Wednesday, May 30, 2012

Tinta Kasih Bonda: Bakti dan Budi penawar Sakit



Cerita sakit datang lagi. Semenjak khamis lepas hinggalah hari ini badan masih terasa bisanya dan pernafasan bagai tercunggap cunggap. Hari ini wajib masuk office walau sakit masih bersisa, kerja kerja persiapan power point terakhir sudah terlalu hampir waktunya. Monday semuanya perlu diserahkan kepada committee taaruf untuk dipakai oleh semua counselor yang bakal mengendalikan sessi breifing. Insya Allah Allah sediakan aku jalan dan Allah permudahkan, esok petang akan aku serahkan pada Mdm Khairani untuk disemak dan jumaat masih ada masa untuk sebarang tambahan.

Alhamulilah, dalam sakit ada nikmat, dalam diam ada kebaikan tersendiri. Selama aku sakit, aku tidak begitu endahkan dunia luar, malah aku lebih mencari apa peluang dalaman yang mampu aku mantapkan. Cuma aku sedikit ralat, bila bagai ditakdirkan aku tidak dapat pergi ke kenduri mak su di Terengganu. Anak anak pun naik ke Kuala Lumpur dengan bantuan adikku Iwan. Tengahari Ahad, barulah dapat berita yang kem tahfiz yang sepatutnya dihadiri anak anakku dan apik telah ditunda ke cuti sekolah akan datang. Bermakna anak anakku dan apik iaitu anak arwah adik akan berada dibawah jagaanku selama lebih seminggu. Alhamdulilah inilah masanya untuk aku berbakti pada arwah dan isterinya lebih lebih lagi berbakti pada seorang anak yatim. Dalam sakit sakit aku masih mampu menyiapkan syarat dan jadual mereka. Hafal 3 surah sehari dan akan didengari oleh Kak Nana dan malamnya aku sendiri yang akan check. Pagi bangun seawal 6.30 pagi berjemaah subuh dan baca surah AlWaqiah. belajar 2 jam sehari kalau tidak buat homework, perlu buat exercise dalam buku. Semalam sempat aku mengajarkan karangan yang akan diprint dan diminta hafal. Kewajipan berjemaah disetiap waktu, aku lantikan imam, fayyadh diwaktu zuhur dan Apik diwaktu Asar, kecuali bila ayah ada, semua solat diimamkan ayah. waktu maghrib pasti ditunggu dengan bacaan yasin beramai ramai dan sebelum tidur dibaca surah AlMulk. Setiap kali lepas solat, apik masih segan bila dicium kecuali aku. Alhamdulilah semoga perkara kecil ini memberi makna yang besar buat hidup mereka. Aku rasa sangat bahagia mungkin kalau aku tidak diduga dengan sakit, aku tidak berapa diam mindanya, mungkin kalau aku sangat sihat lain pulak ceritanya. Sakit mungkin pada zahirnya adalah cara Allah menyekat kebebasan aku, cara Allah memperlihatkan pada aku jalan lain untuk rasa bahagia. this is the bright side of pengalaman sakit kali ini.

Nikmatnya hidup dikelilingi anak anak. Syukur alhamdulilah aku diberikan zuriat oleh Allah. Satu amanah besar yang tiada tolak bandingnya. bayangkan kawan kawan lain yang masih belum berzuriat, bayangkan juga kawan kawan yang masih belum kahwin dan bayangkan juga kawan kawan yang menjaga anak seorang diri. Aku bersyukur bahtera perkahwinanku masih mampu dan teguh untuk diselamatkan. Apa lagi bila aku begitu positive bermohon pada Allah walau dengan apa cara pun, Allah memberikan miracle yang tidak terduga oleh akal manusia. Alhamdulilah. Anak anak tersenyum bangga bila berganding dengan kedua ibu bapanya. Semua ini sebahagian dari nilai rezeki Allah yang terlalu dipermurahkan Allah pada aku. Hari ini aku dipejabat mampu fokus dengan kerja kerja last minit yang masih bertimbun, dirumah sudah aku panaskan lauk pagi tadi dan berpesan pada hubby untuk masak nasi. Seawal pukul 5.30 petang, aku akan pulang dan terus masakan spegetti yang sudah ditunggu tunggu oleh semua. hari ini juga apik akan belajar makan speggeti chicken bolognese, makanan yang simple dan berkhasiat.

Sekejap lagi sementara menunggu waktu pulang, aku akan browse hotel berdekatan untuk satu malam membawa mereka main kolam pada sabtu dan ahad hujung minggu ini. Satu hobi anak anak ialah mandi kolam, aku masih terkilan tidak sempat membawa lagi 2 anak anak saudara Adi dan Alya bersama. Insya Allah akan cuba hubungi Izan untuk naik ke KL. kalau tidak jadi, mungkin ada rezeki buat mereka dilain kali. Akhir akhir ini aku diam dari mak. bukan merajuk bukan juga menjeruk hati. Serasa aku mak dan bak sedang berbahgia dengan habuan dari kerajaan. Aku tumpang gembira untuk mereka tapi aku tidak perlu menyebuk, tugasku tetap sama perlu mengirimkan wang belanja dapur buat mereka. Aku bukan tempat untuk orang berbahgia, aku hanya menjadi tempat bila ada masalah besar lebih lebih lagi hal hal keewangan. Aku sangat pasti, dengan aku orang sukar untuk bercerita pasal wang, kegembiraan dan perancangan mereka. memahami keadaan itu, lebih baik aku diam dari menyibuk. Itulah sebahagian dari takdir aku, namun rezeki Allah buat aku tidak pernah kurang malah saban hari semakin bertambah. Insya Allah akan terus bertambah.

Aku semakin hampir untuk menamatkan bacaan Quran untuk tahun 2012. Alhamdulilah mungkin dalam minggu ini, diawal Rejab yang mulia dan insya Allah bacaan seterusnya dengan makna akan dimulakan kembali sebaik habis bacaan ini. Aku perlukan Quran Terjemahan yang terkini bahasa Malaysia. 

jiwa segar dengan Bacaan Quran. Alhamdulilah.