Friday, December 21, 2012

Jumaat yang BUSY



Alhamdulilah Jumaat yang mulia masih mampu dikecapi nikmatnya. Hari ini buat kali pertama menyertai usrah di Ibnu Khaldun. Kuliah yang sangat menarik penuh ajaran yang boleh diamalkan sebagai usaha memperkasakan diri. Semoga ruang pembelajaran dan penerokaan ilmu makin dibuka luas oleh Allah dari masa ke semasa. Amin.
Masa hari ini agak padat. Jam 10 pagi berkejar untuk sessi kaunseling. Semasa staff meneka neka nama siapa yang perlu diticknya, aku menawarkan diri. Rindu untuk bersessi kaunseling dengan pelajar sambil memebrikan sebuah senyuman pada staff sekaligus memudahkan kerjanya. Berkejar makan nasi goreng ajakan kak nonie sejurus selepas kuliah hingga aku pun tidak begitu fokus dengan cerita kak nonie, Cuma sempat aku katakana, sabarlah kak, atas dunia ni banyak manusia melakukan sesuatu tanpa sempat memikirkan kesannya pada orang lain dan terkadangnya pada diri sendiri. Terus aku masuk ke bilik dan memanggil pelajar yang sedia menunggu.
Usul yang diutarakan ialah hajat untuk bertukar programme. Dari Engineering ke Law. Dari perbualan ringkas, aku faham pelajar ini sudah cuba melalui tempoh pengenalan programme dan dia merasa dirinya tidak sesuai. Pelajar yang ingin bertukar programme memang dinasihatkan untuk menemui kami para kaunselor. Tidak menjadi untuk bertukar programme. Ianya salah satu solusi kepada permasalahan pelajar yang stuck juga. Alhamdulilah aku adpati pelajar ini tahu apa yang dia mahu. Kerja menjadi agak mudah. Cuma aku perlu fahamkan dia akan kedudukannya. Setiap pelajar yang diterima untuk bertukar course pelu melalui satu ujian kelayakan. Insya Allah kalau dia lulus, dia perlu melengkapkan diri dengan segala yang berkaitan dengan Law untuk tampil cemerlang dalam Law. Aku juga perlu fahamkan kemungkinan yang boleh berlaku. Andai dia tidak lulus ujian kelayakan. Dia ada dua pilihan, meneruskan Law di univeristi lain atau meneruskan engineering di uia. Minda seseorang pelajar perlu dibuka untuk melihat laluan yang ada dihadapannya dan membuang segala pandangan yang menghalangnya. Alhamdulilah sessi berjalan dengan sempurna, pelajar itu mengaku merasa sangat jelas dan seronok berbincang dengan bantuan aku. Alhamdulilah itulah kekuatan yang Allah bagi pada aku kerana itu aku begitu selesa dengan jawatan ini. Dipenghujung sessi pelajar meminta nombor telefon untuk dihubungi dimasa akan datang.
Setiap kali sessi kaunseling, banyak aspek yang mampu aku lihat, banyak aspek yang mampu aku kongsi, alhamdulilah aku sentiasa pastikan kantung pelajar penuh sebelum dia melangkah meninggalkan bilik ini. Aku sempat menyuntik sedikit element menguatkan minda pada pelajar ini. Minda kita adalah asset paling berharga. Ianya diletakan diatas bukan disisi bukan juga ditepi. Sebaliknya hati dibawah. Kedudukan semua itu ada maksud dari penciptaan Allah. Dahulukan akal bukan hati. Isi akal dengan ilmu, akal mampu mendidik hati. Hati pelru dididik dan dijaga kalau tidak ianya menjadi tempat nafsu bermaharaja lela. Banyak insan insan yang gagal itu kerana dia mengikut hati yang sarat rasa kecewa dan langsung tidak menggunakan akal. Didiklah hati untuk menjadi peneraju akal, untuk mampu menyokong peranan akal. Bagaimana melihat seseorang berfikir, lihatlah cara dia bercakap. Bagaimana ilmunya, lihatlah cara dia mendidik hatinya. Bagaimana imannya, lihatlah cara dia reaksi pada keadaan dan persekitaran.
Sejurus habis sessi kaunseling, aku teringat amalan kebesaran hari Jumaat belum dilaksanakan, aku terus menuju ke bilik air untuk berwuduk selepas pantas membaca email dan message di FB. Solat zuhur ditunaikan dengan tenang dan bacaan Al Kahfi dibaca dengan istiqamah sambil melawan rasa mengantuk waktu tengah hari. Cuma aku belum berkesempatan untuk melakukan bagaimana pesan guru ugama tadi untuk duduk bersimpuh dan membaca 7 kali fatihah, 7 kali Ayat Qul selepas solat dihari jumaat. Insya Allah masih ada masa untuk ditunaikan waktu solat Asar nanti.
Kerja diteruskan sambungan modul semalam. Modul difficulty leads to opportunity. Alhamdulilah penulisan siap untuk situasi pejabat, dan akan diteruskan untuk rumah dan diri sendiri secara detailnya. Sesambil itu, aku menghubungi guru di IQKL, Alhamdulilah, fayyadh dierima, aku membalas mesej ustazah dengan air mata gembira. Allah membuka ruang salah seorang anakku mendapat tempat untuk menajdi hafiz disalah satu institute Quran yang terkemuka. Seorang dari 60 pelajar tingakatan satu yang dijaga oleh ahli ahli agama yang tinggi wawasannya. Insya Allah kalau berkesempatan, fayyadh boleh menyambungnya di Darul Quran Pasir Tumbuh berguru dengan ustaz ustaz yang bertaraf ulama’. Ya Allah perkenanlah doa doaku, agar ideaku dan idea fayyadh bercantum untuk sama sama mengembleng tenaga untuk membina ummah walau sedikit.
Waktu terus berlalu, Asar perlu didahulukan dipejabat dan diperjalanan pulang perlu singgah dikedai kain untuk belikan wahida kain baju dan tudung sekolahnya. Ya Allah kau permudahkan urusan hidupku sebagaimana mudahnya engkau menaburkan rezeki pada seluruh hamba hambamu. Kesihanilah aku ya Allah kerana hanya padamu tempat aku mengadu. Amin