Sunday, December 19, 2010

Manusia Oh Manusia


Hari ini Monday minggu ketiga Disember..CEPATnya masa berlalu, sekian lama blog ini tidak dijengah dek kerana mengejar dateline report dan discussion. Sedari semalam idea datang mencurah curah dan berjanji pada diri walau sibuk macamana pun Hari ini 20 Disember kena teruskan menulis idea yang sedari semalam terlakar diminda.

pagi ini, seronok breakfast yang CERIA dengan kehadiran Anis dan Izzati, dua kerani baru dari department sebelah, sekian lama aku berazam untuk belanja minum pagi buat mereka berdua..dan terasa Izzati semakin mesra dan pandai menyesuai diri..mereka berdua baru mula hidup, kerja setakat kerani sementara berapalah sangat gaji mereka ..aku amat kesian dengan Anis datang sejauh Kuala Perlis untuk mencari rezeki baut mak dan adik adik. Alhamdulilah hari ini aku berjaya membayar makan pagi mereka...kerana aku awal tiba dipejabat mengikut jadual perjalanan bas dari Pj ke Nilai. kalau kita ingin MEMBERI berilah kepada yang WAJAR menerima agar setiap nilai sen yang keluar akan transform jadi bunga bunga kebaikan yang akan kita bawa ke alam akhirat.

Sebut pasal berbagi, semalaman aku terfikir pasal hutang piutang. Seingat aku, aku seorang yang sangat tidak selesa BERHUTANG. Kalau rasa nak berhutang sangat ...padaku biarlah berhutang dengan BANK. Sesama kawan kalau tidak betul betul tersepit ..lupakan saja..jangan seseklai kita mengambil kesempatan atas hubungan baik untuk mengenakan orang yang berbuat baik dengan kita. Itu prinsip aku. dalam kehidupan seharian, kita juga tidak boleh menolak keadaan berdepand egan kawan kawan yang terhimpit atas satu satu keadaan. kalau mereka meminta pinjam duit, aku akan bertanya untuk apa dan kenapa kalau kedudukan dan keadaan mereka tidak memungkinkan mereka membayar balik, awal awal aku akan ciptakan EXCUSE...bukan kerana KEDEKUT tetapi kerana tidak mahu mencipta CONFLICT dan tidak mahu menjadi MANGSA kecuaian mereka dalam mengendalikan KEEWANGAN. Kalau simpati dengan situasi...berikan jumlah yang TERINGIN untuk beri tanpa meminta dan mengahrap untuk dibayar balik...NIATKAN SEDEKAH.

Seorang kawan telah meminjam dariku RM10000.00 dengan janji akan bayar dalam masa 2 bulan. Kedudukannya memang agak mustahil dengan ketidak mampuannnya untuk membayar balik. ketika dia meminta pinjam, aku bertanya, you tak aad saving ke?. Duit itu untuk adiknya yang sedang belajar Medic katanya. Ada beebrapa masalah keluarga yang tidak dapat dielakannya, aku cuba memahami situasinya. pada asalnya dia meminta RM15K. Aku mencadangkan padanya saya tidak boleh memberi sebanyak itu, untuk berkata DUIT TIADA itu MUSTAHIL kalau duit memang ada cuma kita perlu minta consent SUAMI. Aku buka mulut seketika untuk melihat reaksi suami ..benarlah..suamiku berkata kenapa kita perlu tolong dia..dia sudah tak ada kwn lain lagi ke?..biasalah suamiku..memang tidak sesekali memeberi pinjam kepada orang semudahnya..dia tidak pernah aad istilah baik dan menolong orang lebih dari RM1000.

padaku, kalau betul dengan situasi..lebih lebih lagi menolong orang SEDANG BELAJAR. Aku merasa seakan KEJAM dan tidak ada pertimbangan langsung. Kawan itu berjaya mencari sebahagian duit yang aku cadangkan dan melihat keadaannya yang STRESS aku akhirnya bersetuju untuk memebri pinjam bakinya. Selepas sebulan berlalu, dia mengaku dia sudah setle bayaran kawan pertama yang memberi pinjam, dan tibalah giliran untuk settlekan pinjaman aku. Tiba dihujung bulan aku bertanya dan dia meminta satu bulan tangguh kerana ada urusan keluarga dan anak yang perlu didahulukan. dari bulan sebelas menjadi bulan 12, dan minggu lepas dalam perbincangannya dia meminta izin dengan aku untuk memulakan bayaran padaku pada bulan Januray dan February. dalam aku memandu pulang kerumah, aku terfikir..is there something fishy here?..aku mula DOUBTS..aku mula Tick Tock Tick Tock dalam kepala, lalu aku mengirimkan SMS padanya dan berkata Why all this ahile suddenly happen kind of problem with the family and you have to postpone the payment..it seems fishy to me..aku mula meluahkan rasa tidak SELESA aku. Dia menjawab SMS dengan menyatakan aku sudah melukakan hati nya perihal keewangan bukannya memahami apa yang beliau sedang alami. Aku hampir STUCK!! dan aku terus menelefonnya dan berkata, kalau I tak luahkan, tak adil untuk i resah sorg sorg..why should i consider to your situation from beginning till now..you can create even more than this..my money is my right...aku mula HANGIN satu badan dan hangin ini perlu aku sembunyikan dari SANG SUAMI. Akhirnya dia mengaku aku right dan dia wrong dan berjanji akan memulakan bayaran pada January hingga February 2011. last sms aku berkata, dalam persahabatan, aku suka menolong semua kwn kwn aku..tak kira siapa mereka TAPI please hargailah pertolongan dengan berpegang pada JANJI ...buktikanlah bila org percayakan kita, buktikanlah kita seorang yang boleh dipercayai, kalau tidak ternyata walau tinggi mana pun ILMU dan pangakt yang you ada..you sama saja dengan penyamun penyamun kat LUAR tu cuma cara you lebih LICIK!!!...Tolonglah buktikan pada aku untuk aku terus percaya amsih ada manusia yang bernama kawan yang boleh dipercayai dan sama sama membina dunia ini sebagai tempat yang bahagia untuk didiami sebelum AJAL menjemput TIBA...janganlah KHIANAT!!

Aku bertanya sendiri, wajarkah tindakan aku..maalh aku terfikir untuk STANDBY pada step seterusnya JIKA tiada bayaran pada Januari walau dengan alasan apa sekali pun..Aku terpaksa LODGE a police report. For today aku perlu menyediakan data isi yang lengakap untuk tujuan PERSEMUKAAN yang akan aku buat pada middle of Januari jika tiada bayaran dibuat. Aku tidak takut..RM10K bukan satu jumlah yang sedikit, malah aku boleh baut bayar muka kereta kalau aku seorang yang eksyen. Kita sanggup bersederhana untuk tidak ingin mencipta ruang yang tidak cukup kerana tidak mahu menyusahkan orang lain in case berlaku apa apa.

Apa yang kita tenguk dalam hidup ini kita perlu jadi BAIK dan beri KEBAIKAN pada orang lain disekeliling kita tapi dalam kita berbuat baik kekadang kita dapat rasa SAKIT..sakit hati dan GERAM...patutlah semkain ramai oany tidak suka buat baik dan berbaik sangka ..agaknya mereka sudah SERIK jadi mangsa pada orang lain. Namun apa pun yang bakal terjadi, sekelaps aku berharap yang POSITIVE, aku terpaksa REDHAlah..apa boleh buat kalau takdir sudah mengatakan duit itu bukan rezeki aku lagi...tak pa lah aku tahu DUIT dan apa yang kita ada semuanya kita tidak akan bawa ke KUBUR...tapi segalanya biarlah setelah tempuh tertentu dan ikhtiyar tertentu...aku panjatkan DOA moga Allah membuka pintu hati sahabatku ini untuk melamgsaikan hutangnnya...manusia oh manusia kenapa disingkirkan fitrah kebaikan yang ada dalam diri!!!