Wednesday, October 17, 2012

Take Things for Granted




Alhamdulilah menjejaki kaki ke tempat kerja dipagi 1 Zulhijjah penuh rasa TENANG. Alhamdulilah perancangan semalam berjalan baik kerana itulah KETENANGAN SEBENAR bertandang dihati. Tidur semalaman juga menjadi CUKUP dan dapat bangun beberapa kali sebelum bergegas MENYEGERAKAN SERUAN ILAHI pada solat Subuh. Semua ini terhasil bila jiwa dijinakkan dengan KEAJAIBAN QURAN dan SOLAT JEMAAH. Alhamdulilah semoga keadaan sebegini akan berulang penuh ISTIQAMAH.
Dalam pemanduan pagi ini terasa SEGAR, seperti biasa kalau turun ke kereta Jam 7.35, pasti melalui exit Sony dalam 7.45pagi iaitu waktu jalan kembali berasak dengan kereta. Terbiasa mengambil lorong paling kanan kerana terbiasa CILOK untuk mendapat laluan lebih awal hari ini tiba tiba terpaksa kembali ke lorong tengah lantaran ada POLIS sedia menunggu untuk menahan sesiapa yang CILOK. Terus aku terfikir, begitulah kita dengan hidup, sedar atau tidak kita sering TAKE THINGS FOR GRANTED.
Kalau dalam bahasa melayu ada bidalan yang mengambarkan situasi ini, iaitu MENANGGUK DI AIR YANG KERUH. Sedar atau tidak kita semua sering melakukannya dan menjadikannya sebahagian amalan kehidupan. Bayangkan kalau tiada polis menunggu, bayangkan kalau jam semakin cepat berdetik menuju pukul 8 dan kita berkejar masa, bayangkan kereta semakin banyak dan berasak bersusun. Aku salah seorang orang orang yang BERANI melakukan perkara LUAR BIASA bila terdesak dek situasi. Aku akui aku mudah terbuat hal hal seperti itu dan aku perhatikan hubby juga begitu. Selagi ternampak peluang, selagi ada ruang selagi itu kami pergunakan. Mungkin juga ramai insan insan diluar sana seperti aku, itu memang aku pasti.
Sesuatu yang dilakukan oleh ramai orang TIDAK SEMESTINYA BETUL. Kita jangan tertipu oleh keadaan. Begitu juga kita jangan tertipu dengan SITUASI hingga MEMBUDAYAKAN TAKE THINGS FOR GRANTED. Bila direnung semula, TERLALU BANYAK kita sudah terbiasa dengan budaya yang berasaskan MENANGUK DIAIR KERUH ini. Dalam hubungan kekeluargaan, kita sukar mengeluarkan PUJIAN SPONTAN kerana mereka keluarga kita, mereka anak kita, mereka adik beradik kita sebaliknya kita boleh lakukan dengan kawan atau seseorang yang baru dikenali. Seorang isteri sesuka hati membuat keputusan apa saja bila suaminya sangat baik. Sepatutnya bila suaminya baik, maka si isteri lebih respek, ini kerana kita take things for granted pada apa yang sudah ada.
Di pejabat, sebab tiada undang undang dijalankan serious, kita sering datang lambat. Kita tahu tiada orang periksa kemana  kita pergi, kita sering membuat haluan sendiri dan terkadang haluan peribadi dalam waktu pejabat. Kita mengikat diri dengan budaya cemerlang hanya bila ada ENFORCEMENT, kita tidak wujudkan budaya cemerlang dari hati dan jiwa sendiri. Apa lagi sedari kecil kita dididik begini. Kita tidak buat sesuatu sebab mak dan ayah marah, kalau tiada mereka, terus kita merasakan KITA BOLEH. Begitu AMPUH cara didikan yang kita lalui yang bakal kita berikan juga kepada anak anak kita.  Aku dapat rasakan banyak sebab sebab didikan menjadikan sebahagian situasi begini berulang ulang dalam hidupku. Aku ingin keluar dari budaya TAKE THINGS FOR GRANTED.
Aku selalu melengah lengahkan kerja kerana YAKIN esok masih ada, kerana SELESA bukannya ada sesiapa nak pandang, nilai atau siasat. Itulah silapnya, esok belum tentu ada, dan yang pasti kalau ada pun esok pasti bertambah kerja baru. Lagi besar silap dalam diri bila hanya ingin dilihat orang lain, barulah ingin segalanya INDAH kerana pengaruh PUJIAN dari orang lain itu sangat besar. Keadaan ini mudah terjadi pada seseorang yang selalu dibesarkan dalam HUJAN PUJIAN. Satu lagi kelemah dalam hidup kita ialah kita hanya INGIN bila kita SUKA. Benda yang kita SUKA itu yang diutamakan, malangnya kita SUKA bukan terbit dari MINDA YANG SEDAR, sebaliknya DIDIKAN KELABU dan PERSIKATARAN YANG HINGAR BINGAR.
Aku yakin, perubahan tingkah laku datang dari MINDA. Minda kosong akan mengarahkan perasaan TERLEBIH, minda kosong selalunya kerana KETANDUSAN ILMU. Tidak hairanlah Rasulullah menekankan aspek ilmu yang tinggi pada Umat Islam, malah Ilmu yang patut diutamakan ialah ILMU AGAMA. Ilmu Agama yang memberitahu kita SIAPA DAN BAGAIMANA ASAL KITA DAN APA KESUDAHAN HIDUP KITA. Bila ada Ilmu ini, insya Allah perlahan lahan kita dapat melihat dan tersedar betapa selama ini kita TENGELAM DALAM KABUT, dan perlahan lahan kita mengapai CAHAYA KEBENARAN yang menyuluh hidup dan jalan kita. Mudah mudahan Allah terus membimbing kita selagi KITA MAHU DAN BERUSAHA keran YAKIN dan PERCAYA bahawa DUNIA HANYA SEMENTARA.
Bersambung dalam tajuk TERUS BELAJAR.