Tuesday, January 31, 2012

Bahagia BERBAKTI


11.35 pagi selesai menyiapkan introduction dan objectives untuk projek Teen Forum. Sedari pukul 9.45 aku draftkan idea. Alhamdulliah aku mampu fokus walau agak slow. 2 perkara itu sangat penting untuk satu satu projek paper, bila keduanya sudah ada yang lain lain tu bagai makan kacang putih saja.

Pagi 2 February ini aku mulakan dengan bersegera memenuhi permintaan Zila utk sarapan bersama sambil menyampaikan pesanan IOPEnya. Zila order set B, set yang ada 2 pencuci, sambil menunggu zila, aku slowly menjamah roti canai depan mata dan melayari reading of the day bertajuk relationship. Banyak fakta baru perlu diulang bacanya. Pertemuan dengan Zila hari ini mendorong aku untuk memesan spirulina keluaran ELKEN yang diberi harga dealer oleh Zila utk membantu penyakit gastrik dan buasir hubby. Satu botol untuk 50 hari, biarlah aku niatkan aku membantunya kerana Allah. Dia sebenarnya sangat bertuah.

Hari ini aku rasa YAKIN DIRI yang sangat kuat. Aku tidak goyang walau ada sesuatu yang mengetuk emosi dan menyentuh hati telah berlaku semalam. Aku ketepikan semua itu, aku capai sesuatu yang lebih perlu untuk difikirkan, untuk diteruskan, malah acap kali aku katakan pada diri hidup aku bukan sepenuhnya untuk org lain yang tidak mampu membentuk hidup mereka sendiri, hidup aku aku pilih untuk menyusunnya sesempurna mungkin dan aku memilih untuk tidak membenarkan element org lain menyentuh kendiri yang telah aku bina. Untuk itu bila sebut sesuatu terbabit orang lain walau siapa pun mereka...AKU TIDAK BERHARAP APA APA melainakn untuk kebaikan mereka sendiri. Aku hanya berharap sepenuh jiwa dan ragaku hanya pada Allah.

Aku tidak berharap org tegur aku
Aku tidak berharap orang cari aku
Aku tidak berharap orang call aku
Aku tidak berharap orang untuk bermanja manja dengan aku
Aku tidak berharap orang memberikan hadiah atau penghargaan pada aku
Aku tidak berharap orang untuk senyum pada aku

Aku juga tidak kisah orang kata apa pada aku
Aku tak kisah orang tak beli product aku
Aku tak kisah kalau orang tak suka nak join aku

sebab aku yang menentukan haluan aku buakan MEREKA.

Semangat akan terua membara untuk aku meneruskan hidup yang singkat ini berpaksikan keesaan Allah, Allah yang memanjangkan umurku justeru itu aku perlu hargai setiap detik nafas yang terhela dari ronga paru paruku.Biarlah semuanya seakan usaha usaha kecil yang menyokong usaha besar untuk memnatapkan emngapa aku dijadikan Allah diatas muka bumi ini dan sesungguhnya aku sanag BAHAGIA BERBAKTI.

Amin