Wednesday, June 2, 2010

Antara Usul Berani dan pengakuan Tulus.....


Pejam celik hari ini sudah jatuh hari Rabu. pelajar sudah mula berkunjung ke pejabat berbincang itu dan ini denganku. Tcepatnya masa berlalu...seolah olah minda tidak berdaya untuk memerah daya fikir bagi menyiapkan kerja yang memerlukan ketajaman fikiran dan imiginasi. pagi ini besar panjang doa kerja aku mulakan dan alhamdulilah...hampir separuh kerja siap dan sekembali dari pertemuan makan tengahari dengan Dhi, kepala terasa berdenyut denyut melalui terik panas matahari di luar pejabat.

Aku sempat terluahkan pada Dhi...dalam tempoh 30 minit berakhir perkongsian kami..dan dhi meninggalkan aku dengan ucapan...Good Luck za!! dan sekembali ke pejabat aku terpaksa berbaring sesudah solat Zuhur..terlelap hingga jam 3.30 petang..sakit kepala tidak terhingga..bagaimana lah orang ornag migrane menghadapi situasi panas begini...aku seakan seram sejuk petanda Demam. Selesai solat Asar, aku check kembali kerja kerja yang bakal bersambung esok dan terus log out time seawal 5.10pm. jalan pulang agak lengang dan sesampai di Taman Tun Dr Ismail, aku mengambil route baru untuk mengelakkan traffik jam yang semakin teruk.

Tepat 6.45pm sampai dirumah dan telefon berdering..suara hubby bertanya...mlm ni mkn kat mana?..Aku lantas menjawab dengan joke..makan kat luar sambail berdiet sebab makan kat rumah pasti makan banyak dan terus tidur saya mcm tak ada suami lah..hehe..terdengar suara hubby ketawa berdekah dekah...okokok..kita makn kat luar je. Selesai solat maghrib, kami solat isyak berjemaah..manisnya peluang itu..lama sudah seolah olah tidak mencari peluang dan tidak kisah...arghhhh dan tiba tiba anak anak membuat pengumuman tidak mahu ikut...cartoon dan game lagi tinggi tarikan buat mereka...bungkus ya pesan berkali kali. Alrightttt balasku selamba.

Kami memilih Curve Damansara...dekat dan sehaluan untuk bank in beberapa keping cek di maybanknya. mata meliar mencari tempat makan, aku menyerahkan pada hubbya untuk memilih di restauran mana dan dia memilih THE APARTMENT. masuk saja ke dalam, terus hati aku berdetik...adakah aku berpeluang untuk mebuka sesuatu yangs elama ini terbuku dihati...memikul bagai seguni rasa berat dibahu. Suasana tenang dengan alunan muzik yang perlahan seolah menaikan mood tumpuan. Sesungguhnya bukan sennag mencari peluang untuk berbincang perkara yang pada aku sangat serius dan mungkin pada dia sangat sensitif. sambil menanti pesanan, kamis empat mengambil beberapa keping gambar, ya lah pertama kali masuk belum tentu akan masuk lagi...bukan taste dan keewangan seiring pun hehe...

Seketika menunggu, makanan tiba, sambil makan aku memulakan. Bang! bergurau gurau jugak tapi rasanya kali ini saya serius untuk menyatakan demi kebahgiaan abang..saya akan benarkan abang memilih seseorang sebagai isteri kedua abang. tak pa lah saya jadi isteri PART TIME. Abang carilah sendiri, lebih baik kalau orang tua abang pilihkan. Dia kelihatan tidak terkejut tapi senyum MELEBAR...arghhh lelaki mana tak suka dapat offer. the BEST offer for the whole life.dan dia bertanya mengapa nak begitu?..lantas aku menjawab, saya tidak fikir keadaan begini ada kesudahannya dan saya perlu mengingatkan abang untuk terus mendahulukan keluarga abang dan kebangiaan mereka kerana saya tidak nampak dan saya tidak mampu memaksa untuk kembali berada disana sebagai menantu..saya tidak boleh bayangkan untuk melupakan kelukaan yang telah TERJADI. Saya telah memaafkan segalanya...tetapi untuk memulakannya semula seolah olah tidak ada apa apa berlaku TERLALU MUSTAHIL..ucapku. Abang seorang lelaki, Allah membenarkan 4, saya boleh berdikari selagi saya tidak disakiti...dan saya nampak begaimana untuk meloloskan diri dari belenggu ini.

Dia mendengus panjang. Aku yakin dia faham dari keterangan aku. Aku berharap dia mampu melihat KEJUJURAN. Bergetar suara bila dia menjawab, Abang sudah tua untuk semua itu, abang tidak peduli apa orang kata, bila abang pulang ke kampung, abang ada kehidupan lalu dengan mak dan ayah dan tidak ada orang lain yang terheret sama dalam suasana hubungan kami. kami anak beranak sendiri tidak mampu jernih inikan pulak orang luar. TerNYATA dia amat emmahami apa maksud dan kemelut aku. Dia menyambung lagi ...Abang tahu abang bukan hidup lama pun. Tahun depan dah 40. Aku memotong...but life begin at 40..sambil tersenyum...dan dia pun tersenyum...entahlah abang tidak nampak untuk mampu melakukan apa yang za cadangkan.Keadaan sekarang lebih senang dari mengheret hidup orang lain yang belum tentu apa sudahnya. Abang akui keluarga abang sangat KOLOT. mereka hanya tahu cara merekaberfikir tanpa kisah apa yang za alami dan abang alami. tenguklah apa yang terjadi pada adik beradik abang yang lain.Ulasnya panjang LEBAR.Puas hati aku emdengar pengakuannya. bukan kerana dia menolak ususlku tetapi ada kebenaran disebalik kenyataan itu yang aku TAKUT untuk memperkatakannya dan TERNYATA dia mampu berfikir lebih baik sekarang.

dikesempatan itu juga aku bertanya khabar adik beradik dan saudara maranya yang sekian lama aku tidak temu. Ayahngah..ayah chik..ayah ngah dan cik ngah antara yang paling rapat dengan aku dan agak lain pemikirannya ..ya lah dia seorang cikgu. Ada kenyataan agak negative pada ayah ngah dan aku perbetulkan...jangan cakap macam tu..tu mcm kenyataan mak abang je. jangand engar benda negatif..ayah nagah ok mestilah dia sibuk dengan keluarga isterinya yang banyak mengambil berat.dan bila menyentuh keluarga Ayah Chik, aku tersentuh hati...bergenang air mataku bila terkenang nasib anak anak ayah chik dan laju mulut sumai ku bercerita ..komen yang didengar dari adik ebradiknya dan banyak komen sakan menghina. Anak anak itu kehilangan ibunya. janganlah menambah kurang mereka..sebaliknya railah mereka...bila abang balik nanti tolong bincang dengan ayah chik...saya sanggup untuk mengambil anak bongsu dia yang seusia Harraz sebagai anak angkat. inis aja cara saya menolong meringankan beban ayah Chik bukan dengan komen sana sini...saya serius...kita bela budak tu bagi kasihs ayang..saya sanggup ganti tempat mak dia...panggil saya mama..apa anak kita pakai..apa anak kita makan...dia akan menerima benda yang sama ..kesian bang...dia amsih kecil tak tau apa apa. berkali kali aku menyuarakan usul yang tidak tersangka sangka. Aku lihat suamiku terdiam...mungkind ai terpukul, dalam ramai dan meriahnya keluarga dia, sukar untuk mendengar dorongan dan bantuan sebaliknya cerita cerita yang tidak perlu dibesar besarkan yang tidak menyumbang apa apa kepada masalah kanak kanak itu...ya Allah bukakanlah pelaung ini buatku seluas luasnya...izinkan aku menyelamat seorang jiwa yang fragile. Aku berjanji dalam hati bila ketika suamiku pulang nanti..aku akan ingatkan lagi dan lagi dan lagi...selepas itu aku akan menyusul bercakap dan mengatur pertemuan dengan ayah Chik. mohon bantuanmu ya Allah untu aku membantu mereka sedikit.

Kami sama sama terhimpit dengan cerita ayah Chik dan usul aku. Aku merasa puas...bukan pasal makan SALMON Grill tapi kerana puas berbincang dengan tenang dan penuh penumpuan. dan seketika aku turun dari kereta, aku sempat berkata...abang thanks for the wonderful dinner...not for the food but the issue and your self attending. aku naik kerumah serasa kepala begitu RINGAN seringan ringannya..dan anak anak bertanya WHERE IS MY FOOD????!!! haha here it is...BURGER...Alhamdulilah semoga ketenagan malam ini adalah titik pencarian belengu yang kian lama terpendam dihati...
Ya Alalh sesungguhnya kau maha mendengar RINTIHAN dan BISIKAn hamba mu.....dengarkanlah rintihan hatiku...bisikan doaku...BANTULAH AKU...sesungguhnya hanya padamu aku meminta. Amin.