Wednesday, June 20, 2012

Tinta Kasih Bonda: Aku Hanya Ada ALLAH




Rabu menjadi hari terakhir Rejab untuk tahun 2012 ini, Alhamdulilah aku bersyukur pada Allah bulan Rejab ini dibukakan lembaran baru untuk aku usahakan dalam hidup demi Allah. Alhamdulilah apa yang aku harap harapkan menjadi kenyataan dengan situasi yang berupa peluang tanpa sedar. Allah sungguh maha mengetahui dan sebaik baik perancang. Esok bermulalah 1 Syaaban, Insya Allah aku ingin menyambut syahdu Syabaan dengan Puasa gurindam ibadah yang tidak putus putus. Alhamdulilah.
Petang ini insya Allah tamatlah Juz ke 3 dalam surah Al Imran. Alhamdulilah sejak aku mulakan pembacaan Quran dengan terjemahan terasa seakan tidak mahu berhenti membaca kerana asyik dengan cerita cerita dan  pengajaran didalamnya yang sungguh menyentuh hati. Dalam bacaan tengah hari tadi yang terlansung hingga 2.15 petang, mata aku tertangkap pada ayat yang berkali kali diawal surah Al Imran yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah memberikan rezeki pada sesiapa saja tanpa hisab”. Betapa Allah itu berkuasa penuh untuk memberi, aku berulang ulang membaca ayat itu dan terasa agungnya Allah yang kaya dan berkuasa. Semestinya kalau kita inginkan sesuatu haruslah meminta dengan rendah hati dan tidak mudah putus asa. Allah maha mengetahui bila dan bagaimana untuk diberi dan sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas bukan hanya wang ringgit dan harta benda seperti mana nilaian dimata manusia.
Hari ini juga Alhamdulilah aku Berjaya menemui Ustaz Ali untuk usaha pemulihan diriku. Ustaz bekalan 2 botol air jampi untuk minum dan mandi tanpa putus, ustaz juga berpesan untuk kuatkan diri dengan amalan ibadat yang kuat termasuk mathurat dan solat malam. Banyak soalan soalan yang keluar dari mulut pelajar yang menemani aku jumpa ustaz, semuanya aku jawab baik, kita tak perlu tahu apa dan mengapa tentang dugaan sakit begini, kita terus berusaha. Keliling kita ada macam macam manusia semuanya kita tidak pasti dengan akal dan hati mereka. Kita anggap saja ini dugaan disebaliknya Allah ciptakan peluang untuk kita lebih tekun membaiki dan memperkasa diri. Hidup bukan hanya didunia, malah dunia hanya tempat persinggahan sementara tiada apa yang harus direbutkan, semua pun aakn kita tinggalkan bila bila masa saja. Alhamdulilah atas nikmat kasih sayang melalui dugaan ini ya Allah.
Hari ini tiada bezanya dengan semalam, aku masih perlukan percatemol untuk mengurangi rasa sakit dikepala ini. Cuma seketika bila berada dimasjid, aku bebas dari seluruh rasa sakit. Seluruh jasad dan nafas terasa segar dan nikmat. Ini menjadikan aku perlu membudayakan solat dimasjid, masjid tempat yang plaing melegakan kepala dan seluruh badanku. Untuk tempuh ini, aku diamkan diri dan aku menolak sebarang temu janji kerana aku tidak mampu mengasak minda yang sedang lemah ini. Aku hanya menerima pelajar yang datang waktu pejabat. Alhamdulilah, tidaklah sampai semakin teruk dengan melayani mereka. Alhamdulilah juga hari ini aku mulakan hari dengan Mathurat sejurus selepas solat subuh. Keadaan menajdikan aku terpaksa menjadikan mathurat bacaan 2 kali sehari. Semoga bacaan ini menjadi hafalan biasa lidahku. Amin
Aku tidak sabar menunggu 6 July. Ianya berlaku dibulan Syaaban, pertemuan dengan guru agama dari Indonesia. Alhamdulilah rezeki yang paling manis dari Allah untuk aku. Tiada siapa menduga, dari sebuah persahabatan yang jujur, tanpa sebarang penghukuman, akhirnya sahabat inilah yang membawa sesuatu yang bermakna dalam hidup aku. Semoga kami bersahabat hingga akhir hayat, semoga kami sama sama mendukung syariat Allah dalam hidup dan hubungan. Semua ini menambahkan lagi sayang aku pada insan yang bernama sahabat ini. Ya Allah kau panjangkan umurnya untuk kebaktian, kau murahkan rezekinya, kau sempurnakan amalan amalannya. Manusia hanya mampu menilai dari luaran penuh kedaifan, sedang Allah lebih mengetahui dan Allah memiliki rahmat yang mampu diberikan kepada sesiapa saja. Sahabatku ini sudah menerima sebhg rahmat Allah. Alhamdulilah. Dia sahabatku Mai.
Sesungguhnya hidup kita ada takdir buat kita. Sudah tertulis diarash sana apa yang bakal kita lalui sepanjang hidup. Kita mampu membina kehendak sebanyak mungkin tetapi bukan semua kehendak kita sejajar dengan perancangan yang Allah tetapkan. Hidup kita sebagai manusia Nampak sama tetapi hakikatnya berbeza. Situasi kita dicipta khas oleh Allah buat kita sebagai medan struggle dan sebaik baik tempat meminta dan kembali ialah pada Allah saja. Alhamdulilah diusia 41, aku dan hubby sudah menjadi masjid tempat gembira kami. Sudah menjadikan amalan berjemaah sebagai buadaya kami. Inilah sesuatu yang pernah bermain diminda aku 15 tahun yang lalu. Bila Allah bagi aku jodoh, bila aku redha dengan jodoh ini, Allah redha dengan aku dan diberikan apa yang aku hajatkan yang hamper lenyap dari kotak fikiran. Masya Allah maha kaya Allah itu. Aku tidak menduga, aku terpilih sebagai insan yang diberikan pasangan yang harmoni kemasjid pada petang hari sebagai ruang rehat minda dan jiwa. Kami memimpin tangan anak anak kami turut serta. Aku bertambah sayang pada hubby bila setiap cadangan dan ajakanku tidak pernah ditolak. Malah dia juga bersedia untuk turut  ke masjid diwaktu subuh hari. Tapi ACTIONNYA kena aku yang MULAKAN. Semalam kami sama sama melayani Mia sambil makan malam. Tidak pasti lagi pada malam ini, Mia menambahkan kegembiraan kami. Ya Allah kau bukakan pintu rezeki mu buat Mia, lebarkan pintu itu sekaligus terkandung rezeki hidayahmu agar dia menjadi anak yang solehah buat adikku Fatin.
Aku suka membina harapan. Harapan pada diri sendiri dan harapan pada orang lain. Harapan itu menjadi doa bila kita tuju kepada Allah kerana kita faham bergantung pada Allah untuk menjadikannya kenyataan atau tidak, namun sebagai hamba kita wajib memintanya supaya menjadi nyata. Aku tidak pernah meminta yang buruk buruk pada orang lain walau pun pada seseorang yang memusuhi aku. Tidak pernah sama sekali, aku tidak tergamak untuk mengucapkan dan menuturkan sesuatu yang buruk buruk. Walau hancur bagaimana pun hati aku, walau buruk bagaimana pun kesan yang aku Nampak, aku lebih suka berdiam diri dan mencari iktiyar sendiri untuk belajar menerima. Banyak persoalan hidup ini diluar CONTROL kita termasuk persepsi orang lain. Kita terus berbaik sangka dan menerima walau hati terluka semoga satu hari yang INDAH, Allah membuka hijab itu. Allah mengembalikan hati hati yang pernah sebati dengan hati hatiku. Allah memeprlihatkan kebenaran kepada mereka semua begitu juga aku. Aku bukanlah manusia yang sangat sempurna, tetapi aku akur dengan kritikan dan teguran, aku suka berbincang dan aku hargai setiap budi yang dibuat orang lain sepanjang hidup ini. Budi baik kita bawa dan kenang sampai mati, kejahatan dan kekejaman orang lain kita lupakan dan maafkan mereka, kalau perlu berundur supaya kedaan tidak menjadi begitu tegang. Aku tidak harap apa apa lagi kerana aku yakin HARAPAN MANUSIA HANYA TERLETAK DITANGAN ALLAH.
Ya Allah, selepas semuanya jauh dari diriku, aku melihat kekosongan sebenar untukaku hanya mengakui AKU HANYA ADA ALLAH.
Aku ingin terus dekat dan rapat mencari dan terus mencari nikmat nikmatmu yang tersembunyi. Permudahkan usaha usahaku ya Allah. Amin