Wednesday, May 29, 2013

Keletihan PENUH KEPUASAN


Alhamdulilah kalimah yang saban hari bermain diminda ini setiap kali menyebut maupun menulis sesuatu, ianya seakan sudah sebati dijiwa dan sebati dalam amalanku. Alhamdulilah ya Allah semua ini hasil didikan dalam kesusahan dan tekanan yang sudah engkau plotkan dalam perjalananku. Alhamdulilah kupanjat syukur pada Allah, hari ini masuk hari ke 3 PUASA AMALAN REJAB. Aku tidak pasti ada lagi Rejab buatku ditahun depan, justeru itu aku ingin mengumpul seberapa banyak kebaikan yang aku persembahkan pada Allah tuan dan tuhanku, yang menjadikan aku dan suatu hari nanti bakal menjemput aku pulang.
Dalam hidup ada suka dan duka, itu memang tidak boleh lari, carilah suka untuk neutralkan balik duka dihati. Setiap suka dan duka yang hadir jadikan indicator iman kita, beginilah hidup menumpang dibumi Allah,kita perlu sedar diri kita hanya penumpang disini, kehidupan disini hanya PERSINGGAHAN SEMENTARA. Alhamdulilah sejak graduate dari Money and You Programme, semakin cekap aku mengurus diri dan stress, kecuali bila diri berkait dengan sakit yang agak pelik. Kali terakhir aku mengalaminya 20 May 2013 iaitu minggu terakhir sebelum cuti sekolah. Ianya bermula bila ahad malam sabtu aku bermimpi 3 ekor ular dan salah satunya sangat berbisa dan bisanya sudah terkena pada tangan aku. Ular ini tidak mematuk tetapi untuk menghapuskannya seakan mustahil. Terjaga dari tidur aku agak kaget dan ketakutan.
Aku bukanlah seorang yang percaya dengan mimpi, malah aku malas untuk mengingati sebuah mimpi. Entah mengapa kali ini mimpi ini memberi kesan pada aku hingga petang hari isnin, badan sekaan tidak bermaya namun aku kuatkan diri. Aku beranikan bertanya pada Bak..bak berkata ‘jaga molek angah, ada orang tengah gila kat angah’. Aku tidak bercerita pada bak dan mak apa apa pun, biarlah aku tanggung sendiri, aku sudah malas menjemput buah fikiran yang macam macam dan kadang kadang mungkin bukan bukan berlegar dalam kepala aku. Tidak lain tidak bukan pada ku mimpi ular ini ada kaitan dengan Pak Wan. Dia berada di Bangkok dan sangat kerap bermesej dengan aku.
Semuanya tidak berakhir begitu bila keesoakannya aku sangat lemah, nak dikatakan demam tapi badan langsung tidak panas. Aku kuatkan diri makan PCM dan berehat di rumah dengan harapan Rabu aku boleh kembali ceria pergi kerja macam biasa. Sangkaan ku tidak tepat bila, Rabunya aku makin teruk, lantas aku pergi ke klinik mendapatkan tambahan ubat iaitu antibiotic. Makan ubat, berehat dan tidur tiba tiba menjadi agenda besar dalam hidupku. Keesoakannya hari khamis symptom berulang, aku nekad biarlah aku rehat lagi. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasa. Hari khamis itu aku dan Harraz makan di Curve. Buat pertama kalinya dalam hidup aku tidak habis makan dan kelesuan berjalan dalam MPH. Bila pergi berurut tukang urut menegur muka kelihatan sangat sedih dan lemah. Sepatah aku menjawab ‘ saya tidak sihat’.
Hari Jumaat, aku nekad untuk meneruskan perancangan. Ada satu slot CONSCIOUS CREATION dan satu slot ACCOMPLISHMENT COACHING. Mungkin tenaga bertukar bila anak anak kembali dari asrama. Rasa gembira yang bertambah sedikit menjadikan sakit aku berkurang. Dalam kepayahan dan muka SARAT TEKANAN aku meredah mencari tempat tinggal Jana coach aku untuk Conscious Creation. Sessi 1 jam setengah dan hampir 1 jam mencari itu berjalan dengan baik. Aku kira dugaan bila diredah begitu manis rasanya nilai sabar dan accomplishment yang dikecapi. Alhamdulilah secara sessi individu ini sangat membantu aku. Mengambil kira factor untuk membantu diri sendiri dan belajar teknik pantas ini juga untuk membantu orang lain, aku terus menanda tangani pakej 11 sessi dengan harga RM 1000. Sessi seterusnya bersama Jana lagi hanya pada 16 June 2013 jam 9.00 pagi. Sekembali dari sessi itu, aku menyanyi riang didalam kereta, state aku terus terubah dari berserah pada keadaan kepada sepenuhnya aku control diri sendiri melalui CONSCIOUS CREATION teknik.
Sekembali dari rumah Jana, bermulalah episod indah aku walau badan masih terasa seram sejuk. Pulang sekejap ke rumah hanya sempat menjamah Pizza dan air masak. Selepas menukar tudung, dan bersiap ala kadar, aku bergegas menuju ke Mid Valley dihantar hubby. Alhamdulilah aku gembira menjadi antara peserta awal yang hadir. Melalui conference Accomplishment Coaching selama 5 jam itu terasa sangat sekejap tapi begitu bermakna. Kalaulah urusan jual rumah sudah selesai ingin saja aku tanda tangan untuk course 2 tahun tapi apakan daya yuran pengajian sangat mahal iaitu RM45K. Aku perlu mencari yang hanya dalam RM10K. Mengenali coach yang bernama Kerry menjadikan hati ini menangis gembira. Bagaimana non muslim memiliki kasih sayang dan hati yang begitu terbuka untuk menyayangi, member dan berkongsi sepenuh hati demi kemajuan orang lain, Subhana Allah hebatnya Allah. Aku terasa diri bagai berada dipuncak sepanjang dan selepas melalui session bersama Kerry itu. Satu remark Kerry bagi pada aku, You are just like a SUN SHINE. Teruja aku mendengar penghargaan Kerry pada diri aku, kami berpelukan kemas sebelum berpisah, aku berbisik dalam hati ya Allah temukan aku lagi dengannya untuk sebuah ilmu perkongsian hidup dunia yang bakal membina kebaikan diakhirat. Element yang banyak bermain diminda aku sepanjang session ialah, Responsibility, time freedom, helping others.
Sekembali dari programme, baru aku terasa betapa laparnya aku. Selepas bercakap dengan seorang kawan baru dari programme, aku bergegas mencari apa yang boleh dimakan sementara menunggu hubby datang. Duit hanya da belas ringgit didalam beg, perut tidak boleh tunggu lagi. Lalu aku memesan blueberry and apple pie di DOME, ‘cukuplah sekadar lapik perut’ bisikku pada hati. Hubby datang agak lewat kerana jalan Jem, untuk kesekian kalinya hari itu, dalam ghairah mengejar nikmat belajar, aku terbabas solat waktu, zuhur dan Asar. Sedih sangat bila mengenang spiritual part yang terkorban ini. Bila maghrib di rumah, masa sujud aku betul betul bermohon ampun pada Allah. Ampunkan dosa atas kelekaanku ya Allah, nikmatmu begitu rakus aku ambil sedang, aku ketepikan tuannya, betapa sombongnya aku.
Selesai Makan malam bersama yang agak meriah di D Tomyam Damansara Perdana, kami meneruskan perjalanan ke Cheneh. Sudah tidk sabar untuk mengucupi tangan berjasa bonda dan mencium dahinya serta memeluknya kemas sambil berbisik ‘angah sayang mak, angah rindu sangat kat mak’. Tepat 12 malam kami sampai, melihat raut wajah mak, hati aku berkata kata ‘Ada sesuatu yang tak kena dengan mak’. Malam itu aku tidur dalam KELETIHAN TAPI KEPUASAN kerana aku seorang yang memilih untuk terus MELAWAN ARUS HIDUP.
Terima kasih Allah atas kasih sayangmu, nikmatmu, jagaanmu. Hamba ini terus memerlukan rahmat dan barakahmu. Tunujkan kami jalan yang lurus iaitu jalan insan yang engkau redhai didunia dan akhiratmu. Amin


Lakaran IMPIAN


Bismillahirahma ni rahim, dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Sementara menunggu waktu rehat untuk makan bersama kak Nonie dengan air tangannya, dalam rasa yang penuh getaran gembira, ingin disiapkan tulisan ini. Rasa gembira ini diiringi rasa syukur yang tidak berbelah bagi, laluan ini sudah dirancang Allah, kita hanya melaluinya, dan paling terharu aku melihat air mata kak nonie untuk aku, ya Allah ampunkan dosaku atas rasa tidak puas hati satu ketika dulu padanya, kini dia kembali dalam hidupku sebagai kawan sekerja penuh rasa ikhlas dan kasih sayang.
Aku tidak pernah terduga hari ini bakal jadi begitu indah, indah kerana Allah seakan memperlihatkan hasil sebuah KESABARAN. Aku memang sangat yakin bila setiap kali aku memujuk diri sendiri dengan tekanan yang dihadapi saban waktu dan hari, yakin bahawa semua ini adalah dugaan sebelum sesuatu yang besar Allah bakal anugerahkan buat aku. Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah ya Allah atas nikmatmu. Tidak pernah aku terduga bila TRUE PURPOSE menggantikan boss dalam meeting menemukan aku dengan seorang insan yang berpangkat jauh lebih tinggi tapi begitu menghargai kelebihan aku. Sekilas kami duduk berdepan dalam meeting boleh terasa getar gelombang synergy.
Jam menunjukan pukul 4 petang, hari ini terasa begitu cepat bergerak. Selesai meeting, short discussion dengan kak Nonie, telefon discussion dengan Syamil dan terjumpa pulak kawan satu UIA, yang sudah bergelar Prof Madya Nordin, what a small world rasanya setiap kali pusing pusing bersahabat terjumpa orang orang yang satu ketika dulu berkongsi pengalaman belajar ditempat yang sama. Ahhh sedar tak sedar sudah hampir jam 3 petang, kewajipan pada Allah harus ditunaikan segera sekaligus diiringi bacaan surah Ad Dukhan. Alhamdulilah, kiranya keberanian aku hari ini, melihat scenario telatah manusia cukup untuk aku katakana NO AT ALL buat mereka. Hadir tidak menguntungkan, hilang juga tidak bersisa dengan rasa senang hati aku padamkan no talian mereka. Biarlah aku memilih untuk berkata TIDAK pada diri sendiri dan mereka. Untuk apa membina ruang yang tidak menyokong my TRUE PURPOSE.
Menyebut tentang TRUE PURPOSE, aku sedaya upaya cuba untuk membina system diri yang sejajar dengan true purpose yang sudah Allah berikan disebalik istimewanya aku sebagai seorang insan. Kiranya jika semua ini mampu aku terokai, aku akan membina ruang lingkup true purpose yang luas. Antaranya, Counseling Coaching, Interior Designing, Travelling, Planning activities, Writing, Reading, Adding Knowledge and value, Cooking, Gardening, Spiritual catalyst. Ada 10 activities yang aku tetapkan buat aku dan setiap kali aku melakukannya aku seakan membina true purpose yang akan memberikan banyak kebaikan kepada orang orang sekeliling. True purpose akan membawa lebih barakah dari Allah dan mengerakan alam sekeliling untuk react sebagaimana react dari seekor lebah yang tugasnya pada asalnya hanya mengambil madu pada bunga yang sudah ditakdirkan Allah. Dek kerana ianya true purpose, barakah itu berkembang biak hingga tanpa sedar ianya berperanan mendebungakan bunga bunga dan menghasilkan kelangsungan pertumbuhan pokok pokok yang memberikan symbol kebaikan yang banyak. Perkara perkara ini bila dilakukan bukan saja memberikan aku sebuah ketenangan, tetapi dimasa yang sama memberikan nafas segar kepada mereka yang hampir dengan aku. Itulah aplikasi konsep true purpose.
Counseling dan coaching adalah kerja rasmiku, untuk diri saban waktu terluang aku pasti adding value dari segala aspek. Begitu juga, jadual pembacaan dan ibadat yang konstant. Pengalaman harian akan dikutip bersesuaian dengan konsep coaching dan diolah dalam bentuk penulisan harian. Perancangan dibuat harian, mingguan, bulanan dan tahunan.Kerja kerja rumah sebagai isteri dan ibu diserapkan dalam cooking, interior designing dan gardening. Yang terakhirnya, travelling menjadi subject self therapy dan business at the same time, kemahiran berkomunikasi, bersahabat, coaching dan travel akan terkumpul bersama dalam project Lady Trip, trip murah free and easy untuk kaum wanita. Seharian semalam perkara perkara ini berlegar dalam fikiran aku. Sekiranya semuanya dibuat mengikut flow kehidupan, aku sebenarnya sudah terbiasa melibatkan diri dalam scope true purpose yang sangat luas. Bayangkanlah GETARAN BARAKAH yang bakal berlaku. Ya Allah lebarkanlah pintu pintu rezekimu buat aku….Amin amin amin.

Aku akan terus MELAKAR IMPIAN ….indahnya hidup bila memilih untuk terus membina dan mengatasi, dari mengikut arus tangan, mulut, mata dan minda orang lain, apalagi mereka yang tidak mampu membina dirinya sendiri dan mereka mereka yang jauh dari SEBUAH KEIKHLASAN.