Friday, February 1, 2013

Rezeki FEBRUARY



Allahumma Solli alai saidina Muhammad, wa ala ahlihi Muhammad, segala puji bagi nabi Muhammad saw, junjungan besar kita dipagi Jumaat yang mulia ini. Alhamdulilah masa terus berlalu dengan begitu cepat sekali, Alhamdulilah segalanya penuh KETENANGAN HATI dan jiwa yang PASRAH pada takdir dan aturan yang berkuasa. Segalanya dibawah peliharaanmu ya Allah.
Jumaat 1 February bersamaan 20 Rabiul Awal, bulan yang sinonim dengan kelahiran Rasullullah saw, yang banyak berjasa pada agama, yang dilantik Allah sebagai pembantu khas menyampai kebenaran Islam, yang sudah melalui pelbagai dugaan. Kecintaannya pada umatnya terlalu tinggi hingga menyebutnya disaat nyawa sudah dihujung tanduk, “ummatku ummatku”, namun kita sebagai ummat nabi Muhammad, sejauhmana kita menzahirkan KECINTAAN dan KERINDUAN padanya. Setaip kali persoalan ini bermain diminda, tidak sedar tangan mengesat air mata dipipi. Semalam Harraz juga menyatakan ayat yang sama dengan menarik nafas yang tertekan, ternyata kecintaan pada Rasululah berjaya diterapkan ustazahnya, dan hari ini dia melangkah begitu ceria untuk meraikan Maulidu Rasul dikedua dua sekolah.
Jumaat kali ini membuka tirai baru buat diri ini. Dimulai berpagi seawal 5.00 pagi cukup untuk solat solat tahajjud, taubat dan Hajat. Alhamdulilah, aku sering bermohon permudahkan usaha usaha ibadatku ya Allah, hari ini begitu senang dikejutkan Allah dengan peluang ini. Menunggu masuknya waktu Subuh, alunan Yasin dipagi Jumaat memberikan Roh Sejahtera dirumah kami. Alhamdulilah, Kalau tidak mampu untuk bertahajjud setaip hari sekurang kurangnya membiasakan diri seminggu sekali dihari Jumaat dan menambah dihari hari cuti. Insya Allah bila bangun Tahajjud, mudahlah untuk kemasjid berjemaah dan mengikuti Kuliyyah Subuh. Aku merancang, Allah menentukan, bila bermohon hal hal mendekatkan diri dengan Allah terasa bagai sangat dipermudahkan. Maha kaya Allah J
January sudah berlalu, Alhamdulilah perancangan kerja dan kehidupan peribadi semakin mantap. Banyak berita berita gembira Allah sisipkan, antaranya Kak Nana diterima masuk  KISAS. Aku ditemukan dengan mak dan bak atas urusan menghantar Kak Nana. Terasa diri bernafas segar bila akhirnya Januray yang sibuk ini diizinkan Allah memeluk Mak dan Bak. Kak Nana sudah memulakan hidup baru di KISAS dibidang Agama dan Account. Aku doakan dia terus meningkatkan diri menjadi MUKMIN PROFESIONAL yang mampu berbakti semaksima mungkin pada agama, bangsa, Negara dan keluarga, semoga terbuka luas pintu pintu langit menaikan amalan amalan kebaktiannya sepanjang kehidupan. Segala kelukaan dan kepritan yang dilalui sebelum ini bagai ERASED  dan SEALED terus dengan berita kejayaan anak anak. Maha pemurah Allah itu yang mengatur pintu rezeki buat hambanya sesaui dengan keperluan hidup hambanya. Terima kasih Allah.
Alhamdulilah dan In Sha Allah pada 11 February 2013, lagi seminggu dari sekarang, kami sekeluarga akan berkumpul untuk kenduri kesyukuran. Sejumlah wang sudah diserahkan pada Bak dan perbincangan tentang majlis dan lauk pauk sudah dibincang dengan Mak. Aku juga membuat usul pilihan catering, bimbang takut mak penat. Biasalah bak tak mungkin setuju…tak sedap kedarah katanya. Selagi ada mak dan Bak selagi itulah suasana begini terasa sangat bermakna dalam hidup. Mampukan aku menjadi sehebat mereka terhadap anak anak, walau ada kurangnya, mereka ada kehebatan tersendiri yang diperhatikan tidak ada pada ibubapa orang lain. Inilah hakikat yang Allah perlihatkan. Lihat keperluan lebih dari kepincangan seseorang.
Bersambung untuk slat Dhuha, Breakfast dan terus ke Majlis Ilmu dipagi hari Jumaat di Ibnu Khaldun J
Jam 6.30 petang solat Asar sekali Solat qada’ melegakan kepenatan seharian bertarung dengan persoalan kerja. Alhamdulilah majlis ilmu hari ini membuka pintu hati untuk nekad membuat solat solat qada’ setiap kali solat waktu sebagai satu usaha membayar balik hutang dengan Allah. Semoga usaha usaha ini diterima Allah. Dipengakhiran programme hari ini sempat bersembang panjang dengan Abang Fadhil, staff senior yang sudah lama dikenali dan aku sangat kagum dengan kecekalan hatinya. Kami banyak bersembang soal pelajar dan anak anak. Kami sama sama setuju, anak yang menjadi datang dari ibu bapa yang banyak berdoa dan bermunajat tanpa jemu. Rapat hubungan dengan Allah, semakin mudahlah segala persoalan hidup yang kita hadapi. Sesungguhnya Allah yang sangat berkuasa atas segala sesuatu.
Esok kerja kerja programme bersambung bermula jam 8.30 pagi. Aku perlu tiba dipejabat seawal 8 pagi dan habis dalam 5.30 pagi. Perlu merancang untuk bertemu sahabatku yati atas order IOPE darinya dan kami pun sudah agak lama tidak bercerita hal masing masing. Sekali lagi aku perlu ke Subang Parade dan kali ini aku tidak mahu mengikuti Yati ke ruang legar hotel untuk muzik. Aku tidak perlu melakukan sesuatu hanya sekadar menegmbirakan hati org sedangkan aku sendiri sudah memilih untuk TIDAK berada disuasana MAKSIAT. Tempiasnya sudah cukup melalaikan hati dan jiwa.
Alhamdulilah, programme kali ini membuka ruang baru buat aku dan Sabariah. In Sya Allah antara kami Allah pasti bagi sesuatu, terlalu kuat rasa dihati kesebatian untuk sama sama berjuang merubah nasib anak anak muda Islam.
Ya Allah Bukakanlah Jalan…permudahkan setiap kesukaran…kekalkan jiwa dan hati ini dalam lonjakan rasa syukur yang semakin membuahkan kekuatan Iman dikalbu....Semoga semakin banyak REZEKI FEBRUARY yang bakal menjenguk jendela rumah kami ....Amin ya Rabbal Alamin.