Monday, July 23, 2012

PERLU bertukar MAHU




Alhamdulilah 5 Ramadhan bermakna sudah 4 hari berpuasa, budaya Malaysia selalu lewat sehari dari Indonesia dan Arab Saudi. Alhamdulilah juga sudah 2 malam membiasakan diri dengan rakaat 20 solat terawikh bertemankan sebotol mineral water dan diakhiri sepiring kuih dan secawan kopi pekat. Alhmdulilah senaman dari Allah tubuh terasa semakin sihat. Semalam sempat menjamah 3 ketul kek RED VELVET. Sedap sungguh rezeki Allah itu.
Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Ternyata sesuatu yang kita mahu SENANG untuk kita lakukan. Kita sudah dibesarkan dalam pepatah sebegini bermakna sedari dulu budaya kita mementingkan KEMAHUAN. Namun selamanya kita tidak hanya boleh bergantung pada MAHU kerana MAHU banyak juga datang dari HATI yang TIDAK CELIK. Hati yang celik ialah hati yang Tahu apa itu PERLU. Untuk memiliki PERLU, ilmu dan usaha usaha mencari ilmu perlu didahulukan. Bila hati ada ILMU barulah kita boleh menukarkan PERLU itu yang MAHU.
Seingat aku masa kecil, bila datangnya bulan Ramadhan dan Syawal, yang menjadi seronok ialah kuih muih terutama Lompat Tikam hasil air tangan ummi, dan cendol yang dimakan dengan sirap, mercun dan bunga api, baju baru, duit raya, siaran TV yang seronok luar biasa, malam 7 likur bermain main diluar rumah sampai larut malam bersama lilin, mersun dan kawan kawan. Alhamdulilah budaya budaya ini sebahagiannya tidak ingin aku warisi pada anak anakku. Apa yang ada sekarang dalam hidup kami LEBIH PERLU disisi agama malah SUNGGUH MEMBAHAGIAKAN.
Anak anakku tidak mendesak tentang BAJU RAYA, apa yang ada itulah yang mereka pakai, walau murah walau lewat disediakan tidak mengapa. Cuma mak yang sibuk untuk tempah awal awal. Begitu juga dengan kelengkapan yang lain, kami dahulukan SERONOK PUASA, SAHUR, TERAWIKH baru persediaan raya yang ala kadar. Alhamdulilah walau dikelilingi saudara mara yang GILA UNTUK SEMPURNA, kami tetap bersahaja. Tiada seorang pun dari anak anakku menangis TIDAK PUAS HATI. Alhamdulilah dikurniakan anak anak sebegini oleh Allah. Tahun ini paling ketara, tempias amalan REJAB dan SYABAAN terkena pada anak anak. Apakan daya mak tidak mengizinkan apa yang mereka inginkan, insya Allah tahun depan bila sudah kembali dengan mama, kita bebas berbudaya sunnah bersama sama. Diwajah anak anakku kelihatan GIRANG bila tiba waktu untuk kemasjid malah sekembali dari masjid mereka pasti kelihatan seronok jauh sekali kelihatan bosan. Kerana itulah, bila bertolak ke Kampung kembali bersama mak, mereka menitiskan air mata, anak anak merasai nikmat kelainan hidup bersama mama dan ayahnya. Semakin kulihat air mata itu, semakin kuat rasa bersalah dihati, apakan daya inilah apa yang ALLAH PERLIHATKAN, pahit pasti manis jua akhirnya.
Alhamdulilah juga, aku dapat menangkap bagaimana Minda dan kefahaman yang sudah mula bertunas dalam diri anak anakku. Syukur pada Allah atas kurniaan ini, tiada kata yang ingin aku sembahkan pada Allah penuh rasa TERHARU dan PENGHARGAAN. Satu kejayaan awal buat kami mengenegahkan PERLU itu yang dijadikan MAHU.
Sedari dulu, takala datangnya Ramadhan seronok melihat masjid masjid Allah menjadi meriah, deretan kereta dan lampu sudah cukup mengambarkan betapa ramai manusia berbondong bondong merebut pahala. Seronok melihat MERIAH tidak sama seronok turut sama memeriahkan. Semenjak anak anak kecil, aku rasa bersalah kalau hanya membiarkan orang saja mengaut untung dari Allah. Aku akan rasa bersalah kalau tidak membawa anak anak turut serta kemasjid walau seronok mereka ketika itu lebih kepada hidangan catering selepas solat yang dipanggil MOREH. Mereka suka the tarik dan akan beratur beberapa kali untuk tambah teh malah terjerit jerit memanggil mamanya ‘Cepat ma nanti the tarik habis’. Tahun ini sangat berbeza, anak anak sudah polite, tak makan tak apa yang penting solat, dari baju melayu sudah bertukar pada jubah. Sejuk hatiku melihatnya malah terdengar dengar fayyadh mengulang ulang bacaan surah yang dibaca iman yang pernah dihafalnya.
Hidup perlu ada PENINGKATAN, kadang kadang kita tidak sedar kita sudah bersama dalam peningkatan itu, kalau sudah janji Allah tiba, begitulah sedia atau tidak ianya menjadi sebati dengan senang. Aku tidak pernah TERMIMPI untuk seawal ini menjadi saf depan untuk rakaat 20 solat terawikh. Aku tidak termimpi untuk seawall ini menjadi sepasang suami isteri yang suka memeriahkan masjid Allah dan mencari pengisian agama disegala ceruk. Alhamdulilah, inilah janji Allah dikala kita dipisahkan dengan orang lain, dikala kita sedih dan tertekan yang ditangani dengan tabah, akhirnya bertemu sebuah anugerah. Kami tiba tiba jadi AKRAB hanya kerana DESTINASI ALLAH, sama sama mencari kebenaran, sama sama mencari ilmu, sama sama gemarkan buku buku dan majlis majlis agama. Allah hu Akbar besarnya rahsia sebuah TAKDIR. Bila aku kuat kesitu, hubby pasti mengikut, apalagi aku sering BERKONGSI, saya tidak BERANI menolak bila hati berkata MENGAPA TIDAK. Mengapa tidak solat terawikh 20 rakaat?, nak tunggu bila? Pastikah tahun depan masih berpeluang meraih pahala Ramadhan? Sihatkah tahun depan? Mengapa dalam hal lain tidak banyak beralasan? Ya Allah persoalan ini yang menukarkan PERLU menjadi MAHU dihatiku. 20 Rakaat ada 40 sujud bermakna 40 peluang untuk berbisik dengan Allah dan Allah pasti dengar dan hargai ketika bersujud dan itu hanya solat terawikh saja, belum termasuk solat solat lain. Besarnya peluang dan mungkin tidak ramai yang menyedarinya kerana ianya TIDAK TERLIHAT DENGAN MATA KASAR.
Alhamdulilah, malam pertama terasa janggal dalam debaran, berjayakah aku melaluinya, sebaliknya malam kedua terasa mudah malah sudah rasa seronok dan berbaloi apalagi bila hati berkata, tuhanku andai ini terawikh terakhirku, amounkan aku ya Allah, terimakasih atas peluang baik yang kau sediakan buat kami. Kami yang sering melupai hala tuju, kami yang sering menzalimi diri sendiri dek tertipu dengan KEMILAU DUNIA yang sementara. Insya Allah mulai malam ke3, solat terawikh 20 rakaat, sola tahajud, taubat dan hajat serta solat witir menjadi satu budaya yang akan dibudayakan pada anak anak. Kami akan lebih erat terikat kerana BERKONGSI NIKMAT YANG SAMA. Amin.