Monday, November 29, 2010

Mereka Tidak aku Pinggirkan!!!


Haha first time tulis blog di Cyber cafe ditemani suami yang memang hantu cyber game.Hari ini hari terakhir bulan November 2010, aku sedikit pun tida menduga yang hari ini adalah takdir EL buat aku. Sudah banyak EL bulan ini ...sudah banyak janji yang terpaksa dimungkiri lantaran pekara perkara mendatang tidak terduga.

Khamis dan Jumaat sebagai mana dirancang, aku mengambil cuti tahunan untuk membawa anak anak saudara belibur dan sekaligus menyambut hari lahir Nana dan Harraz. Sudah banyak hari penangguhan. Kesian mereka...mama dan ayah sangat sibuk dan planning demi planning berlalu. Khamis kami breakfast beramai ramai di Jasima, Akus eronok melihat Alya menadah tangan membaca doa makan walau buah butir bacaannya tidak kedengaran. Selepas makanan dihidang, dengarlah pekikan Alya meminta maknan disuapkan kemulutnya. Sesekali aku membulatkan mata mengsiyaratkan padanya aku MARAH...please manners ..haha dan Alya segera controlkan dirinya...adik iparku Izan tersenyum melihat gelahat aku dan anak anaknya.

Lepas Zuhur hari Khamis, aku mendapatkan 2 buah teksi, kami ke SWISS GARDEN Hotel. Anak anakku dan anak anak saudara ..anak arwah Azman sangat gembira. bagiku semua hotel hotel dan swimming pool tiada ertinya tanpa mereka. Sesuadah berehat seketika, kami turun ke Swimmin Pool, acara mandi manda yang ditunggu tunggu oleh budak budak itu semua. Aku mengambil majalah management dan mula membaca, melihatkan Poolnya yang kecil aku tidak berselera untuk turut serta berenang dengan budak budak itu. sesekali aku membantu Iza, mengambil alih tugas menjaga Alya...wahhh Alya macam orang besar..eksyen nak mandi di kolam dewasa..terkedek kedek dia berlari meloloskan peganagn kami menuju ke kolamd ewasa..meminta kami melatakkannya separas bahu dengan air kolam dan sabli tersenyum mengekek ngekek..hehe..ada sinar gembira dimata kanak aknak ini..cantik matanya..kalaulah arwah masih hidup..pasti dia tersenyum bangga melihat gelagat anak anaknya.

Selesai budak budak mandi Kolam, aku orderkan mereka nasi goreng berkongsi kerana kami bakal makan malam sempena birthaday Harraz dan kakak Nana. lantas aku berpesan pada Izan ..aku perlukan 2 jam untuk SPA. Aku menuju ke Samrasa spa untuk Body Wrapping,Milk Bath dan Traditional Masasge. Berbalaoi memang berbaloi..terasa lega dari sengal sengal angin badan...aku betul betul berpuas hati dan selesai tepat 2 jam, aku naik semula ke bilik dalam keadaan segar dan wangi. Kalaulah tiada Alya, aku pasti mengajak Izan bersama, aku tahu izan lebih memerlukan urutan, rendaman dan gosokan ketenangan, semulalah ya dik...bukan duit yang menjadi halangan tapi Alya tidak boleh berpisah dan ditinggalkan dengan budak budak itu. Angah janji next year kalau angah diberikan rezeki yang banyak...sebahagia rezeki dan kegembiraan itu adalah untuk Izan dan anak anak. hidup lebih bahagia jika kita tidak terlalu BERKIRA.

Suamiku datang tepat pada masanya san mebawa sebiji kek yang dikirim, kami menyanyi beramai ramai ..lagu happy Birthday..Alya begitu TERUJA seolah olah itulah birthdaynya. Nana dan Harraz menyuapkan kek kemulut aku dan ayahnya..tanda kasih dan sayang..begitulah anak anak..mereka membutuhkan suasana happy dan tenteram, usah dikusutkan fikiran mereka dengan persoalan yang mereka tidak mampu untuk faham. Sekali lagi suamiku memilih untuk makan didalam bilik hotel sahaja..in room sservices..malas untuk keluar ke restaurant.Masing masing order dan kebanyakannya memilih nasi goreng kampung dan seafood.Kami makan bersama, nasib baik bilik itu agak besar buat kami semua. tepat pukul 11 malam aku ada janji dengan sahabat lama yang kebetulan berkursus disitu BUSHRA AHMAD.Aku sempat menghantar suamiku ketangga parking kereta, demi mereka, suamiku kata za happylah dengan mereka, abang stay kat rumah...esok abang kena kerja..lagi pun jimat kita tidak payah ambil dua bilik...ohhhh thank you dear...thank you very much!!!!

15 tahun aku tidak menatap wajah ini, wajah yang tidak berubah cuma kelihatan ada nilai kematangan...Bushro terlebih dahulu menjerit didalam lift bila melihat aku..Zaaaaaaaaaa terus dia memeluk aku..aku kaget dan cuba control didepan kwn kwnnya..haha. kami mengambil satu sudut dilobby, mengorder 2 cappucino..berebut siapa yang nak belanja..macam macam isu dan cerita. Aku bangga sahabatku ini sudah hampir berada dimercu teratas. namaun sedikit pun tidak kelihatan riak angkuh dan sobong pada wajah, perawakan dan kata katanya. Aku bertambah bangga. kami plan untuk pergi jalan jalan dan selalu lepak bersama..aku pun boleh menyumbang serb sedikit untuk perkembangan skill aku atas undangannya. sedar tidaks edar..kami sama sama rasa mengantuk dan jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Berpisahlah aku dan Bushro tanpa mengambil sebarang gambar dek terlalu banyak cerita kami sama sama TERLUPA.

Segelas capucino membuatkan aku hanya mampu melelepkan mata menjelang pukul 6 pagi selepas solat subuh. Aku terpaku di FB membaca posting posting kwn kwn dan meletakkan posting aku tentang cerita pertemuan dengan Bushro. Akhirnya DK online dan kami chat beberapa perkara...dia pasti ingin menghilangkan boringnya dan aku tidak boleh tidur...kami sama sama bersetuju untuk cuba tidur menjelang 5 pagi. dan aku offkan FB..dan cuba berbaring. seseklai aku terdengar Alya mennagis minta susu. ALya..Alya..Alya...geramnya melihat wajah yang mungil ini...aku merenung Alya hinggalah waktu subuh tiba....

JUMAAT yang SURAM wajahnya bila aku tidak cukup tidur..dan semua anak anak bangaun lewat dan aku mengarahkan mereka hanya mandi di bath tube tidak kekolam renang. Riuh rendah bilik air bila satu bath tub berkongsi 4 jejaka muda itu...biarlah anak aku berkongsi ..berkongsi ramai wahal mereka hanya berdua...berkongsi suka dengans epupunya yang sudah ketiadaan bapa...aku ingin anak anak menikmati nilai sebuah perkongsian. Pukul 12 tengahrai kami menjangkakan waktu terbaik untuk check out...again late breakfast untuk anak anak...adalah lebihan kek semalam di FRIDGE...ada yang berminat dan tak kurang juga mendengus untuk ke restaurant..hehe. Untuk tidak menempuh trafik jam menuju kerumah, kami perlu mengambil teksis egera selepas check out...tepat 12.30 tengahri kami sampai dan terus singgah di kopitiam bersebelahan rumah. Semua tidak sabar untuk makan dan mereka makan begitu berselera...pulang kerumah semuanya bergelimpangan tidur termasuk aku dek kerana tidak cukup tidur. Pukul 3.45pm aku dikejutkan text DK yang sudah berjanji untuk teh tarik sambil berbincang plan setting clinic. Aku cepat cepat siapkan diri dan menuju ke Jasima Kota Damansara. Perbincangan kali ini agak serious...DK meminta izin aku untuk turun ke Genting bagi perbincangan untuk mendapatkan arah hala dan expectation budget. Aku kata OK you go and tablekan in our next meeting...dia komplen aku lambat bertindak. Aku tidak pasti aku memang LAMBAT ke atau dia yang terlalu IDEALISTIC...biarkan dia...tepat pukul 5 kami bersurai dan dia menghantar aku kekereta, aku sempat memandang banyak mata melihat gelagat kami...agaknya apalah yang mereka fikir....Kalau kita pedulikan apa orang fikir...menmang betul..TAK KEMANA KITA AKHIRNYA. Pulang kerumah aku menyiapkan makan makal yangs imple buat Izan dan anak anak...aku sempat menjleing suamiku makan bukan main selera lagi masak air bayam dengan udang dan ikan merah goreng berlada...aku tahu Sang Suamiku itu sangat merindui AIR TANGAN ini.

Sabtu seawal pagi kami dikejutkan LOCENG rumah...sejurus membuka pintu kedengran pekikan suara Fatin, Linda dan anak anak..apalagi mereka bertandang kemari untuk menjemput Izan keluar shopping di Nilai. Aku awal awal bersetuju dengan usul itu untuk memberi laluan pada Izan enjoy sesekali. Aku mengambil alih tugas Izan dengan budak budak dirumah. Group lelaki bakal menonton REPUNZEL dipanggung wayang ebrsama hubbyku on his treat sempena cuti sekolah. Aku ALYA dan Nana tinggal dirumah. sesekali terdengar Alya merengek kecil mencari ibunya...aku meberikan Alya susu soya untuk menahan dahaganya pda susu ibunya. Menjelang pukul 11 pagi Alya mengamuk...tangsiannya semkain menjadi jadi..aku tiada pilihan melainakn menguatkan suara dan mebaca zikir munajat. Akhirnya Alya tertidur dan tdurnya lena sekali. Sedari dulu anak anakku tidur dengan zikir munajat dan mereka seakan lemah bila dipedengarkan dengan bacaan ini. Bila Alya tidur aku pun mengambil peluang sekali untuk membuta. Ku akui penat walau tidaks ampai sehari aku menjaga Alya...inilah rutin adik iparku kepenatannnya ditanggung sendiri ..orang lain kebanyakannya berkongsi dengan suami.

Selepas minum petang berat bersama seklai lagi dikopitiam kerana Izan begitu mengemari ROTI PRATA yang mengenyangkan..kami bergegas ke airport. Tepat 8 malam untuk pertama kalinya anak anak saudaraku meniaki pesawat air asia ke Kuala terengganu. pelbagai gelagat mereka dapat aku perhatikan dan mereka senyum kegembiraan bila melihat wajah kaap terbang yang selama ini hanya dilihat dikaca TV. Aku tersenyum puas. padaku DUIT BOLEH CARI..tapi kegembiraan buat mereka bukan mudah untuk aku ciptakan apa lagi setelah mereka menepuh hari hari penuh sunyi dans ediah atas kehilangan abadi bapa mereka ARWAH ADIKKKU TERSAYANG. dalam diam diam aku berjanji didalam hati...mereka adalah sebhagian hidupku...suka aku sukalah mereka gembira aku gembiralah mereka ..mereka tidak akan aku PINGGIRKAN ..sama seklai tidak. Tepat 9.00 malam kami mendarat di Kuala Terengganu. Cik dan Ayah begitu gembira menenmuis emula cucu cucunya yang dalam kegembiraan.