Wednesday, July 14, 2010

Rezeki kebahgiaan ....


Besok Jumaat datang lagi, Hari ini petang khamis menjelang Jumaat seperti biasa bacaan yasin dan AlKahfi harus dibuat. Tapi ternyata hari ini perlu dilewatkan lantaran pertemuan yang sudah diatur dengan Ja sepupuku yang hanya beberapa hari di Malaysia ini bagi menyiapkan keperluan thesis PHDnya. Aku memang excited untuk bertemu dengan Ja.

Baru selesai meeting, Hari ini serasa segar kesan SPA yang dibuat di Prasanti semlm...pada aku murah saja belanjanya berbanding sakit yang bakal menjengah kalau di biarkan. Bila minda segar, idea pun jelas...menghadap kerja pun dengan tenang walau kerja bertimbun. Kerja sifatnya memang tidak pernah habis...aku sukaaa hehe.

Badan terasa ringan, kulit terasa halus mulus lantaran rendaman air bunga bungaan semlm selama 25 minit, dan scrub kopi dan lumuran coklat dan susu sejurus selepas itu. Bila mengurut, bahagian badan banyak yang sakit sakit terasa banyaknya angin didalam badan. Sedapnyeee bila diurut begitu sesekali...KALAULAH sesekali duit boleh membeli ketenagan dan kebahagiaan walau seketika...beli saja..agar kita tidak terkilan..agak kita tidak tertekan. Aku terfikir untuk membeli pakej rawatan badan dan rambut di SPA ini...sekembali dari Viatnam..aku pasti mengunjunginya lagi. kalau bukan kerna iktiyar semlm, hari ini belum pasti adakah aku tenang dan seronok bermeeting. Kepala seakan faham apa kerja seterusnya yang perlu dibuat. pekerja SPA itu berpesan kepadaku supaya elakan mandi malam dan makan sebelum pukul 7.00pm. Bagaimana harus aku mengejar masa untuk keduanya..paling awal boleh sampai dirumah hanyalah pukul 6.30pm. Aku kena menyusun jadual yang termasuk sama waktu mandi dan makan aku serta fikirkan bekalan baju anak anak di dalam boot kereta untuk memudahkan keadaan. Mungkin inilah dikatakan sebahagian dari kehidupan yang bahagia.

BAHAGIAKAH aku??..aku berani menjawab...ya aku semakin bahagia. Bahagia setelah aku lebih matang. Bahagia setelah melalui pelbagai ujian. bahagia setelah aku memahami hakikat insan insan disekeliling aku dan keperluan mereka. Ya aku bahagia dan aku ingin terus mengumpul peluang peluang kebahgiaan walau dimata orang lain berbeza nilainnya yang pasti aku lebih faham konteks bahagia dalam hidup yang sebenarnya. bahagia aku kerana aku melihat kebenaran. Bahagia aku kerana aku melihat peluang, bahagia aku kerana aku ada kebebasan. kebebsan berfikir, kebebasan bertindak, kebebasan melangkah. Aku ibarat burung...jasad dan mindaku tidak lagi terkurung. Aku melihat dunia ini terbentang luas penuh nikmat, aku melihat rahsia disebalik jerat kedukaan kehidupan. Aku bahagia rupanya inilah yang Allah janjikan buat aku...dan aku ingin terus membahagiakan orang orang yang kesempitan dan tekanan..keluarkan mereka dari belengu yang menyusahkan dengan penuh keyakinan mendekatkan diri pada Allah ialah ubat segala tujuan.

Diluar sana masih ramai mereka yang meratap hiba, malah bertambah ramai mereka yang membiarkan minda dikongkong, masih banyak yang bersandar pada bahagia sementara, bangga dengan pujian, seronok dengan pengiktirafan, sedang segalanya itu hanyalah sementara. Kerana aku insan yang bahagia...aku kini melangkah tanpa berharap apa apa selain dari peluang mendekatkan diri pada Allah, melihat kebesaran Allah, mencari redha Allah, merendahkan diri dan peribadi, meyelamatkan hati hati yang dizalimi, memberikan senyuman semula kepada orang lain...Alhamdulilah. memang inilah acuan kebahgaiaan aku...aku sebenarnya sudah berubah 360 darjah dari kedudukan asalku. siapa sangak..siapa menduga semuanya adalah aturan Allah. kerana itulah..air mata ini sudah tiada untuk kutangisi pada sebuah ujian hebat yang aku lalui kerana aku hargai diriku sekarang dan aku bersyukur kerana Allah memilih aku...Aku terbayangkan gambaran Kaabah didepan mata..aku ingin menagis di Raudhahnya...aku ingin bersujud dan bersyukur...Allah memberi lebih dari yang aku minta.

Tiada semulia kalimah syukur selain ALHAMDULILAH...