Wednesday, February 3, 2010

Bicara hati Buatmu tuhanku.....





Biacara hati buat mu tuhankku….Ya Allah rabbul Jalil Wal Ikram....

Y a Allah.....
Apakah aku bakal memeperjuangkan nasib pada sesuatu yang sia sia
Apakah aku bakal dalam diam dan penuh keprcayan yang sukar dibina…bakal dikhianati lagi
Apakah aku terus berada disisi orang yang semakin sukar untuk aku percaya…
Sedang CINTA sudah lama berlalu..
Sedang kenangan indah seakan sudah lama terpadam
Apakah aku senaif seorang pengemis..
Mengharap hidup dari ihsan orang lain yang tidak sedar bertindak zalim dalam diam
Apakah aku seakan menzalimi diri sendiri
Apaakh aku seakan mengenepi segala keperluan diri dan pribadi

Siapa dia sebenarnya
Dalam kasih dan sayang ada pengkhianatan
Dalam lembut dan penuh tenang ada misteri sebuah letupan
Dalam sanggup tapi mengingari kesanggupan itu dibelakang

Sukarnnya…
Membina kepercayaan semula
Apalagi kepercayaan sedikit terbina diletupkan sekali lagi
Hingga tiada bersisa….
Bagaimana bagi aku meneruskan hidup ini demi HANYA ANAK ANAK
Mereka memang sungguh membahagiakan
Mereka memang sungguh mendamaikan
Mereka sememnagnnya peluang kehidupan dan penunjuk jalan
Bagaimana…
Aku ingin melangkah seperti seorang sang buta yang haya peka kepada suara indah panggilan anak anakku
Aku ingin melangkah seperti si pekak yang mengejar pelangi disebalik anak anakku
Aku hanya ingin menjadi sibisu yang hanya mampu berkomunikasi bahasa kasih anak anakku.

Sampai bila…..??...
Anak anakku anugerah terindah yang aku ada…
Dalam hati mereka ada cinta dan kasih sejati...
Dalam jiwa mereka ada bahagia yang dicari dan ingin terus dikecapi..
Dalam naluri mereka ada keperluan ikhsan yang hakiki...
Anak anakku....
Merekalah bukti cinta aku pada kehidupan
Terus berani dalam kebenaran walau penuh kabut kepalsuan
Merekalah tunggak kekuatan naluri keibuanku...

Mereka sering bertanya....
Mangapa mama...kenapa mama..
Mereka sering menadamaiakn hati...tidak apa mama..sabarlah mama
Mereka sering memnunjukan harapan...nanti saya ingin begini mama tidak begitu...
Mereka akur kebesaran dan kuasa Allah…ya Allah tolonglah mamaku…
Mereka memiliki kepekaan iman…kecekalan hati…kejernihan jiwa dan kemantapan minda…
Ghairah bertolongan, cemas dan insaf melihat penganayaian, penuh simpati melihat kekurangan.

Ya Allah pinjamkan aku kekuatan untuk terus berdiri disini keranamu kerana mereka kerana ku sendiri..
Ya Alalh hanya padamu hamba ini meminta.dan terus .memohon..

Peliharalah aku dan anak anakku dari mala petaka dunia dan kekejaman sesama manusia…

Amin ya rabbal Alamin!!