dan kita lebih tahu apa yang kita mahukan sebagai asas didkan yang terbaik buat mereka..kombinasi kasih sayang dan agama. Tidak boleh sama seklai hanya salah satu.

Aku pernah teringat janji aku pada diri. Lebih lebih lagi di saat diri diperhinakan orang. Disaat mahligai rumahtangga hampir roboh menyembah bumi...janji aku pada diri untuk membina kehidupan baik pada anak anak, membentuk anak anak cemerlang sebagai bukti aku tidaklah sehina yang mereka sangkakan. walau dalam keadaan diri hampir rebah...hati ini penuh pasrah...aku meminta pada Tuhan, sentiasa kalau aku tidak layak menyayangi sesiapa lagi..sekurang kurangnya Allah berilah aku peluang untuk terus menyayangi anak anakku dan membahagiakan mereka memberikan mereka sesuatu yang terbaik terbaik dari nilaian keagamaan dan kehidupan dunia akhirat. Inilah sebaik baik kash sayang dan sebaik baik jagaan. walau aku hina, aku ingin buktikan anak anakku mulia walau hasil didikan ibu yang hina dimata mereka. Aku tidak ingin memepersoaklakan layakkah aku dihina dimata mereka...aku terima kehinaan itu dan aku berharap agar mereka menemui wanita mulia yang laayk digelar memnatu terbaik buat mereka. Aku sebagai menantu mereka sudah lama mati. Aku tidak perlu lagi hidup sebagai menantu mereka hanya meneruskan hidup sebagai ibu untuk anak anak ini, naak anak yang lahir dari keikhlasan hati aku menerima kekurangan orang lain dalam hidup mereka. Aku juga teruskan kehidupan ini sebagai isteri...isteri yang ingin melihat suaminya bangun dan sedar semula setelah hampir musnah dalam khayalan hidup sendiri. Aku membantu seorang INSAN. Aku akan terus memberi insan ini peluang kerana anak anakku memerlukan kehadirannya sebagai ayah. kerana hidup insan ini selama ini terlalau kegelapan tanpa cahaya...biarlah aku menariknya perlahan lahan ketepi walau aku sendiri hampir lemas dan tersungkur rebah.

Wahida sudah nampak langkah langkah dihadapannya. Aku juga sering melihat indah warna pelangi dalam hubungan anak anak dan suamiku. Aku tersenyum puas bila melihat mereka ketawa bersama dan aku ingin tersu tersenyum. Ada beberapa perkara penting dalam pembentukan murninya seorang iNSAN suamiku tidak mampu melakukannya dan aku perlu bertegas melakukannya. Aku cintai saat saat itu...saat saat antara kami bersujud bersama diwaktu pagi dan malam dihari persekolahan dan setiap lima waktu dihari cuti. Inilah perkara pertama yang akan disoal bila mata kita sudah terpejam menemui Ilahi. Aku tidak meletakakn suami sebagai target untuk aku merubahnya..tetapi dengan aku mendidik anak anak sebegini mudah mudahan membuka mata hatinya dan aku tidak pernah jemu meminta pada yang sangat pemurah dan tuan kepada hati...Allah Azza wajalla...semoga aku tinggalkan mereka satu praktise yang berkesan yang akan terus menjadi amalan dan aku mampu tersenyum puas di alam sana dan hubungan kasih sayang kami tidak akan terputus dengan wangian bunga bunga doa dan bacaan solat anak anak soleh...anak anakku...Aminnnn inilah harapanku demi keranamu Ya Allah.....