Monday, May 17, 2010

Perjalanan yang panjang


Pertama kali dalam sejarah hidup ini aku menepuh perjalanan kapal terbang yangsangat panjang. Perjalananku dari Kuala Lumpur ke Standted London mengambil masa 14jam. Mendengar 14 jam sudah terbayang kesakitan dan kepenatan badan yang bakal dilalui. Bila aku mencari tempat duduk, aku agak terkejut tempat dudukku dikalangan mat mat salleh dibahagian depan dengan kerusi yang sangat lebar dan boleh diubah seperti katil. Rezeki pakah ini hehe hatiku ketawa girang.

sambil mengucapkan Hi kepda kwn sebelah...heeh agak tua dan tak handsome orangnya. aku pun mula duduk dan memasangkan tali pinggang keselamatan. kami berbual seketika memperkenalkan diri, dia bertanya kemana tujuan dan atas urusan apa. Aku tanpa rasa segan terus menerangakan kepadanya..itulah aku dengan sesiapa pun aku sentiasa OK jeee. dia memberitahuku perjalanan ini panjang..aku mengangguk tanda aku faham dan tahu..lalu aku mengeluarkan dua buah buku. Feeling good in the relationship dan Mummy comes home. kalau dirumah buku feeling good selalu menjadi pilihan aku sebab bila membacanya memberikan aku ketenagan pada isu yangs edang aku hadapi..tak ku sangka bila didalam kapal terbang yang sangat boring ini...mummy comes home berjaya menarik perhatianku. pembacaanku khusuk seekalisesuai dengan jalan cerita yang sangat menyentuh...bagaimana seorang ibu berjuang untuk anak anaknya..cerita benar dari Russia...aku berhenti bila makan dan pergi ke toilet sahaja atau bila melayani apa yang ingin dibualkan oleh jiran sebelah ..hehe. Aku tidak pernah merasa sekusyuk ini pembacaan cerita sebegini...buku ini kah yang hebat atau perjalanana inikah yang terlalu menenagkan atau buku sehebat ini sangat sesuai untuk perjalanan yang etnag ini...hehe itulah hakikatnya.

Aku berhenti membaca bila mata seakan mengantuk. Aku tidur bila terlalau mengantuk dan terjaga kembali..terus menyambung pembacaanku. sesekali stewardess datang bertanya jika aku perlukan apa apa. Aku memesan agak kerap air mineral sebab terasa kekeringan..dan aku juga memesan jus..memang harganya gak mahal berbanding di luar kapal terbang. makan tengahari dan malamku tidak terduga rupanya percuma sekali dengan air mineral. Kali pertama aku meminta spegetti meatball dan kali kedua aku memesan nasi lemak ayam sama dengan Mr Holland.

Sesekali kami berbual pasal kerja masing masing. Dia sempat meneunjukan aku project papernya yang padaku sangat detail. ya lah project juta juta pound. dia menunjukan aku dibawah sana apa apa negara. sesakli alatan menulisnya jatuh aku tolong ambilkan..apasalahnya berbakti pada orang tua macam Mr Holland.Aku meneruskan pembacaan dengan kusyuk bila Mr Holland sudah mula tidur siap berselimut air asia. Aku pulak agak kerap ke Tandas.

Bila juru terbang mengumukan untuk pasangkan tali pinggang keselamatan ..sebentar lagi kita akn emnadrat barulah aku berhenti dan menyimpan buku bukuku. chapter terakhir ialah chapter 37. lagi 3 chapter tamat...huuuuuh hampir tidak percaya aku boleh melalkukan penumpuan yang sebegitu tinggi dan lama. semakin lama kapal terbang semakin terbang rendah dan Mr Holland memanggil aku untuk melihat di tingkap kecantikan bumi Stanted dari atas langit sambil menerangkan padaku pokok pokok yang kehijauan dan kekuningan. bila kami beatur untuk kelaur Mr Holland meminta aku berjalan dulus ambil berkata welcome to my country...enjoy your holiday my friend..hehe aku senyum sambil mengucapkan thank you Mr Holland ..nice meeting you..dan terus berlalu laju menuju ke eskeletor untuk ke train. Train yang dinaiaki sangat laju dlm masa 5 minit kami sampai ke terminal arrival. Aku beratur bersama penumpang penumpang lain dengan hati berdebar debar..Ya Allah selamatkanlah aku...semoga apa yang ja minta aku bawak ini selamat menjadi rezekinya...doaku tidak putus putus. Ada sedikit interview pendek dari pihak Immigresen dan aku lepas lalu dengan adik yang baru aku kenal diline sebagai penguat semangat..kami sama sama melalui line hijau sebagai tanda tiada apa barang yang hendak dideclarekan.

fuhhh lega hati bila tidak kelihatan anjing anjing...dan bagasi aku terlepas dari tahanan dan barang yang aku bawa selamat menjadi rezeki Ja dan kawan kawannya. Amin.

Menjejaki Kota LONDON


Pagi 1 May..agak cemas getar dihati. Terlewatkah aku?...masih sempatkah aku? Melalui penerbangan international bukanlah perkara mudah bagiku kerana biasanya aku bergantung pada kawan kawan. Apalagi kali ini perjalan ke Kota London. Kota impain yang pernah bersrang dihatiku satu ketika dulu , namu aku tidak pernah termimpi akan mampu menjenguknya...inilah hakikatnya...dalam masa 18 jam waktu bangun..aku akan bisa berada di Kota impain itu...sungguh indah aturan tuhan rupanya.

Tenang pagi didalam kereta. Cuma sesekali terdengar Harraz tidak putus putus bertanya mengapa mama perlu ke London? Kenapa tidak ajak saya sekali? bestnya mama boleh bercuti lama lama!! itulah suara hati jujur anaku ini. Dia seorang yang suka meluahkan apa yang terlintas. Persisi perangaiku masa kecil dulu. Aku memujuk Harraz dengan alasan melawat mak cik ja nya yang sedang belajar. Bukan lama pun dua minggu, pejam celik mama pun balik dah tu mesti banyak mainan kegemaran Harraz mama bawa balik..ucapku lembut mengharap pengertian anakku.

Dalam tenang ada getar disuara suamiku. Inilah kali pertama aku dengar ucapan yang bercampur baur dengan resah hatinya. Za lain kali tak usah pergi lah lama lama dan jauh jauh sangat. Jadi apa apa susahlah. Hati aku tercengkam mendengar ucapan yang aku tahu sukar untuk suamiku luahkan. Tetapi dia sudah berjaya meluahkan. dan luahannya terlalu mebahagiakan aku. aku melihat hati jujurnya meluah memberitahu betapa perlunya aku dalam hidupnya. Dia sendiri seakan tidak mahu berpisah denganku apalagi bila melihat gelagat anak anak. Fayyadh agak banyak diam dan masih mampu tersenyum. Kakak seperti biasa agak bijak mengawal emosi dek kerana kematangannya. Anakku ini memang hebat.

Sesampai di airport, kami masih ada masa untuk breakfast bersama. Aku minta suami mebuat apa saja pesanan sementara aku check in bagasi. Bila selesai aku segera mendapatkan suami dan anak anak bersarapan. kami bersarapan seperti biasa dan anak anak emnag gemarkan sarapan mc donald yang ringkas itu. Suami mengingatkan aku tentang pasport dan boarding pass. Dia bangun mendapatkan telephone top up dan mineral water sebelum aku selesai makan. Aku peluk anak anak dimeja makan. Ayat ayat memuju ku masih tidak habis. ...mama pergi sekejap ya..dengar cakap ayah..bagi kerjasama dengan ayah..mudahkan tugas ayah tanpa mama..itulah pesanan aku pada anak anak semasa ketiadaan suamiku.

waktu berlepas sudh tiba. Mereka meghantar aku ke line terakhir hanya laluan boarding pass. Aku menahan sebak. meliahat muka suami dan anak anak. Bila aku memeluk kakak..kemas pelukan itu. Seterusnya aku memeluk Fayyadh..nampak dia melarikan kesedihannya dengan melihat kedai kedai disekelilingnya...sambil berkata mama jangan pergi church tau...hehe bila sebut negara mat salleh..church le ancaman bagi fayyadh. Bila aku memeluk Harraz..aku terasa ada getar dibadan harraz..harraz menangis..mama janganlah pergi...bawak lah harraz sekali..ohhh ananku ayat inilah yang membuatkan keronkong aku tersekat. Aku ddudkan diri..sama berdiri dengannya..sambil memeluknya dengan kemas...sayang mama janji mama akan pulang dan mama akan bawa pulang mainan Harraz..Harrazkan suka mainan..aku seka airmatanya. Harraz cakap apa saja yang Harraz mau..mama akan belikan pujukku. Sekaligus aku napak mata Harraz bersinar...Hararz nak Bear dan kereta...lantas aku jawab no problem dan minta yah belikan Harraz white board ya...sambil aku memberi isyarat pada suamiku. Suamiku mengangguk tanda setuju.

Tiba masa aku mencium tangan suami dan aku merenung matanya. Kalau abang izinkan za izinkan sepenuh hati. harapkan dengan tuhan agak za selamat..kalau abang separuh hati..za akan berdepan kesusahan disan. kataku. lantas suamiku memeluk aku sekemasnya dan berbisik ..abang izinkan sepenuh hati...enjoy ya...jangan lupakan kami..mana boleh lupa ucapku sambil ketawa kecil..hehe sebelum tanganku dilepaskan suami..dia mencium dahiku...hati aku bergetar..mengapalah saat saat begini diperlihatkan kasih sayang begini. Bila aku meberikan isyarat untuk pergi...mereka serentak berkata bye bye mama...bye bye mama..aku tidak mahu berplaing lagi bila eskelator terus bergerak..dan bila aku hampir sampai aku toleh kebelakang..suami dan anak anak masih tidak berganjak dari situ...ohhhhh..hati ku seakan terasa pilu meninggalkan insan insan terCINTA ini. Aku merasai kembali..kami berada dalam mood cinta...mungkin cinta yang baru pelahan lahan hadir kembali.

Bila aku melepasi check in utama pasport dan boarding pass..aku terus ke runag menunggu. Teringat aku untuk menghubungi bak dan mak dikampung. Semalam aku sudah bercakapd engan mak..mak mengucapkan selamat pergi dan balik..aku pesan berkali kali pada mak jangan risau sangat..angah bukan seorang ..sana ada Ja dan suami dia. Aku tak dapat cakap dengan mak lalu aku bercakap dengan bak.. bak ucapakn selamat pergi dan berjanji akan menunaikan sembahyang hajat untuk keselamatan aku disana. Aku terharu...terimaksih Bak.

Bila gate dibuka. Semua penumpang diarahkan untuk beratur bagi pemeriksaan terakhir...aku berada dibelakang sekumpulan famili yang akan ke Dublin. mereka sempat menanyakan nama aku..aku yang susah nak bertanya nama orang...kami terpisah kerana tempat dudukku berada di nombor 3H...bersebelahan dengans eorang warga British. Akus empat berkenalan dengannya sebagai rakan berbual, Mr Holland. Dia seorang freelancer contena businessman. banyak jugak yang kami bualkan. dia mengucapkan selamat datang ke negaranya dan menawarkan aku untuk menghantar ke conventry tapi aku menolak dengan baik dan aku tidak melanjutkan perkenalan ini lebih panjang kami berpisah bila sama sama menuju ke haluan checking immigresen..dia bearada di UK boarder dan aku di line others..

Bila aku keluar dari Air port, telefonku berdering< Ja sudah sedia menunggu kedatanganku. Bila aku keluar dari pintu utama aku meliahat Ja berlari lari anak menuju padaku dan keliahatan dia agak berisi..kami berpelukan 3 tahun tidak berjumpa..dan aku bangga akhirnya aku berjaya menjadi tetamunya....MAKA BERMULALAH PERJALANAN IMPIAN di kota London ini.

Dalam hati aku berbisik...sayang!! Alhamdulilah..mama selamat sampai....