Wednesday, October 27, 2010

APAM BALIK!!!!


Apam balik adalah sejenis kuih melayu yanga sangat popular dikampungku. kali pertama aku merasai kelazatannya dan terus mengemarinya ialah Apam bali dari chalok Barat, tempat aku dibesarkan...dan hingga hari ini aku masih tidak berjumpa dengan apam balik yang setaraf aku rasa kali pertama dulu.... memang sedap.

Dua minggu lepas, apam balik bermain main dimindaku, sedapnya bisik hati kecilku manalah nak cari tengah tengah bandar PJ ni...ya lah kita org kampung, seseklai tekak kampung datang. macam anak kita mereka lebih suka Kaya Balls, Nuggets, Donut...hehe bagaimana kalau mereka tinggal dikampung nanti...dan tidak terlintas bila aku akan bertemu dengan makanan yang bermin main dimindaku ini.

Semalam aku agak tergesa gesa menyiapkan kerja kerja setelah Stella menjemput aku untuk menemuinya tepat jam 4 petang di Manja Lara. Ada sesuatu yang baru ingin aku pelajari dari Stella, juru runding dan merangkap kerani kepada seorang Dr India yang berjaya. Aku ingin membeli kliniknya sebagai projek bisness partnership aku dengan Dr Khan. tepat 2.40pm aku keluar pejabat setelah meminta izin dari encik salmee. Tepat 3.40 aku sampai dimanja Lara..cukuplah masa 20 minit lagi untuk melilau mencari Tesco manjalara.

Sebelum memasuki Petaling Jaya, Minyak keretaku sudah merah. dan credit telefon pun habis, tak mengapalah kata hati nanti selesai pergi shell beli sekali sambil mengisi petrol. Aku bertemu stella kurang 10 minit pukul 4 petang. Stella seorang perempuan India ibu kepada 3 orang anak yang aku nampak keaktifan dan kelicikannya bekerja. pertuturannya laju sehingga aku minta diperlahankan ibarat mendengar lecture dari TAMIL NADU...haha. Stella begitu mudah mesra dan dia menerangkan segala galanya perihal Klinik, operation, regisration, ownership, aggrement. certificate Dr,dan aku meminta sekiranya setuju untuk meneruskan hajat kami membeli cara dan tempoh bayaran...stell menghubungi Bossnya dan memberikan aku tempoh sehingga 20 November 2010 setelah mengambil kira ketiadaan aku ke UK selama seminggu.

Stella dan adiknya begitu mesra menunjukan aku klinik yang baru di buat baru oleh Dr Bossnya..dan dia bersetuju untuk terus melihat klinik yang hendak dijual kepadaku. Memandangkan aku meletakkan kereta diparking luar, stella berpesan padaku untuk menunggunya di Shell dan dalam hati aku berkata ..sempatlah isi minyak. Sesampai dishell, terus kedengaran kereta stella memberi Horn kepadaku untk mengikutinya, dan aku terus meluncur tanpa sempat berbuat apa apa ...apalagi credit telefon pun tiada. Aku berdoa dalam hati mintalah sempats ampai...mintalah sempat sampai..Alhamdulilah sampai tempat yang dituju sejauh Manja Lara ke Subang Perdana. Aku ditunjukan semua ruang yang ada dalam klinik termasuk segala kelengkapan. memnag cantik klinik tersebut dan terlalu murah berbnading harga yang ditawarkan. Aku mula berangan..kalaulah ini menjadi titik permulaan bisnessku dengan partner Dr khan...mudah mudahan murah rezeki anak anak kami.

selesai melihat sekitar kelinik dan berbincang aku segera minta pulang dan dalam ekpalaku...petrol..petrol ..petrol mana yang terdekat. Aku cuba mengingati jalan lawan arus dari jalan asal kedatanganku, dalam cemas dan perut pula lapar kerana aku langsung tidak berpeluang untuk breakfast dan lunch. sesedar jalan yang aku lalui adalah bukan jalan kedatangan aku, aku sudah menuju ke terminal 3 subang dan terpaksa patah balik dandiseparuh jalan akus empat bertanya mana shell minyak terdekat, masuk semula ke subang perdana dan berhenti diperhentian bas bertanya seorang kakak dari petunjuk kakak itulah aku menuju ke shell minyak...agak jauh dan hatiku tidak putus putus berdoa...janganlah kereta ini berhenti sendiri kerana kehabisan minyak. Cemas sungguh CEMAS.

Takala aku ternampak saja MOBILE, terus aku ucap syukur Alhamdulilah, doa untuk Alalh dikala terdesak begini amat mustajab sebba inilah waktu satu satunya kita hanya ada Alalh tempat mengadu...lalau kuhlur RM50 buat adik attendent pam...ldan menarik lepas lega walaupun aku menoleh kejalan sebelah arus yang bakal aku lalui gak Jam dan jam sudah menunjukkan pukul 6.10 petang , aku ditugaskan mengambil anak sekolah. Aku menyusur perlahan lahan mengikut arus jam, laluan melawan arah sangat clear aku perlu U turn untuk kembali keluar dari Subang Perdana lalu aku masuk kelorong kecil yang aku ternampak APAM BALIK. Aku tersenyum patut pun agak sukar perjalanan hari ini AQlalh nak berikan aku sebuah kemanisan dihujungnya..wahhh apa lagi aku turunkan tingkap dan jerit..pak cik apam balik 2!!! pak cik tersenyum senyum menghantar apambalik kekereta, aku sempat bertanya pakcik hala ke kota damansara mana?..tak tahu katanya..sambil mengunyah apam balik yang tebal itu...sedapppp aku kata didalam hati tak emngapa hati sudah sangats ennag...sambil makans ambil terus mencari jalan.

sambil memandu perlahan, aku terus makan dan makan..kebetulan sedap rasanya cuma masih tidak sama dengan yang dulu dulu..mata tidak putus putus memandang sign board, dan ya baru aku perasan aku sepatutnya mengambil belah kiri bukan kanan..perjalanan terus lancar dalam 15 minit akus ampai didepan sekolah anak dan apam balik masih bersisa..anak anakku ketawa ..apam balik ni apa?..mcm lempeng atau pan cake jeee..hahaha

Aku menuju pulang kerumah bersama anak dan dalam perjalanan Dr Khan sudah menghubungi aku untuk perbentangan di jasima sambil minum teh tarik...ak minta tempoh untuk berihat seketika dan berjanji bila aku sampai di jasima pasti akan text dia...selesai solat maghrib , mengaji dan solat isyak Dr khan sudah bertalu talu call dan text...heeeh tak menyempat betul og pakistan Arab ni...jerit hati kecilku!!!

Ada sedikit unfavourable deal yang dikesani Dr Khan dan dia memutuskan untuk cancell the application, aku just follow him..soal aku berpenat penat tidak mengapa ..aku LEARN ALOT!!!..pulang selepas perbincangan aku terus tidur nyenyak kepenatan...cuma terjaga semua bila anak anak balik dari rumah mak ciknya dan hubby pulang dari peractice muziknya.

Hendak tidur tidurlah MATA...bila hati terseksa sukarnya melelapkan mata.....