Friday, September 21, 2012

Awasiku ya Allah




Jumaat pertama Zulkaedah, Alhamdulilah masa terus berlalu dan ketenangan semakin kuat bertapak dihati, kini segalanya menjadi SEMAKIN MUDAH dan NIKMAT. Hari ini tidak kurang sibuknya berbanding hari hari lain, kerana ini adalah minggu kedua sebelum akhir September 2012, mengejar programme yang bersusun. Kerana itulah saban pagi dan malam, malah saban kali berdoa dan solat, aku bermohon pada ALLAH PERMUDAHKAN URUSANKU.
Walau begaimana terkejarnya aku, walau bagaimana letih dan lesunya minda dan badan, Alhamdulilah bila tiada lagi tekanan lain, tidaklah begitu teruk, jiwa yang semakin disuburi keimanan dan keyakinan pada Allah bahawa segalanya berlaku DENGAN TAKDIRNYA, Alhamdulilah aku masih mampu menetapkan bacaan Kahfi sejurus selesai solat maghrib pada petang khamis dan tengah hari selesai solat zuhur. Sebaiknya 3 kali, hanya mampu 2 kali kerana aku terlajak tidur bila badan terlalu penat dan ada tanda tanda asthma menyerang. Aku yakin Allah begitu menyayangi diri ini, setiap ruang diberikan aku peluang dan fikiran untuk memperuntukan waktu PENYERAHAN JIWA padanya, tuhan yang memberikan rahmat keseluruh alam.
Mak tidak sihat. Aku begitu kesian dengan mak. Bayangkan diusia begitu diserang demam dan sakit sakit badan. Aku sudah tidak boleh bertangguh lagi. Alhamdulilah bila menghubungi Dr Rashidi tadi, Dr bersedia bertemu mak hari sabtu ini. Kalau aku sudah sihat dan lepas bebas dari sebuah belengu dalam diri yang sukar mencari jawapannya, aku yakin begitu juga mak dan adik beradikku yang lain. Insya Allah mak akan lebih sihat dari biasa dan mak akan lebih mampu menikmati ruang waktu ibadat dan aktiviti kegemarannya. Tengah hari tadi aku berkejar pulang untuk bagi mak ubat. Sesampai dirumah mak sudah masak nasi dan ian goreng. Begitulah mak walau sakit masih terus cuba berdiri untuk membantu mana yang patut. Kadang kadang aku kecewa dengan hati sendiri, mengapalah ada ketikanya aku tidaks abar dengan mak, dalam hati aku berungut dengan mak, aku nak mak sebagaimana dalam idea aku wahal aku lupa siapa dan bagaimana mak hidup sedari dulu, dan aku lupa seketika jasa baiknya tidak boleh dibuat oleh orang lain,  dan aku juga lupa Allah berikan aku mak begini untuk menambah peluang mendapat syurga bila aku berjaya membimbing dan menjaga mak. Ampunkan aku ya Allah. Aku tinggalkan mesej ditelefon yati untuk mengatur peluang mak bertemu yati, entah apa mimpi mak tiba tiba menyebut untuk bertemu yati. Aku perlu usahakan mungkin itu antara permintaan mak  yang sukar untuk didengari.
Kerja kerja pejabat yang bersusun memerlukan aku datang semula kepejabat mala mini. Selalunya dari jam 8.30 malam hingga jam 12 malam. Esok seawal 6.30 pagi aku perlu turun ke Gombak untuk bersama pelajar Gombak yang bakal ke Cyber Jaya. Alhamdulilah boss mengarahkan Amir untuk membantu kumpulan pelajar dari Kampus petaling Jaya. Aku tidak pernah memandang kerja kerja kaunseling sebagai beban, malah aku terus berani dan berminat mengalaminya walau setiap term perangai pelajar tidak sama. Hasilnya skill adapt aku semakin hebat insya Allah. Aku juga mampu melihat apa keperluan programme untuk pelajar dari masa kesemasa. Alhamdulilah ini semua pintu rezeki yang sudah dibuka luas oleh Allah.
Teringat pesan Harraz untuk membelikannya KENNY ROGERS ROSTER, aku perlu penuhi permintaan Harraz sebab abangnya sudah menikmati 4 hari tinggal bersama mama. Sambil bank in duit di CIMB insya Allah dipermudahkan Allah segala usaha dan kerja kerja. Aku anggap semua ini sebahagian bakti dan sumbangan selama ada hayat. Nyawa manusia akan dipanjangkan Allah bila banyak kebaiakn yang dibawa, dan lagi lama diberi peluang lagi dekat dengan syurga. Hidup ini tidak boleh dipisahkan dari kasih sayang dan rasa perihatin. Dalam riak tenang hati, ada rasa rindu yang membara. Hamper air mata ini menitis tiap kali terpandang matanya dipotret kenangan kami. Ya Allah dari kejauhan ini, kau peliharalah ibu saudaraku Ummi. Aku redha atas apa yang terjadi, aku redha atas kemarahanya pada aku dan aku redha sikap orang orang tertentu yang berperanan memecah belahkan lagi keadaan. Aku sering terbaca salahs atu petanda akhir zaman, bila manusia sesuka hati MEMUTUSKAN SILATURAHIM, malah ianya dilakukan oleh ahli ahli agama.
Tiada manusia yang sempurna tetapi saban hari biarlah kita berusaha membina KESEMPURNAAN DIRI agar kita berada ditrack yang betul, track yang diredhai Allah. Walau buruk mana pun seseorang, bila dia berdoa memohon ampun dan kembali menghambakan diri pada Allah, dia sudah menjadi seperti bayi kecil yang tidak ada dosa, Allah sentiasa membuka PINTU TAUBATNYA mengapa kita manusia masih terus menghukum, masih terus menyusahkan keadaan masih meletakkan SUKAR KE ARAH KEBAIKAN. Janganlah kita cipta kemarahan Allah dan kemarahan rasul hanya mengikut penilaian kita yang CETEK dan DUNGU. Ya Allah jauhilah aku dari KEEGOAN ciptaan SYAITAN.

Ya Allah awasilah GERAK GERIKU selalu.