Monday, September 6, 2010

Ke mana SABARKU!!!


Pagi ini kepalaku RINGAN. Semalam tidurku TENANG...sahur walau sendirian masih mampu kutelan walau tidak seghairah biasa bila melihat makanan. Arghhh mana ada org bersahur begitu ghairah...time sahur adalah time yangs angat seronok tidur. Aku tidak pernah terfikir..akhirnya aku berada di ALLSON KELANA NILAI...berbuka, bersahur , tidur dan termenung sorang sorang.

Semalam dan hari ini..ada satu perasaan yangs angat KUAT...aku tidak mahu pulang!!! pulang untuk mendengar ucapan alasan yang sama..pulang untuk melihat gelagat dan lakonan yang sama...aku tidak mahu melihat benda yang sama dan meminta aku faham. Akus angat terlebih FAHAM malah mampu predict apa yang akan terjadi kerana itulah saranan positif dan ikhlas sering keluar dari mulut aku. Bagaimana hidup seklai tapi tidak mahu terlibat?..adakah istilah ISTIMEWA untuk kita gunakan supaya barain kita menerima...Ohh nothing got to do with me...pada aku tidak ada melainkan aku perlu mengalihkan pandanagan seketika dari melihat, mendengar...walau minda tidak sepenuhnya berhenti dari memikirkannya.

Semalam keputusan untuk stay away seakan NEKAD. Aku memang tidak menjawab sebarang telefon walau dari sesiapa pun. Sahabat baik ada offerkan aku untuk stay dirumahnya...terimakasihlah NEL...aku perlu sendirian. Hari ini baru aku rasa bila SABAR itu telah TIADA lagi...diri rasa kosong sekosongnya. Aku check in di Allson Kelana tepat jam 5 petang...aku belum pasti berapa hari aku perlu berada di situ...lalu recepeptionist buat open stay dan swipe credit card aku. Aku tidak rasa apa apa selain dari nekad untuk duduk tenang SENDIRIAN.

Aku percaya kalau anak anak ada dirumah memang aku agak berat mengambil keputusan begini. Senyum, tawa dan gelagat mereka terlalu sukar untuk aku ketepikan dari kehidupan seharianku. Bila hati walang...pulang ketawa secara paksa bersama mereka membuatkan aku LUPA segala beban perasaan. kini mereka tida..aku tidak melihat dalam situasi ini untuk apa aku PULANG. Aku sedikit pun tidak rasa sunyi...rancangan NATINAL GEOGRAPHY menemani aku sampai pagi...sangat menarik!!...buku dan majalah aku tinjau sedikit lantaran mata begitu cepat mengantuk bila selesai solat isyak dan mengaji Quran. Aku nekad untuk Qiyamulail sebelum sahur. dan Alhamdulilah aku berjaya. Tiada apa yang aku minta dari Allahs elain aku pasti Allah emmahami situasi aku. Kenapa tiba tiba seakan kesabaran ini HABIS...aku minta bekalkan lagi kesabaran buat aku.

Sebelum aku melelapkan mata. Aku sempat menjawab message hubby yang sudah tidak tentu ARAH...ahhh mengapa ada mansuia tidak mampu fikir sedari awal..menagapa asyik kita sahaja kena memahami..menerima..percaya semula...bina segala gala...aku seakan kepenatan memikirkannya. Message ringaks yang memberitahu dimana aku..usah risaukan aku...aku tidak memilih untuk marah..aku tidak memilih untuk berarguement sebab semua itu sudah berlalu...aku meilih untuk damaikan hati sendiri kerana aku pasti aku tidak ampu merubah manusia walau sayangnya pada aku menggunung...sukar sebenarnya bila kita berada dengan INSAN YANG TERLALU BERBEZA DENGAN CARA KITA BERFIKIR.

Tidak perlulah aku jelaskan mengapa dan apa ceritanya disni....cukup aku nyatakan ini bukan kali pertama..malah sedari awal kahwin lagi.dan aku jelak untuk mendengar cara menjawab yang sama...drama kemaafaan yang sama...aku tidak perlukan semua itu lagi..kerana aku TERLALU FAHAM sedang hati tidak boleh terima. Keraskah hati ini?..kurang didikan kah ahti ini? aku bertanya sendiri. Apa yang ada didepan mataku sekarang walau mahal harganya...walau semua orang mengejar ngejar untuk memilikinya..tapi nun disudut hati aku..bukan ini yang aku cari. Apa manusia tidak pernah puas...atau tuhan sengaja menguji kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan?
. sebaliknya sesuatu yang kita tidak mencari datang seolah olah bergolek didepan mata. Terkadang aku berfikir, aku sudah mals untuk berfikir pasal orang yang tidak mahu berubah hidupnya. Cukup kita fikir diri kita..ketenangan kita..keredhaan Alalh pada kita. tapi KETREIKATAN aku dengan kebahagiaan anak anak terlalu menebal. Sukarnya untuk meleraikan...apa lagi bila seseklai dilanda perasaan sudah hilang rasa SABAR.

pada hari baik dan bulan baik ini ramai yang berkata alah lupalah. buang yang keruh ambil yang jernih. aku anggap orang yang bercakap begitu dia tidak faham, malah tidak pernah mengalaminya. Sesuatu yang bersifat situational mungkin seklai ebrlaku dan akan hilang selepas itu..tetapi sesuatu yang bersifat attitude akan kekal begitu sampai bila bila. Adakah selama ini aku berlakon? ada yang mengatakan aku kelihatan senyum diluaran..kebahagiaan hanya pada surface sahaja..itulah kenyatan dari orang yang memahami hati aku. namun kalaulah itu lakonan ..ya aku berlakon demi anak anak..dan ada kalanya aku LETIH dan ingin berihat beberapa hari untuk mengumpul TENAGA untuk menyambung tugas lakunan ini kalau inilah yang ditakdirkan oleh Alalh pada aku.

Terkadang aku bertanyas endiri...menagpalah aku berada di satu persimpanagn...persimpangan yang sering mengelirukan..apakah yang datang ini sering membawa kebaikan atau sebaliknya. Semalam tenang yang tiba bila ada seseotrang menyapa dengan penuh serious MENGAPA dan MENGAPA. Aku cuma cut dan mengatakan its complicated...i am too tired to begin this story...this never ending story....dan aku meminta untuk berihat...tidur awal dan bangun mengadap tuhan yang maha agung..diketika ini biarlah dia tempat aku mengadu walau apapun permintaan aku...tempat yang plaing tepat yang bukan sementara sifatnya. Aku tidak pernah merancang..akan berada disebauh HOTEl hanya kerana untuk mencari ketenagan sambil menyerah diri pada tuhan...BERILAH AKU sedikit cahaya..apakahw ajah hati aku seterusnya...Amin!!!