Monday, July 9, 2012

Nafsu dan IMAN, Keinginan dan KEPERLUAN




Alhamdulilah bergema rasa syukur didalam hati mengakui kehebatan Allah tuhan yang memelihara seluruh alam dan terus menyediakan aku ruang dan peluang. Hari Selasa yang segar dan menyihatkan, sekian lama baru hari ini dimulai dengan breakfast bersama Na, seorang kawan yang dekat dihatiku bagai adik. Yang sering berkongsi tanpa batas, kerana percayakan aku sepenuh hati, ya Allah jadikan aku insan yang memilihara amanah orang yang diamanahkan mu. Alhamdulilah disebalik rezeki pertemuan itu, terselit rezeki perut dari Na, semoga Allah memurahkan rezekinya atas ketulusannya dalam persahabatan dan keikhlasannya member aku makan dipagi hari.
Hari ini sudah 5 hari Nisfu Syaaban berlalu, Alhamdulilah impian indah mampu kugapai dengan izin Allah. Indahnya berharap pada Allah, malah bertambah indah bila semua harapan itu dipenuhi Allah sebaiknya. Baik dari sakit, mengetahui punca sakit dan sihat macam biasa adalah imbuhan terbaik dari Allah buatku menjelang Nisfu Syaaban. Alhamdulilah, penawar itu datang dari Allah, Allah yang mengizinkan semuanya berlaku justeru itu usah berhenti untuk terus meminta dan berharap. Alhamdulilah, Nisfu Syabaan kulalui penuh KEINDAHAN. Aku bersegera pulang, bersolat jemaah dengan hubby, bacaan yasin 3 kali. Dikala aku mencium tangannya bermohon ampun dan maaf kerana Allah, aku begitu sayu dan sendu, air mataku tumpah berlinangan dan esak senduku sudah tidak tertangguh lagi. Hanya Allah yang tahu ertinya rasa SENDU itu. Anugerah Nisfu Syaaban buat aku terlalu besar, bila disepertiga malam aku dikejutkan dengan gigitan nyamuk yang sangat banyak. Bila aku terjaga jam menunjukan pukul 3.30 pagi. Waktu yang plaing INDAH untuk mengadap Allah sempena Nisfu Syaaban.
Bagai mendapat tenaga luar biasa, aku redah kesejukan tengah malam menyucikan diri untuk mengadap Allah penuh makna, dikala aku tahu pintu langit sedang terbuka buatku. Alhamdulilah setiap sujudku pada solat tahhajud, solat taubat dan solat hajat penuh meminta dan merayu dengan Allah untuk KEREDHAANNYA. Terasa aku begitu dekat, bisikanku penuh sendu dan tangis itu didengari Allah, rayuanku bagai difahami Allah dan disambut penuh rasa tenang, sujudku kemas bagai mendakap kasih zat Allah. Tiada lain tempat bagiku mengadu ya Allah, hanyalah kepadamu siang dan malam. Sungguh tidak mampu digambarkan dengan kata kata rasa nikmat yang terbit pada hati dan minda. Sejurus selepas mengalunkan ayat ayat Indah Allah, aku menjamah kurma dan biskut oat serta teh o panas untuk bersahur. Kembali mengadap bait bait indah kata kata Allah pada Al quran dan melelapkan mata seketika menunggu waktu fajar untuk solat subuh. Alhamdulilah syukur pada Allah dengan keizinannya dengan peluang darinya. Alhamdulilah atas kemanisan ibadat yang diterbitkan ini, sesungguhnya Allah berhak member kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa hisab.
Bagai sudah diatur Ilahi, sehari selepas Nisfu Syabaan, aku begitu segar bugar menunggu kehadiran Jumaat. Jumaat itu menemukan aku dengan seorang guru agama dan berpeluang belajar secara berdepan. Alhamdulilah padaku ini satu lagi anugerah hebat padaku dari Allah sempena Nisfu Syaaban. Berdepan dengan seorang guru agam yang lembut penuh pengalaman penuh ikhlas dan ihsan, ya Allah bagai hujan air mata ini mengalir bila mendengar dan memahami setiap tutur kata yang tersusun indah berdalilkan ayat Quran penuh makna atas setiap persoalan hidup dan kehidupan. Mengapa kita dihidupkan, mengapa kita perlu bertuhan, tiang yang diberi Allah untuk hubungan kita dengannya melalui SOLAT. Aku sudah tidak segan silu lagi menitiskan air mata pada setiap GEGARAN HATI yang terasa. Begitu kerdilnya aku, begitu besar dan banyaknya ilmu tuhan dan bgeitu kasihnya Allah padaku menemukan aku dengan makhluknya yang berjiwa malaikat yang tidak pernah meletakkan harga pada ilmunya kerana terlalu tinggi dan tidak mampu dinilaikan dengan nilaian wang dan harta didunia. Alhamdulilah, kelas perseorangan pertama itu sudah cukup menguatkan aku untuk terus melangkah mencari ilmu Allah yang masih banyak dan berkorban apa saja masa, harta benda dan wang ringgit. Ya Allah aku bersyukur atas rahmat anugerah darimu ini. Semenak dari itu. Alhamdulilah aku mengerti apa itu ZIKRI. Dan aku terus meletakkan hati pada situasi ZIKRI kerana hanya Allah yang ada dihati ini. Sekembali, aku menulis semua nota nota ajaran dan meyalin semua inti pati al Quran  dan meletak dekat dengan tempat tidurku. Selain dari buku La tahzan yang sedang dibaca, nota ini akan aku belek sebelum tidur untuk mengingatkan aku pesanan dalam ayat ayat Quran dan pengajaran yang aku dapat dari Bapak Guru itu. Allah tidak melihat kulit atau luaran kita, tapi Allah melihat HATI kita. Bagai kedengaran pesanan Pak Guru ditelingaku, unsur menjaga hati kerana hatilah asset kiriman tuhan pada manusia kerana dalam hatilah terbit rasa TAQWA.
Alhamdulilah, aku semakin yakin melangkah hari hari yang semakin menyihatkan LUAR DAN DALAM. Alhamdulilah juga, aku semakin kedepan untuk menyumbang. Kalau bukan petanda aku semakin sihat, pasti semalam aku tidak mampu mengendalikan 5 session berat kes pelajar, alhamdulilah aku hadapinya sepenuh hati walau dalam lemahnya urat saraf lantaran ledakan hormone sempena keuzuran syraie. Alhamdulilah dengan izin dan rezeki Allah. Lantaran sibuk yang tidak berketepian dan penggunaan minda sepenuhnya itu, menjadikan aku sukar mengambil makanan waktu lunch. Bila selesai sessi terakhir, aku cepat cepat log off dan barulah menuju ke restaurant. Bila kita TERLALU LAPAR, tiba tiba berdepan dengan HIDANGAN BANYAK, disitu agar sukar mengenal pasti antara NAFSU DAN IMAN, antara KEPERLUAN DAN KEINGINAN. Satu satunya pengalaman yang sangat membawa KESAL dihati, bila hanya jemput dan laksa yang mampu dimakan, sebaliknya Gulai daging, sambal bilis dan kentang dan bubur kacang durian tidak bersentuh. Syaitan pasti bersorak riang kerana Berjaya menewaskan aku, hubby juga tertidur tanpa makan malam selepas menghabiskan jemput pisang dan udang terlebih dahulu. Kami sudah melakukan PEMBAZIRAN, dalam belian RM20, kami hanya makan Rm9. Selebihnya pasti TONG SAMPAH menjadi tempatnya. Masya Allah, kita kata kita beriman dan kita ingin beriman, namun begitu mudah kita terpedaya dengan BISIKAN SYAITAN yang tidak pernah berhenti MENGGODA kita. Ya Allah ampuni dosa kami kerana tersalah langkah, nilai pembaziran itu, kalau diberikan pada insan yang malang, sangat besar dan penting nilainya bagi mereka, sudah cukup mejadikan mereka kenyang seisi rumah. Ya Allah maafkan kami atas kealpaan dan kelemahan kami. Dugaan mu pasti datang tanpa henti, kuatkan hati kami, luruskan hadaf kami untuk menjadi hambamu yang bertaqwa. Amin ya Rabbal Alamin.

Aku memilih untuk menghiasi hati dan diri dengan CAHAYA IMAN bukan kemilau mata dengan Pujian, pangkat, harta benda dan kasih manusia yang sementara dan hipokrit.