Monday, April 9, 2012

RAHMAT disebalik KABUT

Alhamdulilah segala puji bagi Allah tuhan yang memelihara seluruh Alam dan perangcang terbaik kehidupan insan dimuka bumi ini. Allah menjadikan adanya siang dan malam, untuk manusia berusaha mencari kehidupan dan malamnya untuk manusia berehat, atas nikamat nikmat dikirimnya juga ujian yang pelbagai bentuk untuk melihat sejauh mana teguhnya usaha manusia membina iman dan beringat atas tujuan dilahirkan keatas muka bumi ini. Alhamdulilah kalau kita terpanggil untuk beringat dan Alhamdulilah jika kita dikelilingi oleh orang orang yang menyuruh kita beringat serta ruang ruang dugaan itu sendiri sudah cukup besar untuk dijadikan hamparan supaya kita terus beringat. Pagi ini INDAH, ada gerimis yang membawa kedinginan dan menghilangkan kabus asap kota pada udara dan ada sinar matahari dhuha yang sering mengingatkan aku tentang nikmatnya peluang solat dhuha yang harus direbut dicelah kesibukan. Sinat matahari dhuha itu adalah gambaran sinar harapan yang memberitahu aku jangan berhenti berharap dengan bantuan Allah selagi ada sinar mentari selagi ada denyut nafas ini. Hari ini 10 April, bulan April sudah berganjak ke hari kesepuluh, sudah 3 hari salah satu tarikh penting dibulan April untuk terus aku ingat, ulang tahun pemergian nenda tercinta dan ulang tahun adik lelaki bongsuku wan. Wan perlukan dompet, aku terfikir untuk memberikannya dompet tapi adik linda terlebih dulu actionnya oklah moga ada waktu terluang aku akan carikan dia beg sandang untuk dia gunakan pergi kerja. Alhamdulilah adikku ini sudah dapat kerja tetap dan tinggal dengan keluarga. Aku sering berpesan pada mak, jangan terlalu kasari dia, jiwanya fragile dan perlukan sokongan yang kuat, namun sifat menghormati orang sekeliling dan mengambil berat hal anak anak buah dalam linkungan usaha yang termampu olehnya membuatkan aku sayang padanya. Lagi pun kami adik beradik, ada juga nilai unconditional love tu dari tuhan kena pulak dia tidak menyakitkan hati dan tahu bersyukur dan berterima kasih. Aku sering merayu padanya tolong jaga hati mak dan bak, dalam usia sebegitu senja mak dan bak tidak layak lagi untuk menangani kegagalan kita dalam menghadapi situasi hidup jangan kerana kebodohan dan kejahilan kita ibu bapa kita jadi mangsa. Itu sudah KEJAM namanya. Pagi gerimis yang sedikit sesak memberikan aku ruang tersendiri, dalam kesesakan lalu lintas, sempatlah aku memulakan hari dengan Alwaqiah surah pendek yang besar fadhilatnya yang menjadi amalan para nabi dan rasul dan tergolong dalam surah surah pilihan. Alhamdulilah dalam sukar ada ruang dan peluang, memang betul hidup ini bergantung pada minda dan iman kita untuk mentadbirnya, kalau minda positif dibekal pulak iman dihati, insya Allah ilham ilham kebaikan akan terus datang perbagai rupa termasuk bentuk bentuk rezeki yang perlbagai menjadikan hidup ini BARAKAH. Hari ini sengaja memilih CafĂ© Aisyah untuk breakfast, sekadar membina kelainan dan kepelbagaian. Bila tiada kawan, pilihan untuk menumpukan pada aktiviti dan fikiran tentang diri sendiri dan perancanagn menjadi pilihan. Masa itu ibarat emas, setiap detiknya biarlah menjadikan kita menggunakan fungsi akal dan minda sepenuhnya kearah tujuan yang terancang. Sambil menikmati Nescafe tarik dan maggi goreng dan sosej, aku pantas membelek mutiara kata yang berkenan dihati diiphone, “ Tidak lurus KEIMANAN seseorang kecuali HATINYA lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus LIDAHnya”. Aku berkenan betul dengan kenyataan ini, kalau kita 5 kali solat dengan takbir Allah Hu Akbar, hidup kerana Allah, hidup untuk membina Iman janganlah pulak diketepikan peranan LIDAH. Aku juga berpesan pada diri sendiri, jangan sesenangnya mengatakan dan melebelkan seseorang terlalu banyak cerita sebenar yang kita tidak tahu. Apalagi kalau orang tiada Iman, lidah adalah senjata yang paling tajam kerana itulah FITNAH itu besar kecamannya disisi Allah. Lesson for the day, aku kongsi di FB, Fb ruang untuk aku membina persahabatan. Untuk aku FB lah ruang persahabatn, FB lah ruang rezeki. Orang yang datang dalam hidup kita membawa rezeki, ada juga orang yang datang dalam hidup kita membawa BALA. Pandai pandailah memilih antara KACA dengan PERMATA kerana sinar kedua duanya seakan sama dan boleh mengelirukan. Skill yang berpaksi pada perasaan syok sendiri tidak cukup digunakan untuk mengenali nilai kaca dalam persahabatn. Mulut manis bergula juga bisa menjadi racun pula. Alhamdulilah, setakat ini Allah menemukan aku dengan insan insan yang memberikan aku hati mereka, kepercayaan, harapan dan kesetiaan. Mereka inilah menjadi team bisness yang sedang berkembang dan akan berkembang. Aku akan terus percaya two heads is always better than one. IOPE aku usahakan dengan Li dan Maria, alhamdulilah bonusnya sudah kami rasai, malah sering juga kehabisan stock. Aku buat proposal lady trip atas usul gergaji 2 mata, untuk win the follower at the same time untuk memudahkan pengambilan stock dikorea. Kini aku sudah berbincang destinasi lain pula untuk lady trip, India degan kak Ima dan Europe dengan Mai, Cuma destinasi Indonesai belum lagi diutarakan pada pak wan. Aku melihat bagaimana kawan yang postif mampu dibina sesuatu yang positif dan menguntungkan kedua dua pihak. Dan pagi ini pula aku diganggu dengan satu panggilan telefon yang membuka lagi satu ruang baru yang aku tunggu tunggu selama ini iaitu property venture. Aku percaya , Allah kalau sudah menentukan rezeki pada seseorang, maka dititipkannya jalan jalan yang membawa rezeki itu. Moga semua idea ini menjadi circle yang bermakna buat aku dan idea Bonda Botique tetap bisness yang akan aku buat untuk Izan adik iparku sebagaiman perbincanagn aku dengan hubby. Aku teringat posting aku semalam, “seseorang yang CEKAL dan BERKEYAKINAN TINGGI tidak akan tersentuh apa lagi rebah dengan hal remeh temeh yang sengaja atau sebaliknya malah dia hanya akan menumpukan kearah PENCAPAIAN MATLAMAT dengan lebih gigih”. Matlamat yang saban hari sibuk aku bina ialah matlamat SPIRITUAL. Hanya Allah yang akan terus menjaga kita, tidak perlulah meminta minta dengan orang lain. Aku memilih untuk serve orang lain tapi akan terus gigih meminta dengan Allah, apalagi kalau Allah memberikan aku nilai sesuatu TERLEBIH LEBIH. Betul kata kata yang pernah aku dengar, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga yang lain lain untuk kita, dan keimanan hanya dicapai dengan hati yang lurus. Hati yang lurus hanya jika lidah kita lurus. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana seorang sahabat boleh mengkhianati sahabatnya dengan membuka aibnya, sedang mereka bersahabat, boleh terus bertanya, aku tidak dapat bayangkan bagaimana senangnya mereka memilih , melempar dan membuang sahabat begitu saja, sedang sahabat sahabat itu telah menolongnya, aku tidak faham bagaimana hidup hanya mengharap bantuan orang lain akhirnya sanggup mengeluarkan kata kata pelbagai tomahan pada orang yang sudah berkorban jiwa raga, masa dan harta benda buatnya. Seorang kawan yang lain menjawab, satu je jawapannya za…manusia tidak akan mampu membalas kebaikan manusia lain. Sebab kebaikan itu hanya Allah yang membalasnya. Seorang lagi sahabat berpesan, kalau nak kenal seseorang, bagaimana ia senang membuka aib orang depan kita begitu juga senangnya dia membuka aib kita depan orang lain. Aku berterima kasih pada 2 sahabat ini yang sudah mengalami dengan orang yang sama. Sifat manusia yang pada awalnya bagaikan kusyen empuk buat kita, caranya membuatkan kita rasa seolah selamat dan tertarik untuk berkongsi, sifat itu juga menjadikan kita berfikir dialah sahabat yang kita cari dan akan kemas kita letakkan dlm circle selamat kita rupanya menggunakan perkongsian kita sebagai nilaian tersendirinya dan bahan untuk puzzlenya yang tersendiri tercipta dimindanya. Ya Allah aku menggangkat kedua tangan ini bermohon kau bukakan hati hati mereka serta mata hati mereka agar mampu berfikir sejenak jangan merasa selesa seolah olah Allah itu tuhan mereka saja dan mereka bebas membuat apa saja konon mereka orang baik baik. Wanauzubilah. Padaku biarlah si Luncai terjun dengan labu labunya, aku serahkan urusan mereka pada Allah, aku teruskan menjaga diruang yang tersedia ada untuk mengumpulkan tenaga dan tumpuan pada hidup aku sendiri. Apa yang telah aku lakukan sudah lama aku ikhlaskan, dan apa yang mereka buat sudah lama aku maafkan, cukuplah Allah menyediakan hukuman buat mereka sepertimana tertulis dalam kalam mulianya, aku hanya manusia biasa tidak layak untuk menghukum orang, tidak layak untuk berjuang pada perbuatan yang sia sia yang akhirnya membawa kerugian pada diri sendiri.Dunia ini sempit saja, apa yang kita perkatakan dan perbualkan satu hari dengan izin Allah akan sampai juga ketelinga kita. Terus hati berkata, ah tidak berubah ubah mereka ini, hidup mereka ceria dengan sessi mengata itu dan ini pada sesuatu yang tak pasti. Nun disudut hati sebenrnya aku bersyukur, untuk diberikan peluang disebalik kemelut ini, peluang untuk aku sisihkan diri dengan orang yang sia sia untuk kita bina hubungan, orang yang jika kita disampingnya tak habis habis cerita pasal orang, orang yang depan kita seakan simpati dengan kita, belakang kita seolah bertepuk tangan. Inilah dunia, didalamnya dihuni oleh pelbagai makhluk, disamping makhluk yang menjadikan alam ini selamat dan tempat terbaik, ada juga makhluk perosak yang tidak sedar dan tak sempat kaji kesan perbuatan diri sendiri. Mereka ini sebenarnya MENZALIMI DIRI SENDIRI. Alhamdulilah Allah memisahkan aku dengan mereka, Alhamdulilah Allah mengekalkan aku dengan mereka mereka yang banyak membina dan mengintai resepi kejayaan dalam hidup. Ya Allah kau bahagiakan hati hati yang pernah membahagiakan aku, kau sayangilah hati hati yang sayangi aku, kau temukan kami semula pada ruang dan liku yang ada dan kau tinggikan marabat keimanan mereka. Amin ya Rabbal Alamin.