Wednesday, June 27, 2012

Rasa BERTUHAN




Bismillahi Rahmanirahim, dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Alhamdulilah syukur kehadrat Allah tuhan yang maha agung yang mentadbir sekelian alam dengan penuh hikmah dan limpahan nikmat buat hambanya tidak terhitung. Masa terus berlalu, saat menjadi minit, minit bertukar jam dan jam membentuk hari siang dan malam, kini kita sudah memasuki 7 Syaaban. Alhamdulilah masih bernafas, Alhamdulilah masih berpeluang, Alhamdulilah menyedari perincian tanggunjawab dalam hidup, tanggungjawab pada Allah dan tanggungjawab pada sesame manusia. Alhamdulilah, seawal pagi bertemu peluang untuk lebih menikmati Syabaan melalui emil yang dikirimkan seorang rakan. Semoga Allah mengurniakannya banyak pahala kebaikan atas usaha sedikit tapi sangat bermakna yang telah dilakukannya. Amin.
Mata terpandang, hati berkata, lantas minda terus mengarahkan tangan untuk mencatat. Inilah rezeki Allah pagi ini, rezeki dalam bentuk Ilmu yang harus diamalkan. Ilmu walau tidak kelihatan kesannya hari ini, tapi inilah yang bakal menerangi hari hari gelap kita di alam barzakh. Lengkaplah perancangan zikir untuk terus mengabadikan hati dan diri pada Allah. Memang zikir sangat memberi kesan pada hati. Tambahan zikir dari Imam Ghazali untuk harian sebanyak 1000 kali, bersama 2 asmul husna dalam waktu kerja dan kini waktu zuhur yang khusus selepas solat zuhur, 100 kali Suhana Rabbiayal a’la dan 100 kali Subahana Allah walhamdulilah wala ilaha illah Wa Allahu Akbar, Wa la haula wala kuwwata Illah billahi aliyi Azim. Serta tambahan waktu pagi dan petang, selepas solat subuh dan Asar 100 kali, Allahu akbar, Astgharfirullahal Azim wa atubu ilaihi dan selawat pada jungjungan nabi Muhamamd SAW, Allahumma solli Alai Saiyidina Muhammad, waala Ali sayyidina Muhammad. Kini lengkaplah amalan zikirku.
Separuh kerja berat yang berupa sepenuhnya sessi kaunseling sudah dilaksanakan, makan tengah hari pun sudah dan solat zuhur berjemaah, bacaan Quran dan zikir zuhur pun sudah. Alhamdulilah terasa bertenaga semula untuk meneruskan 3 jam lagi menggunakan sepenuh tenaga minda dan badan. Temujanji untuk mala mini dengan Dr Rashidi telah dibuat, tepat jam 9 mlm kami akan bertemu untuk sessi rawatan seterusnya, badan masih terasa lemah dan kepala sekejap senak sekejap ok, mata terasa kabur pengelihatan, aku akan terus bersabar dengan dugaan ini sedaya mungkin, insya Allah semua ini tidak akan lama dan pasti akan berakhir juga, aku ingin kembali cergas dan tangkas mengendalikan kerja kerja untuk kehidupan Cuma kali ini arah kerja kerjaku akan menyokong kepada KEREDHAAN ALLAH.
Aku percaya setiap dugaan dan ujian ada kemanisan tersendiri yang menjadi intipati buat kehidupan dunia dan akhirat, aku berbaik sangka dengan Allah, aku percaya dan terus yakin hanya pada Allah sepenuhnya kuasa pemulihan diri dan kehidupan. Jalan jalan lain hanyalah seketika sifatnya samatelahan lagi ianya hanya ciptaan manusia dan kebanyakannya dari minda dan budaya fikrah orang barat. Alhamdulilah hari ini juga bermula coaching buat client lebih menekankan aspek spiritual, kerja agak mudah bila mereka sudah ada asas yang kukuh, Cuma membina quality dan mencipta tarbiyah diri yang bersifat consistant untuk meletakkan iman dan cahaya petunjuk Allah kekal didalam hati. Dalam pertemuan ke 2 nanti, akan disemak bersama draft target spiritual yang diberi sebagai assignment. Insya Allah kalau dia keinginan dan kesungguhan dia akan boleh lakukan hasil dari brainstorming tadi. Aku tidak mahu mendengar secara detail dan akar umbi kisah kisah yang mengiris hati client, dikhuatiri akan menghasilkan gema yang lebih besar diminda mereka dan sukar untuk switch off kembali. Cukup sekadar memahami, saya ada masalah dengan diri saya..masalahnya, bila bermula, apa rasa dan apa hajat dihati client. Kalau mereka sudah memilih untuk berubah, kita perlu identifykan apa target perubahan yang diharapkan. Alhamdulilah aku suka kerja kerja sebegini dan aku boleh lakukan degngan baik walau keadaan kesihatan masih ditahap sangat lemah.
Berita gembira buat diri tengah hari ini, aku sudah tamat surah Al Maidah. Al Maidah bermaksud hidangan, diakhirnya baru terjumpa kaitan nama surah dengan tujuan surah, rupanya Al maidah itu dirujuk pada hidangan dari langit. Inilah permintaan yang berupa cabaran dari pengikut nabi Isa untuk membuktikan kebenarannya dan kebenaran Allah membawa turun hidangan dari langit, lalu Nabi Allah Isa berdoa dan turunlah makanan itu, tapi ternyata mereka hanya mempersendakannya dan mengatakan semua itu sebagai sihir yang hebat, sedang Allah sudah berjanji pada nabi isa, jika diturutkan permintaan mereka dan sebaliknya mereka tidak beriman, maka kemurkaan Allah itu sangat dahsyat dan sudah tiada penolongnya. Sedari dulu, dalam menegakkkan agama Allah nabi dan rasul kita bertembung dengan kedegilan manusia. Doalah agar kita terus menjadi mereka yang PATUH dan bukan BUTA HATI.
Esok 8 Syaaban, jatuh hari khamis, Insya Allah dengan rela hati dan penuh kesanggupan aku akan teruskan puasa sunat khamis dan sunat Syaaban. Kita hanya sedikit berjuang dengan diri sendiri, sedang nabi dan rasul serta para ulamak berjuang dengan musuh musuh Allah yang terang dan nyata. Mengapa kita terus untuk memilih SERONOK sedang ianya hanya budaya pengikut pengikut syaitan, sebaliknya sebaik baik nikmat ialah NIKMAT KEIMANAN dan RASA BERTUHAN.
Ya Allah pilihlah aku untuk terus mengecapi NIKMAT KEIMANANMU dan RASA BERTUHAN penuh redha dan ikhlas hati terhadapmu. Amin ya Rabbal Alamin.