Tuesday, April 6, 2010

Semalam yang TENANG....


3 hari lepas aku TERUK dilanda perasaan down!!! hinggakan aku menamakannya THE BAD DAY EVER...Hari ini aku begitu bersemangat menyegerakan panggilan meeting khairat di bilik meeting RMDD...begitu tinggi fail yang terkandung 85 pemohon bantuan keewangan yang sudah diinterview dan proses pertimbanagan kes by kes bersama 6 ahli board yang lain. satu kerja ynag sedikit sebanyak memperlihatkan aku kisah kehidupan diluar sana. Penuh pelbagai...kaya jadi miskin...miskin tapi anak pandai pandai...miskin tapi suka meohon wang lebih untuk lavish...tak berapa miskin tapi suka mencuba nasib demi wang...Begitulah manusia. Aku seronok dan ada beberapa kes yang menyentuh hati...semoga sedikit sebanyak bantuan kami walau bukan dari poket kami sendiri membantu memringankan beban pelajar dan ibubapa mereka...mengurangkan stress belajar...hidup dikampus dan mampu lebih memberi tumpuan...teringat zaman aku dulu...SIKSANYA...dan perasaan perit sendiri membantu kita lebih memhamai keperluan orang lain...

Semalam aku berjaya membawa diri memusatkan perhatian kepada keperluan diri dan menstabilkan emosi yang tertekan. sudah semestinya dalam list teratas BERMOHON pada Allah dan seterusnya membanyakan agenda dalam TO DO LIST of the day. Semalam bermulalah 2 To do list of the day...satu pejabat ..satu rumah...berjumlah 20 senarai...memang kita tidak mampu menyelesaikan semua....tetapi kita boleh menangguhkan kepada esoknya ...sekurang kurangnya kita ada satu benda yang ingin dikejar pada hari tersebut. Ada satu perasaan puas bila kita mampu memangkah lebih dari 5 tugasan dalam list...dan inilah KEBERKESANAN teknik ini pada diri...secara tidak langsung kita participate untuk keep moving forward!!!!. Hasilnya dipejabat selepas pukul 5.30 petang aku memandu dengan TENANG kerumah...dan sesampai dikawasan rumah...to do list rumah bermula...dan Aku tidur paling lewat pukul 12 dengan lena dan tenang selepas aku memangkah hampir 5 perkara semalam. Pagi ini bangaun terasa SEGAR dan terus teringat teh day of today to do list at the office.

semalam kesempatan berbual dengan kawan cuma diambil masa makan awal lunch bersama Na...na lah satus atunya kwn yang agak akrab di CFS Nilai dengan aku. Aku tidak kisah makan aku makanlah NA...bagusnya temanku ini ..dia tidak akan menggangu akukalau aku banyak kerja dan dia sanggup tunggu hingga aku mencarinya. Kami setuju dalam banyak perkara. Dan aku melihat kejujuran pada matanya tanpa terlebih bermanis muka pada perawakannya.Selepas makan dengan na aku tidak makan hinggalah pukul 7 malam. seleraku bagai nak gila..s.emua makanan aku teringat. Pertama kali dalam sejarah, aku dudk seorang diri di SEcret Receipe dan memesan Strawberry yogurt Drink, Pumpkin Soup, Black paper Grilled cchicken dan Black Forest Cake. satu persatu aku makan tanpa mengikut atyran...apa yang samapi dulu itulah yang aku BALUN. Sedang aku menikmati Black paper chicken aku terpandang pekerjanya tegak berdiri sambil memerhati customer sekeliling..lantas aku berkata dalam hati..aku makan sedap sedap..kesian dia...mungkin dia kerja je dekat sini tapi makanan ni dia tidak pernah sentuh. Untungnya nasib aku...susah payah masa lalu..jerit perih zaman remaja aku lalui dengan sabar dan inilah sebahagian hasilnya. Namun dalam bersyukur, aku perlu ingat...aku tidak boleh sellau begini...aku kena berkongsi dengan mereka yang memerlukan...pada yang terdesak hidupnya...makan sekadar meneruskan hidup...tapi kita makan demi SELERA..itulah bezanya..dan aku insaf didalam hati...Ya Allah bukalah peluang untuk aku berkongsi...agar makanan ku menjadi lebih nikmat kerana jiwaku turut serta dengan tulus.

Selepas makan, aku menyegerakan tugas dalam list. Bila anak anak pulang..walau apa pun emosi mereka...aku terus menyambut mereka dengan senyuman..dan bertanya apa yang mereka inginkan...dan aku berhenti seketika dari tugasan itu demi mengupas mangga buat anak anakku. Ada satu rasa harmoni...ada satu rasa tenteram...Aku ingin terus lakukan sesuatu yang hati aku ingin lakukan..kini aku lebih percaya naluri aku sangat BENAR..bisikan hati aku sangat SUCI..dan..mengikut kata hati dan naluri...Aku mampu capai rasa TENANG selepas aku bermohon dan bermunajat pada Allah...TUHANKU..kalau pada manusia tidak ada sepenuhnya pulangan..sememangnya engkau membuka mataku untuk aku terus BERTAFAKUR mendampingi mu...memaut pada mu..dan itulah sebenar benar kekuatan...sebenar benar perlindungan...hingga aku mampu tersu berdiri untuk lebih SENYUM dan menghentikan air mata ini demi INSAN INSAN ynag memerlukan disekelilingku...Amin!!!!!

Berikan aku terus KETENANGAN ini...untuk meneruskan PERJUANGAN ini ya Allah.